Skip to main content

Vacation update #5

- bismillah -

25 Jan '13
Budapest, Hungary.

Pelajaran hari ini.
"Mencari husnul khatimah."

Husnul khatimah itu pada tangan Allah. Bukanlah kita minta mati tersenyum atau bagaimana yang kita bayangkan, tapi husnul khatimah itu kuasa Allah mengembalikan kita dalam keadaan paling diredhai-Nya.

Kalau mati husnul khatimah itu ialah tiada luka, maka apa kita nak jawab pasal kematian para shuhada' dalam perang2?
Dilapah hati (saidina hamzah), kudung tangan dan kaki (saidina jaafar)...
Jadi, kita tak boleh judge orang itu mati baik itu mati tak baik. Bukan kita penentunya.

Tapi insyaAllah, zahirnya, kematian husnul khatimah itu mudah dan memudahkan orang sekeliling.

Saya dengar sahabat saya baca surah zalzalah tadi. Dua ayat terakhir tu.
Buat baik sebesar zarah pun ada balasannya. Buat jahat sebesar zarah pun ada balasannya.

Hari ni tinggal di rumah mak cik yang baik. Sangat baik. Beliau ada ceritakan pasal kematian anaknya.

Sedekahkan alfatihah buat arwah terlebih dahulu baru sambung baca.

Arwah meninggal sebab kemalangan. Langgar lari. Dan polis temui satu keping nota jatuh dari poketnya.

Nota tu bertulisan tangan.
"Surah albaqarah ayat 1-5...(dan ada lagi surah serta ayat pilihan)
Ayat ini pelindung kepada diri, keluarga dan harta."

Sayu. Itu ayat2 ma'thurat kubra. Bacaan yang Rasulullah selalu baca sebagai pelindung.
Dan nota kecil tu sampai ke hari ni ibunya simpan.

Apa yang saya belajar, arwah ada tinggalkan harta selepas mati.
Duit pengajian. Duit simpanan. Duit pelaburan. Duit insuran.
Alhamdulillah keluarganya gunakan duit itu untuk buat masjid, sedekah dan charity2 lain.

Dan PALING PENTING, ilmu.

Dia ada ajar adiknya mengaji Quran serta tajwid bila datang melawat adiknya di sini. Katanya bila ditanya kenapa, seperti yang diceritakan ibunya, "Angah dah tak ada masa".
Jika dia membaca doa, keluarganya akan mengakui doa2nya syahdu.
Neneknya cerita, gap antara maghrib-isyak arwah masih tak turun makan.
Ibunya cakap, arwah suka tolong orang.
"Dia meninggal waktu dalam perjalanan lepas hantar kawannya ke stesen."
Dan semasa hari kematiannya ramai sahabat dan taulan datang menziarah.
SubhanAllah.

Dan hari ni kita belajar banyak ilmu dari kisah hidupnya, dan matinya.
Legend kan?

Kita buat baik, Allah akan tolong kita.
Amalan biarpun kecik, ada balasannya.

***
Baca quran, satu huruf 10 kebajikan. Tapi syarat ibadah kena ingat semula, niat betul dan lurus, juga cara harus betul. Sebut huruf betul2, insyaAllah banyak pahala biarpun satu ayat.
Macam mana nak sebut huruf betul2? Cari kelas quran. Baca hari2, sambil minta doa dan usaha moga Allah ajar kita quran. InsyaAllah Allah akan izin kita jumpa guru yang terbaik.

Hidup, hari2 bernafas. Kalau alquran sebagai pedoman dan kita anggap penting sebagai mana oksigen, maka kalam Allah itu juga untuk hari2.

Berbalik pada husnul khatimah, kita sebagai hamba kena minta pada Allah dengan ilmu.
Minta husnul khatimah di sisi Allah, bukan mati baik di pandangan mata manusia saja.

Sebabnya, dalam quran, Allah ada sebut firaun mengucap shahadah bila dia nampak ombak laut akan menggulung dia. Tapi Allah cakap dah terlambat sebab semasa hayatnya dia dah banyak buat kerosakan.
Walaupun firaun mati tinggal harta banyak juga.

Berbalik kepada surah zalzalah, setiap perbuatan ada balasan.

