Friday, July 26, 2013

aku minta supaya faqih tapi bila aku tahu hukum...kenapa berat untuk laksanakan?

- bismillah -

midnight pulse.
shahadatul haq pemimpin dan ahli fatwa, juga ke atas kita rakyat seagama sebangsa.

over the issue "Muslim beauties upset fatwa disqualified them from Miss Malaysia"

4 malay contestants were disqualified from the pageant based on a fatwa stating that muslim cannot enter beauty pageant.
one of them said that, "a lot of people coming and telling me that it is not fair, that malays are not allowed to join the beauty pageant when you are actually represent the malay-sia. so i think it's quite dissappointing"

ini bukan sebab fatwa. bukan sebab melayu. bukan sebab tak patriotik.
tapi fatwa digariskan untuk menjaga individu muslim.

bersyukurlah dengan apa yang kita faham sekarang tentang islam,
tapi jangan lupa hak kita untuk menyampaikan kepada yang lain perlu ditunaikan dengan semampu yang boleh.
walaupun mereka bukan keluarga terdekat kita, tapi ikatan kita sebangsa seagama itu menuntut peranan kita supaya mereka faham juga apa yang kita faham, biarpun ilmu kita tidak melimpah ruah.

saban hari kita minta, "Allah, faqihkan aku dalam agama"
jadikan aku orang yang faham agama, tahu apply agama dalam hidup seharian.
nabi ajar kita untuk minta tu.

maka bila tiba satu masa kita tahu satu hukum, satu fatwa, satu fiqh dalam ibadah, berlapang dadalah untuk menerima nya.

jika isu ratu cantik itu jauh dari kita, maka isu puasa ini dekat. terlalu banyak fiqh puasa.

kata nabi, wahai wanita, bersedekahlah kamu, kerana aku melihat kebanyakan kamu dalam neraka, kerana kamu banyak menyumpah dan tidak berterima kasih.

terus terang cakap, isu wanita dan puasa ini pun satu hal.

'eh, aku boleh puasa tak hari ni?
oh, rupanya bila sudah suci masih tak boleh menjamah makanan biarpun hari itu tidak berpuasa..
fidyah dan qadha', risau anak ke risau mak?'
banyak lagi persoalan wanita-puasa, dari remaja sampai ke menjadi ibu.

siapa lagi tempat merujuk fiqh?
diri sendiri dan pasangan.
ada bahagian dalam penyaksian kebenaran yang kita perlu sampaikan.
kalau bukan bab fiqh, maka bab lain.
kalau bukan orang dekat, maka kepada orang jauh.

peringatan kita sama2, hidup ini penuh jawapan, kepada soalan2 yang bakal disoalkan kepada kita kelak.

أَفَمَن شَرَحَ اللَّهُ صَدْرَهُ لِلْإِسْلَامِ فَهُوَ عَلَىٰ نُورٍ مِّن رَّبِّهِ ۚ فَوَيْلٌ لِّلْقَاسِيَةِ قُلُوبُهُم مِّن ذِكْرِ اللَّهِ ۚ أُولَٰئِكَ فِي ضَلَالٍ مُّبِينٍ

Maka apakah orang-orang yang dibukakan Allah hatinya untuk (menerima) agama Islam lalu ia mendapat cahaya dari Tuhannya (sama dengan orang yang membatu hatinya)? Maka kecelakaan yang besarlah bagi mereka yang telah membatu hatinya untuk mengingat Allah. Mereka itu dalam kesesatan yang nyata.

zumar : 22

hati kita lapang untuk mematuhi hukum Allah, itu Allah yang lapangkan.
hati kita sesak rasa berat untuk patuhi hukum pun, itu Allah yang berkuasa memberatkan hati.

so, sama2lah doa Allah pilih kita, untuk hidup dan mati dalam iman dan amal yang diterima.
moga apabila Allah izin kita diberi kefahaman, moga nanti Allah izin juga kita diberi keringan untuk melaksanakan apa yang dituntut.

saling mendoakan ditetapkan langkah dalam redha Allah.
hari ni iman tinggi, mungkin esok zero, kita tak tahu.
sebab tu pentingnya persaudaraan dalam islam.

moga ini ialah hujah kita, bukan hujah ke atas kita, bila ditanya apa kita buat semasa hidup.

sori, video/pics tak perlu di attach utk kemaslahatan dunia akhirat.

tu ja, terima kasih baca. assalamualaikum.
- posted in dome group on 26th july '13.

Thursday, July 25, 2013

tak penting. harapan separa palsu ini tiada penamat.

- bismillah -

"jangan pandang tinggi pada makhluk ciptaan Allah,
tapi pandang tinggilah pada Allah,
Tuhan yang Maha Pencipta,
menciptakan makhluk itu dan makhluk lainnya." - reka sendiri

makin kenal rapat, makin banyak defect kita akan nampak.

