Skip to main content

kita janji nak ke syurga sama-sama, kenapa... ?

-bismillah-

doakan saya sabar dan bijak.
doakan saya tak pernah ingkar arahan Allah.
doakan saya dan keluarga diberkati.
doakan saya dan keluarga saling menyayangi dan hidup bersama sampai ke syurga.

walau manusia tak seharum bunga melur,
tapi apabila manusia mampu lahirkan akhlak mulia,
setiap langkah yang dihayun pasti wanginya tersebar.
setiap senyuman mengalahkan mekar bunga segar,
dan setiap kata bagaikan siraman sejuk yang mengalir bukan membakar.

hati manusia akan lembut dengan kemaafan,
dimaafkan dan memberi maaf.
ketenangan bukan didapati dengan pujukan,
tapi ketenangan dicari melalui aduan pada Tuhan.

kadang, manusia di sisi tidak mampu memberi kebahagiaan,
tapi pelik, tiada manusia di samping kadang kala lebih menyenangkan.
kerana jiwa kita perlukan Tuhan, bukan makhluk ciptaan.
jadi jangan risau tiada teman mendengar esakan.
dan jangan buatkan satu dunia tahu setiap jeritan dan hentakan.

kita hairan melihat mengapa manusia mudah marah,
kenapa orang lain selalu kecewa,
kenapa dia banyak prasangka,
kenapa kita kerap bersengketa,
rupanya diri ini lupa pada perkara utama.

keikhlasan untuk hidup dan mengatur langkah,
kematian yang lama menanti dan pasti,
semua itu tidak memandang pada material dan ekonomi.

maka di manakah marah, kecewa, prasangka dan sengketa,
apabila keikhlasan dan kematian ada dalam bual bicara?

[:

***
saya tahu saya tak boleh jadi bunga melur atau bunga apa2 lagi yang orang anggap baik dan sanjung tanam di laman rumah atau letak dalam pasu.
tapi saya percaya, selagi saya bermaksud baik, saya jadi salji yang basah lembap kuyup sejuk beku pun orang suka ja.

lagipun, salji turun sebab Allah suruh.
orang nak agungkan salji ke tak, itu bukan masalah salji.

orang yang tak kenal salju akan menyanjung dan mendamba,
orang yang kenal mungkin akan menghindar kerana menyusahkan sifat semulajadi badan yang kering serta warm.
dan salji akan terus turun dan bersifat sejuk basah lembap, tak kira berapa ramai orang menyanjung dan menghindar.

***
saya bukanlah paling matang.
dan saya tahu saya salah bila saya anggap umur itu ukuran kematangan.
sedih dan kecewa bila di block.
syaitan cakap buatlah balik. remove friend terus.
syaitan cakap lagi, berhentilah buat kerja. tak payah tolong apa2.
syaitan cakap lagi, u havent received any thanks yet this is how u were paid.
kita janji nak ke syurga sama-sama, kenapa perlu buat macam tu?

((: positif.

orang tua2 pesan jangan cari pasal.
syaitan suruh balas.
nabi pesan, "syurga bukan untuk orang yang memutuskan (silaturahim)."
so farhana, maafkan dan jangan balas!

moga Allah hapuskan salah faham.
amiin.

apa2pun, pilih silaturahim farhana! \\

moga Allah lindungi daripada diri ini buat perkara yang tak bagus.
hidup tak lama. (': kematian datang bila2 masa.
T.T tak boleh bayang masa tu.
Allahu, izinkan aku bertemu-Mu dalam penuh keredhaan dan petunjuk.
kerana hanya Kau yang tahu bagaimana keadaanku ketika itu.

saya hanya pandai pujuk diri. tak pandai pujuk orang lain. maaflah :)

ni pujukan terbaik,
"(yaitu Tuhan) Yang telah menciptakan aku, maka Dialah yang menunjuki aku,
dan Tuhanku, Yang Dia memberi makan dan minum kepadaku,

dan apabila aku sakit, Dialah Yang menyembuhkan aku,

dan Yang akan mematikan aku, kemudian akan menghidupkan aku (kembali),


dan Yang amat kuinginkan akan mengampuni kesalahanku pada hari kiamat".

