Skip to main content

Bagaimana pertimbangan dia?

-bismillah-

Alhamdulillah masih diberi kesempatan merasai hawa pagi yang membeku di irbid. Mana2 hati yang tidak dihangatkan dengan kasih Ilahi pasti mengeras dan membeku sebagaimana tanah2 di luar.

Mencuri masa tengah hari untuk sesuatu yang telah dijanjikan.
"Ya, lepas exam saya tulis."

***
Assalamualaikum ukhti. Fi amanillah insyaAllah.

Tertarik + terpanggil untuk berkongsi 'fikrah' tentang post enti yang hari tu. hehe. Erk. (Carilah tajuk entry 'Menggapai yang terbaik.' hehh malas letak link. )

Saya tertanya, bilakah perempuan selayaknya 'dibenarkan' menghadapi 'situasi' ini? Bila dah tamat belajar ? Bergelar doktor atau pekerja ?

Syukran in advance.
***

ZzzzZzz. First impression saya.

Haha. Sapa lah saya nak sebut tentang perkara yang tak pernah saya alami sebelum ini.

Mencari positif, oh sudah sampai masa untuk diri ini mencari dan mengambil tahu tentang isu ini yang selalu saya letak tepi.

Ya lah sangat farhana...

Ok, mak dgn kakak yang tengah baca, jangan sengih dan betulkan adik kalau adik menyimpang sikit. /:

Saya kumpul suara dari sahabat2 sekeliling saya, pasal soalan
--->
bilakah perempuan selayaknya 'dibenarkan' menghadapi 'situasi' ini?

Jawapan saya dapat macam2. Hehe.

"Bila saya dapat 30/30 untuk exam baru saya nak fikir."
Walaupun nada bergurau, saya tahu ada kesungguhan di situ. Hehe.

"Tunggulah bila grad nanti."
Berpandangan jauh, dan tidak mahu kesusahan di kemudian hari.

"Bila sampai masa, saya fikir.."
Orang yang yakin, masanya akan tiba tanpa perlu terburu-buru.

"Definisi bersedia, bila dia rajin dan boleh buat kerja rumah, mampu urus diri dengan baik, kemudian barulah dia boleh fikir pasal nak kahwin ni.."

"Bila dah cukup semua, akademik ok, duit ok, even masa belajar, tak salah pun nak fikir pasal kahwin ni. Tapi dengan syarat cukup lah akademik dan duit tu.."

"4 perkara, agama, keturunan, harta dan rupa. Checklist untuk diri sendiri. Tak rasa mampu lagi, jangan mula fikir lagi."

Haha.
Banyak lah jugak. Ada yg saya tambah sesedap rasa. Pandangan orang kan, banyak...

Itu secara luarannya.

Mari bedah situasi ini.
Sebab apa ramai antara saya dan kawan2 perempuan tak nak fikir lagi pasal ni?

Sebab,
1) Time-consuming.

Banyak lagi lecture notes.
Diskusi pintar.
Murajaah.
Masak. Kemas rumah. Eceh.

Tak adalah. Bukan tu maksud saya.

Bagi fikiran saya, dan sesiapa yang setuju dengan saya, kenapa nak gunakan masa yang terhad dalam hidup kita untuk sesuatu yang pasti?
Kenapa tak fikir siapa peneman kita dlam kubur, tapi kenapa nak fikir siapa peneman kita kat dunia ni?

Bukan tak perlu fikir langsung. Tapi bila kita bina dan jaga hubungan kita dengan Quran, peneman dalam kubur, peneman di dunia ni akan datang pada masanya. :)

Jadi, mari fikir, berapa banyak lagi helaian Quran tak didekatkan dengan hati, berbanding fikir apa ayat nak atur waktu taaruf nanti. Haha. Mengarut punya analogi.

Hurm got the point? Kita jaga hubungan dengan akhirat, Allah akan perelokkan dunia untuk kita.
:) Allah kan sangat memahami

Kemudian timbul pula isu, kalau dah timbul suka macam mana?

Erkk. Sapa lah saya nak jawab soalan gini.
=_= malu je nak menulis lagi.

Tapi, (back to serious mode)
Fikir balik. Kalau suka tu datang dari Allah, proceed lah dengan cara yang paling Allah redhai.

Tapi kalau diri sendiri tahu suka tu datang dari sebab dunia, sebab yang tak kekal, pandai2lah matikan rasa tu.

Allah nak tengok sejauh mana hamba Dia kembali pada-Nya, dengan setitis perasaan pada manusia lain jantina itu.

Janganlah disebabkan 'ini fitrah aku, aku perlu lakukan sesuatu,' hingga lupa, tanpa izin Allah tiada apa2 pun akan berlaku.

Minta izin dengan Allah.
Jaga diri daripada menjadi orang yang bercanggah dengan fitrah.
Hormati orang lain dan situasi mereka.
Tak perlu risau, Allah akan aturkan yang terbaik.

