Friday, July 12, 2013

ramadan kita

- bismillah -

Alhamdulillah. Ramadan Kareem :) (ucapan selamat ramadan :))
replynya, Allahu akram!

Hari ke-3 ramadan di bumi urdun. Bumi ini tidaklah mematangkan saya dalam masa satu hari, tapi insyaAllah bekalan hidup dan bekalan mati banyak dapat diperoleh di sini.
Doakan, Allah izin ramadan yang terbaik untuk kita.
dan insyaAllah, akan beraya 1 syawal di sini juga. biizniLlah.

So, ramadan tiba! Macam mana nak react? Eh.
Ya lah, tengok orang excited, kita nak excited juga, tapi macam mana?
Apa excitednya ramadan ni?

:)

Ramadan, bulan dalam tahun hijrah yang ke-9.
Kalau kita biasa guna kalendar masihi, bulan 9 tu namanya September... heh.

Ramadan, maksud bahasanya ialah panas. hurmmm.
maksud yang lebih mendalam, satu bulan yang special!
tengok apa Allah sebutkan dalam quran,

شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِّنَ الْهُدَىٰ وَالْفُرْقَانِ ۚ فَمَن شَهِدَ مِنكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ ۖ وَمَن كَانَ مَرِيضًا أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِّنْ أَيَّامٍ أُخَرَ ۗ يُرِيدُ اللَّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلَا يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ وَلِتُكْمِلُوا الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ


Sahih International
The month of Ramadhan [is that] in which was revealed the Qur'an, a guidance for the people and clear proofs of guidance and criterion. So whoever sights [the new moon of] the month, let him fast it; and whoever is ill or on a journey - then an equal number of other days. Allah intends for you ease and does not intend for you hardship and [wants] for you to complete the period and to glorify Allah for that [to] which He has guided you; and perhaps you will be grateful.

(Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang bathil). 
Karena itu, barangsiapa di antara kamu hadir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu, dan barangsiapa sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa), sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada hari-hari yang lain. Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu. Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur.- al baqarah: 185 -

itu lah definisinya. cantikkan? Lengkap Allah nyatakan. dan Allah utuskan Rasul untuk memperincikan, contoh cara niat, bila nak niat dan lain2. so, al-Quran dan Sunnah bergerak seiring.
( cuba baca ayat quran dalam bahasa arab tu. terjemahan bahasa inggeris sekali. sebab macam tak da feel terjemahan bahasa melayunya. heh ikut orang kot)

Kita dah tengok maksud ramadan, sekarang kita tengok apa istimewanya.
Jeng3...another graphic


Dari Salman al-Farisi ra, ia berkata bahawa Rasulillah SAW di akhir bulan Syaban berkhutbah kepada kami, beliau bersabda, “Wahai manusia, telah datang pada kalian bulan yang agung dan penuh berkat. Di dalamnya terdapat satu malam yang di dalamnya lebih baik dari 1000 bulan.

Allah menjadikan puasa pada siang harinya sebagai kewajipan, dan menghidupkan malamnya sebagai amalan sunat. 

Barangsiapa yang mendekatkan diri kepada Allah dengan satu kebaikan, ia seolah-olah mengerjakan satu ibadat wajib pada bulan yang lain. 
Dan barangsiapa yang mengerjakan satu perbuatan wajib, ia seolah-olah mengerjakan 70 kebaikan di bulan yang lain.

Ramadhan adalah bulan kesabaran, dan kesabaran itu balasannya adalah syurga Allah. 
Ia juga adalah bulan tolong-menolong, di mana di dalamnya rezeki seorang mukmin bertambah.
Barangsiapa memberikan makanan berbuka kepada seorang yang berpuasa, 

maka itu menjadi maghfirah (pengampunan) atas dosa-dosanya, 

penyelamatnya dari api neraka 

dan ia memperoleh pahala seperti orang yang berpuasa itu, 

tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa sedikit pun.” 

Kemudian para Sahabat berkata, 
”Wahai Rasulullah, tidak semua dari kita memiliki makanan untuk diberikan sebagai makanan berbuka orang yang berpuasa.” 

Rasulullah SAW berkata, ”Allah memberikan pahala tersebut kepada orang yang memberikan makanan berbuka dari sebutir kurma, atau satu teguk air atau sedikit susu. 

Ramadhan adalah bulan yang permulaannya rahmat, pertengahannyamaghfirah (pengampunan), dan akhirnya pembebasan dari api neraka. (Hadith Riwayat Baihaqi)
(sambungan 'amalkan 4 perkara itu...' saya tak letakkan dlm bahasa melayu sebab ada baca katanya sambungan itu bersifat dhaif dlm riwayat. so ambik apa yang yakin lah)

So, dah tahu apa nak buat bulan ramadan ni? :D
kan dah banyak nabi ceritakan kebaikannya tu?

Pergilah beli buah kurma, jamu ahli keluarga, ahli rumah. MasyaAllah, banyak pahala hidup bekeluarga eh? Adeh.

