Thursday, November 22, 2012

Dakwah vs hafal quran

-bismillah-

Pada suatu hari, seperti hari lain, makhluk2 ciptaan Allah bertasbih memuji Allah. :)

***
"Kenapa hafal quran?
Bukankah itu perkara sunat.
Kamu lupakah dakwah itu perkara wajib?
Lebih baik kamu berdakwah kerana manfaatnya tersebar luas pada orang lain.
Tapi kamu hafal quran, manfaatnya hanya untuk kamu saja bukan?!" - soalan.

Mari mengucap panjang.

Allah. Soalan yang terpacul tu seakan merobek kalam2 yang tersimpan dalam hati. Geram. Marah. Sedih.

Kamu masih tak kenal al-Quran!

***
Fuuh. Fuhh. Fuhh.

Al-quran ialah kalam Allah.
Turunnya sebagai mukjizat,
kepada Nabi Muhammad,
melalui utusan malaikat Jibrail,
dalam bahasa Arab,
bermula dari surah fatihah dan diakhiri surah an-Nas,
membacanya dikira sebagai ibadah.

Tu takrifan khusus untuk al-Quran. Lain daripada sifat tu, maka tu bukanlah Quran yang dimaksudkan.

Saya bukanlah orang paling bijak dan bukan juga orang paling tepat untuk menghandle soalan tajam ni. Sedihnya sebab ditanya oleh manusia yang hebat dakwah :((

Jawapan saya, sebagai manusia yang masih perlu ditarbiyah.

Benar dakwah tu wajib.
Dan jangan lupa, dakwah tu bermula dari mana?
Atas paksi apa dakwah itu dijalankan?
- Atas paksi persatuan? Persatuan saya mengajak ke arah keselamatan maka saya berdakwah tentang keselamatan. (Contoh)
- Saya berdakwah atas paksi profession, saya sebagai guru fizik akan berdakwah sepenuhnya dengan mengaitkan keajaiban fizik dengan kekuasaan Allah! (Contoh bersemangat)
- Saya sebagai seorang ayah akan menjalankan dakwah tentang pembinaan ummah gemilang yang bermula dari rumah tangga yang makmur sejahtera! (Contohhh)

Logik je kan contoh saya bagi? -.-

Oklah. Paksi dakwah. Lupa ke dalam Quran ada semua benda? Lupa? Sebab mesti dah tahu sebelum berdakwah ...
Keselamatan, kebajikan, kesihatan, teori genetik, teori fizik, teori biologi, cara hidup harmoni, semua tu ada. Hatta larangan untuk anak2 kecil masuk bilik tidur ibu ayah pun ada dalam surah an-Nur.

Maksud saya di sini, menelaah kitab tentang apa yang kita dakwahkan tu tak salah, kitab keselamatan, kitab fizik, kitab ilmu rumah tangga dll, tapi kenapa tak nak betul2 rapat dan kenal dengan kitab yang ibu kepada segala kitab?

Untuk menghafal, proses bacaan adalah berulang-ulang kali. Baca banyak kali. Bukan sekali dua.
Kenapa lebih utamakan hafal isi kitab dan biodata penulis tapi memperkecilkan hafal quran sunat saja?

Kenapa tak boleh tinggal Quran letak tepi dalam berdakwah? Sebab Quran tu sumber utama. (Ayat cakap dakwah wajib tu pun dari quran. Cara berdakwah pun ada dalam quran!) ironik. Masih memandang quran hanyalah benda sunat.

Allahuakbar.

Dakwah perlu ilmu. Ilmu datang dari sumber yang Nabi gariskan. Quran dan sunnah baginda serta khulafaa rasyidin. Juga ijmak dan qiyas.
Berpegang dengan sumber sohih, kamu tak akan sesat.

Kemudian, point yang kedua. Hafal quran bukan untuk "saya dakwah saya boleh keluarkan ayat. Petik je isu saya tahu ayat apa. Maka sayalah pendakwah yang hebat!"