"eleh dia ni, macam perfect tapi bila dah kenal...masyaAllah! tak terjangka!"

pandangan saya, sekali kita rasa hairan orang tu ada defect, berkali2 orang akan nampak defect kita juga.

ni baru soal berkawan.

nak kahwin, entah berapa banyak surprise yang kita akan bongkar dan terbongkar.

penerimaan tu penting. tak kisah lah dia kawan sekejap ke, kawan lama ke, pasangan sehidup semati ke, penerimaan tu mesti melebihi expectation.

kalau letak terlalu menggunung tinggi pada makhluk, kita akan mudah rasa kecewa.

expect Allah akan berikan yang terbaik, dan terimalah makhluk itu selagi masih ada kebaikan.

***
kisah lain pula.

semalam lalu di satu tempat. kenangan terimbau. satu perkara yang dulu berada dalam jangkauan saya, dekat, sama-sama, setiap tempat dan masa, kini sudah jauh.

bukan sedih, tapi alhamdulillah.

dulu dekat sedekat-dekatnya, kini sangat jauh sejauh-jauhnya.

alhamdulillah.

tak tersangka dulu sangat dekat dan dalam capaian.

mungkin jarak ini sementara, mungkin selamanya.

tapi Allah sangat mendengar! He knows best when i say what i feel.

tinggal satu lagi, akan confirmkan jarak ini adalah untuk selamanya.

kematian salah seorang. kembali pada Allah.

sayunya, di akhirat nanti, dalam hadis dikatakan bahawa kita akan dikumpulkan dengan orang yang kita cintai.
itu buatkan saya clueless untuk mencari penamat kepada harapan ini.

sebolehnya harapan kosong ini diharap terisi.
bukan dengan kehendak sendiri, tapi moga tindakan saya menghadapinya membuahkan rahmat dan hidayah Allah.
moga lebih menagih kasih Allah melebihi apa yang saya mahu daripada makhluk.
moga lebih terarah dalam setiap tindakan menuju redha Allah, bukan bertindak memenuhi kehendak manusia sepenuhnya.

moga tak salah mencintai, tak nak melulu berkeras untuk berkumpul dengan orang yang kita pilih, tapi biarlah berkumpul dengan orang terbaik yang Allah pilih.

Sunday, July 21, 2013

iftor

-bismillah-

pernah dengar satu kisah dulu...kisah ada majlis keramaian, tapi Nabi tertidur lalu tak dapat hadir....

saya takut untuk menghadiri iftar (majlis buka puasa). tapi orang jemput saya pergi je.

persoalan maghrib insyaAllah tak compromised sebab kebanyakan majlis akan solat dahulu sebelum makan besar.

yang ganggunya ialah solat isyak.

kenyang - berat perut
lewat habis - lambat sampai masjid
banyak bersembang - lupa diri bahawa nak bangunkan sunnah rasulullah bukan benda mudah. perlu jiwa bersih. (hidupkan malam ramadan dengan tarawikh, baca quran itu sunnah rasul). maka timbullah jiwa yang merewang fikir time solat, lagi parah..mengantuk. mimpi waktu tahiyat pun dah rugi dah solat tu.

tak campur gosip sambil makan ramai2 lagi tu.
bukan ke tu bagi effect pada kualiti ibadah kita jugak

lagi satu, Nabi dah kata, waktu sebelum berbuka tu sangat makbul doa.
berapa banyak majlis iftar yang spare-kan beberapa minit sebelum berbuka tu untuk masing2 berdoa.
betul dah niat penganjur nak buat pengisian, tapi seolah pergi merebut barang yang popular sedangkan sale di depan mata.

tak payah mention ikhtilat, kalau ada.
riyak.

alhamdulillah, kat jordan ni iftar yang budak melayu dengan yang orang arab organise ok je. terjaga solat.
alhamdulillah.

cuma, jeles dengan orang yang tiba-tiba ada hal tak dapat datang majlis keramaian / majlis biasa2.
ada something yang Allah nak save-kan untuknya.

kan?

Tuesday, July 16, 2013

Masak masak puasa

- bismillah -

Alhamdulillah. 
:)

Hari ke 7 ramadhan. MasyaAllah. Dah seminggu. Allah, lagi 3 kali minggu berbaki sebelum ramadan tamat. 

Siapa yang sediakan makanan kepada orang berpuasa, maka dia memperoleh pahala puasa seperti orang itu. Hadis. Cool kan? Sebab tu arab di sini suka buat majlis buka puasa, jamu tetamu ramai2. 

Tak perlu tengok jauh, kita masak untuk housemates pun insyaAllah ada portion termasuk dalam menjamu orang yang berbuka. 
Tapi kalau masak pun nak bising, rasa berat hati, itu susahlah.

