Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2012

kita janji nak ke syurga sama-sama, kenapa... ?

-bismillah-

doakan saya sabar dan bijak.
doakan saya tak pernah ingkar arahan Allah.
doakan saya dan keluarga diberkati.
doakan saya dan keluarga saling menyayangi dan hidup bersama sampai ke syurga.

walau manusia tak seharum bunga melur,
tapi apabila manusia mampu lahirkan akhlak mulia,
setiap langkah yang dihayun pasti wanginya tersebar.
setiap senyuman mengalahkan mekar bunga segar,
dan setiap kata bagaikan siraman sejuk yang mengalir bukan membakar.

hati manusia akan lembut dengan kemaafan,
dimaafkan dan memberi maaf.
ketenangan bukan didapati dengan pujukan,
tapi ketenangan dicari melalui aduan pada Tuhan.

kadang, manusia di sisi tidak mampu memberi kebahagiaan,
tapi pelik, tiada manusia di samping kadang kala lebih menyenangkan.
kerana jiwa kita perlukan Tuhan, bukan makhluk ciptaan.
jadi jangan risau tiada teman mendengar esakan.
dan jangan buatkan satu dunia tahu setiap jeritan dan hentakan.

kita hairan melihat mengapa manusia mudah marah,
kenapa orang lain selalu kecewa,
ken…

kenduri walimatul urus

-bismillah-

alhamdulillah :))

masanya dah sampai.
hari jumaat, malam, 24 ogos telah selamat bernikah.
hari sabtu kenduri sebelah pihak perempuan, hari ahad barulah kenduri di rumah saya.

tahniah abang! semoga Allah sentiasa faqihkan kita :) amiin.
juga selamat membina keluarga hingga ke syurga.

***
pagi hari kenduri. saya si adik pengantin yang takut. pengantin takut hari bernikah saja, hari kenduri dah legaa. :D

"ya Allah, selamatkan aku dari fitnah." amiin.
itu saja yang bermain dalam kepala.

kenapa pakai baju cantik?
kenapa pakai foundation kat muka?
tunduk.
alhamdulillah mata tak sentuh.
pandang cermin lagi.
mencari niat dan hujah.
mencari maksud dalam tingkah.

handsocks perlukah?
stokin?
kain baju kurung jarang ke?
bebas mengangkat tangan, bermain dengan camera, perlukan handsocks.
kaki bergerak pantas, melangkah lincah, bukan tersekat-sekat langkah,
kain dilapisi kain pakai gelap, stokin menutup kaki yang berderap, ini namanya kebebasan sebenar.

perlu tersenyum banyak…

Changes

-bismillah-

Changes.
Noticed that i changed a bit this eid. What's worse than noticing the changes by myself?

Used to be orang yang tak bersembang, now relatives find that i talked a lot and approachable.
That's okay i like this change.

Used to be emotionless robot, but now one can find quite a number of emoticons in my texts.
Urm i think this change is yellow zone.

Used not to ask directly in public about personal wonders to other people, but found out i commented directly asking questions in fb group.. Which is not really a big deal if the Q is not asked..
Haihla.

Sindrom lepas ramadan ?

Sejak shaitan dilepaskan, ada banyak tapi.. Tapi.. Dan tapi..
Hati cakap, tak perlulah buat itu buat ini, kemudian ada suara cakap,, tapi kalau tak buat akan jadi macam ni macam tu..
Tapi nak tahu...
Tapi nanti diri sendiri rugi..
Dan lain2 tapi yang muncul bila nak buat benda yang lain dr kebiasaan selalu..

Jadi, bila orang cakap they changed after ramadan, mereka telah bertukar transform jadi diri yg l…

[1100D] Raya 1433H

tak semua benda boleh bawa makna pada mata yang melihat, hakikatnya setiap makhluk tidak diciptakan sia-sia.
selamat hari raya ^^ taqabbalAllahu minna wa minkum moga bekalan ketaqwaan tidak disia-siakan.
:)

catatan dari Makkah

-bismillah-

Hamba Tuhan. Title yang tak pernah mengecewakan.

Sandaran harapan dan belas kasihan bukan pada manusia yang emosinya sentiasa terumbang.

Alhamdulillah. Madrasah Ramadan di Tanah Suci banyak mengajar dan mentarbiah diri. Yang penting, sinambung kehambaan moga terus mengisi ruang kontang dan gersang hati. 

Bukan di tempat atau waktu tertentu, baru nak beriman. Our status is 'Hamba Sepenuh Masa'.


ini catatan kawan saya yang berada di Makkah sejak ramadan lagi.
dia tak balik ke malaysia kali ini.
dalam batch hanya 2 orang tak balik. sorang tinggal di irbid, sorang ke makkah.
pelajar perempuan? semua balik :))
alhamdulillah. segala yang berlaku atas Allah izin :)

***

"mak, nak raya kat sana (irbid) nanti tahun depan boleh?"
mak diam tidak menyambut.
"sebab tahun depan cuti semester rasanya lepas raya. jadi lepas raya adik balik lah cuti panjang kat rumah."
"oh. jadi adik raya time tak cuti lah?"
"mungkin. lagipun tahun depan dah ramai oran…

catatan akhir ramadan 1433H

-bismillah-

malu dengan yang Maha Mendengar.
Dia dengar setiap bisikan dan gerak hati.
Dia faham keluhan suara kecil dari dalam diri.
Dia tahu setiap ketidakselesaan yang hadir dalam sesuatu situasi.

