Saturday, December 29, 2012

Murakib rejection

Bismillah

Exam final menanti. Tipulah kalau tak risau. Tapi still nak tulis sikit.

Tadi balik kelas quran. Time orang balik masjid lepas isyaa'. Ingatkan balik dengan *muraqib biasa, rupanya akak yang balik dengan saya x balik rumah, ada kerja jadi beliau ke tempat lain. Nak call sendiri murakib macam dah lambat.

Check duit, ada. Fikir nak naik teksi.

Jalan laju2, tak sedar dah sampai depan masjid jamiah.

"Nak murakib tak?"
Automatik langkah terhenti. Oh. Ada soalan.
"Tak pa kot. Terima kasih.."
Tunduk dan teruskan langkah. Automatik.

Jalan lagi lintas jalan lalu geneva.
"Farhana!"
Eh sapa panggil? Pusing sebelah nampak kawan batch.
"Nak murakib balik rumah ke?"
"Eh tak pa. Ok je. Terima kasih.."
Automatik lagi jawab. Jawapan tak fikir.

Lalu depan bank islam. Masih lagi laju. Tapi tersekat2 sikit sebab ramai orang. Nampak kawan baru dlm batch kat depan. Dia macam nak senyum in acknowledgement. Baru nak senyum tiba2 orang sebelah dia tanya,
"Nak murakib ke?"
Kali ni mulut tak bunyi. Senyum sambil geleng. Tunduk, "Terima kasih," jalan.

Teruskan langkah.
Sambil marah dalam diri, 'Farhana, Allah dah bagi 3 kali kau tolakk.. Apa nii. Kerasnya hati..'

Sambil doa moga takda apa2 tak best jadi.

***
Alhamdulillah selamat sampai. Allah jaga. Tapi macam tak kena ja. Amanah Allah suruh jaga diri macam terlanggar sikit malam ni.

Degil ke situasi ni? Degil tanpa sedar.

Ntah, bila dah set dalam minda, determined, nak balik sendiri, itulah yang akan keluar bila ada soalan.

Macam tak best saja susahkan orang hijazi ke duwar qubah. Lagi tak best sebab tak buat persediaan awal.

Agaknya perangai dominan perfect melancholy memang mcm ni kot, tak nak susahkan itu ini, perlu ada perancangan,, hah sudahh. Mari belajar islah diri farhana.

Doakan hati ni lembut. Macam ada ego sikit. Mungkin sebab pernah ada event tak best yg jadi bila minta murakib. Haish. Event yang ajar saya erti toleransi. Tak semua orang boleh tepat masa tau?

Setiap benda yang jadi ada sudut pandangnya.
Kalau memandang dari sudut kematangan, alhamdulillah mereka2 sangat bertanggungjawab. First year dulu tak pernah ada yang offer nak murakibkan.

Kalau memandang dari sudut psikologi, perempuan memang mulut lain hati lain minda lain. Saya pun tak faham tapi perempuan suka fikir lebih2.
'Kalau jauh nanti dia nak balik rumah macam mana?'
Tal palah, naluri ini aku syukuri. Inilah buah fikiran dan naluri yang membezakan antara manusia dan jantina.

Harapnya, kalau jadi lagi, saya mampu fikir dengan waras. Hehh.
Dan jangan putus asa untuk teruskan niat murni korang tanya pasal murakib walaupun akhawat reject. Huhuh

*Apakah murakib?
Sahabat seakidah yang menjaga sahabatnya daripada bahaya yang mampu dielak apabila berjalan di malam hari di luar negara yang tak da family ini. Pokoknya, diorang menggalas amanah ibu ayah untuk jaga anak2 mereka...

Zzz. Sekian. Terima kasih ya Allah kurniakan aku sahabat2 yang menjaga :)) alhamdulillah.
Moga aku juga mampu menjadi sahabat terbaik buat kalian.


Seniority dan not-so-senior me

- Bismillah -

Alhamdulillah. :)

Rupanya, bergaul dengan senior akan berikan rasa berbeza.
Lagi lain macam rasa bila senior-senior.
Saya sorang junior serabut ja rasa. Hehe

Situasi 1
"Urm kita sama umur ke?" Saya tanya tersekat-sekat. Tiba2. Pelik juga bila bercakap panggil nama tanpa guna nama panggilan.

Reaksi orang yang ditanya tu buat saya makin tersekat2. Lucu. Akward kah soalan innocent itu? Err...

Akhirnya lepas 10 saat (lama tu) ada jawapan. "Ana 22."

Saya angguk3 sambil 'err apa lah aku cakap macam sama umur ja...siap panggil nama gitu ja'. Mata masih memandang jalan yang penuh kereta. Lumrah waktu senja, semua orang pulang ke rumah. Eh.
"Kalau macam tu saya panggil senior lah ya?"

"Eh takpa ja."

Ok. Angguk. Selesai. Ah sumpah malu.

Situasi 2
"Nanti grad bulan satu ke bulan enam (summer)?" Kak A
"Dah ada kerja ke nanti grad?" Kak B
"Akak grad tahun 2014." Kak C

Oh saya 2017, akak kerja tiga tahun di malaysia saya baru balik. Dalam hati.

Ah kenapa ada gap nih? Susahnya nak masuk sembang2 dgn senior...

Situasi 3
"Dah call mak mertua?"
Saya yang dengar dua orang senior kesayangan sembang ni terus angkat muka dari khusyuk tengok phone.

"Eh eh farhana. Buat tak dengar ja.."
Ok no worries saya tak leh masuk pun nak bagi idea ke apa hehe. Terlalu asing! Macam tak boleh masuk dalam kosa kata hidup...zzz.