HAISHH LAA. moga Allah lindung fikir macam tu.

Bukan. Bukan.
Ingat semula definisi dakwah.
Bukan bercakap berceramah menasihat dan bercerita. Bukan ini saja.

Jangan lupa, qudwah (role model) juga medium dakwah. Ikutan lebih berkesan dari percakapan. (Actions speak louder than words.)

Setiap masa berkepit dengan quran, jauhi benda lagha (pantang larang orang nak jaga quran - mana boleh berkumpul 2 benda bertentangan dalam satu rongga hati), maka percakapan akan terjaga, akhlak akan terbentuk, ilmu akan berkembang dan rasional, bukankah itu qudwah yang baik dari seorang ahli quran? Berdakwah melalui tindakan, bukankah itu tidak merugikan?

Sunat dapat dikendong, wajib dakwah tidak berciciran.

Ketiganya, hafal quran ialah proses. Bukan buka2 baca hafal tasmik habis dapat sijil.
Bukann. Bukann. Bukan.

Sepanjang proses itu, hati yang lemah akan kalah. Jiwa yang sempit akan menyepi. Jasad yang tidak mahu akan berhenti.

Proses itu mengajar disiplin.
Keikhlasaan.
Tiada istilah putus harapan.
Belajar mengekang diri dari hangat2 tahi ayam.
Belajar menentukan prioriti.
Belajar menjadi hamba yang sangat lemah. Lemah kerana tidak faham, lemah kerana tanpa izin Allah, satu huruf pun tidak mampu dihafal melainkan semuanya atas kehendak Allah.

Jadi, hafal quran bukan sekadar menyimpan koleksi huruf dan perkataan. Ada banyak hikmah tersembunyi.

Keempatnya, manfaat. Dikatakan, manfaat dakwah itu meluas untuk sekeliling manusia, tapi manfaat hafal quran hanya untuk diri sendiri???

Bertenang.

Ya, Alquran ialah teman kita dalam kubur. Tapi jangan lupa, pada hari kiamat, alquran akan datang pada para pembacanya, dan datang sebagai hujah mendakwa atau menyokong.
Dan dengan izin Allah, orang yang menghafal al-Quran diizinkan oleh Allah untuk memberi syafaat pertolongan pada manusia lain. Dengan izin Allah.

Allahuakbar. Kenapa berdakwah? Kerana sayang. Mahukan mad'u mendapat apa yang terbaik. Mahukan dia dekat dengan Allah.
Tapi jangan lupa, memberi syafaat itulah manifestasi cinta terbesar kerana dapat menyelamatkan orang yang ditolong itu dari api neraka ! (Dengan izin Allah)

Kesimpulannya,
# buat setakat termampu. Kalau mampu hafal surah fatihah, hafallah yang tu saja. Belum cuba belum tahu. Hafallah apa yan mudah dari Quran. Dan jaga. Jangan hilangkan dengan daki2 lagha.
# jadilah orang yang alquran dikendong, dakwah tidak berciciran. Dakwah sebenarnya memberi peringatan pada diri sendiri juga. Bukan untuk orang lain saja.
# quran, dia hidup. Tapi kita tak tahu. Tak boleh fikir. Hidup dia bukan macam hidup kita. Hanya Allah yang tahu bagaimana. Tapi percayalah dia ialah mukjizat. Miracle. Keajaiban. Darinya ada Allah izinkan kesembuhan, ada doa belajar, doa minta ampun, doa dapat pasangan baik zuriat baik, doa banyaak lagi. Dan insyaAllah akan dikabulkan. Hebatkan alquran?

"Oh, aku baca quran pagi tadi. Alhamdulillah lancar saja urusan hari ni. Magik. Dalam kelas faham, waktu solat tak perlu queue lama, siap kebetulan ada jemaah lagi. Dapat bonus aku solat jemaah hari ni. Padahal hari lain takda pun orang nak jemaah dengan aku... Bla bla."

