Skip to main content

Catatan setahun di irbid.

-bismillah-
*post ni sangat self-centered. Minta maaf awal2. (Y)

Jujurnya saya suka banyak connections. Banyak kawan dan kenalan. Bukan sekadar tahu nama, tapi yang boleh saling menghormati.

Alhamdulillah sepanjang setahun di bumi irbid ni, walaupun tak kenal semua, tapi saya target dah lepas separuh 50%, akhawat. Syabab? 10% kot, tu pun serius dah rasa banyak -.-

Cumanya rasa tak best bila,
"Awak farhana kan?"
Tapi saya tak kenal / ingat nama orang yg tegur tu.
Kalau saya jadi dia akan rasa tak dihargai pulak.
Tapi saya jujur sket, saya tanya balik namanya kalau saya x ingat. Moga2 next time jumpa boleh ingat, tak perlu nak pura2 ingat dan kenal sengih salam sembang macam tak da perasaan bersalah.

Dan jujurnya juga saya risau, bilangan 10% tu.

Haha mak mesti gelak kalau baca ni.
Dulu pernah cakap kat mak, "adik takutlah mak, nanti adik masuk univ adik akan kena culture shock ke apa ke."
"Awat?"
"Sebab tak pernah berkawan dengan kawan laki. Lepas tu adik ada satu confession."
Spill.
"Adik pi kelas tusyen luar tu antara sebab lain ialah nak rasa suasana pembelajaran dengan kawan lain jantina."
"Habis tu apa adik dapat?"
"Observation. Kawan laki sebenarnya suka bersaing dalam kelas. Dan depa sangat cepat buat kerja. Kalau kat sekolah cikgu nampak kehadiran adik, kat tusyen adik kena mula balik dari bawah. Sebab mostly cikgu tu cikgu sekolah depa dan dah kenal lama."

"Kawan perempuan pulak banyak diam kat tusyen. Kalau kat sekolah ramai suka cakap dan bagi jawapan tanya soalan kuat2. Mungkin sebab segan. Adik pun diam."

Memang keluar dari comfort zone.

Dan alhamdulillah di plkn saya survived. Allah yang tolong tenteramlan hati yang neves sebab lekeh tak pernah buat aktiviti lasak. Pokoknya, soft skill adalah segalanya di plkn, bukan akademik macam kat skolah.

Sebab tu time masuk intec lepas plkn, saya lambat sket nak tune otak suruh study. Hehh. Dapat lah satu subjek bukan A -.-
esk.

Kat jordan ni?
Soft skill penting. Akademik pun penting!

Ramai orang pesan, usaha study jangan tinggal, biar apa2 pun amanah dan jawatan. Biarpun apa2 penglibatan.

Saya suka cari role model. Dan alhamdulillah ramai2 kakak2 abang2 yang aktif bagi sumbangan pada masyarakat dan masih on track.
InsyaAllah saya ikut yang baik dan akan terus doakan untuk kalian.
SubhanAllah, Allahumma ij'alna lisana sidqin fil akhirin... Amiin.

:)

Bila tengok balik, kejayaan mereka hari ni bukan semudah memetik jari. Mereka juga belajar apa yang saya belajar, hafal, malah mungkin melalui jejak dan tapak yang sama.
Moga Allah murahkan rezeki buat saya juga.
Amiin.

Bila tengok senior2 jaga adik2 mereka, saya rasa sangat beruntung menjejak dan hidup di sini.
Buat bukan atas agenda tersembunyi. InsyaAllah.
Datang turun ke program untuk berkongsi pengalaman (back to school), hantar adik junior yang tak tau balik rumah, naik teksi walaupun dalam perjalanan ke tempat lain (masa first year dulu -.-), uruskan program (mhs, convention mentor, seminar pertama, banyak lagi lahh), semua tu ajk pengurusan bukan buat untuk diri sendiri, tapi untuk kemudahan peserta juga... Kita lah tu.
Dulu saya tak pernah ambil tahu penat lelah semua ni sehinggalah saya join skaki jadi penolong kecilan dalam program2. Hehh. Serius penat.