Hehe.

Pelik, tapi ada gap antara senior. They just think too big kot for me. Hehe.

Ada lagi satu,
Situasi 4
"Ana ada kat sini, dengan sorang budak ni, akhowat."

Dengar ni rasa macam -..- kembang hidung dalam udara sejuk suweilih. Baiklah. Budak.

Ok last.
Situasi 5
Azan maghrib.
Saya menunggu seseorang untuk datang jemput. Tak tahu cari bangunan rumah.

"Jom gi masjid dulu. Solat."
"Jom. Ada tempat perempuan ke?"
"Ntah."
Cari cari takda.
"Tunggu sini boleh?"
Haaaa. Pergilah solat. I am independent....
Zzz.
"Saya masuk kedai buah depan tu. Ok je."
Menapak dalam kedai sayur tu, alamak, nak berdiri di mana niiiii sambil tengok pagar masjid dengan pasrah.
Eh ada orang tengah tengok ambil tahu. Cover, tak sedih pun, i am independent!

Saya nampak ada sorang mak cik arab juga cari musolla.
Dia tanya2 orang lain, semua jawab tutup.
Mak cik tu pandang saya, senyum, angkat tangan,
"La haula wa la quwwata illa Billah"
(Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan izin Allah)

Oh. Pasrah. Imam tengah solat dan saya di luar masjid tak boleh join.

Untunglahhhh. Dalam hati.
Eh, inilah terbatasnya konsep ithar. (mengutamakan orang lain.)
Tadi dia biar saya jalan depan dia ikut belakang. Tolong beli tiket. Hehe.
Dan sekarang Allah nak ajar, ithar tu kecuali pada hal ibadah.
Kena utamakan diri dalam nak buat ibadah. Saya pun bawa diri keluar dari perkarangan masjid.

Nampak kedai sayur. Masuk. Masuk lebih dalam. Cantik nya !!

Kedai sayur paling cantik pernah saya tahu!

Siap ambil gambar. Video bagai.

Nampak strawberi, capai plastik bag. Nak isi berapa biji buah strawberi ni? Kenyukkan beg plastik supaya senang buka, tapi... tiba2 phone bunyi.

Ahhhhh! Spoil.

Tak jadi ambil buah. Angkat phone. Oh kak A rupanya.
Sambil cakap, nampak orang keluar masjid. Eh, beliau dah keluar. Tengah tunggu sambil pandang arah kedai sayur. Wah terernya cari. Ingatkan boleh tenggelam dalam heaven sayur tu. hehe.

Oklah tamat. Jumpa kak A, jumpalah rumah saudara yang dicari. :)

Cantik plan Allah susun hari ni.
Pasrah kena bawa diri sorang, rupanya sekeliling saya penuh sayur cantik333. Hehehe. Terus happy. :D

"Farhana memang suka turn apa saja yang jadi dalam hidup dia sebagai posiitif." - Fatin classmates
Oh, baru sedar perangai ni.

Alhamdulillah.

nama pun perempuan, tinggal di kedai sayur pun nak membeli2 -.-
OK ni kedai tu. :D


Sunday, December 23, 2012

Bertambah tahun...

Bismillah.

Kagum dengan senior2 yang berjaya melepasi tahun-tahun peralihan remaja ni dengan jayanya.

Orang cakap lepas muaddal, CGPA, maka naiklah tahun.

Rupanya itu saja tak cukup. Kena lepas ujian emosi juga.
Emosi tetiba homesick nak balik rumah, emosi nak cari pasangan lah bagai. Emosi nak jadi itu nak jadi ini. Nak beli itu bak beli ini.
Persoalan nafsu, lebih tepat. Nak senang. Tak nak susah-susah.

Kena langkau tingkatan2 tu, barulah boleh naik tahun dengan jayanya.

Again, kagum dengan mereka yang mujahadah menjaga diri. Sebab itu mereka berdiri di situ hari ini.

Moga Allah izin segala yang terbaik.

Thursday, December 20, 2012

Tinggalan lepas mati...

- bismillah -

Hari tu kawan2 interview pasal 'depression'.

Dengan ringan mulutnya saya jawab, 'kemurungan ialah bila tiba2 tak ada mood, cepat marah, sedih tak ada sebab.'

Entahlah. Kemurungan bukan benda yang baik. Tapi saya mudah sedih. Uh oh. Dan saya rasa ni bukan kemurungan, sebab ingat mati ialah perkara yang membijakkan.

Dah banyak kali saya jumpa blog atau profile fb yang tuannya sudah bertemu ilahi. Serta merta air mata akan menitik.

Bukan meratapi orang yang saya tak pernah kenal, tapi sedih dan takut bila tahu kematian tu akan datang pada diri sendiri juga.

Sekali Allah buka aib kita, tak ada apa yang boleh menghalang. Allahuakbar. Dan orang yang Allah pilih fb wall dia suci dan bersih, selamanya fb wall dia begitu. Indahnyaaa. Sampai kiamat. Dan doa orang yang menziarahi, menambah ketenangan di wall yang tiada penghuni itu.

Menjadi sebutan baik pada umat kemudian. Doa nabi ibrahim.

Allah. Takut pada hati yang tergelincir. Hari kita begini, esok bagaimana kalau terberubah dan waktu berubah tu lah mati?

Allah, tetapkanlah hati yang berbolak balik ini. Doa yang banyak dibaca oleh nabi Muhammad s.a.w

Allah. Ampunkan hamba2-Mu ini.

