Skip to main content

Seniority dan not-so-senior me

- Bismillah -

Alhamdulillah. :)

Rupanya, bergaul dengan senior akan berikan rasa berbeza.
Lagi lain macam rasa bila senior-senior.
Saya sorang junior serabut ja rasa. Hehe

Situasi 1
"Urm kita sama umur ke?" Saya tanya tersekat-sekat. Tiba2. Pelik juga bila bercakap panggil nama tanpa guna nama panggilan.

Reaksi orang yang ditanya tu buat saya makin tersekat2. Lucu. Akward kah soalan innocent itu? Err...

Akhirnya lepas 10 saat (lama tu) ada jawapan. "Ana 22."

Saya angguk3 sambil 'err apa lah aku cakap macam sama umur ja...siap panggil nama gitu ja'. Mata masih memandang jalan yang penuh kereta. Lumrah waktu senja, semua orang pulang ke rumah. Eh.
"Kalau macam tu saya panggil senior lah ya?"

"Eh takpa ja."

Ok. Angguk. Selesai. Ah sumpah malu.

Situasi 2
"Nanti grad bulan satu ke bulan enam (summer)?" Kak A
"Dah ada kerja ke nanti grad?" Kak B
"Akak grad tahun 2014." Kak C

Oh saya 2017, akak kerja tiga tahun di malaysia saya baru balik. Dalam hati.

Ah kenapa ada gap nih? Susahnya nak masuk sembang2 dgn senior...

Situasi 3
"Dah call mak mertua?"
Saya yang dengar dua orang senior kesayangan sembang ni terus angkat muka dari khusyuk tengok phone.

"Eh eh farhana. Buat tak dengar ja.."
Ok no worries saya tak leh masuk pun nak bagi idea ke apa hehe. Terlalu asing! Macam tak boleh masuk dalam kosa kata hidup...zzz.

Hehe.

Pelik, tapi ada gap antara senior. They just think too big kot for me. Hehe.

Ada lagi satu,
Situasi 4
"Ana ada kat sini, dengan sorang budak ni, akhowat."

Dengar ni rasa macam -..- kembang hidung dalam udara sejuk suweilih. Baiklah. Budak.

Ok last.
Situasi 5
Azan maghrib.
Saya menunggu seseorang untuk datang jemput. Tak tahu cari bangunan rumah.

"Jom gi masjid dulu. Solat."
"Jom. Ada tempat perempuan ke?"
"Ntah."
Cari cari takda.
"Tunggu sini boleh?"
Haaaa. Pergilah solat. I am independent....
Zzz.
"Saya masuk kedai buah depan tu. Ok je."
Menapak dalam kedai sayur tu, alamak, nak berdiri di mana niiiii sambil tengok pagar masjid dengan pasrah.
Eh ada orang tengah tengok ambil tahu. Cover, tak sedih pun, i am independent!

Saya nampak ada sorang mak cik arab juga cari musolla.
Dia tanya2 orang lain, semua jawab tutup.
Mak cik tu pandang saya, senyum, angkat tangan,
"La haula wa la quwwata illa Billah"
(Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan izin Allah)

Oh. Pasrah. Imam tengah solat dan saya di luar masjid tak boleh join.

Untunglahhhh. Dalam hati.
Eh, inilah terbatasnya konsep ithar. (mengutamakan orang lain.)
Tadi dia biar saya jalan depan dia ikut belakang. Tolong beli tiket. Hehe.
Dan sekarang Allah nak ajar, ithar tu kecuali pada hal ibadah.
Kena utamakan diri dalam nak buat ibadah. Saya pun bawa diri keluar dari perkarangan masjid.

Nampak kedai sayur. Masuk. Masuk lebih dalam. Cantik nya !!

Kedai sayur paling cantik pernah saya tahu!

Siap ambil gambar. Video bagai.

Nampak strawberi, capai plastik bag. Nak isi berapa biji buah strawberi ni? Kenyukkan beg plastik supaya senang buka, tapi... tiba2 phone bunyi.

Ahhhhh! Spoil.

Tak jadi ambil buah. Angkat phone. Oh kak A rupanya.
Sambil cakap, nampak orang keluar masjid. Eh, beliau dah keluar. Tengah tunggu sambil pandang arah kedai sayur. Wah terernya cari. Ingatkan boleh tenggelam dalam heaven sayur tu. hehe.

