Friday, May 31, 2013

Alkisah, Semester 2 Tahun 2

- bismillah -

ni batch saya, insyaAllah Just Med. Student 2011 Ehsan

Alkisah,
Tamat sem 2, kali pertama 'kena' dengan sistem - HLS, RS, CVS.
6-7 subjek dengan satu exam mid term untuk setiap sistem, satu exam final utk setiap satu juga.
80 soalan sekali exam.
Laa haula wala quwwata illa billah.
Xboleh buat semua tu kalau Allah tak izinkan.
Alhamdulillah alaa kulli hal.
Total soalan yang disoal, rough estimation, 80x6exam=480 soalan mcq.
Campur 60 soalan labs, 500 soalan satu semester :s

*Berapa jawab betul ?? ._. Allahuakbar.

Alhamdulillah. Allah izin untuk belajar banyak perkara lain juga selain ratusan soalan tu.
Belajar prioriti.
Belajar berada tempat rendah.
Belajar kenal kat mana ego dan kat mana keyakinan.
Belajar untuk islah, baiki dan tampung apa yang tak kena.
Paling penting,
Belajar untuk bina comfort zone baru.

"Belajar medik beri kita peluang untuk sentiasa fikir semula kenapa kita masuk bidang ni." - quoted

Betullah orang cakap, medik ni susah.
Bukan susah, tapi tak boleh ambil mudah.
Indeed, urusan hidup mati semua tak boleh ambil mudah. Bukan medik saja.

Hidup ada misi untuk dicapai.
Hatta sekecil2 kerja, sebesar2 kerja, semua itu menuntut kita supaya bergantung pada Allah.

Apabila ada tak kena dalam hidup, itu peluang baik untuk buat koreksi amal.

Mungkin amal mantap, tapi tiada kefahaman?
Boleh jadi amal mantap, namun hati dan roh hanyut tak sehaluan?

Istilah amal yang mantap, hanya layaknya dinilai oleh Allah.
Kalau saat ini merasakan amal anda mantap dah, teruskan koreksi - anda melangkau batas anda sebagai hamba.

Allah sangat baik.
You ask, and He will answer.
Kita rasa kabur, Allah akan clearkan.

لا الٰه الّا الله
محمّد رسول الله

Moga diberkati setiap amal, kecil dan besar.
Moga diberkati masa, yang lalu dan mendatang.
Moga tanggungjawab yang dipikul tidak menjadi hujah mendakwa ke atas kita, tapi menjadi hujah yang menyokong.

Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.

Moga Allah baiki kekurangan.
Moga Allah redha.

*disclaimer: haruslah xterlibat dlm gambar (:

No comments:

Post a Comment

Overnight changes

- bismillah - When i left malaysia for my study in jordan 6 years ago, i have nothing in my mind to worry for, except that it maybe the las...