Allahuakbar.

Apa tinggalan kita selepas mati?

اللهمّ اختم لنا بحسن الخاتمة ولا تختم علينا بسوواِ الخاتمة.

Amiin.

P/s sabda Nabi, "amal manusia terputus selepas matinya. Kecuali tiga perkara: ilmu yang diamalkan, doa anak soleh pada orang tuanya, dan sedekah jariah."

SubhanAllah. Moga Allah anugerahkan husnul khatimah buat kita semua. Amiin.

Comments

Popular posts from this blog

Aidilfitri

- bismillah -Alhamdulillah. Hujan mengiringi permulaan syawal, yg dituntut kita mulakan dengan membesarkan Allah dan mensyukuri nikmatnya, dengan takbir dan tahmid di malam raya.CUTI NAIK TAHUN AKHIRBerpeluang 'berehat' daripada suasana universiti, tidak bermakna perjalanan menuntut ilmu medik perlu berehat juga. Alhamdulillah, sempat menimba pengalaman 3 minggu menjalani praktikal secara elektif di jabatan kecemasan hospital negeri, atas inisiatif sendiri. Tempoh yg singkat itu pasti tidak menjamin 100% penguasaan skil dan asas medikal, namun cukup bermanfaat untuk memperjelas persepsi dan tanggapan terhadap suasana bekerja di bahagian kecemasan, mempersedia mental dan fizikal berdepan situasi mengerikan, malah membina keyakinan untuk 'tidak malu' menuntut ilmu dari semua golongan, doktor, staf dan pesakit.ELEKTIF DI A&E DEPARTMENT3/4 ramadan dilalui dengan refleksi cerita2 kehidupan. Bukan saja berpeluang menyaksikan detik2 kecemasan seperti sesak nafas, sakit da…

Anak yang berbakti

- bismillah -Alhamdulillah. Hari ke-3 tagging dengan doktor SM di internal medicine. Pulmunologist. Hari ni saya semak senarai pesakit doktor, ada nama familiar, rupa2nya ayah doktor.Patutlah, sejak semalam doktor kalut2 lepas habis ward round still talking over the phone pasal sorang pesakit lain, padahal ada 3 orang patients saja under doktor di wad.Ayah doktor dah tua, sakit macam2. History, anak dia yang tulis, ma shaa Allah lengkap berjela panjangnya. PE, lagi2 rectal exam, anak dia yang buat, dan tak bagi kami masuk. Anak dia aturkan susu nak makan pukul berapa, siap tulis satu2 bagi dekat nurse pukul berapa feeding. Ubat dosage, milk feeding, test, semua doktor decide. Doktor specialist bahagian paru2, ayah dia sakit mostly bahagian general medicine, tapi doktor yang in charge. Sekejap2 dengar doktor call blood bank, call consultant hemato utk anemia ayah dia, call another doctor cakap pasal finding rectal exam, call sana sini utk minta pendapat doktor2 pakar lain...He showed s…

Sabar yang indah

- bismillah -Alhamdulillah. Hari ni hari ke-3 tagging dengan dr hemato-oncology. Ada pesakit macam2, kebanyakannya utk chemo. Sedih, kesian, bersyukur semua ada. Hari ni dr specialist takda, jadi round dengan dr resident. Dia tak cakap banyak, tapi bila ada masa seperti masa mennggu doktor lain join, dia akan tanya2 soalan (ini yg kita mahu haha). Dan bila students tanya soalan, dia akan jawab panjanggg bukan sepatah hehe.Mendoakan dia jadi specialist juga nanti in shaa Allah.Ada sorang patient saya, dia kerja setiausaha, suatu hari lenguh2 sakit pinggang, lama2 melarat hingga ke kedua-dua belah kaki. Sakit apabila berjalan. Sampai satu tahap, dia tak boleh gerakkkan kakinya langsung. Tiba2 dia lumpuh! Spinal cord compression. Due to complication of multiple myeloma.Sebenarnya dia ada kanser darah. Tapi tak pernah diketahui. Tahu2 kanser tu dah merebak ke tulang pinggang dan tulang belakang, dan merata lagi (axial skeleton). Banyak investigations dan buat dan dia jalani chemo.Sewaktu …