Thursday, March 28, 2013

Study group dilemma

A guy with a dslr hanging on his neck came approaching us during the study group session this afternoon.
We were in the middle of a green grassy field.

(I dont remember whether he said salam or not)
"I love the way you are studying. Can i take a picture of you? It's just beautiful. "

"Will you publish it on website?" My friend asked him jokingly. (We used to get published when we do gotong royong in shari3 jamiaah the other day.)

"No, but it's okay if you dont want."

"Ok2."

I was hesitated for a positive answer, because i am not one who easily publish my photo in the net nor ever given anyone to keep my picture.

"It is okay. I can take only you guys, from this angle (our back, my back - we sit in a circle, so only my male friends will be facing his camera from the stated angle)."

Ah, he heard me after all.
"Yes please, just take their picture." I replied with my hands both poiting the boys sitting in front of me. Smiling. Alhamdulillah.

"You just continue studying. I'm taking the picture form there." Then, he went to his position.

After snapping 2-3 photos, he came again to us and show the photos.

This is the lesson of sensitivity.
Adab :)
وهي من اخلاق الاسلامي ان يحترم الشخص آخر

***
Panjang kisahnya macam mana saya nak adapt belajar study group, campur kawan lelaki pulak tu.

Tak pernah seumur hidup. :3
Sangat konservatif.

Bincang2 dengan kawan serumah, buat eksperimen, tanya Allah betul ke langkah yang saya ambil ni, barulah saya ada reasons kukuh untuk hadiri.

Saya nyatakan pada rakan2 serumah, "saya bimbang nanti mata yang melihat akan salah faham. Kita bukan orang yang bercampur boleh study sama2."
"Saya tak nak adik2 junior anggap percampuran pelajar lelaki dan perempuan itu adalah perkara biasa. Saya tak nak jadi perintis pada perkara yang syubhah."

Sungguh saya bimbang dengan apa yang patut saya buat.

"Kalau macam tu, tak perlu lah pergi. Bukan wajib pun. Ikut preference masing2." Kawan saya menasihati.

Tapi jiwa saya mengetuk mengatakan
"ini majlis ilmu, kenapa berat hati kalau tak pergi ni?
"apa hak saya untuk tolak peruntukan hak dan waktu untuk bersama2 kawan2 satu kumpulan ni?"
*batch saya dibahagikan ikut kumpulan2.

Dan hari ni satu dunia tahu saya masuk study group. Sebab gambar ni disiarkan di page universiti. Dan sekarang di blog sendiri.

Moga menjadi qudwah.
Ikutan yang baik.
Moga menjadi buah tutur kata yang baik.

Alhamdulillah Allah jaga zaman sekolah menengah dulu saya tak banyak kawan lelaki. (Tipulah kalau saya tak da langsung; aktiviti luar sekolah)
Dan Allah izin saya start kawan dengan mereka yang dah (hampir) menuju kematangan. :) dalam erti kata lain, masing2 tahu adab dan batasan. InsyaAllah.

Benar, saya masih konservatif. Kolot bahasa mudahnya.
"Bukannya takda kawan perempuan dah kau nak study group..."
"Apa hak diorang boleh bercakap2 dengan aku bincang2 ni..."
Itu yang saya fikir awal2. Sungguh, bajettt. kann .___.'

Siap rasa teruk kalau boleh duduk satu majlis dengan kawan2 saya yang lelaki.

Hehe. Masalah betul.

Saya buat eksperimen hari pertama. Saya hadir.
Semua orang menyumbang! Semua bersemangat. Dan sungguh buat spoil kalau saya tiba2 merosakkan suasana jika saya tak ambil bahagian.
Konklusinya, jangan ikut perasaan. Fikir logik akal. Belajar untuk keluar dari comfort zone. Apa salah diorang tahu farhana juga ada benda yang tak fahamnya. (Dulu saya tak boleh terima kenyataan kalau orang selain kawan rapat tahu kelemahan saya -tak faham apa doktor ajar, kelemahan lain moga Allah still simpan amiin.)
Belajar untuk cari redha Allah dalam event sehari2an. Kita tak boleh ubah event tapi kita boleh ubah diri kita.

Dan ingat kembali hadis Nabi,
"siapa yang berhijrah kerana dunia, dia dapat habuan dunia. Siapa berhijarah kerana Allah dan Rasul, maka hijrahnya kerana Allah dan Rasul. Dan sesungguhnya amalan itu bermula dengan niat."