Hurm. Tulisan ini untuk diri saya sendiri jugak. Banyak benda saya kena belajar lagi. Masa dah tak lama. Kematian akan muncul juga. Doa saya, moga dalam husul khatimah. Moga mati dalam keadaan iman tidak berbelah bagi pada Allah. Moga hidup dan mati sentiasa ada buah fikiran yang rasional dan tidak sesat. Allah, guide me all the time on your Path. Aminn.

"Eh, aku dah ingatkan orang supaya solat awal, mana boleh aku solat lewat! Dalam quran as saf ada tanya kenapa cakap apa yang tak dibuat." <- nampak perkaitan quran dan dakwah?? :) moga terus thabat.

ربنا لا تزغ قلوبنا بعد اذ هديتنا وهبلنا من لدنك رحمة

Moga Allah redha.

6 comments:

  1. Salam...
    Tuan dah pelajari dan amalkan ap yg ada dlm quran
    ?

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam.

    Apa yang ada dalam quran?
    Jaga solat, zakat, puasa, psl cara percakapan, cara berhutang, berdakwah, solat jumaat, nazar, mengandung, berjanji. Makan yang halal. Ada juga pasal tindakan berperang, dan juga kisah mensyirikkan Allah. Ada juga pebuatan membunuh diri, bunuh musuh.

    Apa ya? Kalau bernikah, saya belum.

    Macam ni, bukan saya saja, kuncinya ialah buat stakat mampu. Sebab kebaikan memang sangatlah banyak. Tapi Allah tak pernah cakap buatlah semua kebaikan.

    Kebaikan, banyak, tak mampu buat semua maka buat ikut kemampuan. Diterima bila niat dan cara yang betul.
    Pasal larangan, Allah kata, tinggallah semua keburukan.
    Sebab ada ganti pilihan yang lebih baik.
    Bila list larangan keburukan, lebih sikit dari suruhan kebaikan.

    Tipulah kalau akhlak ibadah muamalah semua perfect, sebab tempat tu ialah Nabi Muhammad, the walking Quran.

    Kalau Nabi tersalah, Allah betulkan. Dan kesalahan tu bukan sebab Nabi lemah, tapi Allah plan supaya kita tak buat dah kesalahan tu. (Macam kisah surah abasa)

    Kalau kita manusia biasa ni salah dan terkurang, peranan orang sekeliling lah utk ingatkan.
    Dlm quran juga, 'berilah peringatan kerana itu bermanfaat kpd org mukmin.'

    Trima kasih atas ingatan :) doakan yang terbaik.

    ReplyDelete
  3. hurm..bebaik...kdg2 dgn hujah begini mereka jadikan senjata utk buat org kelu tak boel kata apa...padahal belum tentu tepat penggunaan pd situasi...jgn terlalu pikirkan...fokus pd ur stand...selagi tak ikut rentak mereka, mmg ada saja salah mu....kerana mereka sentiasa benar tanpa sebarang kesilapan...maksum hanya Nabi.

    ReplyDelete
  4. Salam.
    Tergerak utk berkongsi sedikit.

    Ana rasa, tajuk post ni sepatutnya quran+dakwah. sebagaimana study+quran dan lain2. Kerana macam yang nawwar tulis, semuanya bersumber dari al-Quran. so, sewajibnya semua sekali berkait dengan quran. ni yang nak disampaikan kan?

    Yang soalan tu, pd pendapat miskin ana, dia nak trigger supaya kita melihat alawiyat dan prioriti dalam melakukan sesuatu. Cuma, mungkin uslub soalan tu agak tidak kena dan seolah-olah mengenepikan penghafalan quran.

    ana beri satu contoh situasi. Dia hafal quran. Utk itu, dia alhamdulillah menjaga dirinya dan biah kehidupannnya. Dia menjaga dari sebarang unsur yang menengelamkan diri dalam lumpur kemaksiatan dan lain2. dan, dia sangat fokus menjaga hafalannya. Tekun, jaga, dan cuba sebaik mungkin utk memahaminya.

