Thursday, October 4, 2012

Untuk setiap keadaan. Comfort zone.

-bismillah-

Hidup menuntut kematangan.
Dan kematangan terbina dengan pengalaman dan keterbukaan, bukan dengan pertambahan umur semata-mata.

Jangan takut untuk berkomunikasi.
Jangan letakkan mindset, "alamak, english! Habislah aku."
"Alah, lecturer cakap arab. Tak paham lah nanti. Konfem tercengang dalam kelas."
Bukanlah itu menyerah sebelum berlawan?

Apa maksud lawan ketakutan diri?
Bukan maksud cakap besar, bukan rasa bagus, tapi keluarlah dari comfort zone.
Lawan. Lawan dengan strategi, bukan lawan dengan menyempitkan pemikiran sendiri.

Hidup untuk mencari jalan selamat di sana.
Itu lebih utama.

Allah akan terus menguji. Kerana hamba2 ini masih belum mengerti. Ah lemahnya manusia2 ini! Usah disebut nilai dan pandangan manusia yang tinggi kalau jasad dan hati di sisi Allah tak pernah belajar dari tarbiah-Nya.

موْمن قويّ احبّ ال ا الله من موْمن ضعيف
Orang beriman yang kuat lebih disukai oleh Allah daripada orang beriman yang lemah.

Lemah bagaimana? Fikir.

Yang penting lawan kepada lemah ialah kuat. Fokuskan kepada menjadi mu'min yang kuat.

Kuat bagaimana ? Fikir lagi.

Kunci menjadi kuat ialah islah diri. Letakkan standard diri, aku bukan orang yang lambat, aku bukan orang yang tidur lepas subuh dan asar dll. Patuhi indikator standard diri, kalau ada hari yang prestasi kurang dari paras standard diri, maka guna peluang keesokan harinya utk jadi lebih baik.

Jangan takut akan prestasi yang lemah kerana itu hakikat hamba. Dan prestasi yang lemah memberi peluang untuk islah diri.
Cumanya, sekali lemah tidak mustahil untuk lemah berkali2 lagi. Jadi lebih elok elakkan dari awalnya.

Aim untuk sentiasa menjadi yang terbaik.
Jangan lupa hak Allah, hak pada diri.
Tolong orang yang perlu, jangan lupa tolong diri sendiri dulu.
Dan Allah jugalah sebaik2 penolong kepada semua.

Moga Allah redha.


- Posted using BlogPress


No comments:

Post a Comment

Perempuan berkalung serban

- bismillah - Because i believe marriage is about growing each other's potential, Creating independence over dependence, Tolerance, p...