Tuesday, August 20, 2013

kenangan, harapan, cuti panjang

- bismillah -

Alhamdulillah. tamat tahun 2 perubatan. walaupun keputusan final exam tak keluar lagi, takpa, itu maknanya boleh terus tawakal dan doa, letakkan setinggi-tinggi harapan dan takut pada Allah.

blog saya dah bercampur-campur isi. ada peribadi, ada catatan ilmiah, ada lontaran pendapat, ada mengarut, ada lagha.

lagha. takut dengan setiap sesuatu yang lagha. lagha membaca kepada dosa. tak percaya? lagha akan buatkan kita lalai. cukuplah kalau satu benda lagha kita buat then esoknya liat bangun subuh. kaitannya? lagha buatkan tidur lewat, tapi impaknya pada fardhu subuh.
kalau nampak laaa.

sekarang cuti panjang, sebelum naik ke tahun 3. insyaAllah, biiznillah.

masyaAllah. dah nak naik tahun 3 dah
moga Allah pelihara saya daripada menjadi orang yang lalai.
lalai mengingat Allah. lalai menjaga aurat. lalai menjaga solat.
moga Allah lindung.
lalai tika sibuknya, lalai juga pada waktu lapangnya. nauzubillah min zalik.

saya rindu pada usrah.
semalam ajak ahli rumah pergi makan.
saya cakap kenduri kesyukuran saja.
tapi dalam hati, saya anggap itu usrah.
rindu untuk mendengar nasihat, rindu untuk memberi.
Allah, sampaikanlah rindu ini.

"terlalu banyak nikmat Allah bagi pada kita. bermula awal tahun lalu, kita lalui satu per satu sem. awak sibuk dengan itu, awak sibuk dengan ini. setiap orang lalui ujian masing-masing dalam tempoh itu. sehinggalah kita tiba hari ini, dah habis dah exam untuk tahun 2..."

"nak tunjukkan rasa bersyukur tu, tak cukup dengan makan-makan ni, sebab pertolongan Allah jauh lebih besar daripada apa yang dibuat."

so the best way nak jadi bersyukur ialah jaga diri daripada lalai mengingati Allah.

dan, setiap azam dan tekad, kata2 dan nasihat, semua itu akan diuji. setiap ucapan perlukan bukti dari pelakunya.

dan kita yang lemah selalu tak nampak apabila ujian itu datang. sehinggalah menjadi orang yang menyesal kerana tak mampu harungi ujian.

astaghfirullah.

***
cuti panjang.

takut. takut menjadi lebih malas.

moga cuti ini menambah pahala.
moga cuti ini menambah redha Allah.
moga tidak lalai.

***
saya jumpa entry sahabat saya.
"untuk nurfarhana khalid"
(here)

reply kepada post saya yang sangat singkat ini
(here)

sungguh, nikmat ramadan pada usia 20 tahun ini amat besar.
bertambah-tambah saya perlu bersyukur
lagilah saya perlu jaga diri waktu cuti ni.
T_T
mampukah

mampukah untuk berhibur bukan dengan novel/ movie/ sembang

sifirnya mudah, sekali mula akan buat lagi selepasnya.

bagi orang biasa, ini bukan dosa.

tapi ketahuilah, apa saja yang melalaikan, itu bukanlah penambah pahala.

Allah, jagalah hamba-hamba-Mu daripada kelalaian.
moga cuti ini penuh pengisian yang mendekatkan dengan Allah.
bukan ujian yang menggoyahkan pegangan, bukan ujian yang menambah kesombongan.

***
setiap doa yang termakbul, sungguh, itu dari Allah.

moga doa-doa yang terdetik semuanya baik-baik.

Allah, sampaikanlah.
moga dunia ini bukan penghalang penyebab leka kepada apa yang sebenarnya Kau janjikan di akhirat sana.
biarpun selangkah lagi kita akan sampai ke destinasi akhir di sana, kalau tiba-tiba pandangan kita teralih pada dunia, akan sampaikah kaki kita melangkah biarpun destinasi kita ada di depan mata?

umpama mendekati sebuah pintu, tidak akan terbuka biarpun kunci di tangan, andai mata masih memandang ke tempat lain.

Allah, jangan palingkan hati kami.
tetapkan lah pegangannya.
rahmati kami.
kuatkan kami.
cukupkan kami.
cukupkan kami dengan hiburan yang kau redha, hingga kami tak perlukan hiburan yang menambah duka di sana.
cukupkan kami dengan rindu yang kau redha, supaya hilang rindu kepada adanya manusia memberi.
cukupkan kami dengan ketakutan hanya pada-Mu, agar hilang takut kami pada takdir yang Kau letakkan.
cukupkan kami dengan setinggi-tinggi harapan pada-Mu, pada syurga-Mu, pada hidup di alam akhirat,
agar mengecil harapan kami untuk hidup kekal lama di dunia yang sementara bersama keluarga tercinta.
cukupkan kami dengan cinta-Mu, agar hilang cinta kami yang berlebih-lebihan pada makhluk-Mu.

jangan palingkan kami.

dekatkanlah kami dengan-Mu hingga ke pengakhiran hayat.
biarpun datang senang, susah, sakit, cinta, rindu, atau apa saja, moga itu bukan penyebab kepada berpalingnya setinggi-tinggi harapan kami pada-Mu.
bukan penyebab kepada gelapnya dunia kami sesudah Engkau menyinari jalanku.

amiin.

***
moga makin bertambah entry, makin baik.
moga dijauhkan daripada kelalaian, melalaikan dan dilalaikan.

doakan.
doakan segala yang terbaik.
Allah sebaik-baik pendengar doa.
berdoalah.


No comments:

Post a Comment

Bahang september 2011

- bismillah - Baru baca bab 1 buku puan Roza Roslan, travelog kehidupan abadi. Bab 1 beliau cerita pasal kali pertama jejak ke luar negara....