Skip to main content

niqab

- bismillah -

assalamualaikum semua.

*tarik nafas*

saya baru lepas jalan-jalan di satu page di facebook.

sekarang ini pakai niqab jadi trend ke apa??

saya risau kalau makin ramai orang pakai niqab sebab nak pakai niqab, bukan sebab Allah.

'rasa nak' tu memanglah semua orang ada. tapi, for me, niqab is kefahaman. kalau you faham fashion maka niqab you tu ialah fashion.

niqab yang terbaik, ialah niqab yang Allah suka bila orang tu pakai.

macam mana nak tahu Allah suka atau tidak dengan apa yang kita buat?
boleh jadi tandanya ialah ketenangan hati.

hati siapa yang tenang?
hati pemakai dan orang yang melihatnya memakai.

huhuhu.

dah banyak kali percubaan saya pakai niqab di tanah arab tempat saya belajar.
dan banyak kali juga rakan saya menegah. walhal dia seorang yang istiqamah berniqab.
awalnya, saya juga hairan, kenapa dia tak nak saya ikut jejak langkahnya?
saya tak tahu apa alasannya, tapi bila difikirkan semula, kerana pada masa itu saya bertindak untuk memakai niqab kerana 'saya nak pakai niqab'. bukan sebab lain.

seeloknya,
pakailah kerana mahu menutup jalan yang buruk.
sesudah memakai niqab, pergaulan kita dengan sama jantina makin renggangkah?
atau, sesudah memakai niqab, pergaulan dengan lain jantina makin rapat pula?
pelik ini. tapi situasinya ada, saya percaya.

A: susahlah nak cakap dengan kau C. dah la slow, pakai niqab lagi. cakap kuat sikit.
C: A, aku minta maaf. tapi suara perempuan tak boleh kuat2 sangat.

B: amboi C! sejak bila kau berniqab ni? kenapa? alamak lepas ni aku tak boleh buat lawak lagilah dengan kau?
C: eh, boleh je. aku pakai niqab tak bermakna aku anti-sosial.

bayangkan A perempuan, B lelaki.

ada satu kisah.

cikgu saya sekolah menengah dulu berniqab.
pergaulannya juga terjaga.
saya boleh tahu beliau berniqab bila beliau start enjin kereta then pakai niqab then reverse kereta lepas tu terus balik rumah.
cool lah time tu.
orang yang faham niqab ni apa, ada niqab takkan ganggu hidup, takda niqab pun hidup dia lancar.

kerana niqab bukanlah sesuatu yang menghalang.
adanya bukan untuk menghalang kita menyuarakan idea,
tiadanya bukan menghalang kita untuk menjaga syarak.

ya, tak da niqab tidak bermakna anda tak islam!

so dont take ur niqab as your nyawa.
it isnt.

pakailah tutup kening tu sekali.
tutuplah pintu kejahatan, bukan tutup kulit sahaja.

sebab it is weird to see wide forehead, the eye brows and the eyes altogether while your nose covered.
make it different than wearing a mask that can only cover your nose & mouth.
because niqab is not a mask.
not for hiding but it is for something hidden.

saya pernah jumpa satu kumpulan manusia, mungkin dari pakistan atau belah2 tu, budaya mereka memang pakai niqab, tapi tutup lubang hidung ke bawah je.
it looks weird tapi itu adat mereka rasanya apabila berada di tempat awam.

betul! saya jumpa di airport cairo.

so, refresh semula.
pakai niqab ni kenapa?

kalau betul nak tutup, sempurnakanlah.
bukan hanya bergantung pada kain.

pakai niqab jarang macam mana pulak? tu letak tepi lah. sah2 memang trend dan fashion.

lagi satu, semalam dengar di tv.
"orang yang sudah banyak beribadah ni, dia diuji pula dengan keikhlasan dalam beribadah."
kata seorang ustaz.

betul, masa kita malas, nak buat ibadah pun rasa berat.
bila rajin, boleh buat banyak2, timbul pula rasa 'tak rasa apa-apa'.
rasa rutin.
rasa ikut apa orang buat.

moga Allah lindung daripada amal yang tidak utuh pada jalan Allah.