    Tapi, dia akhirnya tidak tergerak utk amar makruf nahi mungkar. Dia sudah baik, tetapi tidak membaikkan orang lain. Dia soleh, tetapi tidak mensolehkan orang lain. Dia rajin, tetapi tidak merajinkan orang lain. Pokok persoalannya, dia menjadi bagus kerana pengamalannya dengan al-Quran, tetapi tidak menyebabkan dia tergerak utk mengislah masyarakat.

    Masa ini, pada pendpt ana, barulah dia dikira menzalimi dirinya sendiri kerana tidak beramal dengan apa yang dia baca. Dia tidak menyampaikan, tidak membina manusia lain, dan tidak membuatkan manusia lain dekat dengan Allah dengan hafalannya. Banyak kisah para sahabat dahulu, contoh ibnu mas'ud, yang pernah menegur sahabat yang pergi pencilkan diri di gunung untuk beribadat dan melazmi quran, namun meninggalkan tanggungjawab utk membaikpulih masyarakat, terjun dalam kemelut kegelapan dan mencerahkannya dengan kefahaman yang mereka milki.

    Sebab itu, ana pernah baca, turutan yang baik utk quran adalah kita baca, faham, amal, istiqamah, sebar, dan hafal. Baca sedikit,atau hafal sedikit, kemudian dapat istiqamah mengamalkannya dengan kefahaman sahih lebih baik berbanding baca 2 juzuk sehari tapi lepas tu buat benda lagha atau bertentangan dengan quran itu sendiri. Surah jumuah ayat 5. Mereka baca kitab, tapi tidak faham langsung dan kehidupan mereka tidak mereflekskan kefahaman islam yang sebenar. Baca quran, tapi masih bergelak ketawa berdekah2. Baca quran, tapi masih membuang masa. Baca quran, akhlak entah ke mana dan amal janganlah ditanya.

    Sebab ana dulu pernah duduk dalam institusi maahad. Mereka hafal, dan kadang2 boleh tarjim ayat itu, tapi sikapnya masih sama dengan org tak hafal.

    Sebab itu, tafseer fi zilal quran dan maalim fi torik(petunjuk spnjg jalan) karangan sayyid Qutb banyak membahaskan bagaimana quran sewajibnya membina umat yg baru, andai umat itu berusaha memahami quran itu sebagaimana neraca yang diletakkan para sahabah. Tidak semua sahabat yang itu hafiz. Tetapi mereka semua beriman dan beramal dengan isi al-Quran. Rasulullah sendiri berakhlak dengan Quran, menggambarkan betapa setiap ayat Quran itu memunazzomkan kehidupan baginda dengan segala prinsip kehidupan.

    Dan kepada semua yg nak hafal Quran, amatlah digalakkan. Fadhilatnya terlalu banyak dan kita semua tahu. Namun, kita tidak mahu menjadi burung yang melagukan di mulut cuma, tapi mencontohi qudwah rasul dan sahabat yang akan menjadikan quran itu dustur kehidupan dan berusaha membawa manusia lain memahami Islam dan quran. Kalau boleh, mahu semua manusia hidup di bawah bayangan Quran itu sendiri.

    So, my point of view is, hafal quran itu sangat diutamakan. Tapi, dakwah (dalam erti kata membawa manusia meninggalkan maksiat dan meningkatkan ibadat), perlu diutamakan dan berjalan setiap masa. Kita jaga diri kita, dan kita wajib menjaga peribadi yang lain. Islah nafsak, wad3u ngairak.

    Walaubagaimanapun, ini cuma tajuk furuq. Perbezaan pendapat yg membawa kepada penjanaan pemikiran dan keharmonian. Setiap org ada posisi masing2, dan kita hormati setiap posisi.

    Sekadar bertukar pandangan. Wallahualam.

