Skip to main content

Menjadi akhawat sweet atau smart

- bismillah -

"Asal akhawat saja, dilabel dengan percakapan dan pemikiran mereka ialah 'hati & cinta' ..."

Seseorang mengungkapkan kata2 di atas di satu wawancara.

Para syabab tergelak kecil.
Akhwat tersipu2 malu.

Allahuakbar.

Kalau didoktrin begitu, ke manalah akhawat yang membaca buku2 'membina fikrah'?

Pengetahuan am akhawat lazimnya rendah.
Kurang daya memerhati tapi tinggi daya menganalisis. Mungkin juga boleh jadi terbalik.
Tidak dapat mengaitkan perkaitan daripada klu2, tapi hairan dan tak puas hati kalau orang lain lebih tahu.
"Eh macam mana awak tahu??"
Berfikir lah sikit.

Saya nilai semula diri sendiri.
Berdasarkan penilaian kecil lagi berat sebelah ini, saya tahu saya dah renggang dengan buku sejak keluar sekolah.
Buku2 selain buku medik.
Dah banyak input tidak dibawa masuk ke dalam minda.
Dan daya kritis sudah menurun. Malas nak ambil tahu perbincangan, padahal saya ialah orang yang sukakan provokasi dan persoalan suatu masa dahulu!

Dan pemikiran saya sudah makin menjadi tipikal macam akhawat lain sejak saya fokuskan hidup hanya untuk kehidupan sendiri.

Mudah terasa, pentingkan perhubungan, sukakan penghargaan.

Tipikal akhawat.

Inquiri saya tentang pengetahuan am dan pengetahuan global dah berkurang.
Rasa tak perlu untuk memahami dan mengetahui apa yang berlaku di luar sana.
Tunggu dengar orang cerita saja.

Apa nak jadi ni?

Sesetengah mungkin berpendapat, teruskanlah hidup...
Baca novel cinta, karang sajak cinta...
Buat persediaan menjerat cinta...

-..-

Cuba fikirkan tentang CITA.

Saya mengajak diri sendiri, dan mereka yang rasa makin ter-hanyut dalam idea yang tidak berkembang, idea yang hanya melibatkan diri atau keluarga dan masa depan sendiri sahaja, supaya luaskan skop dan horizon pemikiran.

Bagaimana?
Cari "keperluan" dan "faktor pencetus" untuk mengetahui perkara selain dunia kita. Selain diri sendiri.

Contoh.
"Decolonisation of india." <-- ada="" br="" dalam="" dengan="" diri.="" diri="" ilmu.="" inquiri="" kena="" kenapa="" mengena="" nak="" sebab="" sendiri="" tahu.="" tahu="" tak="" tapi="" tu=""> Sebab apa tak ada curiosity dalam diri? Sebab terlalu banyak tumpu pada hal-hal dalam dunia sendiri.

Alhamdulillah. Baru2 ini Allah izin saya join satu group yang berbincang isu2 besar. Antaranya, bagaimana pandangan islam dalam sesuatu isu, pandangan penulis liberal, dan juga tulisan2 yang membuatkan kita perlu berfikir panjang.

Perkara ini yang buatkan saya terdetik, "eh dah lama tak terlintas perkara perbincangan ni..."

Oh, rupanya sebelum ini banyak menumpukan pada hal2 peribadi.

Jom target buku. Paling paling pun satu buku luar akademik dalam satu system akademik yang saya belajar.

Talk Language by paul allen masih berbaki sejak balik dari malaysia hari tu.

Moga Allah izin saya jumpa kembali diri sendiri yang sukakan ilmu dan sukakan berfikir.

Moga pengaduan saya pada Allah lebih banyak daripada apa yang saya adukan pada manusia.

Amiin.

***
Semua tak suka bila akhawat dipandang rendah, diperlekeh...kan? Jadi bina diri dan pemikiran. Bukan untuk bermegah, "aku tahu ini aku tahu itu...", tapi untuk tutup ruang2 kerendahan sosial yang sengaja atau tak, memang ada.

Mari belajar. Bercampur dengan orang yang tak sweet sangat hidupnya. Sebab orang sweet2 ni, huhu mindanya sweet jugalah.

Hehe.

Post ini tidak menuju siapa2 kerana penulisnya dalam kalangan akhawat juga. Jadi sebelum ada yang terasa, yang menulis ni lagi pedih.

