Skip to main content

Ceritakanlah kisahmu

- bismillah -

"Kau menung atas rooftop tu kenapa?"
"Bila?"
"Hari tu.. Hari salji turun tu."

Ketawa.

"Oh. Hari tu. Eh, tapi macam mana kau boleh tahu aku ada kat situ?"
"Aku nampak kau dari tingkap bilik aku."

Muka tak percaya.

"Bohonglah."
"Memang pun. Aku nampak ada satu lembaga atas bumbung bangunan. Aku agak je tu kau. Tengok2 serkap jarang aku menjadi!"

Satu tepukan mahabbah singgah di belakang.

Nafas dilepaskan. "Memang akupun."
"Alang-alang tu, kau tak nak cerita ke apa yang kau menungkan?"

"Aku tak tahu macam mana nak mula. Aku teringatkan mak dan ayah aku di kampung. Apa agaknya mereka tengah buat masa tu. Entah sunyi entah sepi. Sedangkan aku ni bergembira bergelak-gelak di sini."

Sunyi.

"Aku tahu, dan pada masa yang sama aku takut. Bumi yang luas di pandangan mata aku ini, semakin menjauhkan aku daripada mereka, semakin menyempitkan ruang untuk aku bersama-sama mereka..,"
"Itupun kalau kau terus hanyut dengan apa yang ada di bumi ni."
"Ha'ah. Itu yang aku menungkan lama tu. Adakah aku telah terhanyut... atau apa, hinggakan aku merasa ibu bapaku sangat jauh dariku."

Kenapa begitu?
Telefon tak sempat didail setiap hari sebagaimana sepatutnya.
Sungguhpun berbual, hanyalah sekadar bertanya khabar.
Message jarang sekali dia membalas sapaan orang tuanya. Sekalipun dia membalas, tidak banyak yang dibualkan.
Entah, dia sudah tidak mengerti kenapa ada jurang antara dia dan ibu bapanya.
Sedangkan dahulu, dialah orang yang paling sukar berenggang dengan ibunya sejak kecil.

"Kalau kau berterusan macam ni, kau akan menjadi Tanggang."

Lamunan terhenti.
Tanggang? Anak derhaka itu?
Tanggang menghina ibunya!
Tanggang mengherdik ibunya!
Tidak, aku bukan begitu!
Ah, nauzubillah min zalik!

'Tapi kau menyakitkan ibu bapamu dalam diam.' Satu suara telus memberitahu.

'Kau lupa, mereka bukan mahukan kau menjadi doktor yang hilang pegangan agama.'
Pegangan agama?
Penguasaan ilmu yang mantap, rajin ke masjid bersolat, mahir membaca al-quran, itu sebenarnya cita tertinggi ibunya!

'Nak, kamu dah besar. Kalau kamu nak bina hubungan, kamu berhubunganlah kerana Allah. Jangan ikut apa yang orang lain buat. Bukan apa, ibu tak hendak anak ibu jadi doktor yang merawat fizikal namun sakit ruhnya, sakit rumah tangganya.'
Pesanan seorang ibu didendangkan kepadanya.

Menunduk lemah.

"Perasaan aku menipu aku selama ini.
Aku sangka aku kesepian kerana markah aku merudum, jadi aku tumpukan lebih masa belajar.
Aku fikir bacaan quranku merosot, aku tinggalkan kerja lain kerana mahu melancarkan bacaan.
Aku risau kerana kerja luar aku bertimbun, maka aku tutup perhubunganku dengan manusia.
Tapi semua itu makin menambah sunyi di hati!"

"Sabar, sabar. Jadi kau dah jumpa belum sebab kau kesepian ni? Sebab kau bermenung yang sebenarnya"

Kepalanya menggeleng.

"Dulu aku pernah terfikir semua ini kerana aku tiada teman hidup seperti yang lain, namun rupanya kesunyian ini tidak lain hanya kerana aku tidak menghiraukan sepi ibu ayahku!!
Aku kesunyian kerana aku tidak pernah berusaha menghilangkan kesepian ibu dan ayahku di rumah sana.
Malah aku tak pernah ambil tahu sunyikah mereka di rumah..."

Bangun.

"Kau nak ke mana tu?"
"Aku nak pergi call mak aku. Aku nak cerita pasal salji turun."

Malam sepi. Sejuknya makin mencengkam.

Alhamdulillah.

***
Ceritakan pada bulan, bahawa semalam kamu dihujani debu-debu salji.
Bulan akan tersenyum, dan akan sentiasa mendengar ceritamu, sekalipun bulan tidak pernah tahu bagaimana salji itu, namun itu pengikat engkau dan bulan.

Bulan akan sentiasa menceritakan engkau tentang hari-harinya, sekalipun kau tidak tahu bagaimana, cerita itulah bukti kau sentiasa melihat bulan di ufuk sana.

Manusia. Carilah Pencipta. Ceritakan kisahmu. Sungguhpun Dia tahu.

