Thursday, March 21, 2013

Istiqamah

Bismillah

Bukan bilangan amal menimbun saja yang kena capai.
Lebih utama daripada tu, istiqamah.

Tak nak, "dulu saya dhuha setiap kali waktu rehat~~~"

"Dulu saya puasa isnin khamis tak tinggal..."

"Dulu saya call family hari2..."

"Dulu saya pakai tudung besar...."

"Dulu saya tak pernah tak pakai stokin."

Dan lain2 bla bla seseorang akan bercerita tentang dirinya.

Hentikan quote semula cerita dulu.

***
Semangat

Jom tengok satu contoh.

Lazimnya, masa kita baru mula2 tahu pakai stokin tu wajib, kita pun semangat nak beli stokin, cari kasut yang takda slit utk ibu jari dll. Best juga cari2 stokin kartun.

Tapi, kawan sebelah pula, satu hari cakap pada kita, "eleh kau ni awal saja semangat. Tengoklah 6 bulan akan datang....."

Kita tanya kenapa dia cakap macam tu?
"Sebab kau buat kerana semangat. Semangat tu hilang, stokin kau tu pun hilang lah."

Dan kita pun,
Tunduk ke bawah.
Risau.
Salahkah apa yang aku lakukan selama ini?
Dan terus berfikiran singkat, "ah, tak nak lah semangat2 ni. Nanti luntur."

Maka semangat itu pun keluar dari dalam diri.
Lalu ibadah tu tak buat.
Atas alasan nanti tak tahan lama.

Ntah apa2.

***
Pandangan saya, bersemangat dan bergerak ikut rentak semangat tidak salah.

Apatah lagi, semangat utk buat kebaikan.

Betul, lama2 semangat dan "ke-excited-an" tu akan luntur.

Sebab tu masalah ni, Islam sediakan penyelesaian.
Masalah nak buat baik tapi takut nanti akan terhenti, lepas terhenti orang akan condemn.

Islam gariskan, istiqamah.

Nabi Muhammad pesan pada kita,
"Katakanlah 'aku beriman dengan Allah' dan kemudian beristiqamahlah."

Iman itu di hati, di lisan, di perbuatan. Kena istiqamah.

Pakai stokin? Jaga solat sunat dhuha? Puasa sunat? Belajar?

Haruslah lebih konsisten. Berterusan. Istiqamah. Selagi ada peluang, ada kemampuan, kita buat.

***
Sindrom "aku ni sikit saja amal..."

Berita baik untuk kita yang selalu diserang oleh syaitan dengan bisikan ntah apa2.

Segala bisikan suruh over inferior, over confident, segala yang over high atau over low tu semua dari syaitan.

"Akulah paling banyak amal ibadah"
"Aku lah yang paling lemah. Sedihnya sedihnya (tanpa berusaha utk baiki amal)"

Tu bisikan tak baik tuh.

"Aku ni benar faqir di sisi Allah. Amal tak menimbun, aku buat ikut apa yang aku mampu. Aku cuba lawan malas aku. tapi paling pentig aku sentiasa harap Allah terima amal aku.
Mana tahu amal kecil yang aku jaga itu, itulah pemberat timbangan mizan..."

Moga hati dipenuhi bisikan terbaik yang diberi rahmat oleh Allah.
Bukan nafsu yang membuak2 kerana bisikan yang tak baik.

Moga Allah redha setiap gerak hati, lisan dan perbuatan.

No comments:

Post a Comment

Random dreams

- bismillah - Alhamdulillah. Allah izin masuk ke tahun baru hijrah. To cut short, here is my list of dreams yang worth dreaming...nak capa...