Thursday, November 29, 2012

Graft hidup

Bismillah

Kadang terfikir, graf hidup ni makin menaik atau menurun sebenarnya?

Nak sandarkan pada apa sebagai paksi-y nya?

X - masa
Y - ??

Kalau y = gembira,
mesti graft naik turun. Kalau gembira hari2 pun graft mesti mendatar.
Adakah istilah lebih gembira? Sebab time kita happy, itulah detik paling gembira rak terbanding dengan waktu lain. Datang lag kegembiraan pada esoknya, dikatakan pula itu paling gembira dlm hidup

Ramai suka y = nikmat.
Takut x muat kertas graph sebab nikmat kita terima hari2 banyak sangat, cuma kita tak mengaku.

Andai
Y = ilmu,
Kalau semakin bertambah hari (paksi x) maka graft makin menaik,
graf y = ingatan dan amalan pula bagaimana??

Saya memilih y = pencapaian.
Allah sebaik2 pemberi penilaian.
Saya tak boleh minta skrin komputer berikan markah tinggi exam.
Tapi saya boleh selalu minta dari Alah berikan pencapaian (peningkatan hiup) sehari-hari.

Apa yang dicapai? Pahala.

Study. Medan pahala tu.
Medan memohon rahmat.
Medan meminta hidayah.
Medan mengharap barakah.

Asalkan graft hidup naik, saya gembira. :) kerana paksi-z saya ialah gembira.

Jadi farhana, optimumkan study. Result tu minta yang terbaik, kalau Allah tak bagi sekarang, Dia bagi nanti. Yang pasti, setiap yang dibuat ada balasan. Itu janji Allah. :)

P/s suka menerima panggilan telefon di pagi hari. Menolong orang juga pencapaian. ^^

INGAT
Siapalah manusia untuk menghitung pahala. serahkan pada Allah. Asalkan jangan berhenti menaikkan graft :)
Jangan hidup mendatar.

"Kamu masuk sekolah perubatan, terus fikir apa kamu nak capai 10 tahun lagi. Sebab kamu akan nampak jejak yang kamu pijak sekarang tidak lah setinggi mana.

Ramai pelajar main2 di universiti kerana target mereka sejak sekolah ialah 'mau masuk universiti'. Jadi, sampai di universiti mereka merasakan mereka sudah berada di tahap paling atas dalam pencapaian kehidupan, maka tak perlu berusaha keras apa2 lagi."

Moga tak lost.
Grab both. Selagi hidup.

Gambar : Apa yang saya tulis di about me di fb.

Doakan saya sentiasa high spirit untuk menjadi hamba Allah yang terbaik. Anak yang terbaik. Sahabat yang terbaik.

Doakan saya mendapat balasan yang paling baik. Amiin.



Thursday, November 22, 2012

Dakwah vs hafal quran

-bismillah-

Pada suatu hari, seperti hari lain, makhluk2 ciptaan Allah bertasbih memuji Allah. :)

***
"Kenapa hafal quran?
Bukankah itu perkara sunat.
Kamu lupakah dakwah itu perkara wajib?
Lebih baik kamu berdakwah kerana manfaatnya tersebar luas pada orang lain.
Tapi kamu hafal quran, manfaatnya hanya untuk kamu saja bukan?!" - soalan.

Mari mengucap panjang.

Allah. Soalan yang terpacul tu seakan merobek kalam2 yang tersimpan dalam hati. Geram. Marah. Sedih.

Kamu masih tak kenal al-Quran!

***
Fuuh. Fuhh. Fuhh.

Al-quran ialah kalam Allah.
Turunnya sebagai mukjizat,
kepada Nabi Muhammad,
melalui utusan malaikat Jibrail,
dalam bahasa Arab,
bermula dari surah fatihah dan diakhiri surah an-Nas,
membacanya dikira sebagai ibadah.

Tu takrifan khusus untuk al-Quran. Lain daripada sifat tu, maka tu bukanlah Quran yang dimaksudkan.

Saya bukanlah orang paling bijak dan bukan juga orang paling tepat untuk menghandle soalan tajam ni. Sedihnya sebab ditanya oleh manusia yang hebat dakwah :((

Jawapan saya, sebagai manusia yang masih perlu ditarbiyah.

