Tuesday, January 1, 2013

Kuasa Provokasi

Manusia
Sehebat manapun dia
Setinggi-tinggi namanya
Sebesar-besar fikrah dan pengaruhnya
Dia kalah dengan sekecil-kecil figura insan

Jangan dimain hati dan perasaan.

***
Umur macam ni, hati saja cinta. Sebut hati saja rindu. Sebut hati saja teringat kahwin.
Tahulah family duduk jauh, tapi cukup2kanlah kasih sayang tu dengan silaturahim di sini.

No. Ni bukan pasal tu lagi.

Hati kita unik ada boleh simpan banyak perasaan.

Positif ada. Negatif ada.

Orang hebat, kalau dimainkan hatinya, dibisikkan supaya bangga diri, hebatnya itu akan tenggelam ditimbus dosa.

Orang diam, dimainkan hatinya dengan kata-kata hina dan kritik, diamnya itu ialah bara yang membakar.

Orang ceria, dimainkan hatinya dengan khianat, cerianya itu menjadi umpatan dalam dia berjenaka.

Orang pemarah, dimainkan hatinya dengan kelembutan, marahnya dia akan bertukar cinta.

Orang pencinta, dimainkan hatinya dengan nafsu, cintanya menjadi hina.

Orang pemalas, dimainkan hatinya dengan balasan azab, menimbulkan takut dan sesal, kemalasannya ialah pembakar semangat untuk langkah baru.

Orang pendakwah, dimainkan hatinya dengan riya', pujian dan sanjungan, maka dakwahnya itu ujian untuk dirinya.

Orang yang sedang berubah, dimainkan hatinya supaya berhenti, dikatakan bahawa perubahan itu tiada erti, maka hentinya perubahannya itu sebelum dia mati.

Betapa hati ini besar pengaruhnya pada hati yang lain.

***
Apabila ada satu prinsip, pegang betul2.

Selalu tak kalam Allah menyentuh hati kita?

Dia tak pernah sentuh secara physical, tapi kita merasai 'sentuhan' itu.
Itulah kuasa yang merubah manusia kasar menjadi lembut. Sebagaimana kisah saidina Umar apabila mendengar bacaan al-Quran dari adiknya. Surah ta-ha.

SubhanAllah.
Percayalah, kita nak merubah orang, kita tak berdaya sebelum kita menyentuh hati sendiri.

Tanya semula diri, untuk apa aku hidup?
Bagaimana aku jalani kehidupan?
Orang cakap aku begini begini bagus, cuba provok diri, aku ni sebenarnya bagaimana di hadapan Allah?

Silibus mendidik diri takkan pernah habis. Selagi merasa 'aku ni tiada apa2 pun, hanyalah faqir kepada Allah', maka anda sedang follow silibus.

Andai merasa 'aku ni ok lah kot. Qiyam jaga. Puasa jaga. Solat jemaah siap akulah azan akulah iqamat akulah imam.' Kalau begini keadaannya, cepat daftar masuk sekolah tarbiyah. Silibus anda tak lengkap muka surat tu :P bahaya bahaya

Sentiasalah merasa diri hamba kepada Allah! bukan pada makhluknya.

Moga Allah jaga kita daripada provokasi manusia juga hasutan syaitan.

Kerana berubahnya manusia itu bermula dari hati. Barulah luarannya akan ada kesan.
Dan dalam anatomy physiology pharmacology kita tahu darah akan mengalir melalui hati untuk 'dicucikan'.
Dan dikatakan pula syaitan itu berjalan mengalir dalam tubuh anak Adam melalui salur darahnya!
Kuat hati, bersihlah darah, sihatlah organ dan anggota badan!

Selamat mencuci diri sendiri!

No comments:

Post a Comment

Serve the immediate community

- bismillah - This morning, i went to a private hospital to accompany my mom. I met a passionate consultant who's seeing my mom for her...