    Teruskan menulis ya dukutrah!

    ReplyDelete
  5. bismillah. trima kasih atas perkongsian yang saya kira sangat2 ilmiah dan bermanfaat. berjaya membuka fikiran saya yang agak kabur ni.

    saya tak menolak dakwah+quran, benar itulah terbaik. itulah yang Allah suruh.
    tapi saya cuba cari justifikasi jawapan atas soalan 'kenapa tak berdakwah sahaja..hafal quran tak perlu' <-soalan yg diberi
    hanya kerana hujah penyoal ialah dakwah wajib sedangkan hafal quran tidak diwajibkan..

    dan sperti apa yg sdr shazmie sebutkan, benar, tak semua sahabat Nabi hafal quran, malah hafal quran bukan jaminan masuk syurga. tapi berbalik pada situasi mereka, quran itu sudah sebati dengan hidup seharian. malah ada antara mereka, Allah pilih untuk terlibat dlm sebab nuzul.
    walaupun tak hafal keseluruhan, mereka kenal apa itu quran dan apa itu iqamatu din (mendirikan agama).

    dalam konteks sekarang, apabila kita lupa, apabila kita mencari, kita dihidangkan dengan jawapan bukan berunsurkan alquran sebgai punca utamanya. buku2 falsafah, buku2 kajian, buku self-help terlebih dahulu dibuka untuk menyelesaikan persoalan dlm diri. pengaduan pada Allah tidak menjadi tindakan pertama dan utama. mencari jawapan dari Allah, melalui perantaraan, seakan diketepikan. maka tak hairan kita dicelikkan dengan undang2 islam hanya pada hal ibadah khusus. sedangkan setiap masa kita patut ingat Allah. 'orang yang mengingati Allah ketika berdiri, duduk, berbaring..'[3:190-191]

    jadi, ada banyak cara mengingat Allah. banyak cara untuk supaya kita memfokuskan perjalanan hidup rasa berTuhan (sebagai hamba yang diperhatikan). antaranya, ialah berjanji pada diri untuk menghafal quran.

    inilah yang paling saya takuti. izinkan saya kongsi, kerisauan pada 'budaya' menghafal quran.

    saya takut ramai antara kita berlumba dan bersemangat memulakan hafalan quran, tapi tanpa bermula dengan niat dan cara yang betul. juga terlupa untuk menambah ilmu. dan lain2 lagi komponen penting supaya tidak-sekadar-menghafal.

    niat: kerana ramai saja boleh dicondongkan hati kerana hatinya dipesongkan dari quran. (nauzubillah). Allah dah pesan awal2, sebelum baca quran, mohonlah perlindungan Allah daripada syaitan. 'apabila kamu membaca quran maka mohonlah perlindungan dengan Allah.'
    tanpa perlindungan Allah, mudah saja minda kecil tertanya2 akan rahsia takwil.

    cara yg betul + ilmu: pentingnya ilmu tajwid. kerana quran itu hujah menyokong kita atau boleh menjadi hujah mendakwa kita. kalau baca salah namun tidak mahu membetulkan, bagaimana pandangan quran pada pembacanya..
    juga ilmu tafsir. hafal, semata berlagu, semata mengingat dengan hebat, namun tidak berbekas di hati, itu satu kerugian.
    moga Allah lindung.

    dan penekanan akhlak seperti komen sdr shazmie di atas, itu perlulah seiring dengan hafalan. bukan untuk mendapat sanjungan, namun itu pemberat timbangan diri masing2.
    dan paling utama, tanggungjawab kita adalah untuk menjaga diri daripada menjadi fitnah kepada deen yang sempurna ini.

    terima kasih meninggalkan jejak fikrah. moga Allah rahmati selalu. moga makin berat timbangan amal.

    taqabbalaLlahu minnak.

    ReplyDelete

Serve the immediate community

- bismillah - This morning, i went to a private hospital to accompany my mom. I met a passionate consultant who's seeing my mom for her...