Monday, October 22, 2012

Genetics

-bismillah-

"When we repair our relationship with Allah, Allah will repair everything else for us." Quoted.

Nak cakap, kata2 atas ni bukan untuk kita rasa hubungan kita dengan Allah sangat bagus, tapi cuba pandang bahawa Allah akan tolong apa2 saja kerja kita yang lain.

(:

Kawan saya msg bagitau saya kena jadi 'perantara' untuk kelas tambahan batch kami. Mula nya rasa macam =______________=.
"Dah tanya orang lain? Dah tanya syabab?" Macam2 saya reply. Hehh.

Lama2 try tanya kak senior, kawan2, diorang cakap teruskan je lah. Bukan perlu jadi orang paling master baru boleh berkongsi kat depan.

Malam tu pun, saya reply lagi pada kawan tadi. "Ok insyaAllah saya tolong. Kalau salah atau sangkut tolong betulkan bla bla."

Esoknya pergi kelas dengan kepala banyak perkara untuk fikir.
Alamak nak present malam ni tak habis cover lagi. Semalam sempat study tajuk depan ja.

Nampak kawan yang msg tu dalam coaster. "Awak, malam ni tak jadi, syabab bentang semua chapter."

Terkejut. Dua saat, lepas tu, "ohhhh leganya dengar!" Dalam hati senyum girang sampai depan kelas.

Malamnya, di kelas. Sahabat yang gantikan tajuk saya bentang dengan sangat baik. Semua tajuk nampak diorang ringan tulang.

Tengah belajar, perasan ada benda tak disebut. Semalam saya study nampak dalam nota doktor cakap 'know to differentiate between each nucleotide base. know the numbering.'

Lepas tu baru saya tahu Allah arrange-kan event supaya orang yang betul bersedia - kawan yang ganti saya tu - yang sampaikan pada kawan2. Dan Allah nak suruh saya tambah sikit apa yang termiss.

Fikir balik, dua saat saya terkejut tu agak kecewa sebab, eh aku dah buat preparation dah semalam. Kenapa tak jadi pulak?

Lepas dua saat, saya happy semula sebab fikir, oh Allah knows how much i am not ready!
Dan saya happy sebab saya tak perlu tuang kelas review pharma untuk study genetics. (:
Dan alhamdulillah tak rugi buat preparation sebab bila diajar rasa macam... 'Haa benda ni lah semalam. Oh yang ni lah yang pening semalam... bla bla.'

Hihiii. Exam genetics. Banyak sangat. Moga Allah izin usaha dan natijah yang terbaik. Alhamdulillah alaa kulli hal. Doakan segala yang terbaik. Doakan moga makin tambah khauf dan rajaa.

Amiin :)

Dan berbalik semula pada quote di atas, kalau bukan kerana rahmat dan kasih Allah, tak akan wujud repair system dalam DNA replication.

Repair system maksudnya ada enzyme khas yang semak semula DNA kita ni betul ke salah susunan. Kalau salah susun boleh jadi penyakit macam2. Kebanyakan penyakit keturunan disebabkan kacau bilau dalam DNA.

Dalam keadaan tak sedar sangat hubungan dengan Allah kuat ke lemah pun ada repair system untuk semua makhluk, kalau kita betul2 jaga dan mantapkan fuhhh lagilah osem.
SubhanAllah. :)

Allah sangat baik.

- Posted using BlogPress


No comments:

Post a Comment

Perempuan berkalung serban

- bismillah - Because i believe marriage is about growing each other's potential, Creating independence over dependence, Tolerance, p...