Maka, hadirlah saya hari2. Memberi dan menerima sekadar mampu.
Tidak lah aku duduk2 ini melainkan Allah tahu apa aku buat dan Allah tahu setiap pergerakan aku.

Dan minda masih konservatif: takda kerja maka takda perhubungan. Hoho. Maaf, saya tahu saya sangat tertutup dalam ban ni di era serba maju niii.

Hehh.

Catatan ini tak ada makna tanpa keberkatan dan redha Allah.
Moga Allah berkati, moga Allah redha hidup dan matiku.
Amiin.


Saturday, March 23, 2013

- bismillah -

Dedikasi kepada memori.
22 Mac '13

"Ana bukan lagi ..."

Rangkaian kata yang meremukkan hati.
Macam novel, waktu seakan berputar laju namun ruh masih melayang, berada di apungan udara perlahan-lahan. Otak masih ligat mencari lembaran tafsir dan cantuman peristiwa yang boleh menterjemah sebaris rangkaian kata itu.

"Farhana sudah nak balik...?" Satu suara lemah bertanya. Mukanya gundah.

Oh, aku sedang melangkah keluar rupanya. Perlahan aku tuturkan, "ada emergency."

Di luar bangunan, aku cuba mencari klu apakah sebenarnya yang sedang terjadi. Langkah yang aku aturkan, tidak mampu kupercepat. Angin dan ribut pasir yang bertiup kencang seakan-akan satu petanda ini adalah satu hukuman.
Atau boleh jadi ini adalah satu kemurkaan?

Allah, lapangkanlah dadaku.
رب اشرح لي صدري

Pada masa itu, hidup seakan kehilangan sebelah anggota. Dadaku rasakan sesak dan sebak namun aku rasakan hatiku kosong rongganya hilang entah ke mana.

Sakit. Pedih. Hatiku merintih.

Sedari aku mula mengimbau memori.

Aku mula mengenalinya,
Aku ada ketika dia telah digilap,
Aku turut serta ketika dia diasah,
Merancang perjalanan terbaik supaya kehadirannya tetap ada.

Kadang aku menjadi anak kecil yang diasuhnya,
Dan aku sentiasa bersama-samanya ke mana saja aku melangkah.
Di mana ada dia di situ ada aku.
HInggakan ke seluruh fasa hidupku akan mendampinginya.
Kerana tujuan yang satu, dia membawaku kepada Allah, Tuhanku.

Lipatan sejarah.

Friday, March 22, 2013

pembinaan diri @ present state

-bismillah-

dakwah itu luas. terlalu luas.

perjalanan sebagai pelajar medik makin tough.
tapi saya rasa perjalanan hidup saya sebagai manusia lebih mencabar. hari2 ada cabaran baru.
sampai satu tahap saya wonder, betulkah langkah yang diambil sekarang ini? (langkah sebagai manusia, bukan pasal pilihan course medik)

kalau orang lain, selalu dengar, diorang ada target yang hendak dicapai sebelum graduated.
lebih common, sebelum kahwin.

saya nilai balik diri sendiri, saya suka jauhi topik kahwin.

sebab umur masih muda, kerja belum ada.
tapi kawan saya pernah cakap, makin kita lari, makin kita akan dekat.

*tarik nafas*

saya tak suka mindset, 'ada suami, akan settle semua perkara. akan selamat, akan tak kesunyian, akan bahagia, akan semua lah yang baik2.'

saya akui, semua itu ada apabila bersuami. insyaAllah.

tapi, janganlah nafikan hidup ini ada kebahagiaan, ada keselamatan (sense of security), dan segala yang baik2 tu semua sebab ada ALLAH.

tak nak jadi orang yang rasa hidup dia cukup sebab 'ada suami' dan sebab 'dia berkahwin'.

betul, kahwin tu melengkapkan separuh daripada pelaksanaan agama.
macam Nabi cakap.

tapi, Allah dah kata, kita hanya akan cukup dengan ALLAH.

sebab tu Allah ajar lafaz, "hasbiy Allah..."

nampak macam ego kan farhana ni??

tak, saya tak nafi, pasangan kita ialah orang yang diistilahkan 'you complete my other half...'

tapi tak bermakna kita perlu rasa kuat dan rasa contented sebab manusia kan?
sebab semua tu dunia, tak kekal, Allah boleh ambil semula...

kalau kita rasa kuat sebab manusia, rasa selamat sebab manusia, rasa bahagia sebab manusia, maka suatu hari Allah ambil semula manusia tu - sakit, meninggal, berpisah,, bukankah akan hilang juga rasa kuat, selamat dan bahagia tu?

nauzubillah min zalik, tapi itu yang akan buatkan seseorang sangat2 down bila orang yang menjadi sumber kekuatan dan perlindungan sudah tiada...

