Monday, April 15, 2013

pasca RS mid exam


-bismillah-

assalamualaikum.

"it is up to our mission and vision that we walk or we run."

but you can never guess about those people who just sit, neither run nor walk, it is either they have reached their goals or they have no goals at all.

be afraid to sit and relax. it's somehow resemble those with nothing to achieve.
i mean, life is always about scoring goals everyday and every time, during the ups and downs of life.

ups? - (you have reached your former goal, start building & focusing to a new one!)
downs? - (somehow comes a time when it's hard to achieve your former goal; so build new one!)

***
RS mid exam has just finished. keep scoring for goals.
alhamdulillah alaa kulli hal.

upon seeing some of my arabs colleagues after the exam, 'it's ok. they got tears flowing because they got the family here to comfort them.'
but u? no, dont.
be strong farhana. nobody is to comfort you, mechanically.

and thank u for the doas, it is indeed a calm day. bi izniLlah.
alhamdulillah. alhamdulillah. alhamdulillah :)

melangkah ke system baru, makhluk Allah yang besar, JANTUNG.
"kamu belajar sistem pernafasan, kamu baru sedar rupanya kamu sedang bernafas." - dr physio
harapnya, belajar sistem jantung ni, kita mula mendengar setiap degupan juga, yg kadang kita terlalu sibuk hingga tak pernah mendengar 'suara jantung'.

semua di langit dan di bumi bertasbih memuji Allah, tapi dalam cara yang sendiri yang kamu tak tahu bahasanya. - annur, utk lebih tepat rujuk tafsir.

bertasbihlah!

subhanAllah.
alhamdulillah.
la ilaha illa Allah.
Allahu akbar.

***
seorang kawan cakap,
"saya tak tahu kenapa saya ambil bidang medik ni. dah la susah, dan kita pun tahu kerja nanti pun bukan untuk senang lenang, tapi ntah, ambil juga bidang ini."

saya reflect diri.

"farhana ada reason?"

angguk. "reason yang sama saya cakapkan waktu interview dulu." sambil ingat balik apa yang saya ungkapkan dulu.
reason yang sama juga saya guna untuk terjun ke satu lagi bidang ilmu selain medik.
dan kini, waktu saya sedang berjalan ke mujammak tu, aku dapat apa yang aku nak.

'supaya saya selalu tak berada di comfort zone. kerana comfort zone banyak buat saya lemah dan lalai.' hanya dalam hati.
terlalu berat untuk diungkapkan sebab benda ni Allah sedang bagi waktu tu. alhamdulillah, goal supaya saya keluar dari comfort zone lama dan bina comfort zone baru makin dekat untuk dicapai!
Allah maha mendengar.

"dan belum terlambat untuk awak cari dan bina reason kenapa awak ambil medik." saya tambah.
and the rest is history.

jadi tak da sebab untuk saya rasa bad, loser.
hehh.
buat pengetahuan, exam tadi semua orang rasa tak best. kecuali orang yang Allah pilih untuk rasa best. sebab manusia rasa happy ke sedih ke tu semua sebab Allah bagi dan Allah izin.
sebab tu kena kayakan doa2 seharian pada Allah.

jom bina comfort zone baru. tipulah kalau nak hidup susah setiap masa. itu bukan manusia tu.

Allah akan kira setiap benda yang kita buat.
termasuklah kata2 waktu interview dulu.

"sapa berhijrah sebab dunia, maka hijrahnya untuk dunia." keratan hadis

setiap apa yang jadi, itu nampak macam perancangan manusia, tapi itu dari Allah.
interview, exam, graduate, tu nampak macam 'events duniawi' tapi itu boleh jadi peluang dan ruang sebagai ibadah pada Allah.

:)
alhamdulillah.

"siapa yang cari jalan menuntut ilmu, maka Allah mudahkan urusannya ke syurga."
buat yang sudah terbentang jalannya, teruskan berjalan / berlari!
buat yang masih tak nampak jalan, cari! sa-la-ka. sin-lam-kaf.

jangan 'duduk2'. jangan berhenti.
habis sangat tak da goal, pergi ambil wuduk. 10 kebajikan tu.
bukan ke goal kita sehari2 ialah nak generate pahala?

main the sims pun ada 'EXPs' nya...

moga Allah berkati. moga Allah sentiasa rezekikan kesyukuran dan ketenangan.
moga CVS ni lebih baik dan lebih diredhai persediaan dan tawakkal.
moga Allah sentiasa baiki.

