Skip to main content

Masak masak puasa

- bismillah -

Alhamdulillah. 
:)

Hari ke 7 ramadhan. MasyaAllah. Dah seminggu. Allah, lagi 3 kali minggu berbaki sebelum ramadan tamat. 

Siapa yang sediakan makanan kepada orang berpuasa, maka dia memperoleh pahala puasa seperti orang itu. Hadis. Cool kan? Sebab tu arab di sini suka buat majlis buka puasa, jamu tetamu ramai2. 

Tak perlu tengok jauh, kita masak untuk housemates pun insyaAllah ada portion termasuk dalam menjamu orang yang berbuka. 
Tapi kalau masak pun nak bising, rasa berat hati, itu susahlah.

Kadang, Allah izin tetamu mengejut datang, tapi kita prepare untuk orang di rumah saja. Jangan gelabah!
Tetamu, dari mana dia datang?
Siapa izin dia tergerak hati untuk datang?
Siapa izin dia sampai tanpa masalah ke rumah kita?
Allah izin kan :)))
Untuk apa?
Hadiah surprise untuk kita seisi rumah :)

Si tukang masak dapat pahala tambahan 2 orang yang berpuasa. 
Ahli rumah dapat pahala memuliakan tetamu. 
Rumah dapat rasa rahmat tu. 

Dan paling penting, bila berlaku benda unexpected, Allah nak uji, 
Kita tahu tak berkat tu apa?
Tawakal tu apa?

Kadang kita tak yakin berkatnya makanan itu mencukupkan, sebab kita asyik fikir, berkat = banyak. 
Ustaz zaharudin pernah kongsikan dalam satu majlis ilmu, berkat itu apabila sikit dia cukup, bila banyak manfaatnya akan tersebar meluas. 

Dan tawakal. Tahu tak Allah boleh buat apa saja?
Asyik ulang Allahuakbar Allah maha besar tapi kita lupa nak aplikasi dalam hidup. Tak tahu nak match kat mana. 
So, dah Allah izin tetamu tu datang, mesti Allah takkan biar kita terkontang kanting gelabah kan. Pertolongan Allah tu pasti ada. Yakin, atau teruskan gelabah saja. 

Boleh juga gantikan gelabah tu dengan rasa marah / annoyed / geram / dan lain2 yang anda rasa bila umexpected thing berlaku.

Cool lah. 

Benda yang jadi bukan sebab cuai, itu dari Allah. 
Benda yang jadi sebab salah manusia pun, itu Allah yang izinkan terjadi.

Bukan saja2, tapi Allah nak beri reward. 
Tapi kalau still ego, Allah je lah tahu. 

Haish hati-hati yang masih hidup. Lembutlah untuk setiap aturan Allah. 

Kadang orang lain supposed to cook, tapi Allah pilih kita. 
Kadang orang lain yang patut layan tetamu, buka pinta jemput masuk, tup tup kita yang baru balik jumpa tetamu di luar rumah. Orang dalam rumah pasti suruh kita carry on layan tetamu tu kan. 

Orang lain dah plan, tapi Allah izin kita yang uruskan.
Walaupun penat, tak terjangka, carry on lah. Sabar. 

Marah memang marah sebab kita kena buat kerja orang, tapi jangan lupa ada reward Allah bagi, khas untuk kita bukan untuk orang yang plan tu. 

Rasa marah, marahlah. Jangan pendam. Tapi marah dengan cara tak sakitkan orang. 

Kalau perlu diam semalaman, diamlah semalaman tanda protes. Takda masalah. 

Tapi jangan lupa untuk reflect apa Allah nak bagi kat kita. 

Kadang, hidup tak kisah orang, tak ada perasaan atas apa yang berlaku hari2, tak kena juga. 

Dalam bas pagi tadi, saya fikir balik. 
Apa tak kena dengan hidup ni. 
Ada yang tak senang dengan apa yang kita buat. 
Ada yang marah / terasa dengan kita. 
Tak best lah.
Hidup yang best ialah bila semua komponen mental, fizikal, sosial, spiritual kita dalam keadaan tip top. Worry free life barulah bahagia. 

Mungkin ada dosa yang kita tak bertaubat2 lagi, ataupun dok ulang2 buat sampai tak rasa itu berdosa. Mungkin benda2 tu yang halang kita bahagia. 

