Saturday, May 4, 2013

Jangan tutup pemikiran dan maklumat. GE13 pilihan raya umum 13

- bismillah -

Saya tak rasa satu tindakan bijak, untuk buat macam ni...

"Saya deactivate fb sepanjang minggu pilihan raya!" Ujar ABC bangga.

Lepas tu bila orang cakap itu ini, si ABC mula nak salahkan orang yang ceritakan apa yang terjadi.

Hatta jemaah sendiri buat apa pada jemaah lain pun tak pernah diketahui. Selamanya taat tanpa nampak.

Bagaikan lari masuk ke dalam tempurung. Tiada orang menutupnya.
Tapi diri sendiri yang menutup.
Tak da yang dapat luaskan pemikiran dan pengalaman juga pengetahuan melainkan kita sendiri mahu ambil tahu.

"Kamu penting diri, kamu belajar selesa, makan cukup, pakai cukup, jadi kamu tak mahu ambil tahu apa yang terjadi utk pilihanraya." Nasihat ustaz Z di Kondaksi kepada mahasiswi yang bertanyakan adakah betul utk memencilkan diri daripada pilihanraya / perkembangan politik.

Geram apabila golongan sebegini menyalahkan orang lain atas ketidaktahuan mereka.

"Kenapa cakap macam ni? Tak baiklah..."
Laaaaa. Tunggu masuk surat khabar saja baru nak mengaku benda tu betul???
Dah terang lagi bersuluh perkara sebenar yang terjadi, ABC masih anggap berita itu hanyalah desas desus.
Kerana ABC lupa, kita ada official blogs dan sites daripada pemimpin parti lain. Pemimpin parti juga ada televisyen rasmi mereka. Semua orang ada media rasmi utk mengeluarkan kenyataannya. Terpulang pada rakyat nak buka media itu atau tidak.

Malanglah kalau buka satu media saja.

Tapi x nafi, byk maklumat bukan maknanya kita telan semua. Sebelah mana pun kita, banyak maklumat tu utk ditapis dan dihadam. Bukan disembur. Jadi, utk nak tahu sumber yang tepat, kenalah banyak membaca dan ambil tahu.

Nak menuntut ilmu bukan sekadar apa yang terhidang. Explore more! Is this true? Is it make sense? Etc etc

...

Ambil tahu, buka saya suruh join sekali mengomen.

Dan utk yang berpendirian "SAYA NEUTRAL JADI SAYA TAK PERLU UNDI"
Dan
"SAYA TAK MAHU MENGUMPAT, DOSA. KALAU SAYA X UNDI XPA, XDISOAL DI AKHIRAT NANTI"

Tidak.

Memberi undi ialah memberi kesaksian. Kita rakyat sebagai saksi, supaya keputusan pemilihan pemimpin dapat dijalankan.
Dan memberikan kesaksian apabila diminta, itu wajib.
Rujuk dalil surah baqarah, ayat paling panjang tu tak ingat nombornya.

Ini bukan kata2 saya. Ini saya dapat dari kondaksi.
Apa itu kondaksi? Konferens di irbid.

2 comments:

  1. salam
    pilihan dah dibuat. jadi keputusan telah ada dan patutnya kita bersyukur proses pemilihan berjalan baik walaupun mungkin ada kekurangan yg masih boleh dibaiki.
    jangan pula kita berontak dan menukar sistem yg ada hingga negara jadi huruhara, perpaduan retak, kumpulan yg menang tak akan biar kemenangan mereka dirampas . maka akan terjadi kekacauan mungkin pergaduhan dan keamanan tiada lagi. Allah nanti akan menurunkan ketakutan kepada kita dan hidup tidak aman lagi. Sebabnya kita tidak mahu bersyukur, kita ikut nafsu amarah dan mementing diri dan kelompokj lebih dari rakyat yang ramai. sedarlah dan kembalilah kepada kebenaran dan bersyukurlah nescaya Allah akan tambah nikmat nanti.

    ReplyDelete
  2. Trima kasih atas nasihat.
    Benar, dlm surah ibrahim ayat 7 yang disebut dlm komen di atas, Allah sebutkan siapa yang bersyukur maka akan ditambah lagi.
    Soalan saya, atas paksi apa kesyukuran itu? Bersyukur kerana jaminan wang masuk (contoh) atau bersyukur kerana makin dekat dengan apa yang Allah suka, atau bagaimana?
    Bersyukur kerana kita boleh tidur lena, makan pakai cukup. Benar. Itu syukur.
    Tapi syukur tidak akan timbul pada nikmat yang terlalu tipis utk dibawa ke akhirat.

    Kita nak bawa juga nikmat iman dan nikmat islam ke hari akhirat nanti.

    Selain ayat 7, suka saya panjangkan bacaan yang anda sampaikan. Cuba lihat pula ayat 42-46.
    Amanah dan tanggungjawab lebih besar daripada ganjaran sementara ini. Bacalah tafsir ayat itu dan ponder.

    Al quran ini banyak tafsiran. Kadang, tafsiran dan gerak hati itu boleh saja berpandukan ilmu atau angan2 kosong dari syaitan saja.
    Sebab itu dlm quran kita juga Allah ingatkan, apabila kamu membaca quran maka mohonlah perlindungan Allah daripada syaitan.
    16:98

    Cumanya, dlm menyuarakan pendapat / dakwaan dsb, kita ada cara dan medium.
    Melalui medium ini, pandangan dapat diulas dan dikongsi. Satu isu yang sama dapat dilihat daripada perspektif berbeza. Terpulang pada kita mahu bersikap bagaimana.

    Shukran atas komen. Saya harap jika perbincangan masih ada, dapatlah dipanjangkan.

    ReplyDelete

Random dreams

- bismillah - Alhamdulillah. Allah izin masuk ke tahun baru hijrah. To cut short, here is my list of dreams yang worth dreaming...nak capa...