Jangan pula hidup berkurung memasak di dapur, tidak sensitif akan perubahan di luar, tapi mengharapkan rijal datang melamar.

Ada benda yang kita tak perlu dalam hidup, maka Allah akan berikan perkara lain.

Harapnya ini kali terakhir saya tulis pasal ni, sebelum saya tulis pasal entry kahwin sendiri.

Hehh.

Cadangnya, nanti nak tulis pasal adab dalam berusrah lah. Kita ambil hak masa setiap orang yang hadir, bagaimana nak jadi kawan yang tak berdosa sebab ambil masa orang? Taknak lah performance tak best, soalan tak boleh dijawab, lambat, merajuk. Semua bad qualities tu kita tolak tepi. Usrah cemerlang dunia dan akhirat, macam mana nak develop sayang pada orang yang sama jantina ni?

Haa tu lebih utama. Mana tahu, nak berusrah pun boleh dosa kalau niat dan cara tak betul.

Marilah berlindung dengan Allah drpada segala keburukan.

Comments

  1. salam..ermm...menarikk..hhee.. jemput ke blog saya juga ye ukhti.. baru nak belajar menulis.. =)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Aidilfitri

- bismillah -Alhamdulillah. Hujan mengiringi permulaan syawal, yg dituntut kita mulakan dengan membesarkan Allah dan mensyukuri nikmatnya, dengan takbir dan tahmid di malam raya.CUTI NAIK TAHUN AKHIRBerpeluang 'berehat' daripada suasana universiti, tidak bermakna perjalanan menuntut ilmu medik perlu berehat juga. Alhamdulillah, sempat menimba pengalaman 3 minggu menjalani praktikal secara elektif di jabatan kecemasan hospital negeri, atas inisiatif sendiri. Tempoh yg singkat itu pasti tidak menjamin 100% penguasaan skil dan asas medikal, namun cukup bermanfaat untuk memperjelas persepsi dan tanggapan terhadap suasana bekerja di bahagian kecemasan, mempersedia mental dan fizikal berdepan situasi mengerikan, malah membina keyakinan untuk 'tidak malu' menuntut ilmu dari semua golongan, doktor, staf dan pesakit.ELEKTIF DI A&E DEPARTMENT3/4 ramadan dilalui dengan refleksi cerita2 kehidupan. Bukan saja berpeluang menyaksikan detik2 kecemasan seperti sesak nafas, sakit da…

Anak yang berbakti

- bismillah -Alhamdulillah. Hari ke-3 tagging dengan doktor SM di internal medicine. Pulmunologist. Hari ni saya semak senarai pesakit doktor, ada nama familiar, rupa2nya ayah doktor.Patutlah, sejak semalam doktor kalut2 lepas habis ward round still talking over the phone pasal sorang pesakit lain, padahal ada 3 orang patients saja under doktor di wad.Ayah doktor dah tua, sakit macam2. History, anak dia yang tulis, ma shaa Allah lengkap berjela panjangnya. PE, lagi2 rectal exam, anak dia yang buat, dan tak bagi kami masuk. Anak dia aturkan susu nak makan pukul berapa, siap tulis satu2 bagi dekat nurse pukul berapa feeding. Ubat dosage, milk feeding, test, semua doktor decide. Doktor specialist bahagian paru2, ayah dia sakit mostly bahagian general medicine, tapi doktor yang in charge. Sekejap2 dengar doktor call blood bank, call consultant hemato utk anemia ayah dia, call another doctor cakap pasal finding rectal exam, call sana sini utk minta pendapat doktor2 pakar lain...He showed s…

Sabar yang indah

- bismillah -Alhamdulillah. Hari ni hari ke-3 tagging dengan dr hemato-oncology. Ada pesakit macam2, kebanyakannya utk chemo. Sedih, kesian, bersyukur semua ada. Hari ni dr specialist takda, jadi round dengan dr resident. Dia tak cakap banyak, tapi bila ada masa seperti masa mennggu doktor lain join, dia akan tanya2 soalan (ini yg kita mahu haha). Dan bila students tanya soalan, dia akan jawab panjanggg bukan sepatah hehe.Mendoakan dia jadi specialist juga nanti in shaa Allah.Ada sorang patient saya, dia kerja setiausaha, suatu hari lenguh2 sakit pinggang, lama2 melarat hingga ke kedua-dua belah kaki. Sakit apabila berjalan. Sampai satu tahap, dia tak boleh gerakkkan kakinya langsung. Tiba2 dia lumpuh! Spinal cord compression. Due to complication of multiple myeloma.Sebenarnya dia ada kanser darah. Tapi tak pernah diketahui. Tahu2 kanser tu dah merebak ke tulang pinggang dan tulang belakang, dan merata lagi (axial skeleton). Banyak investigations dan buat dan dia jalani chemo.Sewaktu …