Tuesday, January 22, 2013

Vacation update #2

-bismillah-

Alhamdulillah.
22 Januari 2013
Pagi.

Jejak ke bumi Croatia. Allah izin.

Bagaikan masuk ke dalam novel Harry Potter.
Bangunannya, pokoknya, jalannya, kereta api, orang dan semualah.
Semalam jalan2 naik kereta.
Mpv volkswagon yang boleh muat 9 orang tu. Cool kan. Macam van susu dalam game. Muahaha.

Datang tinggal (dan mungkin menghabiskan beras hehe) di rumah pak cik sahabat saya.
Doakan mereka sekeluarga dimurahkan rezeki dan mendapat berkat dalam kehidupan dunia dan akhirat! Amiin.
Mak cik dan pak cik dan 3 orang anak mereka yang masih kecil + 1 dalam kandungan. :) subhanAllah

Sekarang semasa menulis ni, salji tengah turun.
Alhamdulillah.
Berada di dapur teman kawan masak, sambil menjamu mata tengok salji turun di luar melalui tingkap dapur.

Moga hati ini tak terhenti untuk bersyukur pada Allah yang menurunkan rahmat melimpah ruah.

SubhanAllah.
Alhamdulillah.
Allahuakbar.

Terbaca dalam fb kawan,
"Pengalaman ialah benda yang kita bayar tapi tak merugikan."

SubhanAllah. Terlalu sikit yang saya bayar dan beli tapi rahmat Allah sangatlah luas.

Saya ialah orang yang suka hujan masa di malaysia dulu.
Dan di sini tak mustahil untuk saya suka dan teruja dengan salji.
Sejuk. Basah. Lembap.
Alhamdulillah.
Kedua2 nya rahmat Allah.

Segalanya ialah rahmat dan kasih sayng Allah!

Saya namakan cuti ni, misi Mencari Mahabbah. :)
InsyaAllah.
Doakan beroleh mahabbah :)

Err. Possible je nama misi ni bertukar2. Hehe. Ikutlah.

:)

No comments:

Post a Comment

Overnight changes

- bismillah - When i left malaysia for my study in jordan 6 years ago, i have nothing in my mind to worry for, except that it maybe the las...