Skip to main content

tak penting. harapan separa palsu ini tiada penamat.

- bismillah -

"jangan pandang tinggi pada makhluk ciptaan Allah,
tapi pandang tinggilah pada Allah,
Tuhan yang Maha Pencipta,
menciptakan makhluk itu dan makhluk lainnya." - reka sendiri

makin kenal rapat, makin banyak defect kita akan nampak.

"eleh dia ni, macam perfect tapi bila dah kenal...masyaAllah! tak terjangka!"

pandangan saya, sekali kita rasa hairan orang tu ada defect, berkali2 orang akan nampak defect kita juga.

ni baru soal berkawan.

nak kahwin, entah berapa banyak surprise yang kita akan bongkar dan terbongkar.

penerimaan tu penting. tak kisah lah dia kawan sekejap ke, kawan lama ke, pasangan sehidup semati ke, penerimaan tu mesti melebihi expectation.

kalau letak terlalu menggunung tinggi pada makhluk, kita akan mudah rasa kecewa.

expect Allah akan berikan yang terbaik, dan terimalah makhluk itu selagi masih ada kebaikan.

***
kisah lain pula.

semalam lalu di satu tempat. kenangan terimbau. satu perkara yang dulu berada dalam jangkauan saya, dekat, sama-sama, setiap tempat dan masa, kini sudah jauh.

bukan sedih, tapi alhamdulillah.

dulu dekat sedekat-dekatnya, kini sangat jauh sejauh-jauhnya.

alhamdulillah.

tak tersangka dulu sangat dekat dan dalam capaian.

mungkin jarak ini sementara, mungkin selamanya.

tapi Allah sangat mendengar! He knows best when i say what i feel.

tinggal satu lagi, akan confirmkan jarak ini adalah untuk selamanya.

kematian salah seorang. kembali pada Allah.

sayunya, di akhirat nanti, dalam hadis dikatakan bahawa kita akan dikumpulkan dengan orang yang kita cintai.
itu buatkan saya clueless untuk mencari penamat kepada harapan ini.

sebolehnya harapan kosong ini diharap terisi.
bukan dengan kehendak sendiri, tapi moga tindakan saya menghadapinya membuahkan rahmat dan hidayah Allah.
moga lebih menagih kasih Allah melebihi apa yang saya mahu daripada makhluk.
moga lebih terarah dalam setiap tindakan menuju redha Allah, bukan bertindak memenuhi kehendak manusia sepenuhnya.

moga tak salah mencintai, tak nak melulu berkeras untuk berkumpul dengan orang yang kita pilih, tapi biarlah berkumpul dengan orang terbaik yang Allah pilih.

Comments

Popular posts from this blog

Aidilfitri

- bismillah -Alhamdulillah. Hujan mengiringi permulaan syawal, yg dituntut kita mulakan dengan membesarkan Allah dan mensyukuri nikmatnya, dengan takbir dan tahmid di malam raya.CUTI NAIK TAHUN AKHIRBerpeluang 'berehat' daripada suasana universiti, tidak bermakna perjalanan menuntut ilmu medik perlu berehat juga. Alhamdulillah, sempat menimba pengalaman 3 minggu menjalani praktikal secara elektif di jabatan kecemasan hospital negeri, atas inisiatif sendiri. Tempoh yg singkat itu pasti tidak menjamin 100% penguasaan skil dan asas medikal, namun cukup bermanfaat untuk memperjelas persepsi dan tanggapan terhadap suasana bekerja di bahagian kecemasan, mempersedia mental dan fizikal berdepan situasi mengerikan, malah membina keyakinan untuk 'tidak malu' menuntut ilmu dari semua golongan, doktor, staf dan pesakit.ELEKTIF DI A&E DEPARTMENT3/4 ramadan dilalui dengan refleksi cerita2 kehidupan. Bukan saja berpeluang menyaksikan detik2 kecemasan seperti sesak nafas, sakit da…

Anak yang berbakti

- bismillah -Alhamdulillah. Hari ke-3 tagging dengan doktor SM di internal medicine. Pulmunologist. Hari ni saya semak senarai pesakit doktor, ada nama familiar, rupa2nya ayah doktor.Patutlah, sejak semalam doktor kalut2 lepas habis ward round still talking over the phone pasal sorang pesakit lain, padahal ada 3 orang patients saja under doktor di wad.Ayah doktor dah tua, sakit macam2. History, anak dia yang tulis, ma shaa Allah lengkap berjela panjangnya. PE, lagi2 rectal exam, anak dia yang buat, dan tak bagi kami masuk. Anak dia aturkan susu nak makan pukul berapa, siap tulis satu2 bagi dekat nurse pukul berapa feeding. Ubat dosage, milk feeding, test, semua doktor decide. Doktor specialist bahagian paru2, ayah dia sakit mostly bahagian general medicine, tapi doktor yang in charge. Sekejap2 dengar doktor call blood bank, call consultant hemato utk anemia ayah dia, call another doctor cakap pasal finding rectal exam, call sana sini utk minta pendapat doktor2 pakar lain...He showed s…

Sabar yang indah

- bismillah -Alhamdulillah. Hari ni hari ke-3 tagging dengan dr hemato-oncology. Ada pesakit macam2, kebanyakannya utk chemo. Sedih, kesian, bersyukur semua ada. Hari ni dr specialist takda, jadi round dengan dr resident. Dia tak cakap banyak, tapi bila ada masa seperti masa mennggu doktor lain join, dia akan tanya2 soalan (ini yg kita mahu haha). Dan bila students tanya soalan, dia akan jawab panjanggg bukan sepatah hehe.Mendoakan dia jadi specialist juga nanti in shaa Allah.Ada sorang patient saya, dia kerja setiausaha, suatu hari lenguh2 sakit pinggang, lama2 melarat hingga ke kedua-dua belah kaki. Sakit apabila berjalan. Sampai satu tahap, dia tak boleh gerakkkan kakinya langsung. Tiba2 dia lumpuh! Spinal cord compression. Due to complication of multiple myeloma.Sebenarnya dia ada kanser darah. Tapi tak pernah diketahui. Tahu2 kanser tu dah merebak ke tulang pinggang dan tulang belakang, dan merata lagi (axial skeleton). Banyak investigations dan buat dan dia jalani chemo.Sewaktu …