Allahumma aslihlana :)

g'nite.
12.07am

Thursday, April 11, 2013

pilihanraya & FB: fikir dulu sebelum LIKE, apatah lagi komen

-bismillah-

pilihanraya dah nak dekat. :)
semua orang nak jadi pemimpin. alhamdulillah...

apa specialnya jadi pemimpin? sampai semua orang hendakkannya..pantang ada keupayaan dan peluang..

1.
7 golongan yang dinaungi pada hari kiamat

Nabi bersabda,
(Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Tujuh golongan manusia yang akan diberi perlindungan oleh Allah dalam naungannya di hari yang tiada naungan melainkan perlindungan Allah itu sendiri iaitu: Imam (pemimpin) yang adil, pemuda yang sentiasa beribadat kepada Allah, lelaki yang hatinya sentiasa terpaut dengan masjid, dua orang yang saling cinta mencintai kerana Allah di mana keduanya berkumpul dan berpisah kerana Allah, seorang lelaki yang diajak oleh wanita rupawan serta berkedudukan tinggi untuk melakukan zina, lalu ia menjawab, "Aku takut kepada Allah", seseorang yang bersedekah dengan sesuatu sedekah lalu menyembunyikan sedekahnya itu sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dibelanjakan oleh tangan kanannya, seseorang yang mengingati Allah di tempat yang sunyi lalu mengalir air matanya."

(Riwayat Abu Daud, Tirmidzi dan Ibnu Majah))

- antaranya ialah PEMIMPIN yang adil
cool.
hari kiamat nanti semua orang akan terima balasan, semua cemas hinggakan teman karib, ahli keluarga pun tak akan dipedulikan. semua asyik fikir hal hisab sendiri.

Aisyah pernah bertanya pada Rasulullah...
(“Pada hari kiamat manusia dikumpulkan dalam keadaan tidak beralas kaki, telanjang dan tidak berkhitan” Aisyah berkata, “Wahai Rasulullah, laki-laki dan perempuan satu sama lain saling pandang?”. Jawab Rasulullah saw, “Wahai Aisyah, situasi pada saat itu lebih gawat daripada sekedar saling melihat” (Muttafaq ‘alaih).)

tapi specialnya pemimpin, dapat naungan time orang cemas2 tu. COOL.

2.
"kalau kamu tahu besarnya pahala menjadi pemimpin yang Allah suka, kamu akan berusaha bersungguh-sungguh ke arahnya."
"kalau kamu tahu besarnya dosa apabila menjadi pemimpin yang Allah tak suka, kamu dari awal tak akan terfikirpun untuk menjadi pemimpin." - anonymous biasa2 saja

***
saya rasa tak senang dengan kempen di fb.
kempen ok, tapi tak perlu burukkan orang lain.

terlalu banyak perkara negatif dalam newsfeed.
benda negatif, akan masuk dalam badan, dan fikiran kita pun akan jadi negatif.

sebab tu Allah suruh baca quran.
quran tu ada ayat yang Allah nyatakan kebaikan, pasal syurga.
ada juga ayat pasal neraka, balasan buruk dan kesombongan umat terdahulu.
tapi perkara 'negatif' ni menimbulkan takut pada Allah, bukan menimbulkan marah dan rasa nak mengutuk juga.

entahlah, apabila ilmu takda, kajian tak nak buat, asalkan pakai kopiah, orang akan dengar cakap ustaz2.
bukan saya nak condemn ustaz, meraka ada ilmu yang mereka belajar, mereka ada pengalaman yang mereka lalui, tapi kadang......
kata2 mereka dijadikan gate (pintu) untuk orang sekeliling mengumpat calon lain.

saya hormat ulamak, saya hormat pemimpin yang jalankan tugas.
tapi, tawakkal lah atas tindakan dan kata2 anda moga orang tak salah faham dan orang tak salahfahamkan.
payah kalau manusia suka quote2.
bila baca komen penge-like, Allah.
"ustaz hensem, berfikiran terbuka..bagus2." hanya kerana ayat ustaz itu dicondongkan ke arah parti sokongan pengkomen. hehh.

sakit. budaya ilmu kita untuk menganalisis semua kenyataan itu hilang ke mana?
- kenapa ustaz tu kata begini?
- bagaimana pula dengan pendirian ustaz ini?
- kalau dia tidak masuk ke sebelah mana2, ayat2 dan kata2nya bukan lah untuk memburukkan mana2 pihak. kenapa admin page boleh happy macam ustaz tu beri green light pada parti tu pula???
dan banyak lagi persoalan yang anda boleh fikir, sebelum like apatah lagi komen.