Benar dakwah tu wajib.
Dan jangan lupa, dakwah tu bermula dari mana?
Atas paksi apa dakwah itu dijalankan?
- Atas paksi persatuan? Persatuan saya mengajak ke arah keselamatan maka saya berdakwah tentang keselamatan. (Contoh)
- Saya berdakwah atas paksi profession, saya sebagai guru fizik akan berdakwah sepenuhnya dengan mengaitkan keajaiban fizik dengan kekuasaan Allah! (Contoh bersemangat)
- Saya sebagai seorang ayah akan menjalankan dakwah tentang pembinaan ummah gemilang yang bermula dari rumah tangga yang makmur sejahtera! (Contohhh)

Logik je kan contoh saya bagi? -.-

Oklah. Paksi dakwah. Lupa ke dalam Quran ada semua benda? Lupa? Sebab mesti dah tahu sebelum berdakwah ...
Keselamatan, kebajikan, kesihatan, teori genetik, teori fizik, teori biologi, cara hidup harmoni, semua tu ada. Hatta larangan untuk anak2 kecil masuk bilik tidur ibu ayah pun ada dalam surah an-Nur.

Maksud saya di sini, menelaah kitab tentang apa yang kita dakwahkan tu tak salah, kitab keselamatan, kitab fizik, kitab ilmu rumah tangga dll, tapi kenapa tak nak betul2 rapat dan kenal dengan kitab yang ibu kepada segala kitab?

Untuk menghafal, proses bacaan adalah berulang-ulang kali. Baca banyak kali. Bukan sekali dua.
Kenapa lebih utamakan hafal isi kitab dan biodata penulis tapi memperkecilkan hafal quran sunat saja?

Kenapa tak boleh tinggal Quran letak tepi dalam berdakwah? Sebab Quran tu sumber utama. (Ayat cakap dakwah wajib tu pun dari quran. Cara berdakwah pun ada dalam quran!) ironik. Masih memandang quran hanyalah benda sunat.

Allahuakbar.

Dakwah perlu ilmu. Ilmu datang dari sumber yang Nabi gariskan. Quran dan sunnah baginda serta khulafaa rasyidin. Juga ijmak dan qiyas.
Berpegang dengan sumber sohih, kamu tak akan sesat.

Kemudian, point yang kedua. Hafal quran bukan untuk "saya dakwah saya boleh keluarkan ayat. Petik je isu saya tahu ayat apa. Maka sayalah pendakwah yang hebat!"

HAISHH LAA. moga Allah lindung fikir macam tu.

Bukan. Bukan.
Ingat semula definisi dakwah.
Bukan bercakap berceramah menasihat dan bercerita. Bukan ini saja.

Jangan lupa, qudwah (role model) juga medium dakwah. Ikutan lebih berkesan dari percakapan. (Actions speak louder than words.)

Setiap masa berkepit dengan quran, jauhi benda lagha (pantang larang orang nak jaga quran - mana boleh berkumpul 2 benda bertentangan dalam satu rongga hati), maka percakapan akan terjaga, akhlak akan terbentuk, ilmu akan berkembang dan rasional, bukankah itu qudwah yang baik dari seorang ahli quran? Berdakwah melalui tindakan, bukankah itu tidak merugikan?

Sunat dapat dikendong, wajib dakwah tidak berciciran.

Ketiganya, hafal quran ialah proses. Bukan buka2 baca hafal tasmik habis dapat sijil.
Bukann. Bukann. Bukan.

Sepanjang proses itu, hati yang lemah akan kalah. Jiwa yang sempit akan menyepi. Jasad yang tidak mahu akan berhenti.

Proses itu mengajar disiplin.
Keikhlasaan.
Tiada istilah putus harapan.
Belajar mengekang diri dari hangat2 tahi ayam.
Belajar menentukan prioriti.
Belajar menjadi hamba yang sangat lemah. Lemah kerana tidak faham, lemah kerana tanpa izin Allah, satu huruf pun tidak mampu dihafal melainkan semuanya atas kehendak Allah.

Jadi, hafal quran bukan sekadar menyimpan koleksi huruf dan perkataan. Ada banyak hikmah tersembunyi.

Keempatnya, manfaat. Dikatakan, manfaat dakwah itu meluas untuk sekeliling manusia, tapi manfaat hafal quran hanya untuk diri sendiri???

Bertenang.