Kadang, Allah izin tetamu mengejut datang, tapi kita prepare untuk orang di rumah saja. Jangan gelabah!
Tetamu, dari mana dia datang?
Siapa izin dia tergerak hati untuk datang?
Siapa izin dia sampai tanpa masalah ke rumah kita?
Allah izin kan :)))
Untuk apa?
Hadiah surprise untuk kita seisi rumah :)

Si tukang masak dapat pahala tambahan 2 orang yang berpuasa. 
Ahli rumah dapat pahala memuliakan tetamu. 
Rumah dapat rasa rahmat tu. 

Dan paling penting, bila berlaku benda unexpected, Allah nak uji, 
Kita tahu tak berkat tu apa?
Tawakal tu apa?

Kadang kita tak yakin berkatnya makanan itu mencukupkan, sebab kita asyik fikir, berkat = banyak. 
Ustaz zaharudin pernah kongsikan dalam satu majlis ilmu, berkat itu apabila sikit dia cukup, bila banyak manfaatnya akan tersebar meluas. 

Dan tawakal. Tahu tak Allah boleh buat apa saja?
Asyik ulang Allahuakbar Allah maha besar tapi kita lupa nak aplikasi dalam hidup. Tak tahu nak match kat mana. 
So, dah Allah izin tetamu tu datang, mesti Allah takkan biar kita terkontang kanting gelabah kan. Pertolongan Allah tu pasti ada. Yakin, atau teruskan gelabah saja. 

Boleh juga gantikan gelabah tu dengan rasa marah / annoyed / geram / dan lain2 yang anda rasa bila umexpected thing berlaku.

Cool lah. 

Benda yang jadi bukan sebab cuai, itu dari Allah. 
Benda yang jadi sebab salah manusia pun, itu Allah yang izinkan terjadi.

Bukan saja2, tapi Allah nak beri reward. 
Tapi kalau still ego, Allah je lah tahu. 

Haish hati-hati yang masih hidup. Lembutlah untuk setiap aturan Allah. 

Kadang orang lain supposed to cook, tapi Allah pilih kita. 
Kadang orang lain yang patut layan tetamu, buka pinta jemput masuk, tup tup kita yang baru balik jumpa tetamu di luar rumah. Orang dalam rumah pasti suruh kita carry on layan tetamu tu kan. 

Orang lain dah plan, tapi Allah izin kita yang uruskan.
Walaupun penat, tak terjangka, carry on lah. Sabar. 

Marah memang marah sebab kita kena buat kerja orang, tapi jangan lupa ada reward Allah bagi, khas untuk kita bukan untuk orang yang plan tu. 

Rasa marah, marahlah. Jangan pendam. Tapi marah dengan cara tak sakitkan orang. 

Kalau perlu diam semalaman, diamlah semalaman tanda protes. Takda masalah. 

Tapi jangan lupa untuk reflect apa Allah nak bagi kat kita. 

Kadang, hidup tak kisah orang, tak ada perasaan atas apa yang berlaku hari2, tak kena juga. 

Dalam bas pagi tadi, saya fikir balik. 
Apa tak kena dengan hidup ni. 
Ada yang tak senang dengan apa yang kita buat. 
Ada yang marah / terasa dengan kita. 
Tak best lah.
Hidup yang best ialah bila semua komponen mental, fizikal, sosial, spiritual kita dalam keadaan tip top. Worry free life barulah bahagia. 

Mungkin ada dosa yang kita tak bertaubat2 lagi, ataupun dok ulang2 buat sampai tak rasa itu berdosa. Mungkin benda2 tu yang halang kita bahagia. 

Setiap benda yang tak kena, something wrong, check semula status mizan kita yang setakat kita tahu. Dosa yang bertimbun menghalang bahagia. 

Astaghfirullah. 

Lagi sedih kalau kita rasa kita tak buat dosa. Tu namanya dah hilang rasa sensitif. Mana ada manusia tak berdosa. 
Jangan bongkak. Lagi parah. 

Hurm. 

Friday, July 12, 2013

ramadan kita

- bismillah -

Alhamdulillah. Ramadan Kareem :) (ucapan selamat ramadan :))
replynya, Allahu akram!

Hari ke-3 ramadan di bumi urdun. Bumi ini tidaklah mematangkan saya dalam masa satu hari, tapi insyaAllah bekalan hidup dan bekalan mati banyak dapat diperoleh di sini.
Doakan, Allah izin ramadan yang terbaik untuk kita.
dan insyaAllah, akan beraya 1 syawal di sini juga. biizniLlah.

So, ramadan tiba! Macam mana nak react? Eh.
Ya lah, tengok orang excited, kita nak excited juga, tapi macam mana?
Apa excitednya ramadan ni?