Selain senior, terharu juga kawan2 sama umur yang banyak tabur jasa. Lagi2 hal murakib (balik malam kena ada orang teman supaya kurang risiko diapa2kan).
Saya pun hairan apa yang menyebabkan mereka sanggup escort balik rumah yang jauhnya 15 minit perjalanan pada malam hari...melainkan mereka orang yang bertuah kerana dipilih Allah untuk diringankan hati dan langkah mereka! Tindakan yang memberatkan timbangan! SubhanAllah.

Tahun lepas bentang fiqh medik. Perbincangan pasal isu perubatan dan dari segi feqahnya. Kumpulan saya dapat tajuk fiqh wanita II.

Akademi al-fateh.
(: program yang menuntut diri ini supaya jangan hangat2 tahi ayam dalam apa2 keadaan sekalipun. Hihii

Tamhidi al-quran.
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Hanya Allah yang beri kekuatan untuk melangkah pergi pada setiap pagi sabtu, tambah2 bila esok tu exam. Allahuakbar. Hafazan, Allah yang tolong. Moga Allah izin kenangan indah lagi rasa sangat2 perlukan bantuan Allah pada setiap masa.

Azzikr.
Ramai orang berbangga dengannya. Bukan saya tak bangga, tapi ini akan jadi fitnah pada diri kalau saya banggakan. Saya boleh pilih untuk bangga hari ni atau pilih untuk bangga hari akhirat nanti. InsyaAllah.
Doakan thabat. Sedih juga menjadi orang yang paling tak labuh tudungnya dalam kalangan kakak2. Huhuhu. Tak pe lah, selagi saya pakai inner tudung supaya x nipis (dan tahan sejuk haha), saya yakin saya boleh solat dengan pakaian yang saya pakai, saya akan teruskan. Teguran penuh hikmah dialukan utk kebaikan saya juga. Sebab tak best juga kalau saya pakai imej tudung labuh semata2 untuk manusia. Dah pernah try, serius tak best. --.

Kelas arab ammi.
Diajar oleh senior2. Tak pernah full attendance sebab clash dengan kelas quran. Alternatif? Cari kawan kat jamiah (saya tak minat cakap english dengan kawan arab - slang lain oh). Dan tahun ni belajar sikit2 pasal budaya arab. Diorang suka bagi salam. Naik teksi kalau tak bagi salam maka itu satu keaiban. Mak cik2 tepi jalan pun akan senyum bila kita bagi salam.
Dan, tips penting.
Kalau ada makcik2 yang cuba niat tak baik, kalau kita bagi salam dia tak jawab tu, haaa larilah cepat2. :))
Budak2 pun sama. Orang yang jahat x akan diizinkan Allah terima salam.
Dengan syarat, jangan anggap salam sebagai budaya, tapi ibadah. :)

Meetings.
Saya suka meeting yang ada perbincangan, bukan sekadar tulis dan terima arahan. Ustaz saya pesan, apa tujuan kamu Allah letakkan dalam satu2 tempat @ organisasi? Supaya kamu bawa biah solehah. InsyaAllah saya akan ingat tu di samping melaih diri jadi mukmin yang pro. Hoho.

Pernah juga meeting kecil. Saya ajak buat kat library. Tempat paling terbuka dan tengah2 laluan. Sebab teamates saya 2 lelaki 2 perempuan.
Tak best juga orang nampak duduk semeja. Mana biah solehah nya farhana?
Tapi saya percaya itu lebih baik dari duduk ceruk? Erk.
Hurm, sadly, saya nampak ada adik first year tadi semeja 3 orang. Tepi tingkap sudut bangunan. Nak tegur, tapi saya pun tak tahu apa yang perlu dicakapkan. Kakak yang sadis.
-.-

Hurm. Panjang.

Tadi nak lintas jalan, saya menggigil angin kuat dan sejuk sebab lepas asar dah, ada adik2 comel 2 orang tengah makan aiskrim. Sejuk. tapi alamak sambil berjalan. Again, kalau nak tegur nak cakap apa? Tapi diorang senyum dan sengih pada kakak seislam ni walaupun tak kenal lagi. Sambil melintas. SubhanAllah. :) moga Allah zahirkan akhlak yang baik pada diri saya juga.

Ada lagi.

Tapi biarlah. (:
Moga Allah berkati. :D
Doakan Allah izin saya jadi doktor perubatan yang terbaik! Yang boleh bawa biah solehah dalam diri dan sekeliling.
Amiin.


Comments

  1. Salam....found ur blog while blogwalking....
    bertuah sangat awak dapat belajar oversea, medik plak tu...good luck....Allah will always with u....;)

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah. Amiin :) may Allah bless and guide all of us, always :))

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Aidilfitri

- bismillah -Alhamdulillah. Hujan mengiringi permulaan syawal, yg dituntut kita mulakan dengan membesarkan Allah dan mensyukuri nikmatnya, dengan takbir dan tahmid di malam raya.CUTI NAIK TAHUN AKHIRBerpeluang 'berehat' daripada suasana universiti, tidak bermakna perjalanan menuntut ilmu medik perlu berehat juga. Alhamdulillah, sempat menimba pengalaman 3 minggu menjalani praktikal secara elektif di jabatan kecemasan hospital negeri, atas inisiatif sendiri. Tempoh yg singkat itu pasti tidak menjamin 100% penguasaan skil dan asas medikal, namun cukup bermanfaat untuk memperjelas persepsi dan tanggapan terhadap suasana bekerja di bahagian kecemasan, mempersedia mental dan fizikal berdepan situasi mengerikan, malah membina keyakinan untuk 'tidak malu' menuntut ilmu dari semua golongan, doktor, staf dan pesakit.ELEKTIF DI A&E DEPARTMENT3/4 ramadan dilalui dengan refleksi cerita2 kehidupan. Bukan saja berpeluang menyaksikan detik2 kecemasan seperti sesak nafas, sakit da…

Anak yang berbakti

- bismillah -Alhamdulillah. Hari ke-3 tagging dengan doktor SM di internal medicine. Pulmunologist. Hari ni saya semak senarai pesakit doktor, ada nama familiar, rupa2nya ayah doktor.Patutlah, sejak semalam doktor kalut2 lepas habis ward round still talking over the phone pasal sorang pesakit lain, padahal ada 3 orang patients saja under doktor di wad.Ayah doktor dah tua, sakit macam2. History, anak dia yang tulis, ma shaa Allah lengkap berjela panjangnya. PE, lagi2 rectal exam, anak dia yang buat, dan tak bagi kami masuk. Anak dia aturkan susu nak makan pukul berapa, siap tulis satu2 bagi dekat nurse pukul berapa feeding. Ubat dosage, milk feeding, test, semua doktor decide. Doktor specialist bahagian paru2, ayah dia sakit mostly bahagian general medicine, tapi doktor yang in charge. Sekejap2 dengar doktor call blood bank, call consultant hemato utk anemia ayah dia, call another doctor cakap pasal finding rectal exam, call sana sini utk minta pendapat doktor2 pakar lain...He showed s…

Sabar yang indah

- bismillah -Alhamdulillah. Hari ni hari ke-3 tagging dengan dr hemato-oncology. Ada pesakit macam2, kebanyakannya utk chemo. Sedih, kesian, bersyukur semua ada. Hari ni dr specialist takda, jadi round dengan dr resident. Dia tak cakap banyak, tapi bila ada masa seperti masa mennggu doktor lain join, dia akan tanya2 soalan (ini yg kita mahu haha). Dan bila students tanya soalan, dia akan jawab panjanggg bukan sepatah hehe.Mendoakan dia jadi specialist juga nanti in shaa Allah.Ada sorang patient saya, dia kerja setiausaha, suatu hari lenguh2 sakit pinggang, lama2 melarat hingga ke kedua-dua belah kaki. Sakit apabila berjalan. Sampai satu tahap, dia tak boleh gerakkkan kakinya langsung. Tiba2 dia lumpuh! Spinal cord compression. Due to complication of multiple myeloma.Sebenarnya dia ada kanser darah. Tapi tak pernah diketahui. Tahu2 kanser tu dah merebak ke tulang pinggang dan tulang belakang, dan merata lagi (axial skeleton). Banyak investigations dan buat dan dia jalani chemo.Sewaktu …