Monday, August 27, 2012

kenduri walimatul urus

-bismillah-

alhamdulillah :))

masanya dah sampai.
hari jumaat, malam, 24 ogos telah selamat bernikah.
hari sabtu kenduri sebelah pihak perempuan, hari ahad barulah kenduri di rumah saya.

tahniah abang! semoga Allah sentiasa faqihkan kita :) amiin.
juga selamat membina keluarga hingga ke syurga.

***
pagi hari kenduri. saya si adik pengantin yang takut. pengantin takut hari bernikah saja, hari kenduri dah legaa. :D

"ya Allah, selamatkan aku dari fitnah." amiin.
itu saja yang bermain dalam kepala.

kenapa pakai baju cantik?
kenapa pakai foundation kat muka?
tunduk.
alhamdulillah mata tak sentuh.
pandang cermin lagi.
mencari niat dan hujah.
mencari maksud dalam tingkah.

handsocks perlukah?
stokin?
kain baju kurung jarang ke?
bebas mengangkat tangan, bermain dengan camera, perlukan handsocks.
kaki bergerak pantas, melangkah lincah, bukan tersekat-sekat langkah,
kain dilapisi kain pakai gelap, stokin menutup kaki yang berderap, ini namanya kebebasan sebenar.

perlu tersenyum banyak atau bermuka serius?
pilih jalan jauh dari kumpulan ajnabi atau boleh saja lalu lalang berdiri di hadapan kaum lelaki tua muda?
bersalaman dan berbasa basi sekadar mana tahapnya?
berjenaka dan bergelak ketawa dengan saudara-mara pula bagaimana?
semua jawapannya, lihat semula tujuan walimatul urus.
((:
eratkan hubungan kekeluargaan
sebarkan perkahwinan yang sah
tanda kesyukuran pada Pencipta, bukan tanda pertunjukan pada makhluk ciptaan.....

***
selepas kenduri,
gambar ?
public photos?
berbalik pada niat.

berbalik pada doa di awal tadi.
"ya Allah, lindungi aku daripada fitnah."

***
sehari selepas kenduri,

senduk nasi, tinggalan nenek, hilang. mungkin caterer terambil agaknya.
me "mak, call lah caterer tu. cakap nak balik senduk."
ayah "adik, ayah nak request nanti buat di dewan na?... senduk pun tak hilang"
me "lorrh sedihnya. insyaAllah, adik himpun duit dari la."

me "mak, umur berapa eh baru adik perlu fikir pasal kahwin?"
mak "tak tentu lah adik."
me "kalau setakat fikiran adik sekarang, adik rasa lepas dapat kerja."
ayah "haa time dah ready, cukup duit semua ok lah. ayah pun rasa lepas dapat kerja."
mak "tak boleh jugak macam tu. nanti kejar karier saja, hah jadi cerita lain."
ayah "yang penting adik tahu priority."
me "hehh. maksud adik, dari la adik start persiapan, kumpul duit semua tu. tp bila lepas dapat kerja haa baru mula fikir betul2..."

***
kamu kejar dunia, kamu akan beroleh dunia. kamu kejar akhirat, dunia akan mengikuti kamu.
(:

moga Allah izinkan aku menjadi hamba bertaqwa. amiin.


2 comments:

  1. aku dulu ayah kata apa2 pun tggu ada kerja dulu...hahaha.... Aku pun kena start menabung utk kenduri hang gak laa...

    ReplyDelete
  2. Menabung pi makkah dulu jom :D

    ReplyDelete

Perempuan berkalung serban

- bismillah - Because i believe marriage is about growing each other's potential, Creating independence over dependence, Tolerance, p...