Sunday, October 28, 2012

alhamdulillah. kenangan. memberi vs menerima.

-bismillah-

semakin kita menyukai seseorang, semakin banyak kelemahan yang bertandang pada pandangan.
semakin kita membenci kehadiran seseorang, semakin banyak kali pula pertemuan.

syaitan akan mematikan apa yang patut hidup,
dan syaitan juga akan menghidupkan apa yang patut mati.

sebelum berkahwin, orang akan mengimpikan "itu dan ini".
persoalannya selepas berkahwin, mampukah bersabar dengan perkara di sebalik "itu ini" yang tidak diketahui?

kalau hidup, berkahwin dan bekerja kerana Allah, tiada sebab untuk berputus asa dari rahmat-Nya.

***
apa yang membezakan kamu dan dia?
jawabnya, kamu suka membanding-banding dan dia tidak begitu.

***
ikutkan nafsu, kehendak yang membuak, seakan mahu lari dari dunia dan hidup abadi di akhirat sana. tiada risau. tiada sedih. tiada kecewa. hanya ada kesyukuran dan kebahagiaan.
hanya ada demand dari diri sendiri, bukan demand dari orang lain.

merindui kampung halaman di syurga. moga Allah izin.

mati bukanlah tiket ke syurga. itu hakikatnya!
sedangkan membunuh diri terus menempah azab di neraka. nauzubillah.

tapi Islam mengajarkan kita, indahnya MATI apabila HIDUP di dunia kerana Allah.
pujuk diri, mengetahui kepenatan ini bukan sia-sia.
hakikat kesabaran ini satu pengorbanan.
hakikat masa yang terisi moga dibuahkan keberkatan.

sabar, sabar dan bersabar.
sabar bukan menunggu.
sabar bukan membentak.

detik ini,
masih belum bersedia memenuhi demand orang. 
masih belum terdetik rasa berlapang untuk menabur khidmat. 
masih belum sudi untuk berkongsi.
masih belum sedia untuk difahami dan memahami.

kerana saya percaya, manusia sifatnya mengecewakan.
sebaik-baik balasan hanya boleh claim dari Allah, pencipta saya.
dan selagi rasa 'mahukan balasan' ini masih ada, saya tahu saya belum ikhlas memberi.
dan saya belum ikhlas untuk memulakan.

tak tipu.

eloklah saya asingkan diri dari medan khidmat bakti ini.
izinkan. 
moga rasa itu kembali pada Allah. 
maaf, kau wahai rasa, hadir saat hidupku masih dalam takungan menerima.
masih dalam takungan diterima.
masih dalam usia tidak mahu mengerti dan tidak mahu memahami.

moga Allah permudahkan ikatan-ikatan pinjaman ini.
moga Allah dekatkan hamba yang lemah ini dengan sebaik-baik Pergantungan.
siapalah aku untuk memutuskan perjalanan ini.

sedih pula entah bila akan keluar dari lingkungan mentaliti ini.

moga Allah izin untukku ucapkan, "alhamdulillah, segala puji bagi Allah Tuhan yang menghilangkan segala kesedihan kami pada hari ini." di akhirat nanti.

amiin.

***
sepanjang hari diperuntukkan untuk kerja sampingan. alhamdulillah semua selesai dengan izin Allah.
untuk kenangan saya masa depan, 
-hantar laporan biro 
-siapkan artikel photography
-draft laporan aktiviti batch
-dapatkan semula first aid

cuma penat memenuhi kehendak manusia.
rugi kalau saya buat kerana memenuhi kehendak manusia.
untung jika saya tahu itu amanah yang minta dipertanggungjawabkan.

saya percaya, jika saya berusaha mudahkan urusan orang, Allah akan izin urusan saya di akhirat akan jadi mudah.
selamanya, hanya pada Allah setiap amal dan perbuatan akan saya minta balasan.
walaupun saya tak minta, Allah akan sentiasa bagi.

