Thursday, January 17, 2013

Cabaran

-bismillah-

Semalam saya cabar diri lagi.

Mula2 cabar diri untuk tahan bas. Dalam keadaan ironi teksi2 penuh depan arabella mall, berdiri depan pintu utama tu sambil meninjau penuh optimis. Ahaks.

Tengok jam, dah lewat ni..ada lagi ke bas nak ke sheikh khalil?
Tahan satu bas yang lalu tapi pemandu bas tu tak nampak. Semua penumpang tengok ja...dan berlalu. Oh. Oh.
Oh malu. Pak cik2 teksi tunggu je dalam teksi. 'Kalau aku naik teksi maksudnya i lose and they win lah' monolog sorang2.
Kalau tak nak kalah juga, kena jalan kaki balik rumah.
Eh, tu ego namanya!

Bas kedua, saya jalan kaki turun ke atas jalan. Angkat tangan lambaikan kepada pemandu bas. Sila nampak saya bersungguh2 ni nak naik. Dan bas tu bagi signal kanan untuk berhenti. Mission accomplished! Alhamdulillah.

Pintu bas dibuka. Nampak ada alat muzik apa ntah banyak2. Eh, bas apa ni??

"Assalamualaikum. 3a sheikh khalil? (Nak ke stesen bas sheikh khalil ke?"
"Waalaikumussalam. Yallah itla3..(naiklah ke dalam)"

Dalam bas takda seat kosong. Alamak. Mission tak berjaya sangatlah nampaknya ni.
Then ada makcik panggil duduk kongsi seat dengan dia. Dia siap duduk sikit anjak ke depan untuk beri ruang saya duduk. Alhamdulillah. Baikkan? Cool

Saya duduk dengan bahagianya lepas makcik tu turun. Sambil senyum sorang2 muka bahagia. Hurm not bad naik bas pon. Naik teksi bukanlah satu2nya pengangkutan yang ada di sini. Kena ubah mindset tu.
Tapi tiba2 bas belok masuk ke stesen minyak. Uuu.

Sambil tunggu minyak diisi, reflect balik.

The fear of rejection tu lebih banyak daripada eagerness of trying.
Takut ditolak (bas tak berhenti) lebih banyak menguasai dalam diri, daripada ketakutan nak angkat tangan dan lambai.

Tak boleh, kena lawan!

Dan naik bas atau naik teksi ada pro and cons nya. Kelebihan dan kekurangan.
Naik teksi pilihan terbaik kalau nak cepat. Naik bas pilihan tepat kalau waktu biasa2.
Pengalaman dapat, duit pun jimat.
Nak pengalaman sembang? Dua2 boleh.

Pakcik bas hidupkan enjin. Bas akan kembali bergerak. Sampai destinasi, saya pun turun.
"Kam? (Berapa?)"
"3isrun qursh..(20sen)"
"Fadzol...shukran (nah silakan...terima kasih)."

Sambil jalan balik ke rumah tfikir. Ada mak cik tadi cakap "Allah yu3tikal 3afiah." sebelum turun. Ohh boleh jugak rupanya ucap macam tu...

Balik masak. Turn saya hari ni.
Disebabkan lambat sampai rumah, lepas maghrib pun masih masak lagi. Hehh.

"Mak, anak nangis dah ni..lapar." Sorang anak melaporkan.
Selang 3 minit, lagi sorang masuk ke dapur, "huu huu...(menangis) anak kedua pulak nii nangis...laporr.."

Alamakk kesiannya anak2 aku.......
Hehe. "Anak2 makan buah dulu eh... Sunnah tu.."

:)

Berjaya tak pakai perencah dan tak tengok resepi. ^^ cabaran nombor 2.
(Resultnya tak boleh lah nak compare dengan orang yang masak ikut resepi...beginner nih.)

Cabaran no 3..
Nak share satu benda yang saya beli di arabella mall.
Tetiba ada urge nak share. Sebab buku yang saya beli tu exciting sangat! Thrilling sebab dah lama saya niat nak tulis dan kumpul doa2 dlm Quran, rupanya dalam buku tu dah ada!!

"Assalamualaikum.
Bukan nak JUAL tapi nak cadang (suruh) BELI."
dan saya sertakan gambar dan ciri2 istimewa buku doa tu....patut jadi harta akhirat setiap orang!

Sebelum post tu, macam...
Eh apa kena dengan farhana nih?
Tak macam mencapub ke -.-
Sebab tempat saya promote tu ialah group di fb untuk orang yang nak jual2 barang. Ruang iklan irbiddd.
Hehh.
Sebab saban hari encik admin dapat pahala daripada facebook. Jeles kan?

'Nanti post tu tenggelam juga farhana..penat ja'
'Mana ada orang minat nak ambil tahu pasal kitab...'

Lepas berlawan dengan suara2 jahat, saya post jugak.

Kalau tak boleh semua seribu orang baca post tu, at least ada sorang, oklah tu Allah pilih dia. Dan lebih best kalau dia tergerak hati nak pergi cari buku doa, buat bekalan hidup dia.., bila dia baca doa dia dapat pahala... Dan begitulah kitarannya..

Bila paksa diri masuk dalam situasi baru, fight or flight. Nak lawan atau cari jalan hindari. Lepas kita berjaya lepasi, adrenaline tadi pun contribute bagi kita senyum sorang2. Hehh.

Teringat pergi dan balik suweileh. SubhanAllah. Pengalaman yang kecik tapi besar untuk saya.

Alhamdulillah. Allah peneman. Hehe.

Doakan moga Allah berkati. Moga hidup makin taat pada Allah, biar se-unik manapun kita hadapi.
Biar bagi orang itu aadi (kebiasaan), tapi kita ialah orang yang mengambil kebiasaan sebagai peluang pencapaian.

Self-sufficient? Mandiri bahasa melayunya kan.
HasbunAllah. Allah yang mencukupkan kita.

Dan cabaran paling besar ??
Bukan lah fear of rejection lagi dah dalam cabaran ni,
Buku doa tu akan hentam saya kalau saya sekadar post tapi tak amal.
Allahuakbar.

Hurm. Jangan letakkan diri dalam zon selesa, nanti leka.

Amanahkan pada diri, supaya hidup ni sentiasa ada fokus dan nilai yang hnedak dicapai.

Surah mukminun, orang yang menepati janji dan amanah ialah orang yang berjaya. Berjaya dapat pahala, dan berjaya sebab ada fokus dan matlamat untuk dipenuhi.

Marilah beramal. <- br="br" cabaran="cabaran" dirii="dirii" mengajak.="mengajak." untuk="untuk" yang="yang"> Allah pesan, buat ikut kemampuan.

Moga Allah bantu kita selalu.

No comments:

Post a Comment

Overnight changes

- bismillah - When i left malaysia for my study in jordan 6 years ago, i have nothing in my mind to worry for, except that it maybe the las...