Wednesday, September 12, 2012

Bersyukur, belajar dari padi menguning dan menghijau, lain tone lain warna~

Alhamdulillah. :)

Sawah padi depan rumah kering kontang pada hari pertama saya jejak kaki semula ke rumah lepas balik dari irbid. Oh, sudah dituai rupanya.

Hari ni saya akan bergerak pulang semula ke irbid, petak sawah sudah dipenuhi air. Ada yang sudah ditabur benih padi. Hujan lebat mencurah-curah beberapa hari, kurniaan Allah yang bukanlah saja2 apatah lagi sia2.

Selepas ini, saya percaya anak2 pokok padi akan tumbuh menghijau, seakan2 hamparan baldu ada kalanya. Dengan pertambahan masa, pokok2 padi akan tumbuh meninggi, menghijaukan seluruh peta pandangan mata.

Kemudian, akan datang musim kering, tiada lagi hujan lebat berhari-hari seperti bulan2 sebelumnya. Pada masa itu, pokok padi telah mengeluarkan bunga. Dengan perancangan Allah, tangkai2 padi akan keluar dan menguning dengan pertambahan waktu.

Apabila daun2 menghijau bertukar menjadi perang keemasan, seluruh padang sawah kelihatan mewah. Pada masa ini, burung2 gemar berkunjung. Sehinggalah datang satu ketika, padi tadi harus dituai sebelum terlambat.

Sesudah dituai, sawah itu masih keemasan, namun hilang serinya. Pandangan masih meluas, namun hilang damainya. Saban masa, yang tinggal hanyalah jerami padi, hampa juga batang2 pokok padi yang menunggu reput dimamah hari, minggu, dan mungkin juga bulan.

Masa tidak berhenti biarpun pemandangan berganti. Hujan datang lagi melembutkan tanah datar yang merekah dek terik mentari dan kepanasan api. Tibalah musim membajak. Ah, bau dan selut selepas membajak tidak akan pernah layak dipadankan dengan pandangan keemasan sewaktu pokok padi yang memberat untuk dituai! Siapa menyangka padanan inilah membentuk nikmat mendapat hasil tuai?

Dan kitaran akan terus berlaku sehingga terhentinya derap waktu.
***
the grass is always / not greener on the other side.

Kalau kita di sebelah pagar, kita selalu mengintai keadaan di sebelah kawasan pagar, membanding dan membezakan.

Persoalannya, bukan sampai bila mahu begitu tapi sejak bila akan berusaha menerima 'kehijauan' rumput di padang sendiri?

Warna Allah cipta banyak, dan setiap warna ada pula tona yang berbeza.

Begitulah hidup, kita ada warna sendiri, dan walaupun warna sama tapi tonanya tak sama, kerana Allah Maha Kaya.
***
Bersyukurlah dengan padang sawah dalam hidup kita.
Yakinlah, masa akan terhenti juga.

Penat, tapi bukan selamanya.
***
moga Allah izin segala yang terbaik.
Moga makin bertambah khauf dan raja' pada Allah.
Amiin.


Moga Allah redha.
- Posted using BlogPress

1 comment:

  1. awak...letak laa gambar...mesti cantik dan dapat membantu proses nak berimaginasi...cantikk nyer padi ijau

    ReplyDelete

Bila kita akan kembali

Hanya pada Allah tempat kita bergantung. Jika ditakdirkan kita hilang segalanya dalam dunia ini, atau kita yang menghilang, maka harta duni...