Matikan kami dalam keadaan paling diredhai-Mu. Sebagai syuhada yang diberkati.

Allahuakbar. Moga diberi keizinan dan kemampuan.

Monday, December 17, 2012

Bagaimana pertimbangan dia?

-bismillah-

Alhamdulillah masih diberi kesempatan merasai hawa pagi yang membeku di irbid. Mana2 hati yang tidak dihangatkan dengan kasih Ilahi pasti mengeras dan membeku sebagaimana tanah2 di luar.

Mencuri masa tengah hari untuk sesuatu yang telah dijanjikan.
"Ya, lepas exam saya tulis."

***
Assalamualaikum ukhti. Fi amanillah insyaAllah.

Tertarik + terpanggil untuk berkongsi 'fikrah' tentang post enti yang hari tu. hehe. Erk. (Carilah tajuk entry 'Menggapai yang terbaik.' hehh malas letak link. )

Saya tertanya, bilakah perempuan selayaknya 'dibenarkan' menghadapi 'situasi' ini? Bila dah tamat belajar ? Bergelar doktor atau pekerja ?

Syukran in advance.
***

ZzzzZzz. First impression saya.

Haha. Sapa lah saya nak sebut tentang perkara yang tak pernah saya alami sebelum ini.

Mencari positif, oh sudah sampai masa untuk diri ini mencari dan mengambil tahu tentang isu ini yang selalu saya letak tepi.

Ya lah sangat farhana...

Ok, mak dgn kakak yang tengah baca, jangan sengih dan betulkan adik kalau adik menyimpang sikit. /:

Saya kumpul suara dari sahabat2 sekeliling saya, pasal soalan
--->
bilakah perempuan selayaknya 'dibenarkan' menghadapi 'situasi' ini?

Jawapan saya dapat macam2. Hehe.

"Bila saya dapat 30/30 untuk exam baru saya nak fikir."
Walaupun nada bergurau, saya tahu ada kesungguhan di situ. Hehe.

"Tunggulah bila grad nanti."
Berpandangan jauh, dan tidak mahu kesusahan di kemudian hari.

"Bila sampai masa, saya fikir.."
Orang yang yakin, masanya akan tiba tanpa perlu terburu-buru.

"Definisi bersedia, bila dia rajin dan boleh buat kerja rumah, mampu urus diri dengan baik, kemudian barulah dia boleh fikir pasal nak kahwin ni.."

"Bila dah cukup semua, akademik ok, duit ok, even masa belajar, tak salah pun nak fikir pasal kahwin ni. Tapi dengan syarat cukup lah akademik dan duit tu.."

"4 perkara, agama, keturunan, harta dan rupa. Checklist untuk diri sendiri. Tak rasa mampu lagi, jangan mula fikir lagi."

Haha.
Banyak lah jugak. Ada yg saya tambah sesedap rasa. Pandangan orang kan, banyak...

Itu secara luarannya.

Mari bedah situasi ini.
Sebab apa ramai antara saya dan kawan2 perempuan tak nak fikir lagi pasal ni?

Sebab,
1) Time-consuming.

Banyak lagi lecture notes.
Diskusi pintar.
Murajaah.
Masak. Kemas rumah. Eceh.

Tak adalah. Bukan tu maksud saya.

Bagi fikiran saya, dan sesiapa yang setuju dengan saya, kenapa nak gunakan masa yang terhad dalam hidup kita untuk sesuatu yang pasti?
Kenapa tak fikir siapa peneman kita dlam kubur, tapi kenapa nak fikir siapa peneman kita kat dunia ni?

Bukan tak perlu fikir langsung. Tapi bila kita bina dan jaga hubungan kita dengan Quran, peneman dalam kubur, peneman di dunia ni akan datang pada masanya. :)

Jadi, mari fikir, berapa banyak lagi helaian Quran tak didekatkan dengan hati, berbanding fikir apa ayat nak atur waktu taaruf nanti. Haha. Mengarut punya analogi.

Hurm got the point? Kita jaga hubungan dengan akhirat, Allah akan perelokkan dunia untuk kita.
:) Allah kan sangat memahami

Kemudian timbul pula isu, kalau dah timbul suka macam mana?

Erkk. Sapa lah saya nak jawab soalan gini.
=_= malu je nak menulis lagi.

Tapi, (back to serious mode)
Fikir balik. Kalau suka tu datang dari Allah, proceed lah dengan cara yang paling Allah redhai.

Tapi kalau diri sendiri tahu suka tu datang dari sebab dunia, sebab yang tak kekal, pandai2lah matikan rasa tu.

Allah nak tengok sejauh mana hamba Dia kembali pada-Nya, dengan setitis perasaan pada manusia lain jantina itu.

Janganlah disebabkan 'ini fitrah aku, aku perlu lakukan sesuatu,' hingga lupa, tanpa izin Allah tiada apa2 pun akan berlaku.

Minta izin dengan Allah.
Jaga diri daripada menjadi orang yang bercanggah dengan fitrah.
Hormati orang lain dan situasi mereka.
Tak perlu risau, Allah akan aturkan yang terbaik.

Jangan pula hidup berkurung memasak di dapur, tidak sensitif akan perubahan di luar, tapi mengharapkan rijal datang melamar.

Ada benda yang kita tak perlu dalam hidup, maka Allah akan berikan perkara lain.

Harapnya ini kali terakhir saya tulis pasal ni, sebelum saya tulis pasal entry kahwin sendiri.

Hehh.

