Skip to main content

Murakib rejection

Bismillah

Exam final menanti. Tipulah kalau tak risau. Tapi still nak tulis sikit.

Tadi balik kelas quran. Time orang balik masjid lepas isyaa'. Ingatkan balik dengan *muraqib biasa, rupanya akak yang balik dengan saya x balik rumah, ada kerja jadi beliau ke tempat lain. Nak call sendiri murakib macam dah lambat.

Check duit, ada. Fikir nak naik teksi.

Jalan laju2, tak sedar dah sampai depan masjid jamiah.

"Nak murakib tak?"
Automatik langkah terhenti. Oh. Ada soalan.
"Tak pa kot. Terima kasih.."
Tunduk dan teruskan langkah. Automatik.

Jalan lagi lintas jalan lalu geneva.
"Farhana!"
Eh sapa panggil? Pusing sebelah nampak kawan batch.
"Nak murakib balik rumah ke?"
"Eh tak pa. Ok je. Terima kasih.."
Automatik lagi jawab. Jawapan tak fikir.

Lalu depan bank islam. Masih lagi laju. Tapi tersekat2 sikit sebab ramai orang. Nampak kawan baru dlm batch kat depan. Dia macam nak senyum in acknowledgement. Baru nak senyum tiba2 orang sebelah dia tanya,
"Nak murakib ke?"
Kali ni mulut tak bunyi. Senyum sambil geleng. Tunduk, "Terima kasih," jalan.

Teruskan langkah.
Sambil marah dalam diri, 'Farhana, Allah dah bagi 3 kali kau tolakk.. Apa nii. Kerasnya hati..'

Sambil doa moga takda apa2 tak best jadi.

***
Alhamdulillah selamat sampai. Allah jaga. Tapi macam tak kena ja. Amanah Allah suruh jaga diri macam terlanggar sikit malam ni.

Degil ke situasi ni? Degil tanpa sedar.

Ntah, bila dah set dalam minda, determined, nak balik sendiri, itulah yang akan keluar bila ada soalan.

Macam tak best saja susahkan orang hijazi ke duwar qubah. Lagi tak best sebab tak buat persediaan awal.

Agaknya perangai dominan perfect melancholy memang mcm ni kot, tak nak susahkan itu ini, perlu ada perancangan,, hah sudahh. Mari belajar islah diri farhana.

Doakan hati ni lembut. Macam ada ego sikit. Mungkin sebab pernah ada event tak best yg jadi bila minta murakib. Haish. Event yang ajar saya erti toleransi. Tak semua orang boleh tepat masa tau?

Setiap benda yang jadi ada sudut pandangnya.
Kalau memandang dari sudut kematangan, alhamdulillah mereka2 sangat bertanggungjawab. First year dulu tak pernah ada yang offer nak murakibkan.

Kalau memandang dari sudut psikologi, perempuan memang mulut lain hati lain minda lain. Saya pun tak faham tapi perempuan suka fikir lebih2.
'Kalau jauh nanti dia nak balik rumah macam mana?'
Tal palah, naluri ini aku syukuri. Inilah buah fikiran dan naluri yang membezakan antara manusia dan jantina.

Harapnya, kalau jadi lagi, saya mampu fikir dengan waras. Hehh.
Dan jangan putus asa untuk teruskan niat murni korang tanya pasal murakib walaupun akhawat reject. Huhuh

*Apakah murakib?
Sahabat seakidah yang menjaga sahabatnya daripada bahaya yang mampu dielak apabila berjalan di malam hari di luar negara yang tak da family ini. Pokoknya, diorang menggalas amanah ibu ayah untuk jaga anak2 mereka...

Zzz. Sekian. Terima kasih ya Allah kurniakan aku sahabat2 yang menjaga :)) alhamdulillah.
Moga aku juga mampu menjadi sahabat terbaik buat kalian.


