Skip to main content

Apabila perancangan tak jadi

-bismillah-

Mencuri masa lagi. Cuba menulis dalam 7 minit. InsyaAllah.

Tak tipu, saya tak suka dikecewakan. Sampai satu masa saya pernah rasa, "boleh percaya ke kau ni...?" pada sesiapa saja yang janji apa2 dengan saya.

Kadang, saya marah diri sebab dah jadi macam paranoid pula. Tak mudah nak percaya orang.

Tapi, bila saya letakkan kepercayaan, pengharapan, selalu janji itu tak ditepati. Bukan mungkiri, tapi tak tepat.

"Esok kita pergi situ sini..."
Tapi esoknya tak muncul pun.

"Tengah hari nanti ada..."
Jadi plan saya pada tengah hari saya tak boleh saya jalankan, untuk menunggu.
Tapi sampai ke malamnya belum tentu ada.

"Nanti bawa alatan itu ini, untuk digunakan di sana..."
Pulang ke rumah menggalas berat alatan yang sedikit pun tak diketahui kewujudannya.

Penat. Geram. Kecewa.

Ada sesuatu tak kena dengan farhana ni.
Mungkin janji yang tak ditepati itu ada atas hal2 tertentu? Lupa ke, ada halangan ke dan lain-lain.

Mungkin juga saya perangai perfect melancholy, yang susah nak menerima kenyataan jika perkara yang dirancang tak menjadi.

Sampai bila nak menangkan orang lain...

Dah penat memujuk fikiran yang kosong.

Mungkin juga farhana lupa sesuatu.
Tujuan dia mengikat janji.
Juga tawakal pada Allah.
Ya, tawakal atas apa yang dijanjikan.

Jujurnya, geram itu ada. Marah itu ada. Macam tak nak ambil tahu apa2 dah.
Ikut perasaan.

Tapi,,, :) saya percaya peluang untuk saya mantapkan tawakal dan baiki niat kerana Allah apabila mengikat janji itu lebih terbuka luas peluangnya.

:) better saya grab peluang tu melalui apa yang terjadi.

"Jangan pandang tinggi pada makhluk ciptaan Allah, tapi pandang tinggilah pada Allah, Tuhan yang maha Pencipta sekalian makhluk." - my own

Doanya, moga Allah lindungi daripada menjadi orang yang menungkiri janji.
Doakan moga Allah izin beri kemampuan pada diri ini untuk setiap amanah.

Kerana dunia ini jambatan akhirat yang kekal Sana.

15 minit. 2 kali ganda. I fail my own promise just now.

Kecewa. Geram. Hampa.

Comments

  1. Insyaallah, ada hikmah yang berlaku atas tiap sesuatu yang berlaku. jadi tidak mengapa jika apa yang dijanji atau dirancang tidak menjadi. Kita berbalik kepada perancangan Allah jua yang terbaik. jazakumullah

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Aidilfitri

- bismillah -Alhamdulillah. Hujan mengiringi permulaan syawal, yg dituntut kita mulakan dengan membesarkan Allah dan mensyukuri nikmatnya, dengan takbir dan tahmid di malam raya.CUTI NAIK TAHUN AKHIRBerpeluang 'berehat' daripada suasana universiti, tidak bermakna perjalanan menuntut ilmu medik perlu berehat juga. Alhamdulillah, sempat menimba pengalaman 3 minggu menjalani praktikal secara elektif di jabatan kecemasan hospital negeri, atas inisiatif sendiri. Tempoh yg singkat itu pasti tidak menjamin 100% penguasaan skil dan asas medikal, namun cukup bermanfaat untuk memperjelas persepsi dan tanggapan terhadap suasana bekerja di bahagian kecemasan, mempersedia mental dan fizikal berdepan situasi mengerikan, malah membina keyakinan untuk 'tidak malu' menuntut ilmu dari semua golongan, doktor, staf dan pesakit.ELEKTIF DI A&E DEPARTMENT3/4 ramadan dilalui dengan refleksi cerita2 kehidupan. Bukan saja berpeluang menyaksikan detik2 kecemasan seperti sesak nafas, sakit da…

Anak yang berbakti

- bismillah -Alhamdulillah. Hari ke-3 tagging dengan doktor SM di internal medicine. Pulmunologist. Hari ni saya semak senarai pesakit doktor, ada nama familiar, rupa2nya ayah doktor.Patutlah, sejak semalam doktor kalut2 lepas habis ward round still talking over the phone pasal sorang pesakit lain, padahal ada 3 orang patients saja under doktor di wad.Ayah doktor dah tua, sakit macam2. History, anak dia yang tulis, ma shaa Allah lengkap berjela panjangnya. PE, lagi2 rectal exam, anak dia yang buat, dan tak bagi kami masuk. Anak dia aturkan susu nak makan pukul berapa, siap tulis satu2 bagi dekat nurse pukul berapa feeding. Ubat dosage, milk feeding, test, semua doktor decide. Doktor specialist bahagian paru2, ayah dia sakit mostly bahagian general medicine, tapi doktor yang in charge. Sekejap2 dengar doktor call blood bank, call consultant hemato utk anemia ayah dia, call another doctor cakap pasal finding rectal exam, call sana sini utk minta pendapat doktor2 pakar lain...He showed s…

Sabar yang indah

- bismillah -Alhamdulillah. Hari ni hari ke-3 tagging dengan dr hemato-oncology. Ada pesakit macam2, kebanyakannya utk chemo. Sedih, kesian, bersyukur semua ada. Hari ni dr specialist takda, jadi round dengan dr resident. Dia tak cakap banyak, tapi bila ada masa seperti masa mennggu doktor lain join, dia akan tanya2 soalan (ini yg kita mahu haha). Dan bila students tanya soalan, dia akan jawab panjanggg bukan sepatah hehe.Mendoakan dia jadi specialist juga nanti in shaa Allah.Ada sorang patient saya, dia kerja setiausaha, suatu hari lenguh2 sakit pinggang, lama2 melarat hingga ke kedua-dua belah kaki. Sakit apabila berjalan. Sampai satu tahap, dia tak boleh gerakkkan kakinya langsung. Tiba2 dia lumpuh! Spinal cord compression. Due to complication of multiple myeloma.Sebenarnya dia ada kanser darah. Tapi tak pernah diketahui. Tahu2 kanser tu dah merebak ke tulang pinggang dan tulang belakang, dan merata lagi (axial skeleton). Banyak investigations dan buat dan dia jalani chemo.Sewaktu …