Cadangnya, nanti nak tulis pasal adab dalam berusrah lah. Kita ambil hak masa setiap orang yang hadir, bagaimana nak jadi kawan yang tak berdosa sebab ambil masa orang? Taknak lah performance tak best, soalan tak boleh dijawab, lambat, merajuk. Semua bad qualities tu kita tolak tepi. Usrah cemerlang dunia dan akhirat, macam mana nak develop sayang pada orang yang sama jantina ni?

Haa tu lebih utama. Mana tahu, nak berusrah pun boleh dosa kalau niat dan cara tak betul.

Marilah berlindung dengan Allah drpada segala keburukan.

Friday, December 14, 2012

hope and life. II

-bismillah-

part 2.

saya menangis tadi lepas pulang semula ke tempat dari meja kak wan maslukma.
buat yang tahu apa urusan itu, tahu.

***
senyum pada ayuni di sebelah.
dia bertanya, "lepas x?"

"alhamdulillah" sambil senyum.

saya teruskan kerja saya. tak lama. saya terhenti. suara sudah tak mampu keluar dengan sempurna.

air mata yang tak dapat dihalang.

kalau sampai sesak hidung tu, tangisan saya bukan biasa-biasa.

ayuni di sebelah perasan. dia hentikan bacaan.

saya masih mengesat air mata yang tak nak berhenti.

"buat tak nampak saja."

"macam mana nak buat tak nampak kalau dengar (bunyi hidung sumbat).."

hehh.

***
segala puji dan syukur pada Allah yang mengizinkan aku naik ke satu lagi anak tangga dalam perjalanan ini.
doaku moga Allah berkati.

teringat semasa mula-mula ditemu duga untuk pekerjaan ini,
"kenapa?"

"kerana saya nak dekat."

"tapi boleh pilih cara lain untuk dekat."

"saya percaya kesusahan dan pendakian itu yang mendekatkan. saya takut hidup yang terlalu lancar akan buatkan saya menjauh."

dan kali ini saya dihentam dengan kata2 sendiri.

tersenyum sendiri. ya Allah, sebagaimana aku tekad pada masa mula2 tu, aku mahu tekad yang sentiasa lebih baik.
aku mohon tiada penyesalan dalam hidup.

the key is SABAR.

***
menangis bukan hanya ketika sedih.
langit hujan tak bermakna kerana bumi sedang panas.
musim sejuk pun ada hujan :)

the breakdown is for the ultimate bounce back!

Wednesday, December 12, 2012

12/12/12

-bismillah-

berbaki 5 minit sebelum pukul 12 tengah malam.

benar, tarikh hari ni 12/12/12.
 cantik. unik.
hingga dikatakan, tak jumpa dah lepas ni. nak jumpa pula, lebih kurang 1 abad lagi, iaitu 2101, ada 01/01/01.

maka ramai berpusu melakukan sesuatu yang signifikan kerana tidak akan jumpa lagi tarikh ini.

soalan saya, esok 13/12/12, akan jumpa lagi kah? 14/12/12 akan berulang lagi kah?

sama sajalah situasi nya. masa tak dapat diulang.
nak menghargai hari ni 12/12/12 nak buat baik / amal / charity banyak2 tak salah, tapi jangan lupa hari lain pun tak akan berulang lagi tarikhnya.

itu point blog ni tulis jugak 12/12/12. :P

keep calm, and it is just another day not to be wasted.

moga Allah izinkan segala yang terbaik. :))) jom hargai setiap hari, kerana tarikh yang sama hanya akan muncul 100 tahun lagi!

Saturday, December 8, 2012

Malu. Kulit. Public.

-bismillah-

Hayaa'. Malu. Kulit.
Akhlak islam; Malu.
bismillah, lagi.
saya bukanlah orang yang paling layak untuk cakap pasal ni.
biarlah saya tulis sekadar apa yang berlegar di sekitar situasi saya, sebab saya tak mampu nak generalisekan (jadikan umum).

malu ni, macam kulit kita.
macam fungsi kulit, dialah pelindung kita.
kita tak mudah luka, halang jangkitan.
kulit juga membolehkan kita ada bentuk tangan yang sempurna.
tak nampak tulang.
secara ringkasnya, kulit lah yang membaluti isi-isi kita
(medic students read : collagenous fibrous fibre of skeletal muscles.)

Persekitaran

tak kira musim, baik musim sejuk,
musim panas,
kulit akan cepat kering.

bila kulit kering,
akan mudah terhakis.
guna sabun sikit, dah ada luka-luka kecil.
kadang, tanpa sedar, ada tompokan darah.
lebih2 lagi bibir.

Penjagaan 

kulit perlukan nourishments. (penjagaan rapi dari segi nutrients)
letak lotion lepas ambil wuduk.
tutup dan hadang dari panas mentari dan angin yang sejuk,
semua tu dibuat supaya kelembapan kulit terjaga.
kulit sihat, bermula dari luar dan dalam.
kena banyak minum air dan makan buah,
kulit juga dapat khasiat. :)

macam tu jugalah malu.
malu perlu dijaga.
hari ni ada kulit sihat, belum tentu minggu depan macam mana.
hari ni malu, kalau tak ada penjagaan, boleh jadi dua saat lepas tu malu tu hilang diresap ke udara.

dalam apa2 situasi, malu yang ada pada kita akan cepat hilang.
ada saja perkara yang akan menghakis.
awal kenal, malu.
tapi kenapa bila dah biasa dengan sesuatu perkara, malu tu seakan tak pernah muncul pula.

sekali kulit kering,
dia akan berkedut.
kemerahan.
lama-lama akan mengelupas.
lama2 lagi akan sangat dalam kedutan.
menyedihkan mata memandang.

