Skip to main content

projector's story. Learn to be patient. Keep cool.

I- bismillah -

Alhamdulillah. Hari yang baik. 
لا حول ولا قوّة الّا بالله

Ada 3 meeting hari ni. Alhamdulillah Allah izin sampai. 
Tapi still yang akhir sekali tu tertidur yang sampai tahap tak sedar orang keluar masuk dalam ruang tu. Heh. 

Ambil tisu basah. Lap lap mata. Segar. 
Fokus. 

***
Malamnya perlu hantar LCD kepada tuan pihak penjaga. Nak hantar petang tapi tak dapat reach call. 

Alhamdulillah. Allah izin mudah. Risau juga untuk nak bawa LCD projector besar jalan malam2. Takut orang ingat laptop pulak.

Alhamdulillah Allah izin kawan saya temankan.

Sampai masa nak bagi, nampak encik bendahari. 'Oh, kena serahkan pada beliau lah kot. Sebab kerja bendahari ialah simpan aset persatuan.' Monolog. Saya janji nak jumpa orang lain tadi. Mungkin dia passkan suruh bagi terus pada bendahari kot. Andaian sendiri. 

Selesai bagi, balik lah ke rumah. 
Tengok jam, 9.30 malam. 

Saya cakap pada kawan yang meneman, "pelik juga, janji nak jumpa orang lain (A), serah pada orang lain (B), nama yang pinjam pulak orang lain(C)." (4 orang terlibat tmasuk saya F) 

Balik rumah. 
Lama. 
Singgah atm sebab kawan nak ambik duit. 

Sampai rumah. Buat kerja sikit. Online lama. 
Lama sangat. 

Tiba2 rasa nak tengok phone. 
Jeng jeng jeng!

Ada 4 miscalls =_________________=
Habislah habislah. A called. Dia nak suruh serah projector pada dia ke?? Tapi saya dah selamat serah pada B :3
Check call log. 
Last call 9.36 malam. Waktu sedar untuk check, 10.15 dah...!
Sorilah phone in silent mode. ~~~

Teringat pengalaman dulu, pernah ada orang bising sebab saya xangkat call. 
"Farhana kenapa tak angkat call?!" Menggantikan salam. Serius sampai hari ni saya ingat. Ni cerita lalu. 

Sambung cerita hari ni. 
Beranikan diri, muka bersalah, call semula. 
Krikk. Ada orang angkat. 

"Assalamualaikum." Suara dihujung talian kedengaran. Ceh. 

Kesimpulannya, (haha xda makna nak ingat semula detail perbualan). Kesimpulannya, Alhamdulillah. 
He sounds to be very relieved bila saya cakap saya dah serah pada encik bendahari. Siap cakap terima kasih. 

Wait! Nobody is angry?!
 :) Alhamdulillah. Kecut perut dah hilang. 

Cakap sori phone silent, terima kasih tolong dan tamat. 

Kemudian tulis blog. 

Pengajarannya, perasaan sangat lega bila kita tak dimarahi. So, hadiahkan orang lain dengan perasaaan ni juga. Jangan mudah marah orang lain. 
Jangan mudah melenting. 
Sabar. 

Sebab saya cepat rasa tak best kalau saya kena tunggu lama tanpa diberitahu. 

P/s ntah2 dia tunggu di situ sejak pukul 9.30malam tadi kot? Haaa scary. Because i called back only at 10.16 pm. 
Tak tahulah. Kalau tunggu juga sejak 9.30 sampai 10.16 tu memang sangat sabarlah. 

I must learn to be sabar because other people have been very patient with me. 
And them being patient have made me feel at ease and contented. So why shouldnt i copy the sabar and make other people feel the relieves of not being blamed for. 

P/ss mesti encik bendahari pelik tiba2 ada kanak2 ribena datang hulur projector. Abaikanlah. Janji amanah dah settle. Alhamdulillah. 

Moga Allah pelihara daripada fitnah. Amiin. 