***
pandangan saya, kita kena hargai present state. keadaan semasa. keadaan sekarang.

kalau semasa menjadi pelajar kita tak pandai membina diri dan bahagia,
kita akan berfikir.."oh, nanti dah kerja aku mesti boleh beli itu ini (cukupkan keperluan diri). nanti dah kerja mesti aku pakai smart2 (jaga penampilan). nanti dah kerja mesti aku masyi (expert) dalam muamalat, nanti dah kerja mesti aku boleh bagi duit pada mak ayah..."

kenapa tak tukar mindset tu,
"sekarang aku pelajar. aku mesti boleh beli itu ini (cukupkan keperluan diri), aku pakai smart2 (jaga penampilan), aku masyi (expert) dalam muamalat, dan aku pelajar tapi still mampu sumbang sesuatu pada mak ayah..."

sama juga kes bujang - berkahwin.

"nanti aku kahwin, mesti selamat, bahagia, gembira, bertangungjawab, bijak urus masa bla bla bla.."

kenapa masa bujang tak fikir, "aku bujang, dan aku tahu aku perlu ada selamat, bahagia, gembira, bertangungjawab, bijak urus masa bla bla bla..."

see, bukan situasi, bukan manusia yang mencukupkan kita.

tapi ALLAH. setiap masa tak kira waktu belajar, waktu sudah bekerja juga waktu bujang atau sudah berkahwin.

kalau kita tak boleh bersyukur dan mencari kecukupan dalam kehendak hidup sewaktu dalam situasi sekarang (present state), kenapa boleh yakin semasa bila dah bekerja dah berkahwin akan rasa juga kecukupan tu?

***
teruskan bina diri. bina, maintain dan repair hubungan dengan ALLAH, ALLAH akan lancarkan segala benda di dunia dan akhirat.

kalau ALLAH cukupkan kita, insyaALLAH akan dipilih hamba yang sebaiknya untuk kita mendapat sense of security, support, care dan segalanya tu lah ~

(macam kes, hidayah itu dari ALLAH. in fact semua benda dari ALLAH. tapi ALLAH akan hantar makhluk perantaraan sesuai dengan fitrah kita sebagai human being - manusia. sebab tu rasul ialah manusia, bukan malaikat, sebab manusia boleh deal sebaiknya dengan manusia juga.)

believe in ALLAH.

sahabat saya pagi tadi cakap, tak semestinya kita akan berkahwin. ajal datang awal, tak sempat juga.

see? sebab tu tak boleh target hidup ni kahwin je kerja..

tapi ALLAH ajar, hidup ni targetnya untuk kembali pada ALLAH dalam keadaan yang ALLAH redha. dan menurut ilmu kefahaman, berkahwin itu antara jalan juga untuk memperoleh redha ALLAH.

dan ALLAH cakap, kat syurga ada semua. minta dari ALLAH syurga, jaga diri, bina diri, serah pada ALLAH, sedar diri kita bukan hamba yang mulia kerana amal bertimbun (hamba yang mulia ialah yang paling bertaqwa *check definisi taqwa), tawakkal,,, mohon rahmat ALLAH pada masa hidup dan mati dan pada hari dibangkitkan, moga ALLAH rezekikan syurga.

dalam syurga, ada pasangan yang disucikan. 'azwajun mutahharah' -surah baqarah 25-

strive for JANNAH dan MAGHFIRAH. -surah ali imran 133-

kita dipesan dalam quran supaya,,, kejar akhirat, tapi jangan lupakan tentang nasib diri di dunia.
nak kahwin tak pernah salah, nak rasa cukup kerana ada suami di sisi pun tak salah, tapi jangan nafikan pergantungan pada ALLAH melebihi segalanya.

contoh lain,
kalau pergantungan pada duit scholar kita letakkan tinggi2, (tak duit aku tak boleh bahagia gembira dll) boleh,
sebab kita nak harapkan duit scholar itu lah untuk makan, bahagia, bergembira, selamat dan segalanya,,
tapi jangan tinggal hak sebagai hamba untuk sentiasa mohon ALLAH cukupkan dan tawakkal moga duit itu sangat bermanfaat dan ada guna untuk kita. berserah diri pada ALLAH, kalau ALLAH sekat duit tu pun, mohon moga ALLAH pelihara daripada kelaparan / mudarat dan lain2.

satu fakta bahawa ALLAH boleh buat apa2 saja.

hasbiyALLAH. cukupkan aku dengan pertolongan-Mu ya ALLAH.

moga ALLAH guide selalu fikiran saya.

