Tuesday, September 25, 2012

ajakan baik, helah, hurmm

-bismillah-

assalamualaikum.

menulis dalam keadaan amanah besar belum dilaksanakan.
2 tajuk besar yang awal2 dalam buku pharmacology belum khatam dengan sempuna lagi. pharmacodynamics and pharmacokinetics.

naik bas tadi, ada adik junior tanya,
"kak, saya pergi majlis ilmu X ni semalam, tak apa ke?"

hairan. "kenapa tak boleh?" program baik tu, pergi sajalah. jangan lupa prioriti sudah.
"sebab asalnya nak pergi rumah sorang kawan ni, dia jemput. kemudian dia ajak pergi majlis ilmu ni dari rumah dia. kami semua tak rancang pun~"
nampak tak dot dot dot di situ?

rupanya bukan masalah pada majlis ilmu tu, tapi CARA (paksaan) tu yang tak berkenan di hati beliau...

saya tahu adik tu kecewa.
tindakan tu sangat mengecewakan.
dan ini bukan kali pertama kisah yang sama saya dengar, dari tahun lepas lagi, dari batchmates saya sendiri pun. kisah sama, plot sama, komentar sama...
saya yang dengar lagi kecewa.
sebab...
modus operandi yang sama, awalnya jemput ke tempat A lepas tu (kebetulan) ajak ke tempat B dari tempat A...

saya tak pandai dalam hal gerakan besar-besaran. malah saya suka guna istilah yang mudah untuk orang kebanyakan. amal jama'ie orang masyi2 selalu kata.

bagi pendapat peribadi saya yang tak seberapa dalam ilmu apatah lagi pengalaman,
nak buat baik, nak ajak dakwah sendiri-sendiri, nak ajak dakwah ramai-ramai, tak pernah salah.
jalan sentiasa terbuka.
Allah sentiasa menilai.
malaikat sentiasa mencatat.

cuma jangan guna helah boleh?

:)

saya percaya, cakap terus agenda yang akan berlaku boleh dilakukan.
hati yang mendengar lebih bersedia dan lebih menanam keikhlasan.
( -mungkin - ada juga sesetengah keadaan, hidden agenda ni boleh diguna pakai untuk tujuan menarik, cuma bukan semua. bukan semua keadaaaannn. bukan setiap masa. bukan setiap pembukaan fatrah baru. )

insyaAllah setiap tindakan kita mencerminkan ISLAM dan IMAN.
kadang kita tak perasan, hinggalah ada tiba-tiba muncul kritikan. macam post kali ni.

"Eh dalam dakwah boleh ada tricks ke? *soalan*

Pathology : dead cells are digested by lysozyme, and the debris are removed by phagocytosis later. No hidden agenda, we play clean.

Pharmacology : drugs entering the GIT will go to the portal vein for metabolism, unless taking shortcut thru IV, the bioavailability is less than 100%. Told u earlier, no such coincidence.
:)"

kesinambungan. moga aman fikiran untuk baca pharma lepas ni.

saya tak tujukan pada mana2 pihak saja, cukuplah pihak dakwah fardiyah pun jadilah. termasuk diri ini. dan yang membaca ini. juga.

lagaknya, analoginya,
 "saya nak ajak kawan bangun qiyam. tiba2 azan subuh, saya ajak dia teman pergi masjid sekali.
tak pernah salah, malah banyak pahala. cuma,,,,,,,,,, (: mungkin kawan kita tu belum bersedia, mana tahu masih belum berus gigi? erk. kalau yang faham oklah, dia dah berus gigi sebelum ambil wuduk, sebab dia tahu tu pahala sunnah. buat yang keliru, masalah kecil nak pakai telekung dari rumah ke tak perlu pun akan merunsing dalam fikiran sepanjang perjalanan pergi dari masjid... perjalanan balik? dia akan risau, aku pergi masjid tadi dalam keadaan tak ready, guano nehhh? takpo koo"

terima kasih.

boleh private message utk comment. elakkan kontroversi. :D doakan saya juga masyi :)))

~ hah ringan kepala ~

Serve the immediate community

- bismillah - This morning, i went to a private hospital to accompany my mom. I met a passionate consultant who's seeing my mom for her...