:)

Ramadan, bulan dalam tahun hijrah yang ke-9.
Kalau kita biasa guna kalendar masihi, bulan 9 tu namanya September... heh.

Ramadan, maksud bahasanya ialah panas. hurmmm.
maksud yang lebih mendalam, satu bulan yang special!
tengok apa Allah sebutkan dalam quran,

شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِّنَ الْهُدَىٰ وَالْفُرْقَانِ ۚ فَمَن شَهِدَ مِنكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ ۖ وَمَن كَانَ مَرِيضًا أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِّنْ أَيَّامٍ أُخَرَ ۗ يُرِيدُ اللَّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلَا يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ وَلِتُكْمِلُوا الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ


Sahih International
The month of Ramadhan [is that] in which was revealed the Qur'an, a guidance for the people and clear proofs of guidance and criterion. So whoever sights [the new moon of] the month, let him fast it; and whoever is ill or on a journey - then an equal number of other days. Allah intends for you ease and does not intend for you hardship and [wants] for you to complete the period and to glorify Allah for that [to] which He has guided you; and perhaps you will be grateful.

(Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang bathil). 
Karena itu, barangsiapa di antara kamu hadir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu, dan barangsiapa sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa), sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada hari-hari yang lain. Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu. Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur.- al baqarah: 185 -

itu lah definisinya. cantikkan? Lengkap Allah nyatakan. dan Allah utuskan Rasul untuk memperincikan, contoh cara niat, bila nak niat dan lain2. so, al-Quran dan Sunnah bergerak seiring.
( cuba baca ayat quran dalam bahasa arab tu. terjemahan bahasa inggeris sekali. sebab macam tak da feel terjemahan bahasa melayunya. heh ikut orang kot)

Kita dah tengok maksud ramadan, sekarang kita tengok apa istimewanya.
Jeng3...another graphic


Dari Salman al-Farisi ra, ia berkata bahawa Rasulillah SAW di akhir bulan Syaban berkhutbah kepada kami, beliau bersabda, “Wahai manusia, telah datang pada kalian bulan yang agung dan penuh berkat. Di dalamnya terdapat satu malam yang di dalamnya lebih baik dari 1000 bulan.

Allah menjadikan puasa pada siang harinya sebagai kewajipan, dan menghidupkan malamnya sebagai amalan sunat. 

Barangsiapa yang mendekatkan diri kepada Allah dengan satu kebaikan, ia seolah-olah mengerjakan satu ibadat wajib pada bulan yang lain. 
Dan barangsiapa yang mengerjakan satu perbuatan wajib, ia seolah-olah mengerjakan 70 kebaikan di bulan yang lain.

Ramadhan adalah bulan kesabaran, dan kesabaran itu balasannya adalah syurga Allah. 
Ia juga adalah bulan tolong-menolong, di mana di dalamnya rezeki seorang mukmin bertambah.
Barangsiapa memberikan makanan berbuka kepada seorang yang berpuasa, 

maka itu menjadi maghfirah (pengampunan) atas dosa-dosanya, 

penyelamatnya dari api neraka 

dan ia memperoleh pahala seperti orang yang berpuasa itu, 

tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa sedikit pun.” 

Kemudian para Sahabat berkata, 
”Wahai Rasulullah, tidak semua dari kita memiliki makanan untuk diberikan sebagai makanan berbuka orang yang berpuasa.” 

Rasulullah SAW berkata, ”Allah memberikan pahala tersebut kepada orang yang memberikan makanan berbuka dari sebutir kurma, atau satu teguk air atau sedikit susu. 

Ramadhan adalah bulan yang permulaannya rahmat, pertengahannyamaghfirah (pengampunan), dan akhirnya pembebasan dari api neraka. (Hadith Riwayat Baihaqi)
(sambungan 'amalkan 4 perkara itu...' saya tak letakkan dlm bahasa melayu sebab ada baca katanya sambungan itu bersifat dhaif dlm riwayat. so ambik apa yang yakin lah)

So, dah tahu apa nak buat bulan ramadan ni? :D
kan dah banyak nabi ceritakan kebaikannya tu?

Pergilah beli buah kurma, jamu ahli keluarga, ahli rumah. MasyaAllah, banyak pahala hidup bekeluarga eh? Adeh.

Islam sifatnya, meraikan setiap keadaan umatnya. Bujang ke, berkeluarga, semua boleh berebut buat pahala.
Duduk sorang pun ada perkara yang kita boleh buat untuk tambah pahala, hidup ramai2 bermasyarakat pun ada perkara yang kita boleh kumpul pahala.