Comments

  1. makin ramai orang pakai niqab sebab nak pakai niqab, bukan sebab Allah. <--- aah.bahaya nieh!

    ReplyDelete
  2. segelintir y brniqab, sbb fesyen pn de. anyway, 2 seme brgantung pd nawaitu... :)... jom folloow my blog...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Aidilfitri

- bismillah -Alhamdulillah. Hujan mengiringi permulaan syawal, yg dituntut kita mulakan dengan membesarkan Allah dan mensyukuri nikmatnya, dengan takbir dan tahmid di malam raya.CUTI NAIK TAHUN AKHIRBerpeluang 'berehat' daripada suasana universiti, tidak bermakna perjalanan menuntut ilmu medik perlu berehat juga. Alhamdulillah, sempat menimba pengalaman 3 minggu menjalani praktikal secara elektif di jabatan kecemasan hospital negeri, atas inisiatif sendiri. Tempoh yg singkat itu pasti tidak menjamin 100% penguasaan skil dan asas medikal, namun cukup bermanfaat untuk memperjelas persepsi dan tanggapan terhadap suasana bekerja di bahagian kecemasan, mempersedia mental dan fizikal berdepan situasi mengerikan, malah membina keyakinan untuk 'tidak malu' menuntut ilmu dari semua golongan, doktor, staf dan pesakit.ELEKTIF DI A&E DEPARTMENT3/4 ramadan dilalui dengan refleksi cerita2 kehidupan. Bukan saja berpeluang menyaksikan detik2 kecemasan seperti sesak nafas, sakit da…

Anak yang berbakti

- bismillah -Alhamdulillah. Hari ke-3 tagging dengan doktor SM di internal medicine. Pulmunologist. Hari ni saya semak senarai pesakit doktor, ada nama familiar, rupa2nya ayah doktor.Patutlah, sejak semalam doktor kalut2 lepas habis ward round still talking over the phone pasal sorang pesakit lain, padahal ada 3 orang patients saja under doktor di wad.Ayah doktor dah tua, sakit macam2. History, anak dia yang tulis, ma shaa Allah lengkap berjela panjangnya. PE, lagi2 rectal exam, anak dia yang buat, dan tak bagi kami masuk. Anak dia aturkan susu nak makan pukul berapa, siap tulis satu2 bagi dekat nurse pukul berapa feeding. Ubat dosage, milk feeding, test, semua doktor decide. Doktor specialist bahagian paru2, ayah dia sakit mostly bahagian general medicine, tapi doktor yang in charge. Sekejap2 dengar doktor call blood bank, call consultant hemato utk anemia ayah dia, call another doctor cakap pasal finding rectal exam, call sana sini utk minta pendapat doktor2 pakar lain...He showed s…

Sabar yang indah

- bismillah -Alhamdulillah. Hari ni hari ke-3 tagging dengan dr hemato-oncology. Ada pesakit macam2, kebanyakannya utk chemo. Sedih, kesian, bersyukur semua ada. Hari ni dr specialist takda, jadi round dengan dr resident. Dia tak cakap banyak, tapi bila ada masa seperti masa mennggu doktor lain join, dia akan tanya2 soalan (ini yg kita mahu haha). Dan bila students tanya soalan, dia akan jawab panjanggg bukan sepatah hehe.Mendoakan dia jadi specialist juga nanti in shaa Allah.Ada sorang patient saya, dia kerja setiausaha, suatu hari lenguh2 sakit pinggang, lama2 melarat hingga ke kedua-dua belah kaki. Sakit apabila berjalan. Sampai satu tahap, dia tak boleh gerakkkan kakinya langsung. Tiba2 dia lumpuh! Spinal cord compression. Due to complication of multiple myeloma.Sebenarnya dia ada kanser darah. Tapi tak pernah diketahui. Tahu2 kanser tu dah merebak ke tulang pinggang dan tulang belakang, dan merata lagi (axial skeleton). Banyak investigations dan buat dan dia jalani chemo.Sewaktu …