Saturday, September 1, 2012

Ustazah atau Doktor ...

-bismillah-

baru lepas baca perkongsian seorang doktor muda. Doktor Sarah. kat sini.

pagi tadi tengok video doktor Muhaya buat lasik kpd ustaz zahazan. kat sini. bukan 'siapa' highlight saya, tapi 'bagaimana' doktor Muhaya kendalikan pembedahan tu penting untuk dicontohi dan as inspirasi.

*sila buka kedua-dua link*

"Sudah menjadi kebiasaan, saya akan menyuruh pesakit saya berdoa, selawat dan mengucap sebelum ubat bius diberikan. Selain dapat menenangkan pesakit, ini juga sebagai persediaan sekiranya inilah kali terakhir pesakit tersebut dapat melihat dunia ini. Segalanya adalah mungkin apabila sudah berada di atas meja pembedahan." 
-Dr Sarah

"Tahniah. Perfect kedudukan mata. Alhamdulillah Allah permudahkan...subhanAllah... ma sha Allah... " 
- Dr Muhaya

fuuh. moga Allah thabatkan langkah kita semua. amiin.

alhamdulillah.

***
"kak phana dah macam ustazah." - efa, my cousin.

saya senyum. amiin dalam hati. saya nak jadi doktor perubatan yang ustazah. hehh :D

cuma persoalan untuk difikir,
apa itu definisi 'ustazah'?
-seorang yang bertudung labuh lagi besar?
-seorang yang pendiam?
-seorang yang ada ijazah bidang agama? master? phd?
-seorang yang suka menegur kesalahan?
-seorang yang pakai stokin ? *tetiba :D
atau
-seorang yang cuba hidup dengan Islam sepenuhnya sambil tidak mengabaikan orang sekeliling??

sebenarnya banyak lagi impressi dan pandangan orang bila disebutkan tentang ustazah...
ada yang terlampau terbaik, tak kurang juga ada impressi dan pandangan yang kurang senang...

tak tipu, saya sendiri risau bila ambil lesen motor dulu,
"aku pakai kain naik motor ni, kalau fail test, orang akan labelkan ustazah di seluruh malaysia sebagai orang yang tak pandai naik motor. jadi aku mesti lulus sebab aku bawa imej ustazah dan nama Islam." hehe dahsyat tak motivasi diri sendiri macam tu ?? hehe :DD alhamdulillah lulus.

persoalan lagi satu,
mari renung ini... :))

"Syariat manakah yang mengajar muslimat supaya menundukkan pandangan hingga terlanggar tong pemadam api yang tergantung di koridor?
Islam manakah yang mengajar muslimat kita supaya bercakap seperti 'warden penjara' ketika berurusan dengan muslimin, semata-mata kerana mahu menghayati kehendak syarak agar mereka tidak melunakkan suara yang boleh menimbulkan fitnah?"
~Ustaz Hasrizal Abdul Jamil~

"Islam tidak menyusahkan hidup kita,
Yang menyusahkan hidup kita adalah KITA,
Yang cantik itu Islam,
Yang menghilangkan cantik pada Islam itu KITA,
Justeru, tidak layak anda menyalahkan Islam jika anda susah~"
[via my friend's bro]

***
teringat masa sekolah dulu,
kata2 "assalamualaikum ustazah. kalau jawab ...., kalau tak jawab dosa," akan hinggap dari tepi jalan kalau jalan ramai2 dari sekolah ke the store kangar tu.
time tu, saya tak suka orang panggil saya ustazah.
haha. siap boleh fikir, "isk. kalau tak pakai macam ni pun orang tak akan tegur!"
jadi masa tu saya rasa gelaran ustazah itu pada pakaian (uniform smka).

lepas tu saya masuk plkn,
tak ada uniform yang menunjukkan ustazah.
jadi saya terfikir, kat mana identiti ustazah? adakah kalau keluar sekolah, datang ke tempat yang tak ada uniform ustazah, maka nilai dan identiti ustazah itu juga tak wujud? macam tu ke?
isk2.
baju ke kelas CB dan KN, hehh smart. awal2 agak menakutkan siap pakai court shoes. hew3 i like, walaupun awal2 melecet sampai berplaster. the only injury / kecederaan di plkn :D

sampai lah saya cari definisi ustazah. *observation*
ketua wirawati saya, juga dari smka. :)
waktu dalam kelas, dia ambil peluang libatkan diri. aktif. bercakap di depan.
waktu usrah sesama kawan perempuan, dia conduct dan bagi perkongsian paling best dalam surau.
waktu kawad, dia lebih baik dan bermutu dari penghulu. hehe. serius.
waktu sukan, muzik, semua beliau sapu.
alhamduLillah. alhamduLillah. alhamduLillah.
qualiti pada dirinya bukan untuk dirinya saja, tapi kualiti dan kelebihan itu untuk orang sekeliling juga. ambil ibrah dan puji Allah kerana mengizinkan.
alhamdulillah Allah izin dia kuat dengan Pertolongan-Nya. ((: beliaulah pelatih terbaik di kem saya. mabruk alaik ya ukhti. sampai hari ni jadi qudwah buat saya :) insyaAllah.

jadi, definisi 'ustazah' yang saya terfikir asalnya bertukar, menjadi...

"orang yang hidup dengan terbaik, high achiever, tanpa mengenepikan aturan islam. masa main, main betul2, tutup aurat. masa buat public speaking, deliver good speech, jaga penampilan, jangan tinggal salam, bismillah dan selawat. banyak lagi. pokoknya, kat mana terjun, kat situ cuba jadi terbaik tanpa mengabaikan matlamat utama, syurga." - ini ustazah yang kita kena strive.

apa yang saya nak sampaikan di sini,
tak salah orang panggil kita ustazah, tak perlu memberontak tak suka,
sebab 'ustazah' itu bukanlah lame (leceh) atau lain2.
tapi yang lame itu diri kita sendiri, cuma menyebabkan orang lain juga digelar lame.

saya tahu, lain orang maka lain tafsiran 'ustazah'.
tapi yang penting, semua orang harus bergembira dan lapang dada untuk fahami islam dan berusaha amalkan serta hidup dengannya.

moga Allah izinkan yang terbaik! moga kuat hadapi ujian yang mendatang. moga Allah jaga saya walau apa pun kerja saya. amiin.
moga Allah redha.

minta maaf terlepas pandang ayat2 yang menusuk kalbu memanaskan parasympathetic ns. hee :D artikel ni ditujukan pada jari yang menaip, moga tak lupa niat asal. hurm.

p/s oh ya di jordan, saya perasan satu perkara ni. orang lelaki akan bagi jalan, maksudnya diorang akan simpang ke tepi kalau kita nak lalu. balik malaysia, hehh kena langgar dari belakang tu pun boleh jadi kalau tempat crowded. apatah lagi nak angkat kaki kena lalu depan hidung orang luar asing mana entah la. err.


No comments:

Post a Comment

Random dreams

- bismillah - Alhamdulillah. Allah izin masuk ke tahun baru hijrah. To cut short, here is my list of dreams yang worth dreaming...nak capa...