Wednesday, February 6, 2013

Saya nak study, tak boleh buat kerja

- bismillah -

Alhamdulillah.
Semester dua dah mula. Baru minggu pertama.

Farhana, tolong jadi ajk ni...boleh?
*geleng*
Farhana, bulan 2 nanti ada....farhana buat ni ok?
*geleng*

(Masa first year dulu saya grab every kerja yang saya boleh buat! Hehe)

Sebab sem baru ni, rasa sangat tak ada masa lapang. Setiap masa rasa kena study. Uhukk.

Tapi hari ni terima satu amanah juga.
Untuk kerja badan negeri.
Sebab perlis kecik dan dah tak ada orang dah. Uhuk.

***
Semasa SPM.
Kawan saya pernah pesan,
"Jangan sebab nak study, kita tak tolong mak basuh pinggan... Sebab kita tolong sikit tu insyaAllah dapat berkat. Keberkatan lah yang tolong kita belajar."

Haah.
Kat jordan sini macam tak ada chance nak tolong mak basuh pinggan di rumah (beli ticket balik?? Oh no ._.)
So sapa yang kita ada untuk ditolong?
Orang sekeliling!

Jadi farhana,
Jangan abaikan kerja komuniti, cari keberkatan di sebalik apa saja yang di buat.

Sibuk ke lapang, moga memberatkan mizan. Amiin.

***
Al baqarah 195.

Berpada-pada dalam memberi. Jangan sampai membinasakan diri.

Study dan kerja.
Hidup dan mati.
Kehidupan dunia dan akhirat.

***
Tadi pagi turun bas dalam hujan.
Muka macam nak masam sebab pak cik bas tak ada duit kecik balance, nak tunggu 5 qursh dalam hujan + lewat, rugi diri.

'Tak apalah pak cik. Ambiklah 5 qursh tu. nanti jawab dengan Allah kenapa bagi balik baki pada orang lain dulu sebelum saya. Dan biarkan saya tunggu dalam hujan rintik.'

'Haish farhana. 5 qursh tu moga Allah bersihkan duit interest kau dalam sc dan cimb. Dah, senyum masuk gate universiti. Baru aura positif tertarik.'

:)

Dan ada orang tengah berkumpul untuk edar bookmark. Persatuan mpp kat universiti ni agaknya.

Semua orang yang jalan sekeliling dapat.
'Oh, diorang bagi pada arab ja...'

Tiba2 ada satu tangan hulurkan pada saya. Eh eh. Sangkut orang lalu lalang. Dia cuba hulur lagi. Sampai tangannya tertahan di dada kawan lelaki saya yang lalu depan dia. Haha. Dia pun tergelak "Sori" padanya. Oklah, berhenti langkah dan tunggu sebab terharu ada orang nampak farhana untuk diberi juga. Haha. Pening.
"Thank you, :) (you made my day mr sunshine)"

But then, semua orang suka appreciation.

Tengah pujuk diri supaya senyum lepas pak cik bas tu macam tak nampak ja muka ni tak dapat balance lagi, tiba2 ada orang notice kewujudan di celah2 orang ramai.

Allah sentiasa notice hamba2 Dia.
That is just great.

Dalam bookmark tu tulis,
Turn your dream into reality.




2 comments:

  1. assalamualaikum...sy baru jmpak n follow blog nawwar. rasa syok baca entry nawwar :D

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam.
    Alhamdulillah, trima kasih
    Doakan ada manfaat :)

    ReplyDelete

Random dreams

- bismillah - Alhamdulillah. Allah izin masuk ke tahun baru hijrah. To cut short, here is my list of dreams yang worth dreaming...nak capa...