"saya keluar parti A untuk mencari kebenaran.." contoh.
orang yang anti A akan fikir begini, (betul, orang macam2 fikiran ada): oh, parti A tu tak ada kebenaran!
padahal mungkin si pengkeluar parti tu nak cari kebenaran tambahan -.- mana tahu~

pernah dikeluarkan satu poster, 3 ustaz, dan diambil 2-3 rangkai kata. sekali baca, itu condemn orang tu. islam tak ajar perlekehkan orang lain tanpa sebab / sesuka hati.
tapi, ada hujah kenapa mereka berkata demikian. meraka dah buat kajian, pemerhatian dan pengalaman, mungkin.
tapi, orang yang menelan sebijik2 poster tu pun, "oh organisasi ni salah ni. sebab? tak tahu, ustaz 123 kata salah. aku ikut je,,"
sebab tu tak boleh main kerat 2-3 rangkai dan sebar untuk salahfahamkan orang lain.

***
sepatutnya, pilihanraya ini memupuk budaya ilmu.

kenapa nak memimpin? kerana nak beri kebaikan pada rakyat.

kebaikan bukan sahaja pada bentuk duit! kebajikan dan lain2 istilahnya.
kebaikan bukan pada bentuk hiburan.

jadi pemimpin sebab nak jadikan semuanya dapat rahmat Allah.
supaya ada ilmu, supaya urusan hidup mudah, supaya semua ada kualiti diri.

ada parti yang tak burukkan pihak lain tak? yang kempen budaya ilmu? yang kempenkan apa patut rakyat ni jadi sebenarnya? apa boleh rakyat beri?
(tapi semuanya 'apa yang boleh parti beri...')

tak perlu tunggu parti.
diri sendiri ni dulu. mulakan utk pupuk budaya ilmu.
baca dari semua pihak.
yang negatif skip.

kualiti diri untuk jadi cemerlang.

miskin, kaya, kurang ilmu, mengaji tinggi, kalau cemerlang sikap dan akhlak, tetap tinggi tempatnya.

***
berbalik kepada tajuk:
pilihanraya & FB: fikir dulu sebelum LIKE, apatah lagi komen

kerana nanti kulit kita akan menjadi saksi,
kerana mulut sudah terkunci. pada hari kiamat.

ini apa yang Allah janji akan berlaku.

kenapa kau komen atas apa yang kau sendiri tak pasti kenyataannya?
kau ada tanya orang tu sebelum kau kata dia itu dan dia ini..?


حَتَّىٰ إِذَا مَا جَاءُوهَا شَهِدَ عَلَيْهِمْ سَمْعُهُمْ وَأَبْصَارُهُمْ وَجُلُودُهُم بِمَا كَانُوا يَعْمَلُونَ
Sahih International
Until, when they reach it, their hearing and their eyes and their skins will testify against them of what they used to do.
Indonesian
Sehingga apabila mereka sampai ke neraka, pendengaran, penglihatan dan kulit mereka menjadi saksi terhadap mereka tentang apa yang telah mereka kerjakan.
Malay
Sehingga apabila mereka sampai ke neraka, (maka) pendengaran dan penglihatan serta kulit-kulit badan mereka menjadi saksi terhadap mereka, mengenai apa yang mereka telah kerjakan.

وَقَالُوا لِجُلُودِهِمْ لِمَ شَهِدتُّمْ عَلَيْنَا ۖ قَالُوا أَنطَقَنَا اللَّهُ الَّذِي أَنطَقَ كُلَّ شَيْءٍ وَهُوَ خَلَقَكُمْ أَوَّلَ مَرَّةٍ وَإِلَيْهِ تُرْجَعُونَ

Sahih International
And they will say to their skins, "Why have you testified against us?" They will say, "We were made to speak by Allah , who has made everything speak; and He created you the first time, and to Him you are returned.

