Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2013

gosip permai

-bismillah-

sekarang musim pilihanraya permai, persatuan mahasiswa di sini. dan ini hanya catatan yang saya nak tulis. kalau kena tafsiran kalian, kenalah. kalau salah tafsiran, salahlah.
saya faham toleransi. tapi, toleransi takkan terzahir tanpa penjelasan pada perkara yang terselindung.
once kita boleh tipu orang, tak mustahil nanti akan buat lagi. padahal, kalau dijelaskan kenapa berbuat sesuatu perkara itu, orang akan faham dan boleh je terima.
moga Allah lindung daripada pilihan-pilihan yang salah. moga amanah ini mendekatkan ke Jannah. selamat memimpin berTuhankan Allah untuk semua kita :)
***
SPR. 
pilihanraya dome dulu, ada watak domedetta.
kerjanya, timbulkan provokasi supaya apa yang dipamerkan di skrin tak ditelan mentah2.
siap ada poster "duduk dan bantah di sepanjang syari3 jamiah". :)
ada juga chief inspektor, untuk pantau spr.
ya, pilihanraya batch tu ada SPR.
dan spr dome ialah mereka yang dipercayai.
satu hari,
domedetta keluarkan gambar seorang ahli spr kelihatan r…

Menjadi akhawat sweet atau smart

- bismillah -

"Asal akhawat saja, dilabel dengan percakapan dan pemikiran mereka ialah 'hati & cinta' ..."

Seseorang mengungkapkan kata2 di atas di satu wawancara.

Para syabab tergelak kecil.
Akhwat tersipu2 malu.

Allahuakbar.

Kalau didoktrin begitu, ke manalah akhawat yang membaca buku2 'membina fikrah'?

Pengetahuan am akhawat lazimnya rendah.
Kurang daya memerhati tapi tinggi daya menganalisis. Mungkin juga boleh jadi terbalik.
Tidak dapat mengaitkan perkaitan daripada klu2, tapi hairan dan tak puas hati kalau orang lain lebih tahu.
"Eh macam mana awak tahu??"
Berfikir lah sikit.

Saya nilai semula diri sendiri.
Berdasarkan penilaian kecil lagi berat sebelah ini, saya tahu saya dah renggang dengan buku sejak keluar sekolah.
Buku2 selain buku medik.
Dah banyak input tidak dibawa masuk ke dalam minda.
Dan daya kritis sudah menurun. Malas nak ambil tahu perbincangan, padahal saya ialah orang yang sukakan provokasi dan persoalan suatu m…

Irbid's Inspirations

- bismillah -

Jalan balik ke rumah, malam hari. Bersama-sama seorang sahabat.

Sepatutnya ada murakib. Tapi, tapi dan tapi... Bukan tak nak call, tapi tak ingat nak call. Huu

Berjalan laju setakat boleh.
Nampak kumpulan akhwat berkumpul di depan, tertanya-tanya juga kenapa.

Tapi saya tolak sahabat saya supaya teruskan langkah dan jangan berhenti singgah. Kami berdua hanya senyum pada akak2 tu. Ada murakib dengan kumpulan diorang.

Dalam hati, better jangan berhenti nanti lewat sampai rumah.
(Dalam minda, kalau berhenti nanti murakib tanya nak ke mana lah malam2 ni takda murakib.) hehe

Sampai roundabout, saya dengar sesuatu dari belakang.
Pusing tengok.
Waaaa.

"Nak ke mana?"
Beliau tersenyum. Moga Allah mudahkan urusan beliau jadi hamba yang diredhai Allah. Moga Allah izin jadi doktor yang terbaik buat Islam.

Habislah kau farhana...habislah.

Cerita tergantung. :P

***
Sebab point utama post ini ialah,
Allah sangat baik. :)
Dan kebaikan itu Allah pinjamkan pada hamba2…

Apabila perancangan tak jadi

-bismillah-

Mencuri masa lagi. Cuba menulis dalam 7 minit. InsyaAllah.

Tak tipu, saya tak suka dikecewakan. Sampai satu masa saya pernah rasa, "boleh percaya ke kau ni...?" pada sesiapa saja yang janji apa2 dengan saya.

Kadang, saya marah diri sebab dah jadi macam paranoid pula. Tak mudah nak percaya orang.

Tapi, bila saya letakkan kepercayaan, pengharapan, selalu janji itu tak ditepati. Bukan mungkiri, tapi tak tepat.

"Esok kita pergi situ sini..."
Tapi esoknya tak muncul pun.

"Tengah hari nanti ada..."
Jadi plan saya pada tengah hari saya tak boleh saya jalankan, untuk menunggu.
Tapi sampai ke malamnya belum tentu ada.

"Nanti bawa alatan itu ini, untuk digunakan di sana..."
Pulang ke rumah menggalas berat alatan yang sedikit pun tak diketahui kewujudannya.

Penat. Geram. Kecewa.

Ada sesuatu tak kena dengan farhana ni.
Mungkin janji yang tak ditepati itu ada atas hal2 tertentu? Lupa ke, ada halangan ke dan lain-lain.

Mungkin juga saya…

Saya nak study, tak boleh buat kerja

- bismillah -

Alhamdulillah.
Semester dua dah mula. Baru minggu pertama.

Farhana, tolong jadi ajk ni...boleh?
*geleng*
Farhana, bulan 2 nanti ada....farhana buat ni ok?
*geleng*

(Masa first year dulu saya grab every kerja yang saya boleh buat! Hehe)

Sebab sem baru ni, rasa sangat tak ada masa lapang. Setiap masa rasa kena study. Uhukk.

Tapi hari ni terima satu amanah juga.
Untuk kerja badan negeri.
Sebab perlis kecik dan dah tak ada orang dah. Uhuk.

***
Semasa SPM.
Kawan saya pernah pesan,
"Jangan sebab nak study, kita tak tolong mak basuh pinggan... Sebab kita tolong sikit tu insyaAllah dapat berkat. Keberkatan lah yang tolong kita belajar."

Haah.
Kat jordan sini macam tak ada chance nak tolong mak basuh pinggan di rumah (beli ticket balik?? Oh no ._.)
So sapa yang kita ada untuk ditolong?
Orang sekeliling!

Jadi farhana,
Jangan abaikan kerja komuniti, cari keberkatan di sebalik apa saja yang di buat.

Sibuk ke lapang, moga memberatkan mizan. Amiin.

***
Al baqarah …