Tuesday, January 8, 2013

Hujan, Aku dan Luar Negara

- bismillah -

Perkongsian hari ini :)
Bumi ibrah jordan.

Hujan turun mencurah, tidak lebat namun seakan2 tanpa henti.
Angin yang turut serta, seakan-akan menggandakan kesan hujan.

Terpaku pagi tadi bila selak langsir dan rupanya kaca pintu sorong tu basah. Ya, basah di sebelah luar dan dalam!
Betapa sejuknya di luar lebih sejuk daripada udara dalam rumah yang saya kira sudah terlalu sejuk.

Sewaktu bercita2 mahu ke luar negara, semasa zaman sekolah, saya tahu luar negara ni sejuk. Sejuk bagaimana tak pernah ambil tahu.
Tapi sekarang baru tahu kesannya.

Dulu apa yang saya tahu,
Luar negara ada 4 musim.
Musim sejuk ada salji.

Tu gambaran besar.

Rupanya, dalam musim sejuk juga ada hujan :)
Dan hujan di luar negara, sama tapi tak serupa.
Di malaysia kita ada kereta, ada bas kalau nak gerak mana2. Paling tak pun naik teksi.
Duduk di sini sebagai pelajar, jalan kaki je. Cool.

Pergi kedai, pergi universiti, pergi masjid, pergi mana2 pun jalan kaki. Kalau jauh naik teksi. Dekat pun, kalau jumpa, naik teksi. Rezeki murah, mudah dapat teksi.
Ada hari, tunggu teksi dalam hujan. Cool.

Tadi ada exam biostatistics. Hujan renyai jalan kaki ke stesen bas awal2 pagi untuk ke universiti. Cool.

Windbreaker aka baju hujan dipakai. Hujan memang tak berhenti. Jalan redah hujan seolah redah cahaya matahari. Sejuk, jalan basah, kaki beku, semua tu letak tepi. Takda makna nak berpayung2, tangan sembunyi baik2 dalam poket.

Sekali angin tiup kuat, sekali rasa tertolak ke tepi. Hehh. Banyak kali.
Kadang jalan ok je tapi tiba2 datang kepala angin.
Oh saya tak boleh bayang kawan2 yang underweight..

Sambung cerita ke exam tadi, apabila sampai di pagar universiti, turun bas. Perlu berjalan sejauh beberapa ratus meter la jugak untuk ke dewan exam. Bas pengangkutan ada, tp tadi tak ingat nak naik.
Maka berjalanlah meredah angin dan hujan.
Sambil tu tersenyum, tak sangka, dulu tak pernah tahu hujan ini sejuk.

Yang saya tahu, hujan basah.
Tapi duduk di irbid ni baru tahu, hujan susah keluar rumah, hujan boleh demam, hujan boleh bagi macam2 efek.

Di malaysia, hujan ialah naik kereta.
Hujan ialah titisan air di cermin kereta.
Hujan ialah satu waktu yang orang perlu pakai payung.
Hujan ialah air yang tak logik untuk di redah.

Tapi sekarang, semua mindset tu berubah.
Hujan ialah apabila kasut basah.
Hujan ialah apabila nak lintas jalan kena hati2 tengok tempat melangkah, penuh air ke tak, bukan sekadar tengok kereta.
Hujan ialah apabila takut lalu tepi jalan dan fobia kena simbah dengan kereta.
Hujan ialah apabila windbreaker basah lencun.

Hujan bukanlah semata titisan air...

Masih lagi berjalan ke dewan exam.
Angin menolak kuat dari belakang, berjalan pun seakan berlari. Mengharapkan cepat sampai supaya boleh cepat jumpa haba panas.

Di tengah jalan, jumpa pelangi. SubhanAllah. :)
Camera tak cantik dan tak wide lens, tapi pelangi tu hemisphere. Hadiah di pagi exam.

Farhana, teruskan melangkah! Sahut seruan ujian kecil ini!

Sampai di perkarangan dewan exam, alhamdulillah lega dah nampak tempat utk dituju.
Sampailah depan bangunan 10H4. Ingatkan dah aman, sekali depan pintu masuk tu nak jalan rasa berat.
Susah. Angin kuat tiba2 dekat situ. Sebab celah bangunan mungkin. Tapi macam lawak, 'laa aku nak sampai dah, tinggal nak menapak masuk je..masih ada cabaran..' Hehe. Kawan saya pun tertolak ke tepi tiba2. Susah nak tempuhi jalan yang lurus ni :p

Masa jalan tadi teringat nippon paint punya iklan.
Datang lah angin kuat hujan lebat macam mana pun, tahan cat tu. Hehh. Saya tak bayang cat, saya bayangkan angin kuat tu. Yang tu lah yang tengah confront nih.

Balik exam pun macam tu. Hujan lebih lebat tapi dah kurang angin. Jalan laju mengharapkan heater dalam bas yang menunggu di stesen bas universiti.
Cumanya, waktu balik, angin bawa air hujan kena direct pada muka. Hanya mampu menunduk sesolehah mungkin ._.''

***
:)
Allah tahu apa yang Allah beri tu untuk kita.

Dalam proses kita nak tempuh satu ujian, ada ujian lain sebelumnya dalam perjalanan menempuh ujian itu.

Kadang kita minta moga soalan exam mudah, tapi kita lupa, even soalan mudah, tapi cara ke tempat exam kita tak minta doa supaya mudah, susah juga exam tu.

Kita minta syurga. Tapi kita lupa minta moga Allah mudahkan juga jalan untuk ke syurga.

***
Allah tahu banyak benda kita tak sedar kita perlu tapi kita tak minta.
Tapi Allah still bagi. :)
Kita tak minta doa pun untuk setiap kali jantung berdenyut tapi Allah masih bagi.

Dalam menuju satu ujian besar, ada banyak ujian kecil disekelilingnya. Kadang kita fokus hanya nak selesaikan masalah besar padahal ujian kecil itulah yang membantutkan penyelesaian!

Moga Allah berkati.

sebenarnya lengkap separa bulatan :)

No comments:

Post a Comment

Random dreams

- bismillah - Alhamdulillah. Allah izin masuk ke tahun baru hijrah. To cut short, here is my list of dreams yang worth dreaming...nak capa...