Islam sifatnya, meraikan setiap keadaan umatnya. Bujang ke, berkeluarga, semua boleh berebut buat pahala.
Duduk sorang pun ada perkara yang kita boleh buat untuk tambah pahala, hidup ramai2 bermasyarakat pun ada perkara yang kita boleh kumpul pahala.

Duduk sorang, solat, doa, zikir. Duduk ramai2, islam kata bagi makan / jamu orang pun peluang dapat pahala juga. apa-apa saja kebaikan, semua ada balasan baik. :) dan, specialnya bulan ramadan, balasannya bukan sebarang balasan! insyaAllah, balasan syurga terus Allah janjikan.

Allahuakbar.

Baca Quran
Sepatutnya, ini amalan hari-hari. Bukan setakat baca, belajar Quran. tapi, ramadan sangat special, satu huruf 10x rewards!
Kalau kita suka kumpul bonus points masa shopping, treatpoints 5x untuk satu swipe, suka kumpul bounty dalam game need for speed most wanted, suka tambah duit berganda-ganda dalam the sims 3, zoo tycoon 2 guna cheat codes macam-macam, suka main wrath cheat dalam age of empires, KENAPA RAMADAN NI KITA TAK NAK KANN? :DD

Macam satu fasa, yang dilambatkan, kita boleh buat macam2 untuk ganjaran yang besar! Buat satu saat dapat pahala berganda macam buat amalan baik tu lama-lama-lama-lama sangat masanya.

Itu baru benda yang Allah izin kita tahu sikit.
Benda surprises, yang Allah sembunyikan, insyaAllah ada banyaak lagi.

لَا تَعْلَمُ نَفْسٌ مَّا أُخْفِيَ لَهُم مِّن قُرَّةِ أَعْيُنٍ جَزَاءً بِمَا كَانُوا يَعْمَلُونَSahih International
And no soul knows what has been hidden for them of comfort for eyes as reward for what they used to do.
Maka tidak ada seseorang pun yang mengetahui satu persatu persediaan yang telah dirahsiakan untuk mereka (dari segala jenis nikmat) yang amat indah dipandang dan mengembirakan, sebagai balasan bagi amal-amal soleh yang mereka telah kerjakan.- as-sajdah : 17 -

So, nampak tak nak excited dengan ramadan ni macam mana? :)

Dalami Hadis Rasulullah
Selain quran, tambah juga pengetahuan tentang hadis.
Ada kitab mudah, al-wafiy. himpunan 40 hadis. hadis ada beribu, tapi insyaAllah kalau baru melangkah, hadis 40 ni pun dah boleh fit 24jam masa kita. mula sikit2, lama2 insyaAllah Allah akan buka lagi pintu ilmu.

nah hadiah :)
hadis 2 daripada 40. tapi in english translated & arab (dia baca bahasa arab mcm baca quran)


ni melayunya...


Dari Umar radhiallahuanhu juga dia berkata : 
Ketika kami duduk-duduk disisi Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam suatu hari tiba-tiba datanglah seorang laki-laki yang mengenakan baju yang sangat putih dan berambut sangat hitam, tidak tampak padanya bekas-bekas perjalanan jauh dan tidak ada seorangpun diantara kami yang mengenalnya. 

Hingga kemudian dia duduk dihadapan Nabi lalu menempelkan kedua lututnya kepada kepada lututnya (Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam) seraya berkata: 
“ Ya Muhammad, beritahukan aku tentang Islam ?”, 

maka bersabdalah Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam : “ Islam adalah engkau bersaksi bahwa tidak ada Ilah (Tuhan yang disembah) selain Allah, dan bahwa Nabi Muhammad adalah utusan Allah, engkau mendirikan shalat, menunaikan zakat, puasa Ramadhan dan pergi haji jika mampu “, kemudian dia berkata: “ anda benar “. Kami semua heran, dia yang bertanya dia pula yang membenarkan. 

Kemudian dia bertanya lagi: “ Beritahukan aku tentang Iman “. 
Lalu baginda bersabda: “ Engkau beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya dan hari akhir dan engkau beriman kepada takdir yang baik maupun yang buruk “, kemudian dia berkata: “ anda benar“. 

 Kemudian dia berkata lagi: “ Beritahukan aku tentang ihsan “. 
Lalu baginda bersabda: “ Ihsan adalah engkau beribadah kepada Allah seakan-akan engkau melihatnya, jika engkau tidak melihatnya maka Dia melihat engkau” . 

Kemudian dia berkata: “ Beritahukan aku tentang hari kiamat (kapan kejadiannya)”. 
Baginda bersabda: “ Yang ditanya tidak lebih tahu dari yang bertanya “. 

Dia berkata: “ Beritahukan aku tentang tanda-tandanya (kiamat) “, 
beliau bersabda: “ Jika seorang hamba melahirkan tuannya dan jika engkau melihat seorang bertelanjang kaki dan dada, miskin dan penggembala domba, (kemudian) berlomba-lomba meninggikan bangunannya “, 
kemudian orang itu berlalu dan aku (umar) berdiam sebentar. 

