Thursday, May 30, 2013

Ibrah: Pakcik jual kacang, sayur dan semualah~

- bismillah -

Alhamdulillah. 

Menjadi orang yang paling bahagia, senang, rasa sangat berkemampuan, itu semua kuncinya bukan pada harta, pangkat mahupun keturunan. 

Ada seorang pakcik di stesen bas. Dia selalu bawa sebuah kotak, dikelek di sisinya, dalam tu ada 4 jenis snek. (Err snek maksud saya ialah kacang tumbuk yang disalut coklat/gula/bijan apatah lagi tak ingat.)

2 biji = 0.25 JD rubu3

Kalau kat malaysia kacang tu mcm yang jual di padang besar perlis tu. 

Tak besar pun, agak2 dalam sebesar saiz dua jari tangan anda. 

Tadi saya sempat intai dari dalam coaster. Pak cik tu setia menanti siapa2 nak beli. Nota: hari ni sangat panas. Angin sangat kuat. Waktu ini, pukul 1.20 tengah hari. Mcm pukul 3 malaysia gayanya. Panas yang amat. 

Apa yang buat saya berfikir, pakcik tadi pakaiannya sangat 'lain'. Dia pakai kemeja lengan panjang, seluar slack, siap bertali pinggang. Cuma sandal biasa, bukan kasut bertutup. 
Jual makanan tapi pakai macam orang kerja pejabat??
I wish to know you pakcik. 
I wish to know, what makes you able to stand in the hot weather selling simple snacks?
What drives your live?

Apa sebenarnya yang buatkan pakcik tak rasa down apabila kekurangan?

Kalau 'kekayaan' atau 'mencari harta' ialah apa yang menggerakkan sendinya untuk bekerja, saya percaya dia tak akan setia menjual makanan simple yang bukan orang beli hari2. Malah budak2 universiti sini lebih suka keropok junk food tu. (Junk food memang lah sedap tp kalau hari2 makan, memang buat tambah atherosclerosis saja -.-)

Tak tahu. Kalau saya nampak orang tolak troli jual sayur, tomato, buah2, saya akan wonder, dia happy tak dengan hidup dia?
Setiap hari ada yang akan lalu depan rumah, jerit dengan suara yang parau dan serak, "bandorah(tomato)...(dan ada lagi lah benda dia jual-x sempat nak berkenalan nama2 sayur dlm bahasa arab).."

Lagi satu, orang nak beli barang terpakai @ besi buruk. 
Ada satu lori akan pasang hailer (pembesar suara) dia nak beli barang2 terpakai. 
Satu hari dia berhenti depan rumah. Pakcik jiran bawah panggil kot. Tapi tak lama kemudian, mereka naik masuk semula ke dalam lori tangan kosong. 
Enjin lori dihidupkan dan hailer dipasang kembali. Perjalanan diteruskan. 

Dari mana datangnya keyakinan dia bahawa apa dia jual akan laku?
Apa yang buatkan mereka peniaga sangat cekal dan tabah?

Perasaan sama juga bila saya lalu kedai yang kurang dikunjungi orang tapi masih tabah buka hari2. 

Mungkin ada rahsia dalam amalan mereka, 
Something yang buatkan mereka kuat dari dalam, walaupun kita pandang mereka macam kurang nasib baik, tapi hakikatnya mereka macam happy je. 

Mungkin juga mereka faham apa itu...'keberkatan dan kecukupan bukanlah terletak pada banyaknya bilangan!'

لا الٰه اِللَا الله
محمّد رسول الله

3 comments:

  1. sy x tau nak pangge nawwar / farhana. tp, yg mna2 pon boleh kan? hehe..

    nak tnya, ibrah tu mksud dya apa? sy penah jmpak word tu dlm mjalah solusi.

    betul tu. sy pon trpikir mcm nawwar pikir. kalu lalu dekat kedai yg x berapa laku, sy kesian tgk owner. still lg bukak kedai wlaupon untung x sberapa. mcm jugak kalu pergi pasar mlm. lalu dekat gerai yg org x snggah. kesian sgt. tmbah2 yg jual tu org2 tua. sy rasa mcm nak beli jaa suma barang / xpon nak jaa sedekahkan duit.

    ReplyDelete
  2. hehe nawwar tu pen name saja ~ :)

    ibrah = pengalaman / benda yang mengajar ~ pengajaran

    huhuhu. tapi yang ajaibnya, diorang kuat despite kita tengok mcm tak kuat. ada something yang buatkan diorang keep believing & tak putus asa :)

    kita yang Allah izin lebih sikit daripada orang yang kita rasa kurang, haruslah lebih kuat utk tak mudah give up kan :') Allah

    ReplyDelete
  3. rupanya kita ramai fikir benda yang sama kan~! rasa empati tu ada tapi tak tahu nak terjemah macam mana

    ReplyDelete

Overnight changes

- bismillah - When i left malaysia for my study in jordan 6 years ago, i have nothing in my mind to worry for, except that it maybe the las...