Monday, January 28, 2013

Vacation update #7

- bismillah -

27 Jan '13
4:33 pm
Obuda, Hungary.

Hari terakhir di rumah mak cik yang sangat baik.
Air muka mak cik semasa melambai kami sama macam hari mula2 kami mula jumpa. Waktu tu mak cik ceritakan pasal arwah anaknya.

Allah hadirkan beliau dalam hidup kami... juga seluruh ahli keluarga beliau.
Mereka sekeluarga hadir dalam hidup kami.
Malah arwah anaknya juga masuk dalam kamus hidup kami berempat.
Alhamdulillah.

Memori ini mahal.
Sangat mahal.
Di tengah2 bumi, Allah izin kami bermastautin di rumah keluarga ini.
Makan bersama2, masak, kemas, jalan2, beli barang, semuanya sama2. Bagaikan datang tinggal bersama keluarga. Di sini saya belajar bagaimana hidup berkeluarga selain daripada keluarga sendiri. :)

Bak kata wanma, "kamu kena belajar cara hidang selain daripada rumah kamu di jordan sana saja..(makan bujang)" hehe.

Makan sarapan pagi, tengah hari, malam, semuanya dimasak special dan sungguh2. Basuh pinggan mulanya pakai dishwasher, tapi lama2 guna tangan sja sebab tenaga membasuh ramai.

Mak cik sangat peramah. Ceria. So motherly. :)
She must have missed her late son much.

Kawan ada tanya, masa tu di dapur... sapa pergi beli ikan selalunya?
"Arwah suka. Dia yang turun pi beli."

Mak cik cerita lagi, arwah suka budak2, suka masak, suka sangat tolong dia.
SubhanAllah best kan jadi anak yang baik? :')
Moga Allah izin mereka sekeluarga kumpul lagi di syurga. Amiin.

Anak sulung mak cik, cool. Dia bawa jalan2 di budapest. Haha layan je pergi masuk tempat yang dia dah pernah masuk. Muzium. Dan kitorang lembik sampai hilang mood. Padahal kalau ikutkan, Along tu lagi buhsan sebab dia dah pernah pergi.
Oh ticket ditanggung beres dan sedekah kepada kami oleh pak cik. Hehe.

Masuk old castle pun, dia bawa. Haha walaupun kitorang macam tak appreciate sangat huhuhu. (Sebab saya xnak snap gambar patung di bangunan tu. hukhuk jadi masuk2 melawat2 dan keluar)
Moga Allah permudahkan urusan Along dunia dan akhirat.
Cara mak cik cerita, dia pengsan dulu masa dia pergi tuntut arwah adiknya. Sebab sangat unexpected.
Allah.

Adik beradik yang lain, double cool. Sebab sekolah kat sini. Hehe.

Apa yang saya respect, diorang sefamily sangat peramah. Haha. Kalau orang datang mai rumah saya sendiri pu tak mampu saya bagi layanan macam tu.
Low profile semua orang.

Kawan saya cakap, "Awak tahu, mak cik tak pakai orang gaji."
"Ok. Jadi? Kenapa?"
"Jadi semua kerja masak, mencuci, mengemas tu mak cik lah buat. Semua kerja buat sendiri. Tu la yang saya respek mak cik."

Tak perlu cerita siapa mereka dan bagaimana. Cukuplah memori ini kami kongsikan ibrahnya saja.

Kita diberi kehidupan, untuk membina kehidupan.
Kita diberi kematian, untuk membina kehidupan.

Hidup untuk hidup. Mati untuk hidup semula. Tiada penghujung.

Doakan segala yang terbaik. Allah paling tahu. Moga Allah terima amal kita semua, biar sekecil dan sebesar manapun, moga diterima.

Kalau wonder bila lagi nak jumpa,
Allah dah janji negeri akhirat tu ada. Dan kekal pulak tu. :)

Jom strive! Bina kehidupan. Dan 'kehidupan.'

Allahumma khtim lana bi husnil khatimah.



2 comments:

  1. Salam, entri yang sungguh manis dan 'cool'.. semoga makcik dan keluarganya sentiasa dibawah rahmat Allah swt jua..

    ReplyDelete

Bahang september 2011

- bismillah - Baru baca bab 1 buku puan Roza Roslan, travelog kehidupan abadi. Bab 1 beliau cerita pasal kali pertama jejak ke luar negara....