Allah paling memahami.

dan saya tak boleh bayang hidup tanpa bakti.
juga takut memikirkan hidup di medan bakti nanti. - doktor, isteri, ibu.
cukuplah saya optimumkan sekarang, medan menerima dan separa memberi - anak, kawan, sahabat, kakak dan sebagai adik
paling utama, HAMBA. sepenuhnya medan menerima. tak layak untuk memberi.

:)

***
hari ni ada kakak senior call, "daging korban telah disembelih. boleh datang ambil di puskom lepas asar."

alhamdulillah :)

dan Allah rancang lebih baik, tiga perkara yang saya perlu keluar rumah hari ini dan pergi ambil juga hantar, semua tu diuruskan oleh orang lain yang Allah pilih.

terkejut juga dengan kehadiran sahabat yang menghantar buku kerja ke pintu rumah.
terharu dan bersyukur dengan petugas2 ladang yang memproses daging korban dan datang hantar ke rumah.
dan Allah izin dapat ketua yang sangat faham. terima kasih kawan!
dan Allah izin skype dengan mak, ayah dan kakak juga alyaa dua kali hari ni.
moga setiap amal kalian, setiap kredit masa dan wang, moga semuanya ALLAH limpahkan ganjaran.

Allah sudah mudahkan urusan saya berganda-ganda sebelum Allah minta saya pinjamkan masa malam ni untuk bekerja. dalam keadaan sahabat lain study. 
T_T
ikhlas farhana. malu dengan Allah. doakan Allah izin saya study kualiti dan penuh berkat.

Allah sebaik-baik Tempat meminta :)

selamat hari raya aidiladha. maafkan salah silap saya. terima kasih pada semua bakti kalian buat saya. hanya Allah mampu balas dengan lebih baik.

jangan tanya saya kenapa ada ayam atas kepala Ching. :) ya, ini Ching, kawan Pucca.
p/s gembira bila Allah bagi ipad pada mak & ayah melalui kakak. moga melimpah2 kurniaan Allah di syurga nanti. moga lebih besar gembiranya saya hari ini apabila giliran saya pula memberi di sana. moga Allah izin. amiin.


Thursday, October 25, 2012

Aidiladha kedua di sini

-bismillah-

By the time i started writing this, my batchmates were bertakbir di ruang tamu. Allahu.

Islam datang dalam keadaan asing, dan akan berakhir juga dalam keadaan asing.
Beruntunglah menjadi orang yang asing.

Allah chooses who He wanted.
I believe in that.
May Allah choose me for jannah.
Amiin

P/s i just cant join the crowd. I believe Allah planned that.
I believe in everything He puts me in.
May that the belief and trust last till the last breath.

Allahumma tsabbit aqdamana.

Selamat hari raya aidiladha.


detik hati pada zarai3 - tak sedap hatilah tengok tuuuuu

-bismillah-

"Benda yang susah, once kita mudah-mudahkan, akan hilang sensitiviti. 
Pharma. Tolerance. Physiological dependence. Maksudnya, nak lagi. 
Kasarkan status ni? Sebelum kena pada diri sendiri. Mungkin."


""kenapa rasa (bukan perasaan -.-) tu muncul? buat ganggu fikiran saja."


menghargai setiap rasa yang terdetik, kerana tak tahu bila masa detik rasa itu akan dihilangkan


phenotype is changed with environment too, apart from the genotype. - genetics


cross tolerance is when you received a number of different types of drugs with similar mode of action or chemical structure, making the receptor to be
 indecisive for the drug of choice. - pharma

sungguh kerdil untuk berfatwa hati. moga Allah tunjuk jalan supaya mampu bezakan hak dan batil. takut diselimutkan dengan adat dan budaya hingga lupa dunia luar yang lebih luas.

berharap supaya rasa 'tak sedap' tu tidak dihilangkan.

kata sahabat, "penat kan fikir masalah umat..."
hehh doktor haruslah kena fikir penyelesaian masalah umat dia :D
"

