Saturday, September 22, 2012

Sakit yang datang & hilang, tetiba

-bismillah-

Pernah bangun pagi dengan mimpi yang menganggu tidur, mimpi sakit perut, kaki cramp, atau lain2... dan rupa2nya anda sakit betul??

Sedangkan semalam sebelum tidur diri kita sangatlah sihat walafiat.

Tak tahan menanggung kesakitan, lepas subuh ambil sarapan, alas perut untuk makan ubat, terpaksa tidur semula. Kemudian bangun lepas sejam lebih tidur, sakit tu hilang entah ke mana.. Sebelum hairan, ucapkan syukur terlebih dahulu :)

Sebagaimana Allah berikan kita rasa sakit tiba2, seperti itu jugalah Dia akan hilangkannya, hingga seakan-akan tidak pernah berasa walaupun sedikit kesakitan.

Bahkan, kesakitan melahirkan anak pula, seperti yang pernah dihadapi ibu2 kita, dihilangkan terus bukan sahaja dari jasad malah dari fikiran dan jiwa.

Hingga kini, dengan rahmat Allah, tiada seorang mampu mengingat semula kepahitan menanggung kesakitan itu.

Allah, sangat besar kasih-Nya pada hamba sekalian.

SubhanAllah. Alhamdulillah.

- Posted using BlogPress

No comments:

Post a Comment

Serve the immediate community

- bismillah - This morning, i went to a private hospital to accompany my mom. I met a passionate consultant who's seeing my mom for her...