Skip to main content

catatan ramadan 1433H #5

-bismillah-

klik utk gambar lebih cantik + jelas :))
credit to the link in the pic
subhanAllah.
rasa lapang apabila melihat gambar tu.

dengan kapsyen, "Title: MY DUTY 
At creek side boat sailor breaking his fast while at work in Deira."

mula2, rasa kasihan melihat dia keseorangan.
tiada teman, tiada keraian.
sunyi.

tapi,
melihatkan bekal dan makanan yang terhidang,
melihatkan pakaian dan tatacaranya,
aku tahu, dia tidak pernah rasa kurang.

air itu sunnah waktu berbuka,
aku tahu itu yang terbaik, bukan air bercampur warna...

dan aku tahu di tempat berbuka itu dia bisa bersembahyang,
bukan calang tempat yang harus gesa2 pulang,
mengejar ufuk merah yang menghilang.

sebaliknya dia kaya,
kerana dia berbuka dengan Tuhan yang Maha Esa,
yang Melihat, lagi Maha Mengetahui.
kesyukuran dan ketaatannya menjadikan dia serba cukup,
amanah dan semangat menjadikan dia serba mampu.

dan aku tahu,
nikmat itu tidak semua orang tahu,
tidak semua orang perolehi..

***
melihatkan juadah di meja,
ibu ayah di sisi,
keluarga bersama-sama,
kawan2 mendoakan,
moga Allah redha akan diri dhaif ini.

amiin.

***
dalam mengejar lailatul Qadar, usah membandingkan amalan dan pengorbanan,
cuma ingat ini,
"mereka di sana beribadah, berjuta-juta umat islam beribadah, kalau aku seorang yang leka, di sini, tertinggallah aku, rugilah..."

moga sesibuk manapun, moga sebaik2 usaha dipanjatkan,
sebelum, semasa, dan selepas menjadi doktor.

amiin.

***
وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ حَتَّىٰ نَعْلَمَ الْمُجَاهِدِينَ مِنكُمْ وَالصَّابِرِينَ وَنَبْلُوَ أَخْبَارَكُمْ 

"Dan demi sesungguhnya! Kami tetap menguji kamu (wahai orang-orang yang mengaku beriman) sehingga ternyata pengetahuan Kami tentang adanya orang-orang yang berjihad dari kalangan kamu dan orang-orang yang sabar (dalam menjalankan perintah Kami); dan (sehingga) Kami dapat mengesahkan (benar atau tidaknya) berita-berita tentang keadaan kamu." [surah Muhammad, 47:31]


وَلَنَبْلُوَنَّكُم بِشَيْءٍ مِّنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِّنَ الْأَمْوَالِ وَالْأَنفُسِ وَالثَّمَرَاتِ ۗ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ

"Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar." [surah al-baqarah, 2:155]

ولنبلونكم - dan pasti akan Kami uji kamu...

moga Allah tetapkan iman kita. amiin.
selamat merebut malam al-Qadr, the most valuable Give of a lifetime..


Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Aidilfitri

- bismillah -Alhamdulillah. Hujan mengiringi permulaan syawal, yg dituntut kita mulakan dengan membesarkan Allah dan mensyukuri nikmatnya, dengan takbir dan tahmid di malam raya.CUTI NAIK TAHUN AKHIRBerpeluang 'berehat' daripada suasana universiti, tidak bermakna perjalanan menuntut ilmu medik perlu berehat juga. Alhamdulillah, sempat menimba pengalaman 3 minggu menjalani praktikal secara elektif di jabatan kecemasan hospital negeri, atas inisiatif sendiri. Tempoh yg singkat itu pasti tidak menjamin 100% penguasaan skil dan asas medikal, namun cukup bermanfaat untuk memperjelas persepsi dan tanggapan terhadap suasana bekerja di bahagian kecemasan, mempersedia mental dan fizikal berdepan situasi mengerikan, malah membina keyakinan untuk 'tidak malu' menuntut ilmu dari semua golongan, doktor, staf dan pesakit.ELEKTIF DI A&E DEPARTMENT3/4 ramadan dilalui dengan refleksi cerita2 kehidupan. Bukan saja berpeluang menyaksikan detik2 kecemasan seperti sesak nafas, sakit da…

Anak yang berbakti

- bismillah -Alhamdulillah. Hari ke-3 tagging dengan doktor SM di internal medicine. Pulmunologist. Hari ni saya semak senarai pesakit doktor, ada nama familiar, rupa2nya ayah doktor.Patutlah, sejak semalam doktor kalut2 lepas habis ward round still talking over the phone pasal sorang pesakit lain, padahal ada 3 orang patients saja under doktor di wad.Ayah doktor dah tua, sakit macam2. History, anak dia yang tulis, ma shaa Allah lengkap berjela panjangnya. PE, lagi2 rectal exam, anak dia yang buat, dan tak bagi kami masuk. Anak dia aturkan susu nak makan pukul berapa, siap tulis satu2 bagi dekat nurse pukul berapa feeding. Ubat dosage, milk feeding, test, semua doktor decide. Doktor specialist bahagian paru2, ayah dia sakit mostly bahagian general medicine, tapi doktor yang in charge. Sekejap2 dengar doktor call blood bank, call consultant hemato utk anemia ayah dia, call another doctor cakap pasal finding rectal exam, call sana sini utk minta pendapat doktor2 pakar lain...He showed s…

Sabar yang indah

- bismillah -Alhamdulillah. Hari ni hari ke-3 tagging dengan dr hemato-oncology. Ada pesakit macam2, kebanyakannya utk chemo. Sedih, kesian, bersyukur semua ada. Hari ni dr specialist takda, jadi round dengan dr resident. Dia tak cakap banyak, tapi bila ada masa seperti masa mennggu doktor lain join, dia akan tanya2 soalan (ini yg kita mahu haha). Dan bila students tanya soalan, dia akan jawab panjanggg bukan sepatah hehe.Mendoakan dia jadi specialist juga nanti in shaa Allah.Ada sorang patient saya, dia kerja setiausaha, suatu hari lenguh2 sakit pinggang, lama2 melarat hingga ke kedua-dua belah kaki. Sakit apabila berjalan. Sampai satu tahap, dia tak boleh gerakkkan kakinya langsung. Tiba2 dia lumpuh! Spinal cord compression. Due to complication of multiple myeloma.Sebenarnya dia ada kanser darah. Tapi tak pernah diketahui. Tahu2 kanser tu dah merebak ke tulang pinggang dan tulang belakang, dan merata lagi (axial skeleton). Banyak investigations dan buat dan dia jalani chemo.Sewaktu …