***
exam pharmacology bakal menyusul.
nak study. nak study. nak study.
moga Allah buka peluang untuk study yang berkualiti untuk timbangan amal di akhirat dan natijah di dunia.

cuma nak tulis, salah ke bersembang dengan kawan lain jantina?
salah ke pakai baju muslimah moden?
salah ke baik dengan semua orang?
salah ke update twitter setiap 2 minit?
salah ke itu ini?
"apa pasal semua benda tak boleh? ramai orang buatlahh. pembimbing, naqib, naqibah, kawan, mentor, role model, ustaz, ustazah yang bimbing saya pun cakap okay. dia tak pertikai pun. dia diam saja. maknanya okay sajalah perbuatan saya kan?"

lalu,
ada orang cakap, kalau buat benda2 tu, tapi hati rasa tak sedap, rasa nak memberontak, 
"eh kenapa kau buat ni?" 
"eh kau buat ni ok ke?",
maka tak payah buat. ikut fatwa yang dikeluarkan oleh hati.

MASALAHNYA fatwa hati tu dari petunjuk Allah bagi ke dari bisikan syaitan??


menjadi yang mengikut arus atau ambil keputusan keluar terus dari takungan itu??
***
terima satu kiriman. saat tengah penat, fikir sama ada nak biarkan apa yang saya nampak dan tunggu... hingga lama2 diri ni pula buat perkara yang sama sebab pengaruh tu tersebar.

"very beautiful indeed. For my most beloved beautiful sister. Rindu awak (':

kita laungkan Allahu Akhbar Allah Maha Besar. 
Seiring sehaluan satu cita dan impian. 
Susah dan senang kita tempuhi BERSAMA.
Bertemu dan berpisah kerana ALLAH.

Jangan lupa untuk merangkul kawan-kawan yang sudah lesu dengan mehnah manusia,tribulasi ujian dan berbagai kesukaran. Yang tercungap mengintai dan mencari masa.

Hulurkan senyum meringan duka, hulurkan tangan membantu sekadar daya, hulurkan secebis nasihat penguat azam dan amal.

Kita yang bergerak di atas tiga paksi dakwah,tarbiyah dan politik pasti sangat hebat ujian dari Allah. Namun,sentiasa semat dan ingat,sesungguhnya Allah sentiasa bersama menemani perjalanan kita. Jangan pohon agar diberikan lagi waktu, minta diberkatkan waktu yang ada. (:

Tautan akidah yang mengikat kita makes my heart grow fonder missing you. 

"Dan tidaklah Allah akan mensia –siakan iman kamu (amalan kamu). Sesungguhnya Allah amat pengasih lagi penyayang terhadap manusia." – al Baqarah: 143

kul am wa nti bi alf kheyr"

T_T kalaulah anda tahu. takpa, Allah tahu. itu lebih utama.
***
"apa pasal semua benda tak boleh? ramai orang buatlahh. pembimbing, naqib, naqibah, kawan, mentor, role model, ustaz, ustazah yang bimbing saya pun cakap okay. dia tak pertikai pun. dia diam saja. maknanya okay sajalah perbuatan saya kan?"

"apa pasal semua benda tak boleh? ramai orang buatlahh. pembimbing, naqib, naqibah, kawan, mentor, role model, ustaz, ustazah yang bimbing saya pun cakap okay. dia tak pertikai pun. dia diam saja. maknanya okay sajalah perbuatan saya kan?"

"apa pasal semua benda tak boleh? ramai orang buatlahh. pembimbing, naqib, naqibah, kawan, mentor, role model, ustaz, ustazah yang bimbing saya pun cakap okay. dia tak pertikai pun. dia diam saja. maknanya okay sajalah perbuatan saya kan?"

***
moga Allah pelihara daripada menjadi tidak sensitif pada zaraai3 - الذرائع. 
moga Allah selamatkan dari ujian yang tak mampu tertanggung.
moga tiada libasul iblis(?) dalam setiap amal dan perbuatan.