Perubahan Waktu

secara fitrahnya, tanpa kita sedar,
kulit kita makin tua.
makin berkedut dengan sendiri.
lama-lama akan hilang keanjalan (elasticity).

begitu jugalah malu.
dia akan hilang juga kalau kita tak jaga.
'eh dulu aku segan (malu) nak gelak kuat, kenapa sekarang boleh rasa relax nih?'
'eh kenapa sekaran tak rasa berat kalau nak lalu depan orang lain jantina macam dulu?'
siap dulu kalau ada orang lalu dekat boleh bising2 lagi dalam hati, 'eh tak sensitif langsung'
dan banyak lagi eh eh eh.

kulit kita sensitif.
malu itu sendiri sensitif.

sensitif,
tahu common sense.
tempat orang tak bising, kita jangan buat bising.
jalan di tempat awam, ada banyak mata memerhati, ada banyak fikiran orang pada kita, kenapa masih nak buat hal sendiri dan biarkan hati tak rasa sensitif?
mana tahu ada mata yang sedang memerhati itu menilai apa yang haram utk dinilai*?
tutuplah penilaian haram dengan malu
lalu cepat2 dan diam.
jangan bergelak. tak perlu untuk bersantai2.
*(melihat wanita lalu lalang sambil memberi skala cantik / skala solehah / skala apa2 saja yang terlintas di hati berpenyakit --.)

waktu yang makin bergerak,
malu makin menebal dengan sendirinya kah?
apabila waktu bertambah, bukankah malu akan makin menipis?
hanya utk malu yang tidak di-top up.
merasa cukup dengan malu yang ada, sehingga merasa tidak perlukan apa2 lagi tambahan untuk mendalami erti malu
akibatnya, diri hanya akan sedar apabila malu itu sudah hilang dengan sendiri

penjagaan kulit perlu lah makin diambil berat apabila semakin bertambah usia.
penjagaan malu, tak boleh diabaikan kerana semakin bertambah waktu, semakin bertambah cerita kehidupan.

cakap pasal usia,
selamat menjejak usia 20 dalam masa kurang sebulan lagi :)
moga Allah izin segala yang terbaik.

tulisan ini untuk diri sendiri.
saya sedar saya lupa nak top up malu.
saya sedar situasi sekeliling makin menghakis malu dari saya.
saya sedar saya pernah ada barrier malu. dan sekarang saya tak nampak barrier tu.
sedih.

masih belum terlambat untuk buat rawatan kulit.
masih terbuka peluang untuk merawat malu.

***
Bercakap di hadapan umum dan malu.


"Malu tak akan mendatangkan apa2 melainkan kebaikan." - Hadis.

kalau betul sayang Nabi, carilah situasi yang membenarkan apa yang Nabi cakap, biarpun manusia lain bangkang. believe that he wont tell lies.

pandangan saya,
bercakap di hadapan, beri hujah, beri ucapan, itu ialah tindakan professional.
orang yang tidak professional akan merasakan bercakap di depan itu umpama sedang terjun dari tempat tinggi.
gayat. cuak. takut.

bercakap di hadapan perlukan malu. 
kalau tak malu, entah apa isi percakapan kita.
bebas mengarut asalkan bercakap.
kalau tak malu, percakapan akan menyentuh isu lucah. isu yang tak patut dibincangkan.

malu, dan bercakap di hadapan, maknanya, kita sentiasa ingatkkan diri bahawa audience sedang menantikan isi ucapan. Allah sedang mendengar. malaikat sedang mencatat.
malu kan kalau salah cakap, kalau tak buat preparation, kalau audience tak layan,
malu sebab Allah ada, malaikat catat, audience record...
kalau tiada malu, pergi buat pengucapan awam, anda tak akan kisah dengan isi percakapan anda.

jadi, siapa kata orang bercakap di hadapan tu tidak perlukan malu?

bezakan?
 tuntutan ISLAM akan menjaga diri kita dunia akhirat.
masukkan tuntutan agama dalam tututan aktiviti seharian.
nak jadi orang aktif, masukkan elemen islam.

"saya aktif dan saya islam"
* boleh diterjemahkan, aktif dan pada masa sama tidak condemn dan tak tinggal nilai islam

CONTOH:
saya aktif sukan, saya tak pakai pakaian sukan yang buka aurat.
saya aktif berpersatuan, saya tak abaikan baca quran.
saya aktif bersosial, kenduri, saya tak masukkan lagha.

dan banyak lagi contoh.

***
harapan saya, saya mahu jadi yang menjaga dan terjaga.
inbox saya bebas untuk dibaca oleh sesiapa, kerana itu semua tiada apa-apa yang perlu saya takutkan.
Allah tahu apa saya buat. Allah tahu.

jadi, dulu saya pernah cakap pada sahabat2 saya yang lain jantina,
untuk pm,
"apa apa yang public, eloklah wall post saja."

macam orang yang tak malu pula, di wall post banyak post dari orang lain jantina,
tapi saya LEBIH MALU kalau inbox saya penuh dengan bilangan ajnabi.
dan bila wall post, malu tu sendiri akan wujud dari dua belah pihak.
'orang nampak, malu nak tanya apa2 yang tak ada kaitan.'

easy.

melainkan perkara yang tak perlu umum tahu, soal kerja biro, itu saya terima untuk inbox.
perkara yang perlu masyarakat umum tahu, saya lebih suka masyarakat umum tahu.
walaupun mereka housemates saya, at least bukan saya sorang, supaya ada wujud malu saya dengan mereka.

pelik kan saya? hehh.

juga pasal phone call.
orang pandang pelik kalau saya sebut nama pemanggil,
again, nampak macam eh farhana tak malunya sebut kuat2 dia cakap dengan ajnabi.