Ya, Alquran ialah teman kita dalam kubur. Tapi jangan lupa, pada hari kiamat, alquran akan datang pada para pembacanya, dan datang sebagai hujah mendakwa atau menyokong.
Dan dengan izin Allah, orang yang menghafal al-Quran diizinkan oleh Allah untuk memberi syafaat pertolongan pada manusia lain. Dengan izin Allah.

Allahuakbar. Kenapa berdakwah? Kerana sayang. Mahukan mad'u mendapat apa yang terbaik. Mahukan dia dekat dengan Allah.
Tapi jangan lupa, memberi syafaat itulah manifestasi cinta terbesar kerana dapat menyelamatkan orang yang ditolong itu dari api neraka ! (Dengan izin Allah)

Kesimpulannya,
# buat setakat termampu. Kalau mampu hafal surah fatihah, hafallah yang tu saja. Belum cuba belum tahu. Hafallah apa yan mudah dari Quran. Dan jaga. Jangan hilangkan dengan daki2 lagha.
# jadilah orang yang alquran dikendong, dakwah tidak berciciran. Dakwah sebenarnya memberi peringatan pada diri sendiri juga. Bukan untuk orang lain saja.
# quran, dia hidup. Tapi kita tak tahu. Tak boleh fikir. Hidup dia bukan macam hidup kita. Hanya Allah yang tahu bagaimana. Tapi percayalah dia ialah mukjizat. Miracle. Keajaiban. Darinya ada Allah izinkan kesembuhan, ada doa belajar, doa minta ampun, doa dapat pasangan baik zuriat baik, doa banyaak lagi. Dan insyaAllah akan dikabulkan. Hebatkan alquran?

"Oh, aku baca quran pagi tadi. Alhamdulillah lancar saja urusan hari ni. Magik. Dalam kelas faham, waktu solat tak perlu queue lama, siap kebetulan ada jemaah lagi. Dapat bonus aku solat jemaah hari ni. Padahal hari lain takda pun orang nak jemaah dengan aku... Bla bla."

Hurm. Tulisan ini untuk diri saya sendiri jugak. Banyak benda saya kena belajar lagi. Masa dah tak lama. Kematian akan muncul juga. Doa saya, moga dalam husul khatimah. Moga mati dalam keadaan iman tidak berbelah bagi pada Allah. Moga hidup dan mati sentiasa ada buah fikiran yang rasional dan tidak sesat. Allah, guide me all the time on your Path. Aminn.

"Eh, aku dah ingatkan orang supaya solat awal, mana boleh aku solat lewat! Dalam quran as saf ada tanya kenapa cakap apa yang tak dibuat." <- nampak perkaitan quran dan dakwah?? :) moga terus thabat.

ربنا لا تزغ قلوبنا بعد اذ هديتنا وهبلنا من لدنك رحمة

Moga Allah redha.

Saturday, November 17, 2012

Efbi (fb) dan dakwah ringkas

-bismillah-

Dakwah.

Setiap antara kita ada tanggungjawab dakwah. (: sampaikan apa yang baik.

Dan haruslah dalam usaha menyampaikan itu, ada ilmu dan kefahaman.
Kena tahu benda apa yang disebarkan, dan kena tahu sebab apa perlu orang lain lakukan.

Kadang saya terfikir, 'eh, benda simple macam tu pun nak bagitau orang?'

Contohnya, saya lah tu, 'hari ni sangat lapang. Alhamdulillah. Kalau Allah tak izin maka tak akan jadi kenangan hari ni.'
- status fb -

Eh status macam tak perlu saja ditulis.

But then, saya percaya, dalam situasi saya, tulisan begitu lebih besar kesannya dari saya menulis 'kita haruslah bersyukur dengan apa yang dilalui. Haruslah kaitkan kehidupan dengan apa yang Allah bagi.

Ingatkan orang pada Allah, moga kesannya kita tak mudah lupa Allah.
Oh Allahuakbar.

Saya ada seribu mad'u di fb.
Semuanya pelbagai latar belakang. Sekolah rendah, sekolah menengah agama, kawan2 program / kem / kursus / pertandingan, PLKN, kolej persediaan, universiti, adik beradik saudara mara, juniors dan seniors. Cikgu ustazah.
Saya mad'u mereka dan mereka juga dipertanggungjawabkan atas saya sekadar saya mampu.

