Skip to main content

apply ke Jordan!

-bismillah-

nak ambik medik di Jordan? lepas SPM? luar negara atau dalam negara?

kementerian pengajian tinggi dah keluarkan borang...
"

SYARAT PERMOHONAN KE UNIVERSITI DI JORDAN

1.           Pemohon yang ingin mengikuti pengajian universiti di Jordan peringkat ijazah pertama hendaklah memenuhi syarat kelayakan minimum yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Malaysia seperti berikut:
1.1       Perubatan & Pergigian
Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperolehi Purata Peratusan Markah  sekurang-kurangnya 90% bagi keseluruhan mata pelajaran SPM  termasuk lima (5) mata pelajaran sains (Biologi, Fizik, Kimia, Matematik, dan Matematik Tambahan)
ATAU
Memperolehi sekurang-kurangnya A- bagi semua mata pelajaran di peringkat SPM termasuk mata pelajaran Bahasa Arab"

:)
standard kena lepas utk datang jordan.

***facilities di jordan tak sama macam di eropah. di sini, kita ramai2 belajar menjadi humble.
bukannya "ah, aku oversea graduated, bla bla.." tak. bukan.

 biar kita jadi durian raja buah yang sedap dimakan walaupun tempat jualnya di pasar malam,
jangan jadi buah yang berbalut plastik berkilat dan berbangga dengan gelarannya tapi tak sedap.

orang cakap sini kotor, sini tak maju, tapi biarlah kita bayar pengalaman hidup serba bukan mewah sangat ni (serba cukup alhamdulillah) dengan bayaran yang mahal.
insyaAllah, ini tanah yang Allah berkati.

tak tipu lah, sebelum dapat hidayah Allah pujuk hati, pernah juga terfikir,
"belajar spm penat2 tinggi2 dapat universiti kerusi kayu je?" --- ni dulu masa pertama kali masuk kelas,, judgemental budak lepas spm bajet :P

astaghfirullah.

nak datang jordan susah tahu? nak adapt tu bukan satu dua hari. dari negara membangun malaysia datang tinggal di sini, macam tak boleh terima kenyataan. macam duduk elok2 di bandar, pergi pindah masuk kawasan luar bandar.

tapi Allah buka banyaaaaakk kebaikan di sini. hanya untuk yang mencari. kalau still berfikiran negatif, sampai ke sudahlah akan nampak joden ni negatif saja. percayalah, kalau kita positif dan yakin ini perjalanan yang Allah aturkan adalah terbaik untuk kita, maka insyaAllah segalanya terbaik.

internet sini laju ^^
motor takda, lebih selamat bila lintas jalan.
ikan takda, ayam dengan daging banyak ^^
durian dan buah jentik takda, tapi strawberry banyakk^^

family takda, tapi insyaALLAH sahabat2, senior2, kakak2, syeikhah2, doktor2, jiran2, semua ada disekeliling dan saling menjaga ^^

paling penting, kat mana pun kita ada, dalam negara ke luar negara, dalam rumah ke di luar rumah, ALLAH SENTIASA ADA untuk kita :))

***
nak ambik medik perlukan pertolongan Allah setiap masa & always from the start perlu minta dari Allah.

jangan pandang rendah pada medik.
jangan pandang rendah pada mana2 makhluk Allah.
dia graduate di malaysia ke, di luar negara ke, jangan pandang sebelah mata.
setiap orang ada kualitinya. ada pengorbanannya. ada harga yang dia bayar untuk menjadi siapa dia.

JUST (nama universiti :D) terbaik alhamdulillah moga Allah izin yang terbaik.

biar hebat kita ialah hebat yang Allah aproved! insyaAllah

:) (sekarang universiti saya dah maju dah banyak bangunan baru. paling best landscape nya terjaga cantik. selamat bersakura - cherry blossom)
alhamdulillah.

remember, there is always a price we have to pay. :]

Comments

Popular posts from this blog

Aidilfitri

- bismillah -Alhamdulillah. Hujan mengiringi permulaan syawal, yg dituntut kita mulakan dengan membesarkan Allah dan mensyukuri nikmatnya, dengan takbir dan tahmid di malam raya.CUTI NAIK TAHUN AKHIRBerpeluang 'berehat' daripada suasana universiti, tidak bermakna perjalanan menuntut ilmu medik perlu berehat juga. Alhamdulillah, sempat menimba pengalaman 3 minggu menjalani praktikal secara elektif di jabatan kecemasan hospital negeri, atas inisiatif sendiri. Tempoh yg singkat itu pasti tidak menjamin 100% penguasaan skil dan asas medikal, namun cukup bermanfaat untuk memperjelas persepsi dan tanggapan terhadap suasana bekerja di bahagian kecemasan, mempersedia mental dan fizikal berdepan situasi mengerikan, malah membina keyakinan untuk 'tidak malu' menuntut ilmu dari semua golongan, doktor, staf dan pesakit.ELEKTIF DI A&E DEPARTMENT3/4 ramadan dilalui dengan refleksi cerita2 kehidupan. Bukan saja berpeluang menyaksikan detik2 kecemasan seperti sesak nafas, sakit da…

Anak yang berbakti

- bismillah -Alhamdulillah. Hari ke-3 tagging dengan doktor SM di internal medicine. Pulmunologist. Hari ni saya semak senarai pesakit doktor, ada nama familiar, rupa2nya ayah doktor.Patutlah, sejak semalam doktor kalut2 lepas habis ward round still talking over the phone pasal sorang pesakit lain, padahal ada 3 orang patients saja under doktor di wad.Ayah doktor dah tua, sakit macam2. History, anak dia yang tulis, ma shaa Allah lengkap berjela panjangnya. PE, lagi2 rectal exam, anak dia yang buat, dan tak bagi kami masuk. Anak dia aturkan susu nak makan pukul berapa, siap tulis satu2 bagi dekat nurse pukul berapa feeding. Ubat dosage, milk feeding, test, semua doktor decide. Doktor specialist bahagian paru2, ayah dia sakit mostly bahagian general medicine, tapi doktor yang in charge. Sekejap2 dengar doktor call blood bank, call consultant hemato utk anemia ayah dia, call another doctor cakap pasal finding rectal exam, call sana sini utk minta pendapat doktor2 pakar lain...He showed s…

Sabar yang indah

- bismillah -Alhamdulillah. Hari ni hari ke-3 tagging dengan dr hemato-oncology. Ada pesakit macam2, kebanyakannya utk chemo. Sedih, kesian, bersyukur semua ada. Hari ni dr specialist takda, jadi round dengan dr resident. Dia tak cakap banyak, tapi bila ada masa seperti masa mennggu doktor lain join, dia akan tanya2 soalan (ini yg kita mahu haha). Dan bila students tanya soalan, dia akan jawab panjanggg bukan sepatah hehe.Mendoakan dia jadi specialist juga nanti in shaa Allah.Ada sorang patient saya, dia kerja setiausaha, suatu hari lenguh2 sakit pinggang, lama2 melarat hingga ke kedua-dua belah kaki. Sakit apabila berjalan. Sampai satu tahap, dia tak boleh gerakkkan kakinya langsung. Tiba2 dia lumpuh! Spinal cord compression. Due to complication of multiple myeloma.Sebenarnya dia ada kanser darah. Tapi tak pernah diketahui. Tahu2 kanser tu dah merebak ke tulang pinggang dan tulang belakang, dan merata lagi (axial skeleton). Banyak investigations dan buat dan dia jalani chemo.Sewaktu …