-..-
tak adalah cakap kuat2 nama orang tu,
hanya mention supaya kawan sekeliling saya tahu saya sedang berurusan dengan lain jantina.
supaya wujud rasa malu saya dengan mereka yang mendengar.
supaya pergaulan saya tak terlajak menjadi seperti bercakap dengan kawan rapat pula.

'eh, diorang tahu. mana boleh cakap mengarut2.'

untuk permulaan. saya sedang membaiki malu yang retak.

alangkah indah oang yang, dua perkataan ni sudah cukup untuk BINA TEMBOK MALU yang teguh dalam diri dia;
'eh, Allah tahu.'
  
Malu itu cabang iman. Tunjang iman yang subur yang akan bersambung ke dahan malu.

***
sekali kamu mula, kamu akan ulanginya.
dont start. selamat menjaga diri farhana. azam 20 :P hehe

Thursday, December 6, 2012

Kisah. Ups and downs.

- Bismillah -

Alhamdulillah.
Baru habis exam pharmacology.
Dalam buku ada tulis, dan doktor pun sendiri cakap, untuk menjadi orang yang cekap dan bijak memberi preskripsi ubat, perkara ini perlukan latihan. Clinical practice. Bukan hafalan beberapa hari sebelum exam. :)

Kawan saya cakap,
"Jangan berhenti buat yang terbaik. Tak lama pun journey kita ni. Lagi 2 tahun lebih kurang, kita akan jejak masuk Hospital KAUH (tahun 4 klinikal). INSYAALLAH."

dengan izin Allah.
SubhanAllah. Takut memikirkan perjalanan yang entah bila akan berhenti. Setiap kali bangun pagi masa gosok gigi, terfikir, atas sebab apalah Allah matikan aku nanti. Sebab masa belajar dalam kelas, kalau mitochondria (bahagian dalam cell yang bertanggungjawab buat tenaga utk kita) berhenti berfungsi, tisu badan akan mati sebab tak dapat tenaga. Mudah saja dan banyak sebenarnya cara, wadah dan peluang untuk kita dimatikan oleh Allah pada bila2 masa.

TAPI, ALLAH SANGAT PENGASIH. ALLAH SANGAT PENYAYANG. Dia tak matikan kita sesuka waktu. Dia berikan kita tempoh ajal. Walaupun kita tak tahu bila, tapi kita tahu waktu untuk hidup masih ada. Dan rugilah kita bila tahu ada peluang tapi kita sia2kan waktu yang semakin sikit bakinya.

Dulu, masa saya apply perubatan, saya niatkan, susah dan senang sepanjang journey, saya minta saya dekat dengan Allah.

Ada orang dekat dengan Allah bila susah, ada bila dah senang. Saya nampak doktor bukanlah ada kesenangan saja, dan bukan kesusahan saja sepanjang masa.

Perit, getir, harapan, pengetahuan baru, amazing discoveries, exams, semua tu campuran bittersweet in medicine. Walaupun saya baru 1 tahun 3 bulan lalui, dapat rasa perjalanan yang mendaki ini.

Perjalanan yang mendaki, ada masa untuk rehat dan kumpul tenaga untuk mendaki dengan lebih cepat dan berterusan sampai ke puncak dan sambung ke bukit2 lain pula. Tapi perjalanan menggelongsor? (Perjalanan yang tiada kesusahan) pastinya bahaya sebab kalau tak brek akan jatuh dan luka.

Apa yang Allah bagi pada kita itu, tanda kita mampu hadapi dan tanda kita perlu.

2 malam sebelum exam, saya diberikan tanggungjawab untuk siapkan laporan persatuan. Data dah ada, cuma satukan menjadi satu dokumen. Ironiknya, dapat panggilan telefon masa saya mula nak buka buku. Macam drama, tangan tak sempat capai buku, capai phone dulu.

Awalnya, rasa berat. Ah aku nak study! Saya membentak sorang2. Letak tepi dulu. Walaupun urgent, study lagi urgent.

Kemudian fikir, Allah tak bagi tugas saja2. Sebab kau mampu. Kau buat, kau dapat pahala! CUMANYA, mestilah cari cara terbaik. Study tak boleh tinggal. Hurmmm.
Jadinya, saya korbankan masa tidur. Sekali sekala tidur sikit. Lagipun, tak ada kesan buruk sebab tidur sedikit tu amalan yang Allah acknowledge dalam quran.

Alhamdulillah kerja siap. La haula wala quwwata illa billah. Tak ada kekuatan melainkan dengan izin Allah.

Malam sebelum exam, masih lagi ada kerja komuniti.
SubhanAllah.
Allah bagi idea, dan saya selesaikan cepat2. Kita mudahkan urusan orang ramai, Allah akan mudahkan urusan kita.
Takpa farhana, kau special. Ada extra work dan ranjau dalam perjalanan study kau. Kau special. Pujuk diri sorang2. Hehh.

Dan hari ni exam, alhamdulillah.
Bak kata kawan arab saya,
"Alhamdulillah. It couldnt be more! Allah give the marks to those who He wanted to give."

Walaupun bukan dapat 40/40, tapi saya harap keberkatan dan pertolongan Allah melebihi angka markah penuh tu dan melebihi markah yang saya dapat.