Yang saya takut andai ada yang akan datang pada hari kiamat kalau saya tak kongsikan ilmu dan amalan yang saya tahu. 'Farhana apa kau ni kau tahu tapi tak pernah bagitahu aku. Tak bersungguh2 ingatkan aku.'
=____= Sobs. Saya sebenarnya takut dan resah tak tahu nak cakap apa bila tengok ada yang terlupa pakai stokin. Dan lain2 yang seangkatan.

Moga Allah ingatkan saya apa yang saya lupa.
Moga Allah ajarkan saya apa yang saya tak tahu.
Moga Allah ampuni dan baiki kesalahan saya.
Moga apa yang Allah izin saya tahu dan Allah izin saya faham, moga segalanya itu Allah izin saya istiqamah.

Kita, umat, satu komuniti, tak akan kuat tanpa bantuan dari Allah.
Allah jugalah sebaik2 tempat mengadu dan menolong.
Moga Allah jaga saya selalu.

Jangan lupa doakan untuk gaza. Bukan sekadar pesan, dah disertakan doa sekali. Tinggal untuk dibaca :)

Oklah,
Assalamualaikum.

Sunday, November 11, 2012

Catatan Memori

-bismillah-

Catatan Memori

Pandangan mata dan persepsi itu,
yang aku tahu, hadir bukan kerana nafsu.
Tapi itu adalah pesanan yang lahir dari hati yang takut akan Allah
dan ikhlas mahu menjaga.
Kalam2 yang terlontar dari jasad yang tidak letih dalam perjuangan.
Seakan wasiat Nabi yang diterjemahkan dalam hayat insan

Perasaan senang dan gembira ini, lebih layak untuk aku gembar-gemburkan pada Allah Tuhanku. 
Pada Muhammad S.A.W Nabiku.
Manusia halal untukku labuhkan cinta

Sebagaimana rasa ini membuak-buak mahu masuk syurga bersama-sama, 
maka lebih dalamlah rasa ini patutnya disalurkan pada Nabi.

Tak beriman seseorang kamu sehinggalah Allah dan Rasul dicintai olehnya melebihi sekalian yang lain.

Allah, jadikan aku mukmin.


Thursday, November 8, 2012

Menggapai yang terbaik itu

-bismillah-

Seorang sahabat berpesan pada saya, "buatlah yang terbaik untuk dapatkan yang terbaik."

***
Saya mahu menggapai sesuatu. Tak perlu diberitahu apa, tapi perkara itu sangatlah tinggi dan kerap kali rasa kekurangan dan serba tak layak.

Bukan sebab rasa sangat lemah tapi sebab orang lain sekeliling sangat kuat. Pendek kata, banyak calon yang lebih berhak.

Haha. Calon apakah? Jangan tanya. Anggap ja lah calon anugerah. Yang pasti saya tak bercakap soal jawatan di dunia.

:)

"Nak capai yang terbaik, buatlah yang terbaik."

Lillah. Bukan sebab dia.

:]

***
Perkara paling susah ialah nak maintain-kan perhubungan. Sekali orang tu saya anggap kawan, maka susah untuk saya ubah mindset untuk tukar statusnya dari kawan menjadi selain kawan. Kalau tak dapat tangkap, boleh juga saya maksudkan 'dari kawan susah untuk saya jadikan dia musuh'. Pun boleh.

***
Ada kawan cakap, "korang ready lah tahun 4 nanti."

Satu statement yang sangat menyentap jiwa yang tenang.

Ada sebilangan sahabat sudah dinyatakan perasaan kepada mereka. Dinyatakan.
Saya percaya diri mereka yang terlibat lebih tersentap daripada diri saya yang berada di luar situasi.

SubhanAllah.

Satu saja, saya tahu psikologi lelaki dan perempuan sangatlah berbeza.
Pada lelaki, menyatakan perasaan dan kehendak hati tak akan meninggalkan kesan yang besar.
Tapi pada perempuan, percayalah, selagi perkara itu belum terjadi maka selama itulah mereka akan berfikir tentangnya.

Pengurusan emosi perempuan lebih kompleks.

Jadi, point of this post ialah, sebelum sampai masa yang tepat, simpan hasrat hati anda wahai teman2 ku. =.= haa kan dah jujur.

