Skip to main content

doa dan aim

- bismillah -

sabar lah sabar.

رَبِّ إِنّى‏ أَعُوذُ بِكَ أَنْ أَسْئَلَكَ ما لَيْسَ لى بِهِ عِلْمٌ، وَإِنْ لا تَغْفِرْ لى وَتَرْحَمْنى أَكُنْ مِنَ الْخاسِرينَ
“Ya Tuhanku, sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau dari memohon kepada Engkau sesuatu yang aku tiada mengetahui (hakikat)nya. Dan sekiranya Engkau tidak memberi ampun kepadaku, dan (tidak) menaruh belas kasihan kepadaku, niscaya aku akan termasuk orang-orang yang merugi.”
[hud:47]

nabi nuh pernah berdoa, Allah, aku mohon ampun atas doa yang aku tak tahu.
sebab dia nak anaknya selamat dari banjir besar, sedangkan ketentuan Allah kata anaknya akan tenggelam. Allah jelaskan padanya, no matter what, itulah balasannya sebab dia tidak melakukan amal soleh.
kalau nabi nuh masih lagi minta doa supaya anaknya selamat, itu dah melanggar / seolah nak minta ubah ketentuan Allah, dan nabi tak akan buat benda tu jadi itulah dia minta ampun kalau ada dia ter-berdoa untuk perkara yang salah. dan rahmat Allah akan pelihara kita daripada minta benda yang tak patut.
(ini bukan tafsiran yang tepat tapi saya tak tahu nak tulis macam mana. sila cari sumber yang lebih tepat dan betulkan kalau ada salah.)

kadang kita nak sangat sampai hari-hari tak tinggalkan doa tu.
sampai terlupa, mungkin benda yang kita nak tu tak baik untuk kita, mungkin ada yang lebih baik.
kalau kita nak sangat, doa sangat2 tanpa ada rasa berserah dan tawakal, kalau tup tiba2 dapat macam mana sedangkan benda tu tak baik untuk kita.

sabar lah sabar.

doa bersungguh-sungguh, tapi pada masa yang sama tawakkal dan terima apa yang Allah bagi.
kalau baik, Allah takkan lengahkan. kalau bukan masa sekarang baiknya, nanti bila dah baik untuk kita Allah akan bagi.

sabar lah sabar.

tahun 2 sudah sampai penghujung. sabarlah sabar. sabar.
sekejap saja masanya.
sabar.

:)

ada satu komik di fb,
"kenapa tulis luahan hati di fb? kenapa bukan di tikar sejadah?"

peluh besar.
oh my blog. moga kau kecik sangat daripada sejadahku.

so, saya nak jadikan blog ni pun wadah doa, bukan sekadar waktu solat saja.

tulis di blog bukan untuk luah dan curah perasaan, tapi untuk bina dan susun semula perasaan yang berkecamuk ni. eceh. dan juga medium untuk bermalas-malasan yang ada manfaat.

daripada main game memanjang, baik saya menulis sikit kan?

***
ada satu impian.
walaupun macam tak logik, tapi saya suka dengan step by step yang Allah hadiahkan unexpectedly ke arah impian itu.
insyaAllah, keep praying for good.
walaupun seinci lagi untuk mencapainya pun, kalau Allah tak izin tak akan dapat juga.

tiada daya dan kekuatan melainkan dengan bantuan Allah.

i'll reach there with His help, if life doesnt bring me there, i'll be on a better path.

"aim for syurga, you dapat semua."

Allahuakbar.

Comments

Popular posts from this blog

Aidilfitri

- bismillah -Alhamdulillah. Hujan mengiringi permulaan syawal, yg dituntut kita mulakan dengan membesarkan Allah dan mensyukuri nikmatnya, dengan takbir dan tahmid di malam raya.CUTI NAIK TAHUN AKHIRBerpeluang 'berehat' daripada suasana universiti, tidak bermakna perjalanan menuntut ilmu medik perlu berehat juga. Alhamdulillah, sempat menimba pengalaman 3 minggu menjalani praktikal secara elektif di jabatan kecemasan hospital negeri, atas inisiatif sendiri. Tempoh yg singkat itu pasti tidak menjamin 100% penguasaan skil dan asas medikal, namun cukup bermanfaat untuk memperjelas persepsi dan tanggapan terhadap suasana bekerja di bahagian kecemasan, mempersedia mental dan fizikal berdepan situasi mengerikan, malah membina keyakinan untuk 'tidak malu' menuntut ilmu dari semua golongan, doktor, staf dan pesakit.ELEKTIF DI A&E DEPARTMENT3/4 ramadan dilalui dengan refleksi cerita2 kehidupan. Bukan saja berpeluang menyaksikan detik2 kecemasan seperti sesak nafas, sakit da…

Anak yang berbakti

- bismillah -Alhamdulillah. Hari ke-3 tagging dengan doktor SM di internal medicine. Pulmunologist. Hari ni saya semak senarai pesakit doktor, ada nama familiar, rupa2nya ayah doktor.Patutlah, sejak semalam doktor kalut2 lepas habis ward round still talking over the phone pasal sorang pesakit lain, padahal ada 3 orang patients saja under doktor di wad.Ayah doktor dah tua, sakit macam2. History, anak dia yang tulis, ma shaa Allah lengkap berjela panjangnya. PE, lagi2 rectal exam, anak dia yang buat, dan tak bagi kami masuk. Anak dia aturkan susu nak makan pukul berapa, siap tulis satu2 bagi dekat nurse pukul berapa feeding. Ubat dosage, milk feeding, test, semua doktor decide. Doktor specialist bahagian paru2, ayah dia sakit mostly bahagian general medicine, tapi doktor yang in charge. Sekejap2 dengar doktor call blood bank, call consultant hemato utk anemia ayah dia, call another doctor cakap pasal finding rectal exam, call sana sini utk minta pendapat doktor2 pakar lain...He showed s…

Sabar yang indah

- bismillah -Alhamdulillah. Hari ni hari ke-3 tagging dengan dr hemato-oncology. Ada pesakit macam2, kebanyakannya utk chemo. Sedih, kesian, bersyukur semua ada. Hari ni dr specialist takda, jadi round dengan dr resident. Dia tak cakap banyak, tapi bila ada masa seperti masa mennggu doktor lain join, dia akan tanya2 soalan (ini yg kita mahu haha). Dan bila students tanya soalan, dia akan jawab panjanggg bukan sepatah hehe.Mendoakan dia jadi specialist juga nanti in shaa Allah.Ada sorang patient saya, dia kerja setiausaha, suatu hari lenguh2 sakit pinggang, lama2 melarat hingga ke kedua-dua belah kaki. Sakit apabila berjalan. Sampai satu tahap, dia tak boleh gerakkkan kakinya langsung. Tiba2 dia lumpuh! Spinal cord compression. Due to complication of multiple myeloma.Sebenarnya dia ada kanser darah. Tapi tak pernah diketahui. Tahu2 kanser tu dah merebak ke tulang pinggang dan tulang belakang, dan merata lagi (axial skeleton). Banyak investigations dan buat dan dia jalani chemo.Sewaktu …