***

"kenapa tenung macam tu?"

senyum.
"tak ada apa2. cuma terfikir, kalau esok saya tenung matahari sebagaimana saya tenung bintang-bintang di langit pada malam ni, pasti saya binasa."

mengangguk.
"benar. malah boleh sebabkan mata buta."

"walhal matahari itu juga sejenis bintang."

***

fitrah.
law of nature.

kalau kita mahukan matahari yang panas itu bersifat seperti bintang lain,
benar, kita akan mendapat teduh, kita akan rasa selesa.
kita akan boleh keluar bila-bila masa,
kita bebas memilih mahu memakai apa.
ironinya,
tapi lama-lama kita akan merindui bahang panas,
paling teruk nanti akan mati kesejukan.
andai matahari itu menjadi bintang seperti lain.

***

fitnah.
the skipped law.

kalau kita langgar aturan Allah,
maka itu mencari fitnah.
'fitna…

catatan ramadan 1433H #5

-bismillah-

subhanAllah.
rasa lapang apabila melihat gambar tu.

dengan kapsyen, "Title: MY DUTY
At creek side boat sailor breaking his fast while at work in Deira."

mula2, rasa kasihan melihat dia keseorangan.
tiada teman, tiada keraian.
sunyi.

tapi,
melihatkan bekal dan makanan yang terhidang,
melihatkan pakaian dan tatacaranya,
aku tahu, dia tidak pernah rasa kurang.

air itu sunnah waktu berbuka,
aku tahu itu yang terbaik, bukan air bercampur warna...

dan aku tahu di tempat berbuka itu dia bisa bersembahyang,
bukan calang tempat yang harus gesa2 pulang,
mengejar ufuk merah yang menghilang.

sebaliknya dia kaya,
kerana dia berbuka dengan Tuhan yang Maha Esa,
yang Melihat, lagi Maha Mengetahui.
kesyukuran dan ketaatannya menjadikan dia serba cukup,
amanah dan semangat menjadikan dia serba mampu.

dan aku tahu,
nikmat itu tidak semua orang tahu,
tidak semua orang perolehi..

***
melihatkan juadah di meja,
ibu ayah di sisi,
keluarga bersama-sama,
kawan2 mendoakan,
moga Allah red…

mari2 turunkun ego

-bismillah-

"problem korang berdua ialah dua-dua orang sama ego!" - drama.
saya mengambil keputusan untuk menjadi humble. dan leader.
*senyum lain macam sikit*

*** haruslah, sesekali melawan tingkah. harus juga, sesekali mengalah.
kadang tak sedar berdiri berlantaikan ego. kadang tak sedar memakai sutera emosi. kadang tak sedar menghirup secangkir degil. dan kadang tak sedar diri ini hakikatnya dagang, penuh alpa dan juga kurang.
(:
*** mari buat eksperimen! moga2 dilembutkan hati. fuuh.
*s.l.m.s* :D 

catatan ramadan 1433H #4

-bismillah-

"manusia akan hadapi masalah dalam hidup.
tapi masalah yang tiada penyelesaian hanya akan dihadapi oleh mereka yang ada masalah dengan Pencipta mereka.
kerana, untuk menyelesaikan masalah dalam kehidupan, kuncinya ialah selesaikan dahulu masalah dalam dalam pengabdian..."
setuju ?

:) mari mencari kunci.

***

sudah selamat sampai ke rumah. 3 penerbangan. 39 jam bermula dari penerbangan pertama. dua kali transit 13 jam dan 6 jam yang mengubah persepsi ibadah musafir (apa ingat musafir so boleh skip tarawih??)

merindui ramadan di irbid sana, tapi Allah memilih 15 hari terakhir ini untuk digunakan dengan sebaik2nya di rumah. dan pilihan Allah bukanlah sia-sia.

pasti.



-bismillah-

doakan kelancaran hidup menuju ke destinasi abadi.
moga istiqamah dengan amalan yang baik.
doakan setiap amanah yang digalas tidak akan membawa jejak ke neraka.

:]

***

perkara yang haq tak akan pernah bercampur dengan perkara yang batil.
walau bagaimanapun dinafikan dan dicampur-campur, Allah pasti akan pisahkan.

***

tak kira macam mana kuat pun seseorang tu berusaha untuk jadi professional,
tapi kalau niat untuk jadi professional tu bukan kerana Allah,
mungkin supaya orang senang berurusan dengannya,
supaya urusan pekerjaannya mudah,
maka
Allah tak akan izin dia jadi professional.

atau begini


tak kira macam mana kuat pun seseorang tu berusaha untuk jadi professional,
tapi kalau professional tu tak bawa kebaikan pada diri dia,
mungkin dia akan jadi lebih terbuka,
lalu makin ramai kawan lawan jantina,
maka
Allah tak akan izin dia jadi professional.

atau lain2 lagi... entah mana satu pujukan yang mengena.


***

get the clue ?
messed up with one of my bosses, and i just dont k…