Thursday, March 21, 2013

Istiqamah

Bismillah

Bukan bilangan amal menimbun saja yang kena capai.
Lebih utama daripada tu, istiqamah.

Tak nak, "dulu saya dhuha setiap kali waktu rehat~~~"

"Dulu saya puasa isnin khamis tak tinggal..."

"Dulu saya call family hari2..."

"Dulu saya pakai tudung besar...."

"Dulu saya tak pernah tak pakai stokin."

Dan lain2 bla bla seseorang akan bercerita tentang dirinya.

Hentikan quote semula cerita dulu.

***
Semangat

Jom tengok satu contoh.

Lazimnya, masa kita baru mula2 tahu pakai stokin tu wajib, kita pun semangat nak beli stokin, cari kasut yang takda slit utk ibu jari dll. Best juga cari2 stokin kartun.

Tapi, kawan sebelah pula, satu hari cakap pada kita, "eleh kau ni awal saja semangat. Tengoklah 6 bulan akan datang....."

Kita tanya kenapa dia cakap macam tu?
"Sebab kau buat kerana semangat. Semangat tu hilang, stokin kau tu pun hilang lah."

Dan kita pun,
Tunduk ke bawah.
Risau.
Salahkah apa yang aku lakukan selama ini?
Dan terus berfikiran singkat, "ah, tak nak lah semangat2 ni. Nanti luntur."

Maka semangat itu pun keluar dari dalam diri.
Lalu ibadah tu tak buat.
Atas alasan nanti tak tahan lama.

Ntah apa2.

***
Pandangan saya, bersemangat dan bergerak ikut rentak semangat tidak salah.

Apatah lagi, semangat utk buat kebaikan.

Betul, lama2 semangat dan "ke-excited-an" tu akan luntur.

Sebab tu masalah ni, Islam sediakan penyelesaian.
Masalah nak buat baik tapi takut nanti akan terhenti, lepas terhenti orang akan condemn.

Islam gariskan, istiqamah.

Nabi Muhammad pesan pada kita,
"Katakanlah 'aku beriman dengan Allah' dan kemudian beristiqamahlah."

Iman itu di hati, di lisan, di perbuatan. Kena istiqamah.

Pakai stokin? Jaga solat sunat dhuha? Puasa sunat? Belajar?

Haruslah lebih konsisten. Berterusan. Istiqamah. Selagi ada peluang, ada kemampuan, kita buat.

***
Sindrom "aku ni sikit saja amal..."

Berita baik untuk kita yang selalu diserang oleh syaitan dengan bisikan ntah apa2.

Segala bisikan suruh over inferior, over confident, segala yang over high atau over low tu semua dari syaitan.

"Akulah paling banyak amal ibadah"
"Aku lah yang paling lemah. Sedihnya sedihnya (tanpa berusaha utk baiki amal)"

Tu bisikan tak baik tuh.

"Aku ni benar faqir di sisi Allah. Amal tak menimbun, aku buat ikut apa yang aku mampu. Aku cuba lawan malas aku. tapi paling pentig aku sentiasa harap Allah terima amal aku.
Mana tahu amal kecil yang aku jaga itu, itulah pemberat timbangan mizan..."

Moga hati dipenuhi bisikan terbaik yang diberi rahmat oleh Allah.
Bukan nafsu yang membuak2 kerana bisikan yang tak baik.

Moga Allah redha setiap gerak hati, lisan dan perbuatan.

Tuesday, March 19, 2013

apply ke Jordan!

-bismillah-

nak ambik medik di Jordan? lepas SPM? luar negara atau dalam negara?

kementerian pengajian tinggi dah keluarkan borang...
"

SYARAT PERMOHONAN KE UNIVERSITI DI JORDAN

1.           Pemohon yang ingin mengikuti pengajian universiti di Jordan peringkat ijazah pertama hendaklah memenuhi syarat kelayakan minimum yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Malaysia seperti berikut:
1.1       Perubatan & Pergigian
Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperolehi Purata Peratusan Markah  sekurang-kurangnya 90% bagi keseluruhan mata pelajaran SPM  termasuk lima (5) mata pelajaran sains (Biologi, Fizik, Kimia, Matematik, dan Matematik Tambahan)
ATAU
Memperolehi sekurang-kurangnya A- bagi semua mata pelajaran di peringkat SPM termasuk mata pelajaran Bahasa Arab"

:)
standard kena lepas utk datang jordan.