Indonesian
Dan mereka berkata kepada kulit mereka: "Mengapa kamu menjadi saksi terhadap kami?" Kulit mereka menjawab: "Allah yang menjadikan segala sesuatu pandai berkata telah menjadikan kami pandai (pula) berkata, dan Dialah yang menciptakan kamu pada kali pertama dan hanya kepada-Nya lah kamu dikembalikan".
Malay
Dan (setelah berlaku yang demikian), berkatalah mereka kepada kulit-kulit badan mereka: "Mengapa kamu menjadi saksi terhadap kami?" Kulit-kulit badan mereka menjawab: "Allah yang berkuasa menjadikan tiap-tiap sesuatu pandai berkata-kata - telah menjadikan kami dapat berkata-kata; dan Dia lah yang menciptakan kamu pada mulanya, dan kepadaNyalah kamu dikembalikan (untuk menerima balasan).
Quran. surah fussilat, ayat 20-21.
***
Rasulullah diutuskan untuk menyempurnakan akhlak.

kerana akhlak itu ialah islam.

destinasi kita yang pasti kita sampai : akhirat.
moga Allah selamatkan daripada azab.
moga Allah rezekikan syurga.

moga Allah guide setiap langkah supaya tidak tertipu dengan libasul iblis dan hawa, yang menjadikan perbuatan buruk itu indah.

aku mohon ampun atas dosaku dan dosa kamu, assalamualaikum.

***
src untuk pembacaan lebih (kata nak start budaya ilmu?) :)
http://mafahim-azhari.blogspot.com/2012/10/peristiwa-hari-kiamat.html
http://www.iluvislam.com/design/wallpaper/2467-design-7-golongan-yang-mendapat-naungan-allah.html
http://quran.com/41/20-21

ni yang simple.
nak mendalam lagi boleh rujuk fiqh siyasah. (saya tak mampu rujuk kitab, mampu join seminar utk orang bentangkan saja.) [:

Saturday, April 6, 2013

Menghargai

-bismillah-

Appreciation.

Human beings are hunger for appreciation from those who are around.
I read a book last night and found this:
"Those who know how to satisfy the hunger of others for appreciation will be much appreciated as friends by others too."

The book says some more, "to determine how others treat you, you must first take note on how your response towards their act."
For example, (this is from the book) a mother was hurt by the action of her children that they called her seldomly. During one longed hardly call form he child, she spoke coldly, making her son feeling to make less call than before.

Back to the theory above, her son's action (to call his mom less than before) was due to his mom cold replies in the phone call.
Nevertheless, to make sure her son calls her more often, she should have react that she like it when her son phoned her, talks warmly and full of loves and be asertive with her feeling that she like it that way.

Upon knowing and hearing that his mother was happy that he phoned her, he will feel bad not to call his mom often.

Get it what am i saying?

To determine how other treat you, how other people act towards you, it is depending on how your responses towards their act; good responses are followed by desireable acts and treats.

:)

Tuesday, April 2, 2013

Short note. Puteriku sayang.

Bijak.
Wise.
Solving problem that arises.
Shorting time spent.
Increasing optimum days.

Kawan saya nyanyi lagu 'Puteriku Sayang' by Hijaz tadi semasa dlm perjalanan nak ke SGD.

"Malumu mahkota yang tidak perlukan singgahsana,
Kerana ia berkuasa menjaga diri dan nama."

Saya mula monolog.
Pandai betul lagu tu digubah. Mendayu-dayu. Salah langkah, terbuai2 hingga timbul malu yang melampau pulak.

Tapi baris seterusnya benar2 mengetuk.

"Di sebalik bersih wajahmu,
Di sebalik tabir dirimu,
Ada rahsia agung, tersembunyi dalam diri."

"Itulah sekeping hati,
Yang takut pada Ilahi,
Berpegang pada janji mengabdikan diri."

SubhanAllah.
Allah pandang hati lah, farhana..
Kau malu ke tak malu ke, berbalik kepada niat. Jangan condemn orang malu ke tak malu dalam tindakannya, sebab itu berbalik pada niat dan tujuan asal seseorang melalui tindakannya.

Bukan tindakan seseorang saja, tindakan kita sendiri juga.

:)

"Berpegang pada janji mengabdikan diri."

No matter what happened.
Tak kisahlah misi dan visi tercapai ke tak. Nak jadi well rounded, ada harga yang perlu dibayar. Walaupun dapat pulangan seperti tak dijangka, jangan lupa Allah judge hati tu.

InsyaAllah. Kehs. Ibrah lagu orang di sebelah nyanyi. (;

Bahang september 2011

- bismillah - Baru baca bab 1 buku puan Roza Roslan, travelog kehidupan abadi. Bab 1 beliau cerita pasal kali pertama jejak ke luar negara....