Tak salah jadi sweet, tapi jangan biarkan orang pandang rendah dengan ke-sweet-an tu.
biarkan akhawat sinonim dengan memasak, gatherings, hadiah2, wishes, tapi jangan abaikan perkara lain seperti memberikan idea dan buah fikiran, menjalankan kerja dengan cekap, dan paling penting, sweet macam mana pun, jangan tersipu2 terkelu, be assertive. Kalau rasa tak boleh, cakap tak boleh.
Kalau rasa tak betul, cari jalan untuk betulkan.

Malu, bukan terkelu. Kelu ini hanya patut jadi depan dua-tiga makhluk yang special, bukan kelu depan semua orang yang kita jumpa.

Dan tak salah jadi smart, tapi jangan sampai smart tu makan diri.

:)

Doakan saya mampu baiki diri sendiri ini supaya banyak kelemahan dapat dibetulkan.

Fighting! Second semester dah nak masuk minggu ke3!
Dunia kena gendong, akhirat kena kejar.



Comments

Popular posts from this blog

Aidilfitri

- bismillah -Alhamdulillah. Hujan mengiringi permulaan syawal, yg dituntut kita mulakan dengan membesarkan Allah dan mensyukuri nikmatnya, dengan takbir dan tahmid di malam raya.CUTI NAIK TAHUN AKHIRBerpeluang 'berehat' daripada suasana universiti, tidak bermakna perjalanan menuntut ilmu medik perlu berehat juga. Alhamdulillah, sempat menimba pengalaman 3 minggu menjalani praktikal secara elektif di jabatan kecemasan hospital negeri, atas inisiatif sendiri. Tempoh yg singkat itu pasti tidak menjamin 100% penguasaan skil dan asas medikal, namun cukup bermanfaat untuk memperjelas persepsi dan tanggapan terhadap suasana bekerja di bahagian kecemasan, mempersedia mental dan fizikal berdepan situasi mengerikan, malah membina keyakinan untuk 'tidak malu' menuntut ilmu dari semua golongan, doktor, staf dan pesakit.ELEKTIF DI A&E DEPARTMENT3/4 ramadan dilalui dengan refleksi cerita2 kehidupan. Bukan saja berpeluang menyaksikan detik2 kecemasan seperti sesak nafas, sakit da…

Anak yang berbakti

- bismillah -Alhamdulillah. Hari ke-3 tagging dengan doktor SM di internal medicine. Pulmunologist. Hari ni saya semak senarai pesakit doktor, ada nama familiar, rupa2nya ayah doktor.Patutlah, sejak semalam doktor kalut2 lepas habis ward round still talking over the phone pasal sorang pesakit lain, padahal ada 3 orang patients saja under doktor di wad.Ayah doktor dah tua, sakit macam2. History, anak dia yang tulis, ma shaa Allah lengkap berjela panjangnya. PE, lagi2 rectal exam, anak dia yang buat, dan tak bagi kami masuk. Anak dia aturkan susu nak makan pukul berapa, siap tulis satu2 bagi dekat nurse pukul berapa feeding. Ubat dosage, milk feeding, test, semua doktor decide. Doktor specialist bahagian paru2, ayah dia sakit mostly bahagian general medicine, tapi doktor yang in charge. Sekejap2 dengar doktor call blood bank, call consultant hemato utk anemia ayah dia, call another doctor cakap pasal finding rectal exam, call sana sini utk minta pendapat doktor2 pakar lain...He showed s…

Sabar yang indah

- bismillah -Alhamdulillah. Hari ni hari ke-3 tagging dengan dr hemato-oncology. Ada pesakit macam2, kebanyakannya utk chemo. Sedih, kesian, bersyukur semua ada. Hari ni dr specialist takda, jadi round dengan dr resident. Dia tak cakap banyak, tapi bila ada masa seperti masa mennggu doktor lain join, dia akan tanya2 soalan (ini yg kita mahu haha). Dan bila students tanya soalan, dia akan jawab panjanggg bukan sepatah hehe.Mendoakan dia jadi specialist juga nanti in shaa Allah.Ada sorang patient saya, dia kerja setiausaha, suatu hari lenguh2 sakit pinggang, lama2 melarat hingga ke kedua-dua belah kaki. Sakit apabila berjalan. Sampai satu tahap, dia tak boleh gerakkkan kakinya langsung. Tiba2 dia lumpuh! Spinal cord compression. Due to complication of multiple myeloma.Sebenarnya dia ada kanser darah. Tapi tak pernah diketahui. Tahu2 kanser tu dah merebak ke tulang pinggang dan tulang belakang, dan merata lagi (axial skeleton). Banyak investigations dan buat dan dia jalani chemo.Sewaktu …