***
maka akan ada yang diam, kerana takut dikatakan...
"jadi, orang yang menegur, orang yang berada di pihak betul ni, suci sangatlahhh kan?"

ahli kitab, mereka menyangka mereka suci dari dosa berbanding orang lain. sebab tu mereka tidak seperti muslim mukmin yang lain. walaupun sama akidah beriman pada Allah yang Esa.

iblis, dia mengatakan bahawa dia lebih baik dari makhluk bernama adam, kerana dia diciptakan dari api sedangkan adam dari tanah, maka dia dikeluarkan dari syurga. iblis juga taat pada Allah.

selamat bermujahadah dan pandanglah sekeliling. pandang juga pada hakikat diri yang masih kekontangan ilmu dan pengalaman.
jangan sampai tiada apa rasa di hati apabila melihat sesuatu yang bernama zarai3.

sekian. pesanan untuk diri. moga sentiasa diredhai.


Tuesday, October 23, 2012

Monoamine dan Mizan

-bismillah-

Dalam surah ar-Rahman, Allah ada sebut tentang 'mizan'

I learnt about monoamine neurotransmitter (bahan kimia dalam otak).
Ada macam2, dan setiap semua tu ada fungsi sendiri.

Dopamine, serotonin, norepinehrine. Banyak lagi sebenarnya.

Penyakit kemurungan, depression, disebabkan kurang norepinephrine dan serotonin.

Schizoprenia, terlebih kandungan dopamine.

Parkinson, kurang dopamine tapi lebih achetycholine.

Rawatan untuk semua2 tu, kena kembalikan kandungan neurotransmitter yang terlibat pada kandungan asal.

Nampak mudah, tapi cuba lihat pada pesakit parkinson yang ada masalah mental.
Kalau bagi ubat untuk kurangkan dopamine, masalah parkinson tak akan lega.
Dan kalau bagi ubat untuk tambahkan dopamine supaya lega penyakit parkinson, dia akan bertambah gila!

Ada caranya. Takdalah sekejam itu. Kena guna method kurangkan Ach untuk kurangkan symptom parkinson dan pada masa sama tak jejas masalah mental dia.

Cuma, back pada apa yang saya mention atas tadi,
Surah ar-Rahman.
Ayat 7,
والسماا رفعها ووضع الميزان" الرحمن"
"Dan Allah telah meninggikan langit dan menetapkan neraca keadilan."

SubhanAllah.

Neraca. Mizan. Timbangan. Keseimbangan. Equilibrium.

Baru bahan kimia dalam otak tak seimbang, dah jadi penyakit macam2.

Dan alhamdulillah, Allah yang jaga semua tu supaya kita tak ada masalah sekarang.

(: bersyukur sementara masih dipinjamkan kesempatan

Maha besar kuasa Allah!

P/s ditulis dalam bas, dlm perjalanan balik jamiah. Sori kalau tertukar fakta. ;)
Exam pharmacology 1hb nanti. Doakan Allah izin usaha, natijah dan result yang terbaik! Amiin

(:

- Posted using BlogPress


Monday, October 22, 2012

Genetics

-bismillah-

"When we repair our relationship with Allah, Allah will repair everything else for us." Quoted.

Nak cakap, kata2 atas ni bukan untuk kita rasa hubungan kita dengan Allah sangat bagus, tapi cuba pandang bahawa Allah akan tolong apa2 saja kerja kita yang lain.

(:

Kawan saya msg bagitau saya kena jadi 'perantara' untuk kelas tambahan batch kami. Mula nya rasa macam =______________=.
"Dah tanya orang lain? Dah tanya syabab?" Macam2 saya reply. Hehh.

Lama2 try tanya kak senior, kawan2, diorang cakap teruskan je lah. Bukan perlu jadi orang paling master baru boleh berkongsi kat depan.

Malam tu pun, saya reply lagi pada kawan tadi. "Ok insyaAllah saya tolong. Kalau salah atau sangkut tolong betulkan bla bla."