***facilities di jordan tak sama macam di eropah. di sini, kita ramai2 belajar menjadi humble.
bukannya "ah, aku oversea graduated, bla bla.." tak. bukan.

 biar kita jadi durian raja buah yang sedap dimakan walaupun tempat jualnya di pasar malam,
jangan jadi buah yang berbalut plastik berkilat dan berbangga dengan gelarannya tapi tak sedap.

orang cakap sini kotor, sini tak maju, tapi biarlah kita bayar pengalaman hidup serba bukan mewah sangat ni (serba cukup alhamdulillah) dengan bayaran yang mahal.
insyaAllah, ini tanah yang Allah berkati.

tak tipu lah, sebelum dapat hidayah Allah pujuk hati, pernah juga terfikir,
"belajar spm penat2 tinggi2 dapat universiti kerusi kayu je?" --- ni dulu masa pertama kali masuk kelas,, judgemental budak lepas spm bajet :P

astaghfirullah.

nak datang jordan susah tahu? nak adapt tu bukan satu dua hari. dari negara membangun malaysia datang tinggal di sini, macam tak boleh terima kenyataan. macam duduk elok2 di bandar, pergi pindah masuk kawasan luar bandar.

tapi Allah buka banyaaaaakk kebaikan di sini. hanya untuk yang mencari. kalau still berfikiran negatif, sampai ke sudahlah akan nampak joden ni negatif saja. percayalah, kalau kita positif dan yakin ini perjalanan yang Allah aturkan adalah terbaik untuk kita, maka insyaAllah segalanya terbaik.

internet sini laju ^^
motor takda, lebih selamat bila lintas jalan.
ikan takda, ayam dengan daging banyak ^^
durian dan buah jentik takda, tapi strawberry banyakk^^

family takda, tapi insyaALLAH sahabat2, senior2, kakak2, syeikhah2, doktor2, jiran2, semua ada disekeliling dan saling menjaga ^^

paling penting, kat mana pun kita ada, dalam negara ke luar negara, dalam rumah ke di luar rumah, ALLAH SENTIASA ADA untuk kita :))

***
nak ambik medik perlukan pertolongan Allah setiap masa & always from the start perlu minta dari Allah.

jangan pandang rendah pada medik.
jangan pandang rendah pada mana2 makhluk Allah.
dia graduate di malaysia ke, di luar negara ke, jangan pandang sebelah mata.
setiap orang ada kualitinya. ada pengorbanannya. ada harga yang dia bayar untuk menjadi siapa dia.

JUST (nama universiti :D) terbaik alhamdulillah moga Allah izin yang terbaik.

biar hebat kita ialah hebat yang Allah aproved! insyaAllah

:) (sekarang universiti saya dah maju dah banyak bangunan baru. paling best landscape nya terjaga cantik. selamat bersakura - cherry blossom)
alhamdulillah.

remember, there is always a price we have to pay. :]

Monday, March 18, 2013

Be patient the time will come

Bismillah

Alhamdulillah.
Masih menghirup udara jordan.

Perjalanan hidup yang makin hampir dengan kematian.
Cepat benar semester kedua ni berlalu.
Masih banyak dunia yang hendak dikejar, masih banyak perkara yang hendak dilakukan.
:)

Perjalanan hidup ini ada peringkat2 nya.
Dan saya percaya, event2 penting dalam hidup akan datang tepat pada masanya, bila Allah kata jadi, maka akan terjadi.

Tak perlu risau perpisahan, ada halangan, ada ketidaklogikan dan sebagainya utk sesuatu perkara berlaku,,
tapi ada rezeki dan sampai masa akan jumpa juga titik penyambung dan akan membolehkan event tu berlaku.

Keep believing.
Jaga intentions dan thoughts.
Sebab Allah sangat dengar dan sangat Tahu ^^

Moga Allah ampunkan andai catatan ini tidak membawa manfaat.

Keep believing dengan perancangan Allah.
Ia akan jadi suatu hari nanti dengan jalan cerita yang sangat cantik Allah susun.

Moga Allah izin graduate yang terbaik.

Tuesday, March 12, 2013

The first significant cry

- bismillah -

Alhamdulillah.
Hari ni belajar anatomy dalam respiratory system.

