Skip to main content

Unwind ~

- bismillah -

Drama kosong. 

"How come dia belajar lagi tapi dah nak kahwin?
Zaman sekarang bukan macam dulu, tahu tak? Orang dulu kahwin awal, jadi suri rumah. Jaga makan pakai suami. Zaman sekarang dengan belajarnya lagi, terjagakah makan pakai suami?"

Aunty Bedah membebel. Jirannya yang kebetulan berada di sebelah pagar menyepi. Eh. 

"Kamu tinggal jauh. Macam mana nanti kehidupan lepas kahwin? Peliknya orang zaman sekarang ini..." 
Aunty Bedah menyambung lagi. 

"3 tahun lagi baru habis belajar. Lepas tu baru nak mula kerja. Duitnya sempat ke berkumpul? Ke habis macam tu saja. Baru nak mula kerja kumpul duit, dah habis beli itu ini untuk keluarga sendiri."

Jirannya yang tadi masih meneruskan kerjanya menyapu halaman rumah. 

"Apa tujuannya kahwin kalau tak boleh hidup macam orang berkahwin? Rumahnya asing, sorang belajar sorang bekerja, sorang di sini sorang di sana. Kamu yakin boleh bertahan ke?"

Anaknya yang dari tadi menadah telinga bangun. Dia membetulkan suaranya yang parau kerana telah lama terdiam sebelum membalas kata2 ibunya. 

"Entahlah mak. Kawan2 Mat ok ja. Ramai macam tu."

Dasar anak lelaki. Pendek saja jawapan dia beri? Macam mana mak sendiri nak approve. 

"Kamu tunggulah 3 tahun lagi. 
Kerja dulu. Dia habis belajar terus kamu kahwin. At least kamu dah selesa dengan hidup bekerjaya, nanti boleh tolong dia sesuaikan diri juga bila masuk alam kerjaya. 
Mak bukan apa, takut masing2 tak sabar. Sorang sedang melangkah ke alam kerjaya, sorang lagi masih dalam alam belajar. Sorang cepat melenting. Sorang cepat marah."

Mat duduk semula. 

"Mak prefer 3 tahun lagi. Bukannya kamu nak buat maksiat, duduk pun jauh2. Tak perlu tunang lagi, pandai2lah masing2 setia jaga diri."

Aunty Bedah masih tidak berhenti. 

"Jangan ikutkan sangat kawan2. Diorang hidup masing2. Kamu tu ada hidup sendiri."

Halaman rumah jirannya sudah bersih, sampah2 daun kering juga telah dibakar. Laju jirannya bekerja. Dengar ke tak perbualan dua-beranak itu?

"Lagi satu, 6 tahun mak tunggu kamu. Boleh kamu ambil separuh dari 6 tahun itu untuk duduk dengan mak sebelum kamu bina keluarga sendiri?"

Sayu pula rasa. 

"Mak tak mahu jauh dari kamu."

Mat berdehem buat kali kedua. 

"Mak, Mat sayang mak. Mat tahu, mak akan terima menantu mak dengan senang hati. Keluarga yang Mat bina, keluarga mak juga. Apa yang Mat buat untuk anak isteri Mat, semua itu akan bahagiakan mak juga."

Jiran di sebelah menghentikan langkahnya ke luar pagar, berpatah semula kawasan depan rumah. 

"Pasal makan pakai keluarga, itu tanggungan dua2 belah pihak. Mat biasa duduk luar negara, kalau isteri Mat sibuk, Mat tak akan kelaparanlah. Laundry pun Mat tahu je nak buat. Mat yakin bukan setiap masa sibuknya, sebab Mat dah lalui apa yang dia sedang lalui."

Jiran disebelah sudah meletakkan kerusi di tepi pagar. 

"Pasal tinggal jauh, itu mak jangan risau. Itu maknanya kami akan balik kampung lebih kerap, bukan waktu perayaan saja. Menantu mak boleh balik setiap kalau cuti semester berbulan2. Tambah2 Mesir tu, cuti panjang 3 bulan."

Jirannya masih duduk di kerusinya. Tangan kanannya tidak melepaskan pencakar rumput sejak tadi. Tekun mendengar. 

"Pasal duit, kaya je menantu mak tu. Pandai2lah dia berjimat. Anak mak ni ha yang nak menanggung anak orang."

Jirannya mengangguk-angguk setuju. 

"Pasal 3 tahun lagi, terlalu panjang masa itu. Macam2 boleh terjadi. Entah2 anak tunggal mak ni pergi dulu, sekurang-kurangnya ada menantu boleh temankan. Murah rezeki, ada cucu yang boleh meriahkan rumah."