Duduk sorang, solat, doa, zikir. Duduk ramai2, islam kata bagi makan / jamu orang pun peluang dapat pahala juga. apa-apa saja kebaikan, semua ada balasan baik. :) dan, specialnya bulan ramadan, balasannya bukan sebarang balasan! insyaAllah, balasan syurga terus Allah janjikan.

Allahuakbar.

Baca Quran
Sepatutnya, ini amalan hari-hari. Bukan setakat baca, belajar Quran. tapi, ramadan sangat special, satu huruf 10x rewards!
Kalau kita suka kumpul bonus points masa shopping, treatpoints 5x untuk satu swipe, suka kumpul bounty dalam game need for speed most wanted, suka tambah duit berganda-ganda dalam the sims 3, zoo tycoon 2 guna cheat codes macam-macam, suka main wrath cheat dalam age of empires, KENAPA RAMADAN NI KITA TAK NAK KANN? :DD

Macam satu fasa, yang dilambatkan, kita boleh buat macam2 untuk ganjaran yang besar! Buat satu saat dapat pahala berganda macam buat amalan baik tu lama-lama-lama-lama sangat masanya.

Itu baru benda yang Allah izin kita tahu sikit.
Benda surprises, yang Allah sembunyikan, insyaAllah ada banyaak lagi.

لَا تَعْلَمُ نَفْسٌ مَّا أُخْفِيَ لَهُم مِّن قُرَّةِ أَعْيُنٍ جَزَاءً بِمَا كَانُوا يَعْمَلُونَSahih International
And no soul knows what has been hidden for them of comfort for eyes as reward for what they used to do.
Maka tidak ada seseorang pun yang mengetahui satu persatu persediaan yang telah dirahsiakan untuk mereka (dari segala jenis nikmat) yang amat indah dipandang dan mengembirakan, sebagai balasan bagi amal-amal soleh yang mereka telah kerjakan.- as-sajdah : 17 -

So, nampak tak nak excited dengan ramadan ni macam mana? :)

Dalami Hadis Rasulullah
Selain quran, tambah juga pengetahuan tentang hadis.
Ada kitab mudah, al-wafiy. himpunan 40 hadis. hadis ada beribu, tapi insyaAllah kalau baru melangkah, hadis 40 ni pun dah boleh fit 24jam masa kita. mula sikit2, lama2 insyaAllah Allah akan buka lagi pintu ilmu.

nah hadiah :)
hadis 2 daripada 40. tapi in english translated & arab (dia baca bahasa arab mcm baca quran)


ni melayunya...


Dari Umar radhiallahuanhu juga dia berkata : 
Ketika kami duduk-duduk disisi Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam suatu hari tiba-tiba datanglah seorang laki-laki yang mengenakan baju yang sangat putih dan berambut sangat hitam, tidak tampak padanya bekas-bekas perjalanan jauh dan tidak ada seorangpun diantara kami yang mengenalnya. 

Hingga kemudian dia duduk dihadapan Nabi lalu menempelkan kedua lututnya kepada kepada lututnya (Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam) seraya berkata: 
“ Ya Muhammad, beritahukan aku tentang Islam ?”, 

maka bersabdalah Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam : “ Islam adalah engkau bersaksi bahwa tidak ada Ilah (Tuhan yang disembah) selain Allah, dan bahwa Nabi Muhammad adalah utusan Allah, engkau mendirikan shalat, menunaikan zakat, puasa Ramadhan dan pergi haji jika mampu “, kemudian dia berkata: “ anda benar “. Kami semua heran, dia yang bertanya dia pula yang membenarkan. 

Kemudian dia bertanya lagi: “ Beritahukan aku tentang Iman “. 
Lalu baginda bersabda: “ Engkau beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya dan hari akhir dan engkau beriman kepada takdir yang baik maupun yang buruk “, kemudian dia berkata: “ anda benar“. 

 Kemudian dia berkata lagi: “ Beritahukan aku tentang ihsan “. 
Lalu baginda bersabda: “ Ihsan adalah engkau beribadah kepada Allah seakan-akan engkau melihatnya, jika engkau tidak melihatnya maka Dia melihat engkau” . 

Kemudian dia berkata: “ Beritahukan aku tentang hari kiamat (kapan kejadiannya)”. 
Baginda bersabda: “ Yang ditanya tidak lebih tahu dari yang bertanya “. 

Dia berkata: “ Beritahukan aku tentang tanda-tandanya (kiamat) “, 
beliau bersabda: “ Jika seorang hamba melahirkan tuannya dan jika engkau melihat seorang bertelanjang kaki dan dada, miskin dan penggembala domba, (kemudian) berlomba-lomba meninggikan bangunannya “, 
kemudian orang itu berlalu dan aku (umar) berdiam sebentar. 

Kemudian baginda (Rasulullah) bertanya: “ Tahukah engkau siapa yang bertanya ?”. 
aku (umar) berkata: “ Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui “. 
Baginda bersabda: “ Dia adalah Jibril yang datang kepada kalian (bermaksud) mengajarkan agama kalian “.