Sebab saya rasa kepentingan memahami situasi itu perlu mendahului daripada kepentingan dan kehendak diri. Anda perlu faham bahawa perempuan menghargai dan mengambil kira setiap detail dan maklumat. (Sebab tu pilihan pakaian wanita luas spectrum warnanya.)

Niat nak tanya "ada orang ke belum?" boleh ditranslate-kan "alamak kena ready sebab dah nak kahwin pada masa terdekat" tau. Dahsyatnya dan kompleksnya fikiran. Maka tindakan orang yang berfikiran begitu juga akan kompleks, dan dahsyat.

Mandi tak sejuk. Makan tak rasa.

-.-

***
Perlu dijelaskan di sini, tak semua orang sama. Yang kuat dan tinggi EQnya akan mampu menguruskan emosi dengan baik.

Cuma nak berkongsi, pernah tahu pasal langkah yang diambil oleh satu pihak ni. Dia tunggu bakal isterinya tahu mengenai hasrat hatinya hanya selepas bakal isterinya itu tamat exam. Sebab dia tahu, tumpuan dan fokus akan mencapah jika ada perkara besar yang tak terduga muncul.

kalau esok tu exam besar, jangan kacau emosi orang yang anda ada hati tu. silap2 exam ke mana angau punya pasal.

Sorii tapi saya sayang kawan2 saya. Dont approach them kalau bukan sebagai yang boleh accessible dengan halal. Maksudnya, kalau perancangan dalam kepala lagi 3 tahun, bagus, tapi simpan dulu. Kalau tak, 3 tahun tu lah si pihak perempuan tu makan tak rasa mandi pun tak sejuk.

Selebihnya, minta dari pemilik orang tu.
"Allah, aku nak minta izin dari-Mu untuk aku bertanggungjawab ke atasnya dalam urusan dunia dan akhirat. Aturkanlah segala yang terbaik."

Ataupun untuk perempuan, keh3,
"Allah, aku nak minta izin-Mu supaya Kau izinkan dia sebagai orang yang bertanggungjawab ke atas ku dalam urusan dunia dan akhiratku."

Minta izin, kalau Allah kata tak boleh, maka tak boleh. Sebab ada pilihan yang lebih tepat dan berkat. :)

***
Ok. Satu lagi situasi. Buat kerja, masak, basuh, mengemas sebab nak latih diri jadi bakal isteri.

Bagus. Sangat optimistik.

Cuma, cuma... Cuma...

Buat kerana Allah, tiada apa akan tugi. Buat kerana manusia, anda akan dapat manusia tu sajalah. Macam hadis nabi tentang hijrah umm qais.

:]

Saya tak nak tengok kawan2 yang saya sayang kecewa bila terlalu mengharapkan yang sempurna.

Meletakkan pengharapan pada Allah 100% tak pernah salah. Tapi jangan lupa tawakal juga haruslah 100%. Berserah diri pada ketentuan Allah haruslah juga 100%.

Dan Islam ajar, usaha kena ada baru wujud tawakal.
Dalam usaha, tidak boleh membuta tuli. tidak boleh mengikut warisan. apa orang buat kita buat. bukan itu semata2.
usaha yang saya maksudkan,
cari consultation, bincang, dan nilai.
bukan tengok apa orang buat dari jauh, lalu ikut tanpa memikirkan situasi diri sendiri dan pasangan yang bakal tu.

selain dalami ilmu memulakan ikatan, dalami juga ilmu me-maintain-kan perhubungan. penting juga utk tahu apa yang menggagalkan perhubungan - supaya kita dapat hindari!

tawakal. berserah. siapa pun Allah bagi, believe in Him that this is a journey to syurga. no matter how perfect or how imperfect we are or the one we are expecting tu.

***
Beratkan fikir pasal orang lain?
:]

moga ringan bila fikir pasal sendiri nanti. ngehs.

Monday, November 5, 2012

I told them about it but it went back to me.

-bismillah-

Boomerang of dakwah. Ever heard about it?
it's just like 'I told them about it, but it went back to me. '

***
A young boy shouted in a crowd, "you have to bring umbrella everywhere you go! bcos it is dangerous out there!!".

A young lady who heard the talk by distance, nodded before taking an umbrella inside a cupboard. She wanted to go out.

After a while in the city street, the rain started to pour down. The lady with umbrella felt safe and thanked the boy for his reminder, also from distance.
The boy was glad to see many people with umbrellas in their hands in the rain. 'alhamdulillah, they are all safe,' he muttered them low.