"Hey kamu ni! Ke situ pula cakapnya!"

Jeritan kecil Aunty Bedah disusuli dengan bunyi batang kayu jatuh ke lantai. Mungkin pencakar rumput jiran sebelah terlepas dari genggamannya. 

"Mat tak ikut kawan pun. Tapi tak salahkan Mat belajar dari mereka yang melakukan perkara yang sama? Sekurang2nya Mat boleh merujuk pada mereka jika Mat ada masalah. Mereka ada pengalaman sendiri."

Kedengaran kerusi plastik telah disorong ke dalam rumah. Jiran sebelah sudah bangun dari duduknya. Tahu drama sudah habis. 

P/s Penangan exam 100 soalan. Disusuli kawan yang dekat baru umum perkahwinannya. Bai. 

Mesti banyak isu ni kan? Nak kahwin tapi keadaan tak sesuai.
Sabarlah ye. Allah tahu kau tak layak lagi. Keh3.

Comments

Popular posts from this blog

Aidilfitri

- bismillah -Alhamdulillah. Hujan mengiringi permulaan syawal, yg dituntut kita mulakan dengan membesarkan Allah dan mensyukuri nikmatnya, dengan takbir dan tahmid di malam raya.CUTI NAIK TAHUN AKHIRBerpeluang 'berehat' daripada suasana universiti, tidak bermakna perjalanan menuntut ilmu medik perlu berehat juga. Alhamdulillah, sempat menimba pengalaman 3 minggu menjalani praktikal secara elektif di jabatan kecemasan hospital negeri, atas inisiatif sendiri. Tempoh yg singkat itu pasti tidak menjamin 100% penguasaan skil dan asas medikal, namun cukup bermanfaat untuk memperjelas persepsi dan tanggapan terhadap suasana bekerja di bahagian kecemasan, mempersedia mental dan fizikal berdepan situasi mengerikan, malah membina keyakinan untuk 'tidak malu' menuntut ilmu dari semua golongan, doktor, staf dan pesakit.ELEKTIF DI A&E DEPARTMENT3/4 ramadan dilalui dengan refleksi cerita2 kehidupan. Bukan saja berpeluang menyaksikan detik2 kecemasan seperti sesak nafas, sakit da…

Anak yang berbakti

- bismillah -Alhamdulillah. Hari ke-3 tagging dengan doktor SM di internal medicine. Pulmunologist. Hari ni saya semak senarai pesakit doktor, ada nama familiar, rupa2nya ayah doktor.Patutlah, sejak semalam doktor kalut2 lepas habis ward round still talking over the phone pasal sorang pesakit lain, padahal ada 3 orang patients saja under doktor di wad.Ayah doktor dah tua, sakit macam2. History, anak dia yang tulis, ma shaa Allah lengkap berjela panjangnya. PE, lagi2 rectal exam, anak dia yang buat, dan tak bagi kami masuk. Anak dia aturkan susu nak makan pukul berapa, siap tulis satu2 bagi dekat nurse pukul berapa feeding. Ubat dosage, milk feeding, test, semua doktor decide. Doktor specialist bahagian paru2, ayah dia sakit mostly bahagian general medicine, tapi doktor yang in charge. Sekejap2 dengar doktor call blood bank, call consultant hemato utk anemia ayah dia, call another doctor cakap pasal finding rectal exam, call sana sini utk minta pendapat doktor2 pakar lain...He showed s…

Sabar yang indah

- bismillah -Alhamdulillah. Hari ni hari ke-3 tagging dengan dr hemato-oncology. Ada pesakit macam2, kebanyakannya utk chemo. Sedih, kesian, bersyukur semua ada. Hari ni dr specialist takda, jadi round dengan dr resident. Dia tak cakap banyak, tapi bila ada masa seperti masa mennggu doktor lain join, dia akan tanya2 soalan (ini yg kita mahu haha). Dan bila students tanya soalan, dia akan jawab panjanggg bukan sepatah hehe.Mendoakan dia jadi specialist juga nanti in shaa Allah.Ada sorang patient saya, dia kerja setiausaha, suatu hari lenguh2 sakit pinggang, lama2 melarat hingga ke kedua-dua belah kaki. Sakit apabila berjalan. Sampai satu tahap, dia tak boleh gerakkkan kakinya langsung. Tiba2 dia lumpuh! Spinal cord compression. Due to complication of multiple myeloma.Sebenarnya dia ada kanser darah. Tapi tak pernah diketahui. Tahu2 kanser tu dah merebak ke tulang pinggang dan tulang belakang, dan merata lagi (axial skeleton). Banyak investigations dan buat dan dia jalani chemo.Sewaktu …