Esoknya pergi kelas dengan kepala banyak perkara untuk fikir.
Alamak nak present malam ni tak habis cover lagi. Semalam sempat study tajuk depan ja.

Nampak kawan yang msg tu dalam coaster. "Awak, malam ni tak jadi, syabab bentang semua chapter."

Terkejut. Dua saat, lepas tu, "ohhhh leganya dengar!" Dalam hati senyum girang sampai depan kelas.

Malamnya, di kelas. Sahabat yang gantikan tajuk saya bentang dengan sangat baik. Semua tajuk nampak diorang ringan tulang.

Tengah belajar, perasan ada benda tak disebut. Semalam saya study nampak dalam nota doktor cakap 'know to differentiate between each nucleotide base. know the numbering.'

Lepas tu baru saya tahu Allah arrange-kan event supaya orang yang betul bersedia - kawan yang ganti saya tu - yang sampaikan pada kawan2. Dan Allah nak suruh saya tambah sikit apa yang termiss.

Fikir balik, dua saat saya terkejut tu agak kecewa sebab, eh aku dah buat preparation dah semalam. Kenapa tak jadi pulak?

Lepas dua saat, saya happy semula sebab fikir, oh Allah knows how much i am not ready!
Dan saya happy sebab saya tak perlu tuang kelas review pharma untuk study genetics. (:
Dan alhamdulillah tak rugi buat preparation sebab bila diajar rasa macam... 'Haa benda ni lah semalam. Oh yang ni lah yang pening semalam... bla bla.'

Hihiii. Exam genetics. Banyak sangat. Moga Allah izin usaha dan natijah yang terbaik. Alhamdulillah alaa kulli hal. Doakan segala yang terbaik. Doakan moga makin tambah khauf dan rajaa.

Amiin :)

Dan berbalik semula pada quote di atas, kalau bukan kerana rahmat dan kasih Allah, tak akan wujud repair system dalam DNA replication.

Repair system maksudnya ada enzyme khas yang semak semula DNA kita ni betul ke salah susunan. Kalau salah susun boleh jadi penyakit macam2. Kebanyakan penyakit keturunan disebabkan kacau bilau dalam DNA.

Dalam keadaan tak sedar sangat hubungan dengan Allah kuat ke lemah pun ada repair system untuk semua makhluk, kalau kita betul2 jaga dan mantapkan fuhhh lagilah osem.
SubhanAllah. :)

Allah sangat baik.

- Posted using BlogPress


Thursday, October 18, 2012

Gembirakan muslim sekeliling! :D

- bismillah -

Alhamdulillah. Jumpa hadis ni dalam majalah solusi tadi.

"Orang yang paling dicintai oleh Allah ialah orang yang paling bermanfaat bagi orang lain. Amal yang paling dicintai oleh Allah adalah menggembirakan hari seseorang Muslim, menghilangkan kesulitannya, melunaskan hutangnya, atau membuang rasa laparnya." (Riwayat al-Tabarani)

SubhanAllah.
:')

Mari memberi.
Mari membina diri.
Haruslah mampu baru memberi.

Apa yang kita buat untuk orang yang kita sayang, Allah akan buatkan lebih baik untuk kita pula.
Kalau bukan di dunia, maka di akhirat sana :)

Jangan malas improve masakan :D


Tuesday, October 16, 2012

My day, their day. They made my day.

-Bismillah-

We never know when our fates going to happen.

Sometimes we treat a person named A badly, but with the twist of fate, it is the same person A who turns up offering help to us when in need.
Like the song by sami yusuf, "heal and you will be healed", treating other people kindly and the right way would not make us any loss but a lot of profits gained instead.

Sometime, we come to an end and feeling helpless, maybe in doing something new or tiresome, but upon seeing a calm face from a calm person who is also in the same situation as us, the tired and bored feelings vanished. At the same time, we felt shame upon ourself for not being patient or at least acting calm.