"Kamu tahu, tangisan pertama seorang bayi itu, sewaktu kelahirannya, telah
menolak diaphragm dari bahagian cervical ke bawah? Tangisan itu membuka paru-paru buat pertama kali dalam hayat seorang bayi.
Dan, sekali paru2 terbuka, ianya akan terus terbuka dan diaphragm tak akan tertolak kembali ke atas. Kerana ada surfactant." Doktor menerangkan sambil tersenyum.

Seorang pelajar tanya,
"Jantung kita macam mana pula? Ada di bahagian cervical juga ke?"
Doktor mengiakan. Kata beliau lagi, "apabila terbukanya paru2, situasi ini menyebabkan kebanyakan organ2 berubah dari tempat asal semasa fetus ke tempat sekarang."

*******
SubhanAllah. SubhanAllah. SubhanAllah.

Saya tengah mengantuk masa tu. Dan bila doktor sebutkan pasal tangisan baby tu, terus segar.

SubhanAllah. Besarnya kuasa Allah!

See, kita tahu baby menangis tu fitrah. Tapi hari ni baru saya tahu fitrah itu bawa banyak kebaikan. Ada banyak significant. Bukan perkara saja2, bukan perkara sia2. Menangis pun Allah cipta untuk kebaikan kita juga. :')

Fitrah. Sunnatullah. Benda yang memang terjadi. Naturally orang kata.

Sedar tak sedar, islam ialah agama fitrah.
Islam ikut fitrah. Disuruh solat, disuruh menghormati ibu bapa, disuruh berdoa, disuruh percaya dan takut pada Allah, itu semua fitrah.

P/s makin bersemangat untuk menjadi paediatrician, moga Allah izin, moga Allah tunjuk jalan.

Amiin. :)

Tuesday, March 5, 2013

Belajar bersyukur

- bismillah -

Alhamdulillah.
:)

Pandang sahabat sekeliling.
Bersyukur Allah anugerahkan mereka.
Ada yang lebih hebat, untuk kita kejar supaya sama saing.

Supaya kita tidak berada di zon selesa selalu.

Senyum.
Supaya menjadi the best among the best.
Supaya belajar menundukkan pride dan ego, mengaku diri ada kekurangan.

Thank u kawan2 yang hebat. :D

Friday, March 1, 2013

Photo of the year

- bismillah -

It has been a long time since the last post, at least for me.

Sharing this important message.

"For the most coveted prize—Photo of the Year—the jury chose this image by Swedish photojournalist Paul Hansen. It shows two Palestinian children being carried to their funeral after an Israeli missile struck their home in Gaza City. The children's father, whose body is on a stretcher in the background, was also killed in the blast; their mother survived but was in intensive care."

"Hansen had mixed emotions about winning. "I felt very happy, honored, and sad. It is a horrible photograph, on many levels, and I feel for the family," he said. "I hope that the decision makers on all sides look at the photograph, read about this family, and feel ashamed for the political failures that lead to the suffering of all these innocent people."...

Btw, Hansen is the photographer for the Photo of the Year.

"...I hope that the decision makers on all sides look at the photograph, read about this family, and feel ashamed for the political failures that lead to the suffering of all these innocent people."...

Got the message?
Thank you.

Orang islam, kita kena memantapkan nilai keislaman kita. Kuasa Allah sangat besar untuk tolong kita.
Nak jadi orang yang menolong, dan ditolong, kenalah menjadi rapat dengan sebaik-baik Penolong, Allah.

Politik kendiri. Pengurusan dan pentadbiran diri kita. Kuasa, melawan kehendak atau mengikut keperluan.
Ke mana kita nak bawa diri ini.
Ikut arus dan tunggu mati sajakah?
Jangan.
Kita ada destinasi. Kita ada panduan. Kita ada sebaik2 penolong.

Jom fikir jauh!
Apa yang patut kita buat pada hujung minggu untuk mantapkan islam kita?
Banyaakk :)

Di rumah boleh. Keluar rumah pun boleh. indoors and outdoors. Try tanya ramai2 orang yang 'bergerak'. Tapi, jangan tanya sorang je -,- huhu kena hari tu dia lagha kita pun 'oh lagha tak apa hujung minggu...'

Ok lah. Definisi politik kena tengok balik.

My source for this awareness: [here]
you can google translate from malay to english - eventhough some of the translations are not quite acceptably correct, but insyaAllah you got what i am saying.

Catatan ramadan 1438H #4

- bismillah - So, right there in front of the kaabah i was standing as a poor girl. No phone, no money, nothing. I only had a bottle of zam...