Cool kan?! Allah hantar Jibril ajar Nabi untuk ajar kita sampai ke hari ni :)
so, dulu masa darjah satu telan je rukun-islam-ada-lima-perkara.
tak teringat bagaimana benda tu ada dan untuk menghayatinya..

islam, bukanlah agama yang ada tertulis dalam buku untuk dihafal dan dihadam.
ada banyak untuk diteroka dalam islam.

So, nak cakap tambahan sikit. quran dalam bahasa arab. kita selalu jumpa terjemahannya. hadis pun ada terjemahannya. pernah dengar pasal tafsir? tafsir tu ialah apa yang diulas oleh ulama' terhadap perkataan2. mcm contoh ulasan tanda2 kiamat tu. nak tahu lebih, kena cari guru... :)
tafsir quran pun macam tu, ada ayat yang kita tak faham langsung walaupun dah tahu bahasa melayunya. jadi sebab tu ada ulama buat kitab2 tafsir. ada yang ditafsirkan melalui hadis, so kita boleh faham certain ayat mengikut apa yang nabi ceritakan.

islam kan raikan semua pihak dan semua keadaan,
asal baca saja pun Allah kirakan pahalanya :) dengar orang baca pun dapat pahala tau!
celik, buta semua ada peluang dapat pahala :))
insyaAllah
so, dont worry kalau tak faham sekarang. janji faham bahawa, baca quran tu untuk amalan kita, panduan kita nak hidup di dunia, nak terangkan kubur, nak beroleh kedamaian syafaat di akhirat dengan izin Allah.
tu lebih utama.

kadang risau, "tak faham, tak nak bacalah!"
percayalah, Allah boleh buat apa saja.
kalau kita ada kawan bertutur bahasa cina, kalau hari2 kawan dengan dia, lama2 kita pun boleh faham dan bertutur bahasa cina tau.
kalau quran kita dekati, Allah akan mudahkan urusan yang lain.
dengan syarat, sentiasa rasa rendah diri sebagai hamba Allah,
jangan takbur (bangga diri) walaupun sorang2..."aku dah dekati quran~"
jangan...jangan. moga Allah lindung.

time rasa nak kembang sikit boleh baca quran, banyak pulak tu,
ingat ni.
"laa haula wa la quwwata illa billah"
tiada daya dan tidak ada kekuatan, kemampuan, melainkan semuanya datang dengan Allah.

kita terdetik rasa nak buat baik tu pun Allah yang izinkan kita terdetik.
rasa nak solat pun Allah yang izinkan kita refleks pergi ambik wuduk.
takutkan kalau kita hidup tak ada rasa terdetik pun nak buat baik kan?
nauzubillah min zalik.

so, nanti kalau bulan ramadan ni jumpa apa2 yang tak faham dalam quran dan hadis, jangan tafsir suka2 sesedap rasa. huhu. insyaAllah, comunicate dengan Allah. say, Allah, aku tak faham ni, ajarkan aku. bukakan pintu ilmu.
insyaAllah, jika kita berkemampuan untuk berguru, Allah akan hantar guru kepada kita.

yang penting, communicate with Him more than we are engaged with the makhluk.
kita berhubung dengan makhluk ciptaan banyak sangat dah, kita kena lebihkan untuk rujuk Allah, pencipta segala makhluk yang kita rujuk tu. huhu.

hurm. dah berterabur ke isinya?

just share simple things.
Kelebihan Ramadan.
Quran.
Hadis.
Tazkiyatun Nafs.- benda yang kita dengan Allah je tahu

banyak lagi berita best dalam islam. carilah lagi :) dalam quran banyak, dalam hadis banyak.
buatlah effort sendiri ikut kemampuan :)

remain excited till the rest of your life :DD excited discover berita-berita baik dan keindahan dalam islam.
baca kisah Nabi pun akan buat kita excited :D

hurmm.. sori, tak mampu nak tulis artikel berat mahupun artikel ringan. insyaAllah boleh hadam ni :)
moga Allah redha.

saya suka nasihat orang, supaya nanti bila saya malas, saya akan ingat balik apa yang saya nasihatkan. supaya tak didakwa cakap tak serupa bikin, maka terpaksa saya buat tak tahu dengan malas yang meruntun. hehh.

saling menasihati dalam kebaikan, moga beroleh syurga dan ampunan Tuhan.

moga kataku tidak menjadi hujah ke atasku, tapi menjadi hujah bagiku.

minta maaf salah silap, yang sengaja mahupun yang tak sengaja.
insyaAllah jumpa lagi time saya rajin menulis lagi. ><

moga Allah redha.



like akan bolehkan artikel ini muncul di wall masing2.