Admirations come and go. The best way to acknowledge and entertain the feeling is simply by loving the thing truly because of Allah. Feeling happy when the person happy, so doa is the best remedy. Doa for the person to lead a blissful life, married a good partner and lead a successful life. This way i believe is the most fair and a just way for both parties, one get good doa for their admired qualities, while the other one is safe from lust which started from an unmanageble admiration.

Told ya, i admire everybody i met. No worries, admirations and lusts are not the same.
Because, due to lusts (nafsu), one can even feel good and like a bad character.
If you father happened to be a smoker, i believe you dont love him because he is a smoker, but because he is your hero. That's how i mean to say.

So, i learnt that, i need to learn to trust people.
Because they helped me most at the time i think nobody can.

Or this is all about ego?

Oh Allah. If this is an ego, then move it away from my life.
If this is a firm principle, then make it stay.

May Allah bless me, and everybody i care and i love :))

- Posted using BlogPress

Monday, October 8, 2012

Catatan setahun di irbid.

-bismillah-
*post ni sangat self-centered. Minta maaf awal2. (Y)

Jujurnya saya suka banyak connections. Banyak kawan dan kenalan. Bukan sekadar tahu nama, tapi yang boleh saling menghormati.

Alhamdulillah sepanjang setahun di bumi irbid ni, walaupun tak kenal semua, tapi saya target dah lepas separuh 50%, akhawat. Syabab? 10% kot, tu pun serius dah rasa banyak -.-

Cumanya rasa tak best bila,
"Awak farhana kan?"
Tapi saya tak kenal / ingat nama orang yg tegur tu.
Kalau saya jadi dia akan rasa tak dihargai pulak.
Tapi saya jujur sket, saya tanya balik namanya kalau saya x ingat. Moga2 next time jumpa boleh ingat, tak perlu nak pura2 ingat dan kenal sengih salam sembang macam tak da perasaan bersalah.

Dan jujurnya juga saya risau, bilangan 10% tu.

Haha mak mesti gelak kalau baca ni.
Dulu pernah cakap kat mak, "adik takutlah mak, nanti adik masuk univ adik akan kena culture shock ke apa ke."
"Awat?"
"Sebab tak pernah berkawan dengan kawan laki. Lepas tu adik ada satu confession."
Spill.
"Adik pi kelas tusyen luar tu antara sebab lain ialah nak rasa suasana pembelajaran dengan kawan lain jantina."
"Habis tu apa adik dapat?"
"Observation. Kawan laki sebenarnya suka bersaing dalam kelas. Dan depa sangat cepat buat kerja. Kalau kat sekolah cikgu nampak kehadiran adik, kat tusyen adik kena mula balik dari bawah. Sebab mostly cikgu tu cikgu sekolah depa dan dah kenal lama."

"Kawan perempuan pulak banyak diam kat tusyen. Kalau kat sekolah ramai suka cakap dan bagi jawapan tanya soalan kuat2. Mungkin sebab segan. Adik pun diam."

Memang keluar dari comfort zone.

Dan alhamdulillah di plkn saya survived. Allah yang tolong tenteramlan hati yang neves sebab lekeh tak pernah buat aktiviti lasak. Pokoknya, soft skill adalah segalanya di plkn, bukan akademik macam kat skolah.

Sebab tu time masuk intec lepas plkn, saya lambat sket nak tune otak suruh study. Hehh. Dapat lah satu subjek bukan A -.-
esk.

Kat jordan ni?
Soft skill penting. Akademik pun penting!

Ramai orang pesan, usaha study jangan tinggal, biar apa2 pun amanah dan jawatan. Biarpun apa2 penglibatan.

Saya suka cari role model. Dan alhamdulillah ramai2 kakak2 abang2 yang aktif bagi sumbangan pada masyarakat dan masih on track.
InsyaAllah saya ikut yang baik dan akan terus doakan untuk kalian.
SubhanAllah, Allahumma ij'alna lisana sidqin fil akhirin... Amiin.

:)

Bila tengok balik, kejayaan mereka hari ni bukan semudah memetik jari. Mereka juga belajar apa yang saya belajar, hafal, malah mungkin melalui jejak dan tapak yang sama.
Moga Allah murahkan rezeki buat saya juga.
Amiin.