Oklah tamat. Jumpa kak A, jumpalah rumah saudara yang dicari. :)

Cantik plan Allah susun hari ni.
Pasrah kena bawa diri sorang, rupanya sekeliling saya penuh sayur cantik333. Hehehe. Terus happy. :D

"Farhana memang suka turn apa saja yang jadi dalam hidup dia sebagai posiitif." - Fatin classmates
Oh, baru sedar perangai ni.

Alhamdulillah.

nama pun perempuan, tinggal di kedai sayur pun nak membeli2 -.-
OK ni kedai tu. :D


Comments

Popular posts from this blog

Aidilfitri

- bismillah -Alhamdulillah. Hujan mengiringi permulaan syawal, yg dituntut kita mulakan dengan membesarkan Allah dan mensyukuri nikmatnya, dengan takbir dan tahmid di malam raya.CUTI NAIK TAHUN AKHIRBerpeluang 'berehat' daripada suasana universiti, tidak bermakna perjalanan menuntut ilmu medik perlu berehat juga. Alhamdulillah, sempat menimba pengalaman 3 minggu menjalani praktikal secara elektif di jabatan kecemasan hospital negeri, atas inisiatif sendiri. Tempoh yg singkat itu pasti tidak menjamin 100% penguasaan skil dan asas medikal, namun cukup bermanfaat untuk memperjelas persepsi dan tanggapan terhadap suasana bekerja di bahagian kecemasan, mempersedia mental dan fizikal berdepan situasi mengerikan, malah membina keyakinan untuk 'tidak malu' menuntut ilmu dari semua golongan, doktor, staf dan pesakit.ELEKTIF DI A&E DEPARTMENT3/4 ramadan dilalui dengan refleksi cerita2 kehidupan. Bukan saja berpeluang menyaksikan detik2 kecemasan seperti sesak nafas, sakit da…

Anak yang berbakti

- bismillah -Alhamdulillah. Hari ke-3 tagging dengan doktor SM di internal medicine. Pulmunologist. Hari ni saya semak senarai pesakit doktor, ada nama familiar, rupa2nya ayah doktor.Patutlah, sejak semalam doktor kalut2 lepas habis ward round still talking over the phone pasal sorang pesakit lain, padahal ada 3 orang patients saja under doktor di wad.Ayah doktor dah tua, sakit macam2. History, anak dia yang tulis, ma shaa Allah lengkap berjela panjangnya. PE, lagi2 rectal exam, anak dia yang buat, dan tak bagi kami masuk. Anak dia aturkan susu nak makan pukul berapa, siap tulis satu2 bagi dekat nurse pukul berapa feeding. Ubat dosage, milk feeding, test, semua doktor decide. Doktor specialist bahagian paru2, ayah dia sakit mostly bahagian general medicine, tapi doktor yang in charge. Sekejap2 dengar doktor call blood bank, call consultant hemato utk anemia ayah dia, call another doctor cakap pasal finding rectal exam, call sana sini utk minta pendapat doktor2 pakar lain...He showed s…

Sabar yang indah

- bismillah -Alhamdulillah. Hari ni hari ke-3 tagging dengan dr hemato-oncology. Ada pesakit macam2, kebanyakannya utk chemo. Sedih, kesian, bersyukur semua ada. Hari ni dr specialist takda, jadi round dengan dr resident. Dia tak cakap banyak, tapi bila ada masa seperti masa mennggu doktor lain join, dia akan tanya2 soalan (ini yg kita mahu haha). Dan bila students tanya soalan, dia akan jawab panjanggg bukan sepatah hehe.Mendoakan dia jadi specialist juga nanti in shaa Allah.Ada sorang patient saya, dia kerja setiausaha, suatu hari lenguh2 sakit pinggang, lama2 melarat hingga ke kedua-dua belah kaki. Sakit apabila berjalan. Sampai satu tahap, dia tak boleh gerakkkan kakinya langsung. Tiba2 dia lumpuh! Spinal cord compression. Due to complication of multiple myeloma.Sebenarnya dia ada kanser darah. Tapi tak pernah diketahui. Tahu2 kanser tu dah merebak ke tulang pinggang dan tulang belakang, dan merata lagi (axial skeleton). Banyak investigations dan buat dan dia jalani chemo.Sewaktu …