Moga ilmu ni bertahan dan moga Allah jadikan saya mampu memberi manfaat kepada yang lain.
Doa saya, moga kehadiran saya tak membawa kesusahan kepada orang sekeliling.

Khairun nas tanfa3u linnas.

***
Isu golongan yang terlibat dengan persatuan dan prestasi rendah dalam akademik.

Takut bila baca isu ni. Moga Allah jaga saya.
Moga tak jadi fitnah (ujian) buat agama, buat persatuan dan buat orang sekeliling.
InsyaAllah, selagi tidak memudaratkan bahagian di dunia dan akhirat, selagi itu kita di jalan yang tidak salah.
Tapi bila rugi dunia rugi akhirat (nauzubillah min zalik), maka carilah jalan lain dan tempuhi kehidupan mengikut cara yang kita suka.

Toleransi itu penting.
Kadang saya fikir, orang tak boleh toleransi dengan saya bila saya buat salah, mesti saya juga pernah tak boleh toleransi pada siapa2 ni.

Betullah, saya marah sangat pada sorang hamba Allah bila dia lambat beritahu satu berita penting.
Dia lambat beritahu dia tak jumpa murakib. Buatkan saya tertunggu sedangkan murakib kedua dah lama sampai di tempat yg janji.
Tindakan dia buatkan kawan saya yang sedang menanti saya suruh saya cari orang lain untuk balik sama2. Tak perlu saya ceritakan pun, tapi hal ini ajar saya,
"Kalau ikhlas buat satu perkara, kita akan tenang dan redha bila perkara yang kita rancang tak jadi."

Serius malam tu sangat marah sebab A lambat beritahu dia tak jumpa siapa2 yang boleh bantu, dan juga buatkan B susah tunggu saya, dan saya sekali susah sebab sudah tiada murakib. Macam anak itik kena tinggal terkapai-kapai dalam hujan. Masa tu mulalah terfikir manusia2 yang berkeras 'akhawat keluar rumah kena ada murakib bla bla bla'. Mana korang hah

Alhamdulillah, dua orang sahabat redakan dan saya balik dengan murakib C. Bukan A bukan B. Cantik Allah susun.

Betullah, kalau marah masa berdiri, Nabi suruh duduk. Terbukti eksperimen berkesan. Allah, malu dengan Allah.

Betullah juga, bila dah berazam, tawakkal pada Allah. Kalau perkara yang kita rancang tu baik, Allah akan izin perkara tu berlaku. Kalau ada yang lebih baik, perkara yang lebih baik tulah yang akan terjadi. Itu lah tawakal.

Reflection, kalau saya betul ikhlas nak gunakan murakib, bukan sebab persatuan suruh, bukan sebab mak suruh, saya tak akan marah dan kecewa kalau murakib ada (buat) / ditimpa hal.

Ingat farhana, dari sekecil2 perkara, hinggalah sebesar2 perkara:
* kena guna cara yang betul
* niat yang lurus
* tawakal for the best to happen

Cantik kisah sebelum exam saya. :)
Sampai saya kena minta dari Allah, Allah kuatkan EQ aku. Bagilah aku tenang. Walaupun orang lain sedang berjuang dengan bantal / buku, jangan biarkan aku rugi dalam apa yang aku buat.

Sebaik2 manusia ialah yang bermanfat pada yang lain. Itulah Nabi Muhammad S. A. W.

moga Allah guide saya selalu. Amiin.


Saturday, December 1, 2012

Sahabat. Kita. Sayang. Couple.

-bismillah-


Persahabatan itu seperti tangan dan mata,
Saat tangan terluka, mata menangis
Saat mata menangis, tangan akan menghapusnya,
Dan persahabatan yang sentiasa abadi adalah,
Persahabatan yang dilingkari dengan indahnya kalimah Islam

puisi tersebut copied lalu pasted. :)

***

Lalu tepi kedai bunga hari-hari. Bunga segar. Warna-warni (lebih dari 3 jenis, ok lah tu.)

Satu hari, Aisyah (tak da kena mengena dengan sesiapa) cakap pada sahabatnya, Aina (juga tak ada kaitan),
"Kita tahu, couple tu salah. Kan?"

"Hurm. Ya."

"Awak pernah dengar, pasal ni..Ehem" Aisyah betulkan suara, "Faktor orang bercouple, sebab kawan sekeliling tak mampu nak beri apa yang diorang nak, sebagaimana yang pasangan dia berikan pada dia."

"Maksudnya...?" Aina blur.

"Tak cukup kasih sayang dari sahabat keliling yang halal dan sama jantina, sebab tu orang cari couple."

"Oh, macam tu. Maksudnya salah kita jugalah kalau ada kawan kita bercouple? Bukan salah diorang 100% lah kan kalau macam tu."

Aisyah senyum. "Ya, kita sebagai sahabat tak mampu nak gembirakan kawan kita. Birthday kawan kita, kita sambut. Tapi yang bagi hadiah sweet sweet cakap sayang dia, itu bukan kita, tapi orang lain. Patutnya kitalah ambil tempat tu. Sebab sayang kita padanya halal.

Baju kawan kita pakai baru, kita tak pernah sedar pun. Tapi bila dia pergi berjumpa couple dia, couple dia perasan dan berikan pujian! Kita, hampeh. Tak pernah nampak dia sebagai perempuan, tapi nampak sebagai pemandu dalam kereta sebelah sedangkan kita dalam kereta lain.

Dia dapat markah kurang menarik, kita just tepuk bahu dia dan cakap, 'sabar, bersangka baiklah, positif.' Tapi bila dia jumpa bf dia, bf dia bukan suruh dia sabar. Bf dia bawa dia keluar makan, tengok wayang."