Bila tengok senior2 jaga adik2 mereka, saya rasa sangat beruntung menjejak dan hidup di sini.
Buat bukan atas agenda tersembunyi. InsyaAllah.
Datang turun ke program untuk berkongsi pengalaman (back to school), hantar adik junior yang tak tau balik rumah, naik teksi walaupun dalam perjalanan ke tempat lain (masa first year dulu -.-), uruskan program (mhs, convention mentor, seminar pertama, banyak lagi lahh), semua tu ajk pengurusan bukan buat untuk diri sendiri, tapi untuk kemudahan peserta juga... Kita lah tu.
Dulu saya tak pernah ambil tahu penat lelah semua ni sehinggalah saya join skaki jadi penolong kecilan dalam program2. Hehh. Serius penat.

Selain senior, terharu juga kawan2 sama umur yang banyak tabur jasa. Lagi2 hal murakib (balik malam kena ada orang teman supaya kurang risiko diapa2kan).
Saya pun hairan apa yang menyebabkan mereka sanggup escort balik rumah yang jauhnya 15 minit perjalanan pada malam hari...melainkan mereka orang yang bertuah kerana dipilih Allah untuk diringankan hati dan langkah mereka! Tindakan yang memberatkan timbangan! SubhanAllah.

Tahun lepas bentang fiqh medik. Perbincangan pasal isu perubatan dan dari segi feqahnya. Kumpulan saya dapat tajuk fiqh wanita II.

Akademi al-fateh.
(: program yang menuntut diri ini supaya jangan hangat2 tahi ayam dalam apa2 keadaan sekalipun. Hihii

Tamhidi al-quran.
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Hanya Allah yang beri kekuatan untuk melangkah pergi pada setiap pagi sabtu, tambah2 bila esok tu exam. Allahuakbar. Hafazan, Allah yang tolong. Moga Allah izin kenangan indah lagi rasa sangat2 perlukan bantuan Allah pada setiap masa.

Azzikr.
Ramai orang berbangga dengannya. Bukan saya tak bangga, tapi ini akan jadi fitnah pada diri kalau saya banggakan. Saya boleh pilih untuk bangga hari ni atau pilih untuk bangga hari akhirat nanti. InsyaAllah.
Doakan thabat. Sedih juga menjadi orang yang paling tak labuh tudungnya dalam kalangan kakak2. Huhuhu. Tak pe lah, selagi saya pakai inner tudung supaya x nipis (dan tahan sejuk haha), saya yakin saya boleh solat dengan pakaian yang saya pakai, saya akan teruskan. Teguran penuh hikmah dialukan utk kebaikan saya juga. Sebab tak best juga kalau saya pakai imej tudung labuh semata2 untuk manusia. Dah pernah try, serius tak best. --.

Kelas arab ammi.
Diajar oleh senior2. Tak pernah full attendance sebab clash dengan kelas quran. Alternatif? Cari kawan kat jamiah (saya tak minat cakap english dengan kawan arab - slang lain oh). Dan tahun ni belajar sikit2 pasal budaya arab. Diorang suka bagi salam. Naik teksi kalau tak bagi salam maka itu satu keaiban. Mak cik2 tepi jalan pun akan senyum bila kita bagi salam.
Dan, tips penting.
Kalau ada makcik2 yang cuba niat tak baik, kalau kita bagi salam dia tak jawab tu, haaa larilah cepat2. :))
Budak2 pun sama. Orang yang jahat x akan diizinkan Allah terima salam.
Dengan syarat, jangan anggap salam sebagai budaya, tapi ibadah. :)

Meetings.
Saya suka meeting yang ada perbincangan, bukan sekadar tulis dan terima arahan. Ustaz saya pesan, apa tujuan kamu Allah letakkan dalam satu2 tempat @ organisasi? Supaya kamu bawa biah solehah. InsyaAllah saya akan ingat tu di samping melaih diri jadi mukmin yang pro. Hoho.

