Thursday, April 11, 2013

pilihanraya & FB: fikir dulu sebelum LIKE, apatah lagi komen

-bismillah-

pilihanraya dah nak dekat. :)
semua orang nak jadi pemimpin. alhamdulillah...

apa specialnya jadi pemimpin? sampai semua orang hendakkannya..pantang ada keupayaan dan peluang..

1.
7 golongan yang dinaungi pada hari kiamat

Nabi bersabda,
(Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Tujuh golongan manusia yang akan diberi perlindungan oleh Allah dalam naungannya di hari yang tiada naungan melainkan perlindungan Allah itu sendiri iaitu: Imam (pemimpin) yang adil, pemuda yang sentiasa beribadat kepada Allah, lelaki yang hatinya sentiasa terpaut dengan masjid, dua orang yang saling cinta mencintai kerana Allah di mana keduanya berkumpul dan berpisah kerana Allah, seorang lelaki yang diajak oleh wanita rupawan serta berkedudukan tinggi untuk melakukan zina, lalu ia menjawab, "Aku takut kepada Allah", seseorang yang bersedekah dengan sesuatu sedekah lalu menyembunyikan sedekahnya itu sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dibelanjakan oleh tangan kanannya, seseorang yang mengingati Allah di tempat yang sunyi lalu mengalir air matanya."

(Riwayat Abu Daud, Tirmidzi dan Ibnu Majah))

- antaranya ialah PEMIMPIN yang adil
cool.
hari kiamat nanti semua orang akan terima balasan, semua cemas hinggakan teman karib, ahli keluarga pun tak akan dipedulikan. semua asyik fikir hal hisab sendiri.

Aisyah pernah bertanya pada Rasulullah...
(“Pada hari kiamat manusia dikumpulkan dalam keadaan tidak beralas kaki, telanjang dan tidak berkhitan” Aisyah berkata, “Wahai Rasulullah, laki-laki dan perempuan satu sama lain saling pandang?”. Jawab Rasulullah saw, “Wahai Aisyah, situasi pada saat itu lebih gawat daripada sekedar saling melihat” (Muttafaq ‘alaih).)

tapi specialnya pemimpin, dapat naungan time orang cemas2 tu. COOL.

2.
"kalau kamu tahu besarnya pahala menjadi pemimpin yang Allah suka, kamu akan berusaha bersungguh-sungguh ke arahnya."
"kalau kamu tahu besarnya dosa apabila menjadi pemimpin yang Allah tak suka, kamu dari awal tak akan terfikirpun untuk menjadi pemimpin." - anonymous biasa2 saja

***
saya rasa tak senang dengan kempen di fb.
kempen ok, tapi tak perlu burukkan orang lain.

terlalu banyak perkara negatif dalam newsfeed.
benda negatif, akan masuk dalam badan, dan fikiran kita pun akan jadi negatif.

sebab tu Allah suruh baca quran.
quran tu ada ayat yang Allah nyatakan kebaikan, pasal syurga.
ada juga ayat pasal neraka, balasan buruk dan kesombongan umat terdahulu.
tapi perkara 'negatif' ni menimbulkan takut pada Allah, bukan menimbulkan marah dan rasa nak mengutuk juga.

entahlah, apabila ilmu takda, kajian tak nak buat, asalkan pakai kopiah, orang akan dengar cakap ustaz2.
bukan saya nak condemn ustaz, meraka ada ilmu yang mereka belajar, mereka ada pengalaman yang mereka lalui, tapi kadang......
kata2 mereka dijadikan gate (pintu) untuk orang sekeliling mengumpat calon lain.

saya hormat ulamak, saya hormat pemimpin yang jalankan tugas.
tapi, tawakkal lah atas tindakan dan kata2 anda moga orang tak salah faham dan orang tak salahfahamkan.
payah kalau manusia suka quote2.
bila baca komen penge-like, Allah.
"ustaz hensem, berfikiran terbuka..bagus2." hanya kerana ayat ustaz itu dicondongkan ke arah parti sokongan pengkomen. hehh.

sakit. budaya ilmu kita untuk menganalisis semua kenyataan itu hilang ke mana?
- kenapa ustaz tu kata begini?
- bagaimana pula dengan pendirian ustaz ini?
- kalau dia tidak masuk ke sebelah mana2, ayat2 dan kata2nya bukan lah untuk memburukkan mana2 pihak. kenapa admin page boleh happy macam ustaz tu beri green light pada parti tu pula???
dan banyak lagi persoalan yang anda boleh fikir, sebelum like apatah lagi komen.

"saya keluar parti A untuk mencari kebenaran.." contoh.
orang yang anti A akan fikir begini, (betul, orang macam2 fikiran ada): oh, parti A tu tak ada kebenaran!
padahal mungkin si pengkeluar parti tu nak cari kebenaran tambahan -.- mana tahu~

pernah dikeluarkan satu poster, 3 ustaz, dan diambil 2-3 rangkai kata. sekali baca, itu condemn orang tu. islam tak ajar perlekehkan orang lain tanpa sebab / sesuka hati.
tapi, ada hujah kenapa mereka berkata demikian. meraka dah buat kajian, pemerhatian dan pengalaman, mungkin.
tapi, orang yang menelan sebijik2 poster tu pun, "oh organisasi ni salah ni. sebab? tak tahu, ustaz 123 kata salah. aku ikut je,,"
sebab tu tak boleh main kerat 2-3 rangkai dan sebar untuk salahfahamkan orang lain.

