Thursday, November 8, 2012

Menggapai yang terbaik itu

-bismillah-

Seorang sahabat berpesan pada saya, "buatlah yang terbaik untuk dapatkan yang terbaik."

***
Saya mahu menggapai sesuatu. Tak perlu diberitahu apa, tapi perkara itu sangatlah tinggi dan kerap kali rasa kekurangan dan serba tak layak.

Bukan sebab rasa sangat lemah tapi sebab orang lain sekeliling sangat kuat. Pendek kata, banyak calon yang lebih berhak.

Haha. Calon apakah? Jangan tanya. Anggap ja lah calon anugerah. Yang pasti saya tak bercakap soal jawatan di dunia.

:)

"Nak capai yang terbaik, buatlah yang terbaik."

Lillah. Bukan sebab dia.

:]

***
Perkara paling susah ialah nak maintain-kan perhubungan. Sekali orang tu saya anggap kawan, maka susah untuk saya ubah mindset untuk tukar statusnya dari kawan menjadi selain kawan. Kalau tak dapat tangkap, boleh juga saya maksudkan 'dari kawan susah untuk saya jadikan dia musuh'. Pun boleh.

***
Ada kawan cakap, "korang ready lah tahun 4 nanti."

Satu statement yang sangat menyentap jiwa yang tenang.

Ada sebilangan sahabat sudah dinyatakan perasaan kepada mereka. Dinyatakan.
Saya percaya diri mereka yang terlibat lebih tersentap daripada diri saya yang berada di luar situasi.

SubhanAllah.

Satu saja, saya tahu psikologi lelaki dan perempuan sangatlah berbeza.
Pada lelaki, menyatakan perasaan dan kehendak hati tak akan meninggalkan kesan yang besar.
Tapi pada perempuan, percayalah, selagi perkara itu belum terjadi maka selama itulah mereka akan berfikir tentangnya.

Pengurusan emosi perempuan lebih kompleks.

Jadi, point of this post ialah, sebelum sampai masa yang tepat, simpan hasrat hati anda wahai teman2 ku. =.= haa kan dah jujur.

Sebab saya rasa kepentingan memahami situasi itu perlu mendahului daripada kepentingan dan kehendak diri. Anda perlu faham bahawa perempuan menghargai dan mengambil kira setiap detail dan maklumat. (Sebab tu pilihan pakaian wanita luas spectrum warnanya.)

Niat nak tanya "ada orang ke belum?" boleh ditranslate-kan "alamak kena ready sebab dah nak kahwin pada masa terdekat" tau. Dahsyatnya dan kompleksnya fikiran. Maka tindakan orang yang berfikiran begitu juga akan kompleks, dan dahsyat.

Mandi tak sejuk. Makan tak rasa.

-.-

***
Perlu dijelaskan di sini, tak semua orang sama. Yang kuat dan tinggi EQnya akan mampu menguruskan emosi dengan baik.

Cuma nak berkongsi, pernah tahu pasal langkah yang diambil oleh satu pihak ni. Dia tunggu bakal isterinya tahu mengenai hasrat hatinya hanya selepas bakal isterinya itu tamat exam. Sebab dia tahu, tumpuan dan fokus akan mencapah jika ada perkara besar yang tak terduga muncul.

kalau esok tu exam besar, jangan kacau emosi orang yang anda ada hati tu. silap2 exam ke mana angau punya pasal.

Sorii tapi saya sayang kawan2 saya. Dont approach them kalau bukan sebagai yang boleh accessible dengan halal. Maksudnya, kalau perancangan dalam kepala lagi 3 tahun, bagus, tapi simpan dulu. Kalau tak, 3 tahun tu lah si pihak perempuan tu makan tak rasa mandi pun tak sejuk.

Selebihnya, minta dari pemilik orang tu.
"Allah, aku nak minta izin dari-Mu untuk aku bertanggungjawab ke atasnya dalam urusan dunia dan akhirat. Aturkanlah segala yang terbaik."

Ataupun untuk perempuan, keh3,
"Allah, aku nak minta izin-Mu supaya Kau izinkan dia sebagai orang yang bertanggungjawab ke atas ku dalam urusan dunia dan akhiratku."

Minta izin, kalau Allah kata tak boleh, maka tak boleh. Sebab ada pilihan yang lebih tepat dan berkat. :)

***
Ok. Satu lagi situasi. Buat kerja, masak, basuh, mengemas sebab nak latih diri jadi bakal isteri.

Bagus. Sangat optimistik.

Cuma, cuma... Cuma...

Buat kerana Allah, tiada apa akan tugi. Buat kerana manusia, anda akan dapat manusia tu sajalah. Macam hadis nabi tentang hijrah umm qais.

:]

Saya tak nak tengok kawan2 yang saya sayang kecewa bila terlalu mengharapkan yang sempurna.

Meletakkan pengharapan pada Allah 100% tak pernah salah. Tapi jangan lupa tawakal juga haruslah 100%. Berserah diri pada ketentuan Allah haruslah juga 100%.

Dan Islam ajar, usaha kena ada baru wujud tawakal.
Dalam usaha, tidak boleh membuta tuli. tidak boleh mengikut warisan. apa orang buat kita buat. bukan itu semata2.
usaha yang saya maksudkan,
cari consultation, bincang, dan nilai.
bukan tengok apa orang buat dari jauh, lalu ikut tanpa memikirkan situasi diri sendiri dan pasangan yang bakal tu.

selain dalami ilmu memulakan ikatan, dalami juga ilmu me-maintain-kan perhubungan. penting juga utk tahu apa yang menggagalkan perhubungan - supaya kita dapat hindari!

tawakal. berserah. siapa pun Allah bagi, believe in Him that this is a journey to syurga. no matter how perfect or how imperfect we are or the one we are expecting tu.

***
Beratkan fikir pasal orang lain?
:]

moga ringan bila fikir pasal sendiri nanti. ngehs.

3 comments:

  1. tak ada yg sempurna di dunia...stop dreaming...don't believe cerita novel or karya kartun comel...hahaha...baca blog fatimah syarha ngan saifulislam...lebih realistic...and, tak dak masalah berat, jgn cari masalah...eh betol ke komen ku ini....tralalalala~~

    pss: setan membisik cara halus...kdg2 nampak molek lagi halalan toiyiban, tp takut bley jd fitnah di kemudian hari...Allah! tanggungjawab itu bakal ditambah dari masa ke masa...dan akan di hisab bila sampai masanya...and Allah know the best (time, place, siapa?) for us!

    ReplyDelete
  2. Eh terpost awal.
    Ingat2kan adik. As long as tak da benda terkorban, adik keep on with my stand. Dont worry, nothing harmful as long as Allah protects. Doakan :) haha

    ReplyDelete

Random dreams

- bismillah - Alhamdulillah. Allah izin masuk ke tahun baru hijrah. To cut short, here is my list of dreams yang worth dreaming...nak capa...