Thursday, November 29, 2012

Graft hidup

Bismillah

Kadang terfikir, graf hidup ni makin menaik atau menurun sebenarnya?

Nak sandarkan pada apa sebagai paksi-y nya?

X - masa
Y - ??

Kalau y = gembira,
mesti graft naik turun. Kalau gembira hari2 pun graft mesti mendatar.
Adakah istilah lebih gembira? Sebab time kita happy, itulah detik paling gembira rak terbanding dengan waktu lain. Datang lag kegembiraan pada esoknya, dikatakan pula itu paling gembira dlm hidup

Ramai suka y = nikmat.
Takut x muat kertas graph sebab nikmat kita terima hari2 banyak sangat, cuma kita tak mengaku.

Andai
Y = ilmu,
Kalau semakin bertambah hari (paksi x) maka graft makin menaik,
graf y = ingatan dan amalan pula bagaimana??

Saya memilih y = pencapaian.
Allah sebaik2 pemberi penilaian.
Saya tak boleh minta skrin komputer berikan markah tinggi exam.
Tapi saya boleh selalu minta dari Alah berikan pencapaian (peningkatan hiup) sehari-hari.

Apa yang dicapai? Pahala.

Study. Medan pahala tu.
Medan memohon rahmat.
Medan meminta hidayah.
Medan mengharap barakah.

Asalkan graft hidup naik, saya gembira. :) kerana paksi-z saya ialah gembira.

Jadi farhana, optimumkan study. Result tu minta yang terbaik, kalau Allah tak bagi sekarang, Dia bagi nanti. Yang pasti, setiap yang dibuat ada balasan. Itu janji Allah. :)

P/s suka menerima panggilan telefon di pagi hari. Menolong orang juga pencapaian. ^^

INGAT
Siapalah manusia untuk menghitung pahala. serahkan pada Allah. Asalkan jangan berhenti menaikkan graft :)
Jangan hidup mendatar.

"Kamu masuk sekolah perubatan, terus fikir apa kamu nak capai 10 tahun lagi. Sebab kamu akan nampak jejak yang kamu pijak sekarang tidak lah setinggi mana.

Ramai pelajar main2 di universiti kerana target mereka sejak sekolah ialah 'mau masuk universiti'. Jadi, sampai di universiti mereka merasakan mereka sudah berada di tahap paling atas dalam pencapaian kehidupan, maka tak perlu berusaha keras apa2 lagi."

Moga tak lost.
Grab both. Selagi hidup.

Gambar : Apa yang saya tulis di about me di fb.

Doakan saya sentiasa high spirit untuk menjadi hamba Allah yang terbaik. Anak yang terbaik. Sahabat yang terbaik.

Doakan saya mendapat balasan yang paling baik. Amiin.



No comments:

Post a Comment

A day to remember

- bismillah - Alhamdulillah. Lps grad, bermula lah urusan nak mohon kerja. Mula2 kena isi borang SPA, lapor diri dengan penaja, kemudian i...