Monday, July 8, 2013

Krik.

- bismillah -

Hurm. Saya aware je ada kawan rapat dan tak rapat yang baca blog ni. 

I have a crush. But
I said some prayers.
If the person is meant for me, Allah will show the way. If he's not then Allah will show other way round. 

And eversince, i have never got chance to meet him in any place @ occasions that i used to see him. 
Either i dont go there when he is there, or vice versa.
I've always have another program overlapped, or just the matter that i dont want to go out but just stay at home. 
(So surely i'm not talking about the classmates kan...)

Alhamdulillah. 
I guess that's the good answer to my prayer. 
Not meant for me, so Allah wont let my crush over him grow. Alhamdulillah. 

Not having heard anything nor seen him, making i'm back to reality. 

Soon, crush will go. Teen life. 

When Allah says yes, nobody can say no.
I believe He knows best for both of us. 

Like one used to say, loving is not about memiliki. Hehh. 

Sorilah, tak bermanfaat kalau tengok surface. 
But seriously, tell Allah what you feel and He will take care of it. 
If the love should grow, Allah will let it grow the halal way. :) beautiful days await for those who seek!

Time saya segan / malu saya delete lah post ni. Huhuhu. But believe me, there is nothing to hide when you believe you done no wrong :p

Saturday, July 6, 2013

My 21st y-o H resolution

- bismillah -

Alhamdulillah. 

Call mak. 
Mak cakap, "nanti hari ahad adik masuk 21 tahun la kan.."

SubhanAllah. Tahun hijrah. About 2 hari sebelum ramadhan mak lahirkan saya. 

Terharu. Mak ingat. 
Moga menjadi anak yang buatkan mak terharu dan sayang juga. 

Jadi, umur bertambah. Hakikatnya amal bagaimana?

Tak tahu nak cakap, baru 21 atau sudah 21 tahun?
Hurm.

So, saya buatlah sikit resolusi (?)
Tampal benda2 ingatan utk apa nak dicapai dalam hidup. 
Peringatan bahawa "aku sedang hidup, ada benda perlu dicapai, bukan sekadar hembus nafas tarik nafas hari2."

Bermula dengan masa, dan peringatan tentang tanggungjawab. 

Pelekat di pintu almari. Tengok hari2. Simple, surah al-asr. Pendek, tapi penghayatan tu kena sepanjang hari. Haih moga terdidiklah diri ni supaya jaga masa. 

2nd, commitment. Focus menjadi wanita. Uhuk. Haha. Lady lah taknak women lagi huhu. Bermula dengan characters, personalities, responsibilities of a lady in islam. Juga hopes dan dua from quran. Juga saya selitkan kata2 asmaa' bt abu bakar. All others are from Nabi Muhammad. 

Semua benda yang dibuat di atas ni,
Misi nak lengkapkan diri,
Misi nak buat persediaan, 
Misi nak jadi terbaik,
Semua itu sia-sia kalau tidak boleh dibawa ke akhirat. 

Kerana kita akan disoal 5 soalan,
Hidup, masa muda, harta bagaimana dapat dan ke mana keluar, dan ilmu.

"Aku dulu sibuk nak jadi muslimah sejati..nak dapat suami soleh." Cukup ke alasan ni? Tambah sikit, "aku sibuk nak jadi muslimah yang Allah suka. Bila Allah suka, Allah akan izin dan berikan semua yang terbaik, kejayaan, keluarga yang baik semua Allah akan bagi. Dengam syarat, Lillah kerana Allah. Bukan kerana 'suami'."

Fikir panjang lah. 

Nasihat utk diri sendiri agar tak terbabas. 

Because, when Allah is in our heart and our main priorities, we will have everything!

InsyaAllah. :)

Thursday, July 4, 2013

Medic me 1

- bismillah -

Alhamdulillah. 
Alhamdulillah. 
Alhamdulillah. 

Terlalu banyak nikmat dan pemberian yang Allah izinkan. 

Bermula dengan pagi tadi, kawan saya tanya...
"Farhana tahu tak kita dah nak masuk tahun 3?!" 
InsyaAllah. MasyaAllah. Baru tersedar, sudah hampir separuh jalan Allah izinkan. Moga Allah izin sampai ke pengakhiran yang baik. 

Saya nak cerita sikit liku sepanjang 2 tahun ini. Alhamdulillah, baru 2 tahun. Alhamdulillah, sudah 2 tahun. 

Sebelum saya ambil medik, banyak rumours saya dengar dan yang saya terfikir. 

[] medik susah lulus
[] orang ambil medik takda life
[] kau hanya hidup dengan buku
[] medico = nerdo
Macam2. Saya suka physic dan math, kemudian baru biology. Lebih kepada engineering, tapi saya tak rasa saya fit dan tough utk masuk field engine. 