The boy walked home happily. He got no umbrella in his hands, but he felt alright. After all, 'i have made their days!' he shouted excitedly. A young lady who walked pass him smiled and nodded as mutual respect.

The next morning, he had a yellow umbrella in his hands.
The moment he stepped out of his house, the rain poured down heavily. The wind blew so strong that he almost lost his grip on the umbrella. What was the worst, the lightning and thunderstorms seemed to await him in the front.

'no, i cant put down this umbrella. Why cant i count on my own words at the time where people are thankful and benefited from it?' the boy's heart ticked.

'why cant i have the drizzle? Why do i have to meet with the thunderstorms and lightning? Why it is me who have to put down my umbrella?' he shouted hard.

Suddenly he felt the rain water touched his face. His left arm ached with cramps. He saw that his umbrella was on the ground by his side. He realised that he was already lying on the watery ground! He had been strucked by a lightning!

"ouchhhhhh! Help! Help! Oh no, I cant move!" he tried hard to get up but he failed. He thought that he was paralysed. He shivered in cold in the pouring rain, waiting for some miracles to happen.

A black sillhoute appeared in his view. It was in the shape of an umbrella. Yes, it was a human watching him under an umbrella. He felt relieved that at last a man found him. He would be saved.

"I am here just to answer your question. I am not going to save you." a voice echoed above his face.

Under the umbrella shade, with contrast to the white sky, he couldnt see the face of the talking person. But he knew, from the tone of the talking voice, it was from an old man.

"What we have told other people to do, it is for the people who heard it. While for the one who delivers the message, he has to hear from somebody else too."

"Dont ever think you have had it enough when seeing others are following your advices, but worry much if you had not found anybody to listen to that you could follow."

"If you want only drizzles and hating thunderstorm, now i want to ask, do you prefer being the one who just listen to preachers or be the one who deliver the messages of dakwah?"

"Young man, be sincere and keep improving yourself, your knowledge and attitudes. Bear in mind that you are just not like the others when you choose to be the one who give good advices to them. To give is always better than to receive."

"And one more thing my son, dont ever think that you are the most kind and best person apart from others. Dont just study, but learn."

A young lady came into his view. Again, she smiled to him in acknowledgement. The boy smiled back, only to realised that he was still standing in front if his house. He touched his face and it was alright with no pain. Upon checking his cloth which was not even wet, he knew that just now he had listened to good advices.

He knew it from that day, GIVING advices to others must always be followed by SEEKING advices from others too.

***
selamat berdakwah, pada diri sendiri dan orang sekeliling.

Ingat Allah selalu, moga Allah jaga kita.
Moga apa yang kita sampaikan tak akan jadi ujian dan fitnah yang tidak tertanggung.

:)
- Posted using BlogPress


Saturday, November 3, 2012

When the dream comes true...

-bismillah-

Kalau kita tak pandai bermimpi, nanti bila mimpi itu jadi kenyataan kita akan cepat resah hati.

"Tu lah nak sangat, kan dah jadi betul."

Nak benda tu dulu, tapi bila dah dapat rasa takut pula. Seolah tak layak. Seolah tak perlu mimpikan impian itu pun sebelum ni.

Tapi saya percaya, sungguhpun tidak mengimpikan perkara itu, bila sampai masa Allah bagi, tiada apa yang boleh menghalang.

Tapi kena bijaklah membina impian. Kalau bina impian mengarut, memang lah best bila jadi kenyataan tapi rasa lagi baik sebelum impian tu jadi kenyataan.

:/

Manusia, bersyukurlah. Tak semua orang dapat apa yang diimpikan.

***
Kenapa manusia menggunakan alasan apabila buat sesuatu?

"Saya disuruh, jadi saya buatlah."
"Saya dah minta izin, jadi saya teruskanlah."

Padahal sebelum arahan dan keizinan tu wujud, tak pernah terfikir pun untuk lakukannya.

:/

Manusia dan agendanya.

Friday, November 2, 2012

catatan hidup

-bismillah-

kenangan catatan harian. :)

***
Dari jauh nampak ada orang lintas jalan.
"Assalamualaikum. Kak, rumah kat mana?"
"Tu depan tu." Alamak hari ni kena pada diri pulak jawapan tipikal dari akhawat irbid.
"Jom kami murakibkan..."