Kemudian baginda (Rasulullah) bertanya: “ Tahukah engkau siapa yang bertanya ?”. 
aku (umar) berkata: “ Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui “. 
Baginda bersabda: “ Dia adalah Jibril yang datang kepada kalian (bermaksud) mengajarkan agama kalian “.

Cool kan?! Allah hantar Jibril ajar Nabi untuk ajar kita sampai ke hari ni :)
so, dulu masa darjah satu telan je rukun-islam-ada-lima-perkara.
tak teringat bagaimana benda tu ada dan untuk menghayatinya..

islam, bukanlah agama yang ada tertulis dalam buku untuk dihafal dan dihadam.
ada banyak untuk diteroka dalam islam.

So, nak cakap tambahan sikit. quran dalam bahasa arab. kita selalu jumpa terjemahannya. hadis pun ada terjemahannya. pernah dengar pasal tafsir? tafsir tu ialah apa yang diulas oleh ulama' terhadap perkataan2. mcm contoh ulasan tanda2 kiamat tu. nak tahu lebih, kena cari guru... :)
tafsir quran pun macam tu, ada ayat yang kita tak faham langsung walaupun dah tahu bahasa melayunya. jadi sebab tu ada ulama buat kitab2 tafsir. ada yang ditafsirkan melalui hadis, so kita boleh faham certain ayat mengikut apa yang nabi ceritakan.

islam kan raikan semua pihak dan semua keadaan,
asal baca saja pun Allah kirakan pahalanya :) dengar orang baca pun dapat pahala tau!
celik, buta semua ada peluang dapat pahala :))
insyaAllah
so, dont worry kalau tak faham sekarang. janji faham bahawa, baca quran tu untuk amalan kita, panduan kita nak hidup di dunia, nak terangkan kubur, nak beroleh kedamaian syafaat di akhirat dengan izin Allah.
tu lebih utama.

kadang risau, "tak faham, tak nak bacalah!"
percayalah, Allah boleh buat apa saja.
kalau kita ada kawan bertutur bahasa cina, kalau hari2 kawan dengan dia, lama2 kita pun boleh faham dan bertutur bahasa cina tau.
kalau quran kita dekati, Allah akan mudahkan urusan yang lain.
dengan syarat, sentiasa rasa rendah diri sebagai hamba Allah,
jangan takbur (bangga diri) walaupun sorang2..."aku dah dekati quran~"
jangan...jangan. moga Allah lindung.

time rasa nak kembang sikit boleh baca quran, banyak pulak tu,
ingat ni.
"laa haula wa la quwwata illa billah"
tiada daya dan tidak ada kekuatan, kemampuan, melainkan semuanya datang dengan Allah.

kita terdetik rasa nak buat baik tu pun Allah yang izinkan kita terdetik.
rasa nak solat pun Allah yang izinkan kita refleks pergi ambik wuduk.
takutkan kalau kita hidup tak ada rasa terdetik pun nak buat baik kan?
nauzubillah min zalik.

so, nanti kalau bulan ramadan ni jumpa apa2 yang tak faham dalam quran dan hadis, jangan tafsir suka2 sesedap rasa. huhu. insyaAllah, comunicate dengan Allah. say, Allah, aku tak faham ni, ajarkan aku. bukakan pintu ilmu.
insyaAllah, jika kita berkemampuan untuk berguru, Allah akan hantar guru kepada kita.

yang penting, communicate with Him more than we are engaged with the makhluk.
kita berhubung dengan makhluk ciptaan banyak sangat dah, kita kena lebihkan untuk rujuk Allah, pencipta segala makhluk yang kita rujuk tu. huhu.

hurm. dah berterabur ke isinya?

just share simple things.
Kelebihan Ramadan.
Quran.
Hadis.
Tazkiyatun Nafs.- benda yang kita dengan Allah je tahu

banyak lagi berita best dalam islam. carilah lagi :) dalam quran banyak, dalam hadis banyak.
buatlah effort sendiri ikut kemampuan :)

remain excited till the rest of your life :DD excited discover berita-berita baik dan keindahan dalam islam.
baca kisah Nabi pun akan buat kita excited :D

hurmm.. sori, tak mampu nak tulis artikel berat mahupun artikel ringan. insyaAllah boleh hadam ni :)
moga Allah redha.

saya suka nasihat orang, supaya nanti bila saya malas, saya akan ingat balik apa yang saya nasihatkan. supaya tak didakwa cakap tak serupa bikin, maka terpaksa saya buat tak tahu dengan malas yang meruntun. hehh.

saling menasihati dalam kebaikan, moga beroleh syurga dan ampunan Tuhan.

moga kataku tidak menjadi hujah ke atasku, tapi menjadi hujah bagiku.

minta maaf salah silap, yang sengaja mahupun yang tak sengaja.
insyaAllah jumpa lagi time saya rajin menulis lagi. ><

moga Allah redha.



like akan bolehkan artikel ini muncul di wall masing2.

No comments:

Post a Comment

Random dreams

- bismillah - Alhamdulillah. Allah izin masuk ke tahun baru hijrah. To cut short, here is my list of dreams yang worth dreaming...nak capa...