Saya apply juga cikgu, cikgu physics. Alhamdulillah dapat tawaran, tapi perjalanannya memakan masa 8 tahun, setengahnya di uk. 
Saya pilih medik 6 tahun, insyaAllah, jordan. 

Alhamdulillah. 

Tahun pertama di sini, basic foundation courses. Physic chemistry bio english arab, semua tu belajar semula. Markah x kurang 90. Kembang semangkuk time tu, study relax2 saja. Itu cerita semester satu. 

Masuk sem 2, mula belajar anatomy, histology, physiology dan apatah tak ingat. MasyaAllah benda apa ni banyak sangat nak hafal! Saya pun join lah yang lain, hafal. Hurm best! Tambah2 anatomy, lukis & warnakan muscle2 yang dihafal tu. Subjek paling best, physiology. Sebab subjek itu banyak buatkan saya berfikir dan jumpa sebabnya. Subjek lain, masih mencari2 kenapa itu kenapa ini. Heh. 
Disebabkan baru kenal dengan subjek medik, saya pernah dapat markah histo 15/30 untuk exam pertama. 
Rasa macam lumpuh sekejap. Tak pernah seumur hidup dapat separuh. Uh oh. Allah nak tegur supaya jangan relax2, dan saya ubah cara study. 
Alhamdulillah, belum terlambat utk exam 2nd dan final. 
Tapi lagi satu subject pelik, organic chemistry. Suka. Best time belajar. Spatial intelligence kena kuat. Dapat almost full mark waktu 1st exam. Tp 2nd exam dapat almost half! :'( 
Sampai dapat notice (warning) dari study advisor supaya get ready utk resit kalau tak lepas.
Huh. 
Alhamdulillah Allah izin saya baca warning tu lepas masuk tahun 2! Kalau saya baca time ambik exam, sure dah bergoyah ketar2. Sebab tak sedar pun markah carry mark tak tinggi. Mungkin dia agak final ni susah, so dia warning awal2. Dengan izin Allah, markah final ok saja. Alhamdulillah. 

Masuk sem 3, belajar biochem, vb dan wellness. 
Paling tak masuk akal, saya lah orang lain ok saja, kena hafal amino acid yang 20 tu. huhuhuhu. Inilah medik rupanya, time tu saya fikir. 

Masuklah tahun 2. Alhamdulillah. Dalam kelas doktor selalu ulang, "kamu adalah doktor" dua tiga kali. Baru rasa kena ketuk dan baru rasa terpanggil sikit. Baru nampak jalan. 

1st sem, belajar microbes, pharma, pathology. Alhamdulillah. Makin minat. Inilah subjek2 medik yang ditunggu2. :)

2nd sem, masih subjek yang sama, tapi lebih mendalam. 
Sistem pernafasan, jantung dan aliran darah. Gabung semua dari anatomy sampai pathology. Sekali exam dia tanya semua benda. Time ni rasa macam kena belasah. Lembik. 
Final exam sangat stress. Tapi otak saya ok takda marah2 bosan ke apa, tapi physiologynya badan saya stress. 
Psychology ok, physiology disturbed. 
Hari exam, saya sakit!
Allahuakbar. 

Kisahnya, gastrik lama berulang.
Satu mungkin sebab ada terskip makan sebab study yang tak habis2, tapi satu lagi faktor ialah bila stress, badan kita pun stress. Perut hasilkan banyak acid. Sangat banyak kot sampai saya kena ambik ubat PPI setiap malam utk stopkan acid keluar. 
Tidur tak payah ceritalah, setiap malam bersandar. Sebab spinchter macam dah bengkak. Doktor pun diagnose saya GERD. 
Tapi saya tahu, ni sebab stress. Bukan chronic gerd, so bukan long term ni. hehe buat pala. 

Alhamdulillah Allah izin lepas exam sakit pun hilang. Hehe.

Hurm moga perjalanan ni penuh redha dan pertolongan Allah. 

Indah je, lepas semua tu berlalu :)

Sekarang masih di tahun 2, sems 3 musim panas. Taking immunology, public health dan food preservation as an elective course. 
They said that immun far more harder than any other. Hurm. Doakan saya baik2 saja. 

Doakan perjalanan saya yang masih berbaki. InsyaAllah mengikut perancangan manusia yang tahunya sikit, 2017 dah boleh grad.

Moga Allah buka pintu kemudahan dan pintu ilmu luas2. 
Doakan saya diizinkan Allah utk menjadi doktor yang faqih. 
Doakan sabar dan thabat. 

Amiin. 

Catatan ramadan 1438H #4

- bismillah - So, right there in front of the kaabah i was standing as a poor girl. No phone, no money, nothing. I only had a bottle of zam...