Comments

  1. Salam, SubhanaAllah, kuatnya ukhuwwah dkt sana. Ma'an Najah k.farhana :)

    ReplyDelete
  2. waalaikumussalam.
    alhamdulillah3x Allah izin :)
    bittaufiq juga, di utp, moga thabat menjadi yg terbaik di sisi Allah dik! :D

    ReplyDelete
  3. asalamuallaikum.. salam blogroll! :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Aidilfitri

- bismillah -Alhamdulillah. Hujan mengiringi permulaan syawal, yg dituntut kita mulakan dengan membesarkan Allah dan mensyukuri nikmatnya, dengan takbir dan tahmid di malam raya.CUTI NAIK TAHUN AKHIRBerpeluang 'berehat' daripada suasana universiti, tidak bermakna perjalanan menuntut ilmu medik perlu berehat juga. Alhamdulillah, sempat menimba pengalaman 3 minggu menjalani praktikal secara elektif di jabatan kecemasan hospital negeri, atas inisiatif sendiri. Tempoh yg singkat itu pasti tidak menjamin 100% penguasaan skil dan asas medikal, namun cukup bermanfaat untuk memperjelas persepsi dan tanggapan terhadap suasana bekerja di bahagian kecemasan, mempersedia mental dan fizikal berdepan situasi mengerikan, malah membina keyakinan untuk 'tidak malu' menuntut ilmu dari semua golongan, doktor, staf dan pesakit.ELEKTIF DI A&E DEPARTMENT3/4 ramadan dilalui dengan refleksi cerita2 kehidupan. Bukan saja berpeluang menyaksikan detik2 kecemasan seperti sesak nafas, sakit da…

Anak yang berbakti

- bismillah -Alhamdulillah. Hari ke-3 tagging dengan doktor SM di internal medicine. Pulmunologist. Hari ni saya semak senarai pesakit doktor, ada nama familiar, rupa2nya ayah doktor.Patutlah, sejak semalam doktor kalut2 lepas habis ward round still talking over the phone pasal sorang pesakit lain, padahal ada 3 orang patients saja under doktor di wad.Ayah doktor dah tua, sakit macam2. History, anak dia yang tulis, ma shaa Allah lengkap berjela panjangnya. PE, lagi2 rectal exam, anak dia yang buat, dan tak bagi kami masuk. Anak dia aturkan susu nak makan pukul berapa, siap tulis satu2 bagi dekat nurse pukul berapa feeding. Ubat dosage, milk feeding, test, semua doktor decide. Doktor specialist bahagian paru2, ayah dia sakit mostly bahagian general medicine, tapi doktor yang in charge. Sekejap2 dengar doktor call blood bank, call consultant hemato utk anemia ayah dia, call another doctor cakap pasal finding rectal exam, call sana sini utk minta pendapat doktor2 pakar lain...He showed s…

Sabar yang indah

- bismillah -Alhamdulillah. Hari ni hari ke-3 tagging dengan dr hemato-oncology. Ada pesakit macam2, kebanyakannya utk chemo. Sedih, kesian, bersyukur semua ada. Hari ni dr specialist takda, jadi round dengan dr resident. Dia tak cakap banyak, tapi bila ada masa seperti masa mennggu doktor lain join, dia akan tanya2 soalan (ini yg kita mahu haha). Dan bila students tanya soalan, dia akan jawab panjanggg bukan sepatah hehe.Mendoakan dia jadi specialist juga nanti in shaa Allah.Ada sorang patient saya, dia kerja setiausaha, suatu hari lenguh2 sakit pinggang, lama2 melarat hingga ke kedua-dua belah kaki. Sakit apabila berjalan. Sampai satu tahap, dia tak boleh gerakkkan kakinya langsung. Tiba2 dia lumpuh! Spinal cord compression. Due to complication of multiple myeloma.Sebenarnya dia ada kanser darah. Tapi tak pernah diketahui. Tahu2 kanser tu dah merebak ke tulang pinggang dan tulang belakang, dan merata lagi (axial skeleton). Banyak investigations dan buat dan dia jalani chemo.Sewaktu …