Friday, August 17, 2012

catatan akhir ramadan 1433H

-bismillah-

malu dengan yang Maha Mendengar.
Dia dengar setiap bisikan dan gerak hati.
Dia faham keluhan suara kecil dari dalam diri.
Dia tahu setiap ketidakselesaan yang hadir dalam sesuatu situasi.

***

"kenapa tenung macam tu?"

senyum.
"tak ada apa2. cuma terfikir, kalau esok saya tenung matahari sebagaimana saya tenung bintang-bintang di langit pada malam ni, pasti saya binasa."

mengangguk.
"benar. malah boleh sebabkan mata buta."

"walhal matahari itu juga sejenis bintang."

***

fitrah.
law of nature.

kalau kita mahukan matahari yang panas itu bersifat seperti bintang lain,
benar, kita akan mendapat teduh, kita akan rasa selesa.
kita akan boleh keluar bila-bila masa,
kita bebas memilih mahu memakai apa.
ironinya,
tapi lama-lama kita akan merindui bahang panas,
paling teruk nanti akan mati kesejukan.
andai matahari itu menjadi bintang seperti lain.

***

fitnah.
the skipped law.

kalau kita langgar aturan Allah,
maka itu mencari fitnah.
'fitnah' dalam bahasa melayu ialah tuduhan,
tapi fitnah yang dimaksudkan dalam bahasa arab ialah ujian.
fitnah itu sesuatu yang menggoncang iman, boleh juga melalaikan dsb.
pokoknya, perkara fitnah itu decreases the deen level.

selamat hidup mematuhi fitrah, bukan mengumpul fitnah.

selamat hari raya! [:

No comments:

Post a Comment

Random dreams

- bismillah - Alhamdulillah. Allah izin masuk ke tahun baru hijrah. To cut short, here is my list of dreams yang worth dreaming...nak capa...