(Ibrahim berdoa): "Ya Tuhanku, berikanlah kepadaku hikmah dan masukkanlah aku ke dalam golongan orang-orang yang saleh,

dan jadikanlah aku buah tutur yang baik bagi orang-orang (yang datang) kemudian,

dan jadikanlah aku termasuk orang-orang yang mempusakai surga yang penuh kenikmatan,"
[surah syuara 26:78-85]

amiin."


Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Aidilfitri

- bismillah -Alhamdulillah. Hujan mengiringi permulaan syawal, yg dituntut kita mulakan dengan membesarkan Allah dan mensyukuri nikmatnya, dengan takbir dan tahmid di malam raya.CUTI NAIK TAHUN AKHIRBerpeluang 'berehat' daripada suasana universiti, tidak bermakna perjalanan menuntut ilmu medik perlu berehat juga. Alhamdulillah, sempat menimba pengalaman 3 minggu menjalani praktikal secara elektif di jabatan kecemasan hospital negeri, atas inisiatif sendiri. Tempoh yg singkat itu pasti tidak menjamin 100% penguasaan skil dan asas medikal, namun cukup bermanfaat untuk memperjelas persepsi dan tanggapan terhadap suasana bekerja di bahagian kecemasan, mempersedia mental dan fizikal berdepan situasi mengerikan, malah membina keyakinan untuk 'tidak malu' menuntut ilmu dari semua golongan, doktor, staf dan pesakit.ELEKTIF DI A&E DEPARTMENT3/4 ramadan dilalui dengan refleksi cerita2 kehidupan. Bukan saja berpeluang menyaksikan detik2 kecemasan seperti sesak nafas, sakit da…

Anak yang berbakti

- bismillah -Alhamdulillah. Hari ke-3 tagging dengan doktor SM di internal medicine. Pulmunologist. Hari ni saya semak senarai pesakit doktor, ada nama familiar, rupa2nya ayah doktor.Patutlah, sejak semalam doktor kalut2 lepas habis ward round still talking over the phone pasal sorang pesakit lain, padahal ada 3 orang patients saja under doktor di wad.Ayah doktor dah tua, sakit macam2. History, anak dia yang tulis, ma shaa Allah lengkap berjela panjangnya. PE, lagi2 rectal exam, anak dia yang buat, dan tak bagi kami masuk. Anak dia aturkan susu nak makan pukul berapa, siap tulis satu2 bagi dekat nurse pukul berapa feeding. Ubat dosage, milk feeding, test, semua doktor decide. Doktor specialist bahagian paru2, ayah dia sakit mostly bahagian general medicine, tapi doktor yang in charge. Sekejap2 dengar doktor call blood bank, call consultant hemato utk anemia ayah dia, call another doctor cakap pasal finding rectal exam, call sana sini utk minta pendapat doktor2 pakar lain...He showed s…

Sabar yang indah

- bismillah -Alhamdulillah. Hari ni hari ke-3 tagging dengan dr hemato-oncology. Ada pesakit macam2, kebanyakannya utk chemo. Sedih, kesian, bersyukur semua ada. Hari ni dr specialist takda, jadi round dengan dr resident. Dia tak cakap banyak, tapi bila ada masa seperti masa mennggu doktor lain join, dia akan tanya2 soalan (ini yg kita mahu haha). Dan bila students tanya soalan, dia akan jawab panjanggg bukan sepatah hehe.Mendoakan dia jadi specialist juga nanti in shaa Allah.Ada sorang patient saya, dia kerja setiausaha, suatu hari lenguh2 sakit pinggang, lama2 melarat hingga ke kedua-dua belah kaki. Sakit apabila berjalan. Sampai satu tahap, dia tak boleh gerakkkan kakinya langsung. Tiba2 dia lumpuh! Spinal cord compression. Due to complication of multiple myeloma.Sebenarnya dia ada kanser darah. Tapi tak pernah diketahui. Tahu2 kanser tu dah merebak ke tulang pinggang dan tulang belakang, dan merata lagi (axial skeleton). Banyak investigations dan buat dan dia jalani chemo.Sewaktu …