Pernah juga meeting kecil. Saya ajak buat kat library. Tempat paling terbuka dan tengah2 laluan. Sebab teamates saya 2 lelaki 2 perempuan.
Tak best juga orang nampak duduk semeja. Mana biah solehah nya farhana?
Tapi saya percaya itu lebih baik dari duduk ceruk? Erk.
Hurm, sadly, saya nampak ada adik first year tadi semeja 3 orang. Tepi tingkap sudut bangunan. Nak tegur, tapi saya pun tak tahu apa yang perlu dicakapkan. Kakak yang sadis.
-.-

Hurm. Panjang.

Tadi nak lintas jalan, saya menggigil angin kuat dan sejuk sebab lepas asar dah, ada adik2 comel 2 orang tengah makan aiskrim. Sejuk. tapi alamak sambil berjalan. Again, kalau nak tegur nak cakap apa? Tapi diorang senyum dan sengih pada kakak seislam ni walaupun tak kenal lagi. Sambil melintas. SubhanAllah. :) moga Allah zahirkan akhlak yang baik pada diri saya juga.

Ada lagi.

Tapi biarlah. (:
Moga Allah berkati. :D
Doakan Allah izin saya jadi doktor perubatan yang terbaik! Yang boleh bawa biah solehah dalam diri dan sekeliling.
Amiin.


Thursday, October 4, 2012

Untuk setiap keadaan. Comfort zone.

-bismillah-

Hidup menuntut kematangan.
Dan kematangan terbina dengan pengalaman dan keterbukaan, bukan dengan pertambahan umur semata-mata.

Jangan takut untuk berkomunikasi.
Jangan letakkan mindset, "alamak, english! Habislah aku."
"Alah, lecturer cakap arab. Tak paham lah nanti. Konfem tercengang dalam kelas."
Bukanlah itu menyerah sebelum berlawan?

Apa maksud lawan ketakutan diri?
Bukan maksud cakap besar, bukan rasa bagus, tapi keluarlah dari comfort zone.
Lawan. Lawan dengan strategi, bukan lawan dengan menyempitkan pemikiran sendiri.

Hidup untuk mencari jalan selamat di sana.
Itu lebih utama.

Allah akan terus menguji. Kerana hamba2 ini masih belum mengerti. Ah lemahnya manusia2 ini! Usah disebut nilai dan pandangan manusia yang tinggi kalau jasad dan hati di sisi Allah tak pernah belajar dari tarbiah-Nya.

موْمن قويّ احبّ ال ا الله من موْمن ضعيف
Orang beriman yang kuat lebih disukai oleh Allah daripada orang beriman yang lemah.

Lemah bagaimana? Fikir.

Yang penting lawan kepada lemah ialah kuat. Fokuskan kepada menjadi mu'min yang kuat.

Kuat bagaimana ? Fikir lagi.

Kunci menjadi kuat ialah islah diri. Letakkan standard diri, aku bukan orang yang lambat, aku bukan orang yang tidur lepas subuh dan asar dll. Patuhi indikator standard diri, kalau ada hari yang prestasi kurang dari paras standard diri, maka guna peluang keesokan harinya utk jadi lebih baik.

Jangan takut akan prestasi yang lemah kerana itu hakikat hamba. Dan prestasi yang lemah memberi peluang untuk islah diri.
Cumanya, sekali lemah tidak mustahil untuk lemah berkali2 lagi. Jadi lebih elok elakkan dari awalnya.

Aim untuk sentiasa menjadi yang terbaik.
Jangan lupa hak Allah, hak pada diri.
Tolong orang yang perlu, jangan lupa tolong diri sendiri dulu.
Dan Allah jugalah sebaik2 penolong kepada semua.

Moga Allah redha.


- Posted using BlogPress


Serve the immediate community

- bismillah - This morning, i went to a private hospital to accompany my mom. I met a passionate consultant who's seeing my mom for her...