Alhamdulillah. :)

Comments

  1. a good story from u :) yaa. and i think i should copy the attitude and apply in my life.
    betul2. kita akan rasa sgt2 lega dan bersyukur bila orang tak marah kita.
    yaa..jgn mudah melenting. -peringatan utk diri sy jugak- tp, kdg2, sy admit yg sy mudah jgak melenting dkat org (bila diri tgh stress) n jauh di sudut hati, sy sbnarnya x suka marah org. huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kaan :D kadang susah nak control rasa xpuas hati hoho..
      hurmm..anggap semua orang baikk :)
      hehe

      thanks ingatkan! :)

      Delete
  2. haha.. xpe,,bendahari tu baikkk hahah

    ReplyDelete
  3. cuak2 je, tapi alhamdulillah semua org pon baik sebenarnya =)

    ReplyDelete
  4. nice day:)
    saya adalah saya hari ini karena pilihan-pilihan
    yang saya kemarin..


    bagi-bagi motivasi yaa.. :)


    http://wisataoutboundmalang.com/

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Aidilfitri

- bismillah -Alhamdulillah. Hujan mengiringi permulaan syawal, yg dituntut kita mulakan dengan membesarkan Allah dan mensyukuri nikmatnya, dengan takbir dan tahmid di malam raya.CUTI NAIK TAHUN AKHIRBerpeluang 'berehat' daripada suasana universiti, tidak bermakna perjalanan menuntut ilmu medik perlu berehat juga. Alhamdulillah, sempat menimba pengalaman 3 minggu menjalani praktikal secara elektif di jabatan kecemasan hospital negeri, atas inisiatif sendiri. Tempoh yg singkat itu pasti tidak menjamin 100% penguasaan skil dan asas medikal, namun cukup bermanfaat untuk memperjelas persepsi dan tanggapan terhadap suasana bekerja di bahagian kecemasan, mempersedia mental dan fizikal berdepan situasi mengerikan, malah membina keyakinan untuk 'tidak malu' menuntut ilmu dari semua golongan, doktor, staf dan pesakit.ELEKTIF DI A&E DEPARTMENT3/4 ramadan dilalui dengan refleksi cerita2 kehidupan. Bukan saja berpeluang menyaksikan detik2 kecemasan seperti sesak nafas, sakit da…

Anak yang berbakti

- bismillah -Alhamdulillah. Hari ke-3 tagging dengan doktor SM di internal medicine. Pulmunologist. Hari ni saya semak senarai pesakit doktor, ada nama familiar, rupa2nya ayah doktor.Patutlah, sejak semalam doktor kalut2 lepas habis ward round still talking over the phone pasal sorang pesakit lain, padahal ada 3 orang patients saja under doktor di wad.Ayah doktor dah tua, sakit macam2. History, anak dia yang tulis, ma shaa Allah lengkap berjela panjangnya. PE, lagi2 rectal exam, anak dia yang buat, dan tak bagi kami masuk. Anak dia aturkan susu nak makan pukul berapa, siap tulis satu2 bagi dekat nurse pukul berapa feeding. Ubat dosage, milk feeding, test, semua doktor decide. Doktor specialist bahagian paru2, ayah dia sakit mostly bahagian general medicine, tapi doktor yang in charge. Sekejap2 dengar doktor call blood bank, call consultant hemato utk anemia ayah dia, call another doctor cakap pasal finding rectal exam, call sana sini utk minta pendapat doktor2 pakar lain...He showed s…

Sabar yang indah

- bismillah -Alhamdulillah. Hari ni hari ke-3 tagging dengan dr hemato-oncology. Ada pesakit macam2, kebanyakannya utk chemo. Sedih, kesian, bersyukur semua ada. Hari ni dr specialist takda, jadi round dengan dr resident. Dia tak cakap banyak, tapi bila ada masa seperti masa mennggu doktor lain join, dia akan tanya2 soalan (ini yg kita mahu haha). Dan bila students tanya soalan, dia akan jawab panjanggg bukan sepatah hehe.Mendoakan dia jadi specialist juga nanti in shaa Allah.Ada sorang patient saya, dia kerja setiausaha, suatu hari lenguh2 sakit pinggang, lama2 melarat hingga ke kedua-dua belah kaki. Sakit apabila berjalan. Sampai satu tahap, dia tak boleh gerakkkan kakinya langsung. Tiba2 dia lumpuh! Spinal cord compression. Due to complication of multiple myeloma.Sebenarnya dia ada kanser darah. Tapi tak pernah diketahui. Tahu2 kanser tu dah merebak ke tulang pinggang dan tulang belakang, dan merata lagi (axial skeleton). Banyak investigations dan buat dan dia jalani chemo.Sewaktu …