*disklemer : tak kena mengena dengan hidup saya apatah lagi kehidupan ahli keluarga saya.

Nilai dan pengajaran :
#tak ada alasan segan malu malas dengan keluarga sendiri
#Allah suka dengar kita mengadu kekalahan kita. Tapi Allah lebih suka mukmin kuat yang ceritakan strateginya untuk menang kepada Allah. :)
#carilah si bulan yang tepat untuk diadukan masalahmu. Kerana siapa saja bisa mendengar, dan siapa saja boleh menjadi si bulan.
Ibu ayah dan keluarga. Sahabat. Semuanya halal.
Tarik nafas, dan adukan pada Pencipta si bulan.

Aku mohon dijauhkan dan dilindungi daripada mengikat kasih dengan bulan yang membakar jasad dan ruh dalam hidup dan matiku.
Moga pergantungan pada Allah makin kuat.

***maaf ini cerita tanpa watak. Selamat pening.

tak mudah nak aplikasikan benda ni -.-'' 


Comments

  1. #Allah suka dengar kita mengadu kekalahan kita. Tapi Allah lebih suka mukmin kuat yang ceritakan strateginya untuk menang kepada Allah. :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Aidilfitri

- bismillah -Alhamdulillah. Hujan mengiringi permulaan syawal, yg dituntut kita mulakan dengan membesarkan Allah dan mensyukuri nikmatnya, dengan takbir dan tahmid di malam raya.CUTI NAIK TAHUN AKHIRBerpeluang 'berehat' daripada suasana universiti, tidak bermakna perjalanan menuntut ilmu medik perlu berehat juga. Alhamdulillah, sempat menimba pengalaman 3 minggu menjalani praktikal secara elektif di jabatan kecemasan hospital negeri, atas inisiatif sendiri. Tempoh yg singkat itu pasti tidak menjamin 100% penguasaan skil dan asas medikal, namun cukup bermanfaat untuk memperjelas persepsi dan tanggapan terhadap suasana bekerja di bahagian kecemasan, mempersedia mental dan fizikal berdepan situasi mengerikan, malah membina keyakinan untuk 'tidak malu' menuntut ilmu dari semua golongan, doktor, staf dan pesakit.ELEKTIF DI A&E DEPARTMENT3/4 ramadan dilalui dengan refleksi cerita2 kehidupan. Bukan saja berpeluang menyaksikan detik2 kecemasan seperti sesak nafas, sakit da…

Anak yang berbakti

- bismillah -Alhamdulillah. Hari ke-3 tagging dengan doktor SM di internal medicine. Pulmunologist. Hari ni saya semak senarai pesakit doktor, ada nama familiar, rupa2nya ayah doktor.Patutlah, sejak semalam doktor kalut2 lepas habis ward round still talking over the phone pasal sorang pesakit lain, padahal ada 3 orang patients saja under doktor di wad.Ayah doktor dah tua, sakit macam2. History, anak dia yang tulis, ma shaa Allah lengkap berjela panjangnya. PE, lagi2 rectal exam, anak dia yang buat, dan tak bagi kami masuk. Anak dia aturkan susu nak makan pukul berapa, siap tulis satu2 bagi dekat nurse pukul berapa feeding. Ubat dosage, milk feeding, test, semua doktor decide. Doktor specialist bahagian paru2, ayah dia sakit mostly bahagian general medicine, tapi doktor yang in charge. Sekejap2 dengar doktor call blood bank, call consultant hemato utk anemia ayah dia, call another doctor cakap pasal finding rectal exam, call sana sini utk minta pendapat doktor2 pakar lain...He showed s…

Sabar yang indah

- bismillah -Alhamdulillah. Hari ni hari ke-3 tagging dengan dr hemato-oncology. Ada pesakit macam2, kebanyakannya utk chemo. Sedih, kesian, bersyukur semua ada. Hari ni dr specialist takda, jadi round dengan dr resident. Dia tak cakap banyak, tapi bila ada masa seperti masa mennggu doktor lain join, dia akan tanya2 soalan (ini yg kita mahu haha). Dan bila students tanya soalan, dia akan jawab panjanggg bukan sepatah hehe.Mendoakan dia jadi specialist juga nanti in shaa Allah.Ada sorang patient saya, dia kerja setiausaha, suatu hari lenguh2 sakit pinggang, lama2 melarat hingga ke kedua-dua belah kaki. Sakit apabila berjalan. Sampai satu tahap, dia tak boleh gerakkkan kakinya langsung. Tiba2 dia lumpuh! Spinal cord compression. Due to complication of multiple myeloma.Sebenarnya dia ada kanser darah. Tapi tak pernah diketahui. Tahu2 kanser tu dah merebak ke tulang pinggang dan tulang belakang, dan merata lagi (axial skeleton). Banyak investigations dan buat dan dia jalani chemo.Sewaktu …