Setiap benda yang tak kena, something wrong, check semula status mizan kita yang setakat kita tahu. Dosa yang bertimbun menghalang bahagia. 

Astaghfirullah. 

Lagi sedih kalau kita rasa kita tak buat dosa. Tu namanya dah hilang rasa sensitif. Mana ada manusia tak berdosa. 
Jangan bongkak. Lagi parah. 

Hurm. 

Comments

  1. Salam. Terima kasih utk post yg sgt menginsafkan. :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Aidilfitri

- bismillah -Alhamdulillah. Hujan mengiringi permulaan syawal, yg dituntut kita mulakan dengan membesarkan Allah dan mensyukuri nikmatnya, dengan takbir dan tahmid di malam raya.CUTI NAIK TAHUN AKHIRBerpeluang 'berehat' daripada suasana universiti, tidak bermakna perjalanan menuntut ilmu medik perlu berehat juga. Alhamdulillah, sempat menimba pengalaman 3 minggu menjalani praktikal secara elektif di jabatan kecemasan hospital negeri, atas inisiatif sendiri. Tempoh yg singkat itu pasti tidak menjamin 100% penguasaan skil dan asas medikal, namun cukup bermanfaat untuk memperjelas persepsi dan tanggapan terhadap suasana bekerja di bahagian kecemasan, mempersedia mental dan fizikal berdepan situasi mengerikan, malah membina keyakinan untuk 'tidak malu' menuntut ilmu dari semua golongan, doktor, staf dan pesakit.ELEKTIF DI A&E DEPARTMENT3/4 ramadan dilalui dengan refleksi cerita2 kehidupan. Bukan saja berpeluang menyaksikan detik2 kecemasan seperti sesak nafas, sakit da…

Anak yang berbakti

- bismillah -Alhamdulillah. Hari ke-3 tagging dengan doktor SM di internal medicine. Pulmunologist. Hari ni saya semak senarai pesakit doktor, ada nama familiar, rupa2nya ayah doktor.Patutlah, sejak semalam doktor kalut2 lepas habis ward round still talking over the phone pasal sorang pesakit lain, padahal ada 3 orang patients saja under doktor di wad.Ayah doktor dah tua, sakit macam2. History, anak dia yang tulis, ma shaa Allah lengkap berjela panjangnya. PE, lagi2 rectal exam, anak dia yang buat, dan tak bagi kami masuk. Anak dia aturkan susu nak makan pukul berapa, siap tulis satu2 bagi dekat nurse pukul berapa feeding. Ubat dosage, milk feeding, test, semua doktor decide. Doktor specialist bahagian paru2, ayah dia sakit mostly bahagian general medicine, tapi doktor yang in charge. Sekejap2 dengar doktor call blood bank, call consultant hemato utk anemia ayah dia, call another doctor cakap pasal finding rectal exam, call sana sini utk minta pendapat doktor2 pakar lain...He showed s…

Sabar yang indah

- bismillah -Alhamdulillah. Hari ni hari ke-3 tagging dengan dr hemato-oncology. Ada pesakit macam2, kebanyakannya utk chemo. Sedih, kesian, bersyukur semua ada. Hari ni dr specialist takda, jadi round dengan dr resident. Dia tak cakap banyak, tapi bila ada masa seperti masa mennggu doktor lain join, dia akan tanya2 soalan (ini yg kita mahu haha). Dan bila students tanya soalan, dia akan jawab panjanggg bukan sepatah hehe.Mendoakan dia jadi specialist juga nanti in shaa Allah.Ada sorang patient saya, dia kerja setiausaha, suatu hari lenguh2 sakit pinggang, lama2 melarat hingga ke kedua-dua belah kaki. Sakit apabila berjalan. Sampai satu tahap, dia tak boleh gerakkkan kakinya langsung. Tiba2 dia lumpuh! Spinal cord compression. Due to complication of multiple myeloma.Sebenarnya dia ada kanser darah. Tapi tak pernah diketahui. Tahu2 kanser tu dah merebak ke tulang pinggang dan tulang belakang, dan merata lagi (axial skeleton). Banyak investigations dan buat dan dia jalani chemo.Sewaktu …