"Habis tu kita nak kena pergi tengok wayang ke?" Aina blur untuk kesekian kali.

"Bukanlah. Belajar dari teknik bf tu. Teknik alihkan perhatian dari masalah. Ajak kawan kita yang tengah down pergi masak ke, pergi jalan2 cari barang rumah ke. Takpun, sibukkan dia dengan aktiviti yang dia suka."

"Oh, faham. Alihkan perhatian kawan kita dari masalah itu sekejap, supaya kesedihan dia tidak melarat. Aina percaya kalau macam ni, pasti jalan keluar dari masalah tu pun akan muncul. Hurmm, bijak juga ye pasangan couple rupanya.."

"Hah! Jangan fikir nak cari satu pulak. Tunggu pasangan kamu yang halal, dont worry, 'dia' pun bijak juga ^^"

"Hehe. Amiin. Bijak kerana petunjuk Allah, bukan bijak kerana tipu daya syaitan. Terima kasih Aisyah!"

"Haha. Aina jangan cari couple tau. Sedih Aisyah kalau tak mampu jadi sahabat yang baik. Sedangkan, Aina sangat baik dengan Aisyah."

"Jangan risaulah! Kita sama2 cari yang halal. :D"

***

Dan beberapa hari lepas ada sejambak bunga atas meja belajar saya. Sempena exam.

Ucapan di sebalik card tu terlalu special. Kamu tak boleh tahu. Sebaik2 kalam ialah Kalamullah ^^

T_T menangis sekejap.

Koreksi diri, saya banyak berteori. Kawan saya dengar terus aplikasikan! SubhanAllah. Hebatkan dia?

Jadi, sudahkan anda menjadi sweet ? :)
Jangan jadi macam saya, keh3, be sweeter. :)

Dan paling penting, jangan ban - benci - hina - pandang rendah pada rakan2 anda yang bercouple. Makin menjauhkan diri, makin kita biar dia mendekat dengan orang yang tak sepatutnya.
Hari ni hari dia, esok tak tahu hari sapa.
Dan back to the main point, kawan kita berubah pun sebab kita. Kita tak ada dengan dia waktu dia perlukan kita, sebab tu dia cari orang yang mampu berikan dia apa yang fitrah dia nak.

Oh saya berteori lagi. Saya juga diuji dengan sahabat2 yang saya sayang pun ada bercouple.
Saya tak pernah cakap apa2.
Tapi tak bermakna hati saya tak rasa apa-apa.
Jujur, saya sedih dan risau. Ukhti2ku, jaga diri T_T jangan lupa teruskan ilmu dan amalan yang baik... walaupun sekolah kita bukanlah sekolah besar, tapi amalan-amalan kecil yang istiqamah lah akan bawa kita ke amal yang lebih besar..

Allah, sampaikanlah apa yang terbuku ini.

Tapi saya percaya, umur kita dah besar. Fitrah nak berpasangan tu ada. Cuma cara dan wasilah yang paling Allah redha tu kita kena cari.

Saya tak boleh nak post di fb, "kita tak boleh bla bla bla.. couple haram." NO. Jangan jatuhkan sahabat kita di hadapan khalayak kalau kita betul sayang sahabat kita. Dia juga manusia, kita juga manusia.

Jadi, apa the best way?

Mari berhenti berteori.

***
Sejujurnya, suasana di bumi irbid ni lain.
Lain sangat.
Kawan yang saya kenal, bukan sebab kami kenal untuk berseronok.
Kami saling berkenalan untuk sama-sama hidup.

Hidup. Membesar dan belajar.

Nasihat mereka, bukan saja-saja.
Mereka beri nasihat dan peringatan atas dasar sayang. Atas dasar 'aku mahukan kau menjadi lebih baik.'
SubhanAllah.

Baru dapat nasihat free dari kawan (yang ni ada wujud, masih hidup huhu).
"farhana kalau tak boleh, cakap tak boleh. dont burden yourself. kita kurang mahir dari bahagian tu, janganlah terima kerja tu."

ok. faham. berkali2 dia nasihat.

Huu betullah apa yang dia cakap tu. Allah nasihatkan saya melalui dia.
T_T terharu dengan apa yang Allah bagi!

Tak tipu. Baik sama dan beza jantina, persahabatan ni berpaksikan sama2 mahu majukan diri. Sama2 mahu menjadi hebat di sisi Allah. Sama2 bantu mahu berjaya dengan jalan yang Allah redha.

Hehh. Nak test anda betul sayangkan sahabat anda?
:D

'aku doakan kawan aku ni dapat pasangan yang sangat baik hati sebagaimana dia baik hati dengan aku, moga nanti di syurga Allah izin aku bersahabat lagi dengan dia. aku dengan pasangan aku yang terbaik, dia dengan pasangan dia yang terbaik. ' (apply utk kawan tak sama jantina -.- ok saya mengarut. sorii tp betul what?!)

hehh. kalau kita betul2 sayang, mesti kita setuju dengan pepatah ni,
'sayang bukan bermakna memiliki'.

eh dah lari tajuk =__=

tu je lah perkongsian.
kehs3.

moga Allah redha. post 5 in 1. hehe.

p/s doa. akidah islam itu ikatan yang mengikat kita semua. selagi itulah, syaitan akan rosakkan, menjadi ikatan kerana selain islam. nauzubillah min sharr.


Perempuan berkalung serban

- bismillah - Because i believe marriage is about growing each other's potential, Creating independence over dependence, Tolerance, p...