Yet not really a typical day. (:

"You are the doctor or the patient?" A starting joke from a cheerful receptionist to decrease my nervous breakdown of going markaz sihhi alone.

Met a future pharmacist while waiting. She's kind and we chat a lot until the doctor called my name - repeatedly. --.

Met a naughty boy with his friend on my way back - walking, no taxi. End up safe and sound walking triumphly (alhamdulillahhh) behind 3 big arabs musketeers :D
(3 syabab walking tough and steady and i just follow close behind).
With kids, dont fight but opt to flee.

Met a makcik (hajja).
Well respected by kids around. Felt safe walking by her side. Two small kids stopped playing with the ball when she passed the way - with me following too close behind her hehe.
We talked a bit. She asked about zakat and i said we the Malays pays for the malaysian asnaf. She was shocked to know i have a total of 6 years in here insyaAllah. May Allah grants her doa for me.

Lastly, met the juniors. Alhamdulillah.
"Oh Allah grant me the best Accompany on my way back home," and that was how the first sentence of this piece of writing started...

***
bangunan yang tinggi tu, hospital universiti king Abdullah. bangunan rendah m4 tu, kelas kuliah universiti. tingkat paling atas ialah level 0. makin ke bawah tingkat negatif. hehe. 

Saya teringin nak masuk tengok ward hospital KAUH. 

Tapi saya tak nak lah jadi pesakit. nikmat sihat tu nikmat yang tak boleh dipandang sebelah mata.
Allah plan, sahabat saya lalui pembedahan pada hari lahir dia di hospital.
Allahuakbar. Alhamdulillah operation succeed, dan mission saya nak masuk melawat hospital pun Allah izin succeed. :DD

***
ni ahli usrah saya :D too special to be exposed :P haha *nanti ada org tanya why why why. subjective.

saya nak jadi ahli usrah yang terbaik.
dan sekarang saya faham sebab apa Allah hantar 2 naqibah dalam kumpulan usrah saya. 
sebab banyak tugas yang saya tak terbuat di-cover oleh sahabat seperjuangan.
Allah, ikatkan hati-hati kami hingga ke Jannah, jangan biarkan ukhwah kami dicemari bisikan syaitan.

***
"posttraumatic injury"

pernah dengar ?
post- lepas
trauma - luka, cedera. bukan fobia macam yang orang melayu maksudkan. 'eh, aku trauma lah nak naik motor lepas excident.' salah faham tu kalau anda pergi wad kecemasan. 'trauma' yang dimaksudkan di wad kecemasan ialah kecederaan yang menyakitkan, luka ke, terhantuk ke dan lain-lain.
injury - kecederaan

hurm. saya pernah tersadung kaki dan terjatuh. sorang diri. (sebab tu saya sayang irbid). ironic kan.

malam tu tak rasa apa2. esoknya rasa sakit ibu jari kaki kanan.
pergi check, x-ray, then lega sebelum makan ubat pun. pelik.

seminggu lepas tu, kaki kiri (upper part of metatarsal) bengkak. jalan sakit. lari lagilah sakit.
sampai sekarang tak boleh jalan laju2 macam selalu buat. 

dan petang ni akan melalui jalan yang sama lagi. :] ke dewan kindi.

jalan yang ingatkan saya, saya pernah satu masa dulu ada di atas tanah, bawah cahaya lampu. dua tangan melekap di tanah. sebelah lutut didirikan. jatuh macam orang get set nak lari. jatuh sebab tersepak besi pondok bas yang gelap terlindung cahaya lampu bawah bumbung. kiranya posisi saya bawah lampu yang cerah. you can never imagine it tho.

masa tu, saya fikir balik.
"farhana, salah ke tujuan kau datang ke majlis ini (malam tu)?
tajdid niat. tajdid niat. ni Allah nak tegur ni."

malam tu jadi photographer. hehh. alhamdulillah dslr selamat dalam bag belakang. -.-'

dongak atas dan ada tiang lampu sedang tengok saya balik. haha. sadistic oh!
-ni ambil dr google-

***
kenapa saya cakap banyak hari ni?

sebab irbid ada banyak cerita untuk dikongsikan. :)

doakan segala yang terbaik. :D


Perempuan berkalung serban

- bismillah - Because i believe marriage is about growing each other's potential, Creating independence over dependence, Tolerance, p...