***
sepatutnya, pilihanraya ini memupuk budaya ilmu.

kenapa nak memimpin? kerana nak beri kebaikan pada rakyat.

kebaikan bukan sahaja pada bentuk duit! kebajikan dan lain2 istilahnya.
kebaikan bukan pada bentuk hiburan.

jadi pemimpin sebab nak jadikan semuanya dapat rahmat Allah.
supaya ada ilmu, supaya urusan hidup mudah, supaya semua ada kualiti diri.

ada parti yang tak burukkan pihak lain tak? yang kempen budaya ilmu? yang kempenkan apa patut rakyat ni jadi sebenarnya? apa boleh rakyat beri?
(tapi semuanya 'apa yang boleh parti beri...')

tak perlu tunggu parti.
diri sendiri ni dulu. mulakan utk pupuk budaya ilmu.
baca dari semua pihak.
yang negatif skip.

kualiti diri untuk jadi cemerlang.

miskin, kaya, kurang ilmu, mengaji tinggi, kalau cemerlang sikap dan akhlak, tetap tinggi tempatnya.

***
berbalik kepada tajuk:
pilihanraya & FB: fikir dulu sebelum LIKE, apatah lagi komen

kerana nanti kulit kita akan menjadi saksi,
kerana mulut sudah terkunci. pada hari kiamat.

ini apa yang Allah janji akan berlaku.

kenapa kau komen atas apa yang kau sendiri tak pasti kenyataannya?
kau ada tanya orang tu sebelum kau kata dia itu dan dia ini..?


حَتَّىٰ إِذَا مَا جَاءُوهَا شَهِدَ عَلَيْهِمْ سَمْعُهُمْ وَأَبْصَارُهُمْ وَجُلُودُهُم بِمَا كَانُوا يَعْمَلُونَ
Sahih International
Until, when they reach it, their hearing and their eyes and their skins will testify against them of what they used to do.
Indonesian
Sehingga apabila mereka sampai ke neraka, pendengaran, penglihatan dan kulit mereka menjadi saksi terhadap mereka tentang apa yang telah mereka kerjakan.
Malay
Sehingga apabila mereka sampai ke neraka, (maka) pendengaran dan penglihatan serta kulit-kulit badan mereka menjadi saksi terhadap mereka, mengenai apa yang mereka telah kerjakan.

وَقَالُوا لِجُلُودِهِمْ لِمَ شَهِدتُّمْ عَلَيْنَا ۖ قَالُوا أَنطَقَنَا اللَّهُ الَّذِي أَنطَقَ كُلَّ شَيْءٍ وَهُوَ خَلَقَكُمْ أَوَّلَ مَرَّةٍ وَإِلَيْهِ تُرْجَعُونَ

Sahih International
And they will say to their skins, "Why have you testified against us?" They will say, "We were made to speak by Allah , who has made everything speak; and He created you the first time, and to Him you are returned.

Indonesian
Dan mereka berkata kepada kulit mereka: "Mengapa kamu menjadi saksi terhadap kami?" Kulit mereka menjawab: "Allah yang menjadikan segala sesuatu pandai berkata telah menjadikan kami pandai (pula) berkata, dan Dialah yang menciptakan kamu pada kali pertama dan hanya kepada-Nya lah kamu dikembalikan".
Malay
Dan (setelah berlaku yang demikian), berkatalah mereka kepada kulit-kulit badan mereka: "Mengapa kamu menjadi saksi terhadap kami?" Kulit-kulit badan mereka menjawab: "Allah yang berkuasa menjadikan tiap-tiap sesuatu pandai berkata-kata - telah menjadikan kami dapat berkata-kata; dan Dia lah yang menciptakan kamu pada mulanya, dan kepadaNyalah kamu dikembalikan (untuk menerima balasan).
Quran. surah fussilat, ayat 20-21.
***
Rasulullah diutuskan untuk menyempurnakan akhlak.

kerana akhlak itu ialah islam.

destinasi kita yang pasti kita sampai : akhirat.
moga Allah selamatkan daripada azab.
moga Allah rezekikan syurga.

moga Allah guide setiap langkah supaya tidak tertipu dengan libasul iblis dan hawa, yang menjadikan perbuatan buruk itu indah.

aku mohon ampun atas dosaku dan dosa kamu, assalamualaikum.

***
src untuk pembacaan lebih (kata nak start budaya ilmu?) :)
http://mafahim-azhari.blogspot.com/2012/10/peristiwa-hari-kiamat.html
http://www.iluvislam.com/design/wallpaper/2467-design-7-golongan-yang-mendapat-naungan-allah.html
http://quran.com/41/20-21

ni yang simple.
nak mendalam lagi boleh rujuk fiqh siyasah. (saya tak mampu rujuk kitab, mampu join seminar utk orang bentangkan saja.) [:

No comments:

Post a Comment

Bila kita akan kembali

Hanya pada Allah tempat kita bergantung. Jika ditakdirkan kita hilang segalanya dalam dunia ini, atau kita yang menghilang, maka harta duni...