Sunday, October 28, 2012

alhamdulillah. kenangan. memberi vs menerima.

-bismillah-

semakin kita menyukai seseorang, semakin banyak kelemahan yang bertandang pada pandangan.
semakin kita membenci kehadiran seseorang, semakin banyak kali pula pertemuan.

syaitan akan mematikan apa yang patut hidup,
dan syaitan juga akan menghidupkan apa yang patut mati.

sebelum berkahwin, orang akan mengimpikan "itu dan ini".
persoalannya selepas berkahwin, mampukah bersabar dengan perkara di sebalik "itu ini" yang tidak diketahui?

kalau hidup, berkahwin dan bekerja kerana Allah, tiada sebab untuk berputus asa dari rahmat-Nya.

***
apa yang membezakan kamu dan dia?
jawabnya, kamu suka membanding-banding dan dia tidak begitu.

***
ikutkan nafsu, kehendak yang membuak, seakan mahu lari dari dunia dan hidup abadi di akhirat sana. tiada risau. tiada sedih. tiada kecewa. hanya ada kesyukuran dan kebahagiaan.
hanya ada demand dari diri sendiri, bukan demand dari orang lain.

merindui kampung halaman di syurga. moga Allah izin.

mati bukanlah tiket ke syurga. itu hakikatnya!
sedangkan membunuh diri terus menempah azab di neraka. nauzubillah.

tapi Islam mengajarkan kita, indahnya MATI apabila HIDUP di dunia kerana Allah.
pujuk diri, mengetahui kepenatan ini bukan sia-sia.
hakikat kesabaran ini satu pengorbanan.
hakikat masa yang terisi moga dibuahkan keberkatan.

sabar, sabar dan bersabar.
sabar bukan menunggu.
sabar bukan membentak.

detik ini,
masih belum bersedia memenuhi demand orang. 
masih belum terdetik rasa berlapang untuk menabur khidmat. 
masih belum sudi untuk berkongsi.
masih belum sedia untuk difahami dan memahami.

kerana saya percaya, manusia sifatnya mengecewakan.
sebaik-baik balasan hanya boleh claim dari Allah, pencipta saya.
dan selagi rasa 'mahukan balasan' ini masih ada, saya tahu saya belum ikhlas memberi.
dan saya belum ikhlas untuk memulakan.

tak tipu.

eloklah saya asingkan diri dari medan khidmat bakti ini.
izinkan. 
moga rasa itu kembali pada Allah. 
maaf, kau wahai rasa, hadir saat hidupku masih dalam takungan menerima.
masih dalam takungan diterima.
masih dalam usia tidak mahu mengerti dan tidak mahu memahami.

moga Allah permudahkan ikatan-ikatan pinjaman ini.
moga Allah dekatkan hamba yang lemah ini dengan sebaik-baik Pergantungan.
siapalah aku untuk memutuskan perjalanan ini.

sedih pula entah bila akan keluar dari lingkungan mentaliti ini.

moga Allah izin untukku ucapkan, "alhamdulillah, segala puji bagi Allah Tuhan yang menghilangkan segala kesedihan kami pada hari ini." di akhirat nanti.

amiin.

***
sepanjang hari diperuntukkan untuk kerja sampingan. alhamdulillah semua selesai dengan izin Allah.
untuk kenangan saya masa depan, 
-hantar laporan biro 
-siapkan artikel photography
-draft laporan aktiviti batch
-dapatkan semula first aid

cuma penat memenuhi kehendak manusia.
rugi kalau saya buat kerana memenuhi kehendak manusia.
untung jika saya tahu itu amanah yang minta dipertanggungjawabkan.

saya percaya, jika saya berusaha mudahkan urusan orang, Allah akan izin urusan saya di akhirat akan jadi mudah.
selamanya, hanya pada Allah setiap amal dan perbuatan akan saya minta balasan.
walaupun saya tak minta, Allah akan sentiasa bagi.

Allah paling memahami.

dan saya tak boleh bayang hidup tanpa bakti.
juga takut memikirkan hidup di medan bakti nanti. - doktor, isteri, ibu.
cukuplah saya optimumkan sekarang, medan menerima dan separa memberi - anak, kawan, sahabat, kakak dan sebagai adik
paling utama, HAMBA. sepenuhnya medan menerima. tak layak untuk memberi.

:)

***
hari ni ada kakak senior call, "daging korban telah disembelih. boleh datang ambil di puskom lepas asar."

alhamdulillah :)

dan Allah rancang lebih baik, tiga perkara yang saya perlu keluar rumah hari ini dan pergi ambil juga hantar, semua tu diuruskan oleh orang lain yang Allah pilih.

terkejut juga dengan kehadiran sahabat yang menghantar buku kerja ke pintu rumah.
terharu dan bersyukur dengan petugas2 ladang yang memproses daging korban dan datang hantar ke rumah.
dan Allah izin dapat ketua yang sangat faham. terima kasih kawan!
dan Allah izin skype dengan mak, ayah dan kakak juga alyaa dua kali hari ni.
moga setiap amal kalian, setiap kredit masa dan wang, moga semuanya ALLAH limpahkan ganjaran.

Allah sudah mudahkan urusan saya berganda-ganda sebelum Allah minta saya pinjamkan masa malam ni untuk bekerja. dalam keadaan sahabat lain study. 
T_T
ikhlas farhana. malu dengan Allah. doakan Allah izin saya study kualiti dan penuh berkat.

Allah sebaik-baik Tempat meminta :)

selamat hari raya aidiladha. maafkan salah silap saya. terima kasih pada semua bakti kalian buat saya. hanya Allah mampu balas dengan lebih baik.

jangan tanya saya kenapa ada ayam atas kepala Ching. :) ya, ini Ching, kawan Pucca.
p/s gembira bila Allah bagi ipad pada mak & ayah melalui kakak. moga melimpah2 kurniaan Allah di syurga nanti. moga lebih besar gembiranya saya hari ini apabila giliran saya pula memberi di sana. moga Allah izin. amiin.


2 comments:

  1. gembira Allah jumpakan sy bblog merah berisi kebaikan dengan izinNya , Assalamualaikum :)

    ReplyDelete
  2. :) alhamdulillah

    "blog merah berisi kebaikan" doakan berterusan ^^

    ReplyDelete

Perempuan berkalung serban

- bismillah - Because i believe